- KETIKA sebahagian rakyat Malaysia sedang meranduk cuaca sejuk luar biasa sejak kebekalangan ini, kebanyakan umat Islam sudah siap sedia meramal petanda awal kehadiran kiamat.
- Dari surau, masjid hingga ke kedai kopi, bual bicara pasti menyebut apakah cuaca buruk ini sekadar fenomena sains yang berlaku di muka bumi, atau peringatan terakhir yang ada kaitan dengan hadith Abu Hurairah: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai.”
- Salji sudah pun di tanah Arab. Cuma tunggu ais mencair menjadi sungai, anak sungai, jeram, dan menyuburkan tanaman di kawasan yang sebelum ini tandus dan kering kontang. Sudah terang lagi bersuloh. Tanda kiamat sudah muncul.
- Namun lain sekali cerita yang disebarkan oleh cendikiawan Islam yang bersantai di lobi-lobi hotel, mereka mengatakan bumi sedang menempuh fasa zaman ais akibat pergerakan bumi yang pantas.
- Kata mereka, fasa ais biasanya mengambil masa ratusan ribu tahun, disusuli satu tempoh panas selama 10 hingga 20 ribu tahun. Corak perubahan ini telah berulang lebih 10 kali, sejak sejuta tahun lalu.
- Pergerakan ais di bahagian utara semasa zaman-zaman ais memberi kesan kepada cuaca bumi, , peralihan lingkungan hujan di kawasan-kawasan selatan. Dengan demikian, semenanjung arab dan gurun sahara di utara Afrika menjadi sebahagian lingkungan hujan yang menerima angin yang bertiup di utara Eropah. Ini akan menyuburkan kawasan gurun, yang bakal dipenuhi lembah-lembah subur dengan sungai-sungai.
- Dalam konteks Malaysia, apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau sejak kebelakangan ini? Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan cuaca dingin di beberapa kawasan di pantai timur dan utara Semenanjung pada pertengahan Januari 2014 adalah di sebabkan beberapa faktor tertentu.
- Tiga faktor utama ialah tiupan Angin Musim Sejuk dari tanah besar China, litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia, dan bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum di Malaysia.
- Berdasarkan kajian juga, cuaca dingin yang luar biasa dan tiupan angin akan berterusan sehingga awal Februari 2014. Selepas itu keadaan akan kembali normal.
- Persoalannya yang sering dibincangkan di lobi-lobi hotel ialah bagaimana jika cuaca sejuk itu berterusan selepas Februari, Mac dan bulan-bulan selanjutnya. Bualan mereka menjadikan lobi hotel sentiasa penuh bagaikan mereka sedang merayakan Tahun Melawat Malaysia.
- Apa yang pasti, cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, manakala di Temerloh pula dikatakan mencecah paras 14 darjah Celsius.
- Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan, Kuala Krai, Kelantan, merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.
- Penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu. Sementara di Jertih, perubahan cuaca mendadak membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.
- Penurunan suhu dan udara sejuk dialami beberapa daerah di pantai timur merupakan satu rekod baharu. Selain itu, beberapa kawasan lain juga terjejas seperti Pasir Putih, Kota Bharu dan Gong Kedak.
- Jelasnya di antara punca utama penurunan suhu itu ialah tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat.
- Fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.
- Disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa. Dalam masa yang sama, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.
- Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.
- Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.
- Sementara itu, tinjauan di pantai timur mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada tengahari.
Monday, 27 January 2014
Cerita di hotel dan surau soal cuaca sejuk Malaysia
Mana pemimpin Melayu Islam yang berani
- Riduan Tee Abdulah: Mulanya saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.
- Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.
- Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.
- Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.
- Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.
- Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.
- Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.
- Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.
- Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.
- Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.
- Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.
- Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.
- Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.
- Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.
- Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.
- Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.
- Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.
- Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.
- Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.
- Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.
Ungku Aziz bercerita soal Melayu
- BARU-BARU ini Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid berkongsi pandangan pelbagai isu berkaitan bahasa Melayu, perpaduan kaum dan ekonomi.
- Soal: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?
- Jawab: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.
- Soal: Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?
- Jawab: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.
- Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?
- Jawab: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.
- Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi. Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
- Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
- Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri? Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.
- Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.
- Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?
- Jawab: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.
- Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.
- Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan. Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).
- Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?
- Jawab: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.
- Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu. Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
- Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.
- Soal: Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.
- Jawab: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.
- Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.
- Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.
- Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi. Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.
- Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.
- Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan. Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.
- Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?
- Jawab: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.
Isu penggunaan kalimah Allah makin tegang
- PULAU PINANG kian tegang apabila penganut Islam dan Kristian melakukan provokasi melampau dengan memasang kain rentang berkaitan kalimah Allah.
- Ada pihak meletakkan kain rentang dengan ungkapan “Allah is great (Allah itu hebat)” manakal di pihak lawan pula mereka meletakkan kain rentang “Jesus is the son of Allah (Jesus adalah anak lelaki Allah)” di Pulau Tikus, Sungai Pinang dan Green Lane.
- Pada mulanya puak pelampau agama hanya memasang kain rentang di Kampung Rawa, Sungai Pinang, namun tidak lama kemudian wujud dua lagi kain rentang serupa di Green Lane dan Pulau Tikus.
- Perkara ini amat bahaya dan boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini dikecapi rakyat Malaysia.
- Dipercayai usaha itu akan diteruskan di kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia sebagai tanda peperangan antara Islam dan Kristian di Malaysia yang selama ini tiada kemelut seperti itu.
- Difahamkan provokasi di pihak pelampau Kristian bertujuan untuk memporak perandakan keamanan negara sekaligus mengajak rakyat menentang kerajaan.
- Namun ramai pemimpin masyarakat mahu pihak berkuasa menyiasat pekara ini kerana ia merupakan satu provokasi yang amat bahaya.
- Di PUTRAJAYA, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili agama Islam dan Kristian supaya bertenang berhubung kejadian pemasangan kain rentang provokasi di Pulau Pinang.
- Beliau berkata, kejadian itu harus diserah kepada polis untuk melakukan siasatan selain mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
- “Yang penting kita harus mewujudkan keharmonian dan kita kena hormati agama lain seperti mana agama kita dihormati," katanya.
- Di KUALA LUMPUR, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial facebook dan juga provokasi penggantungan poster-poster berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.
- Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan perbuatan ini terlalu biadap, berniat jahat dan sengaja diadakan bagi membangkitkan ketegangan agama di Malaysia.
- “Puteri amat dukacita dengan perbuatan ini dan menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan drastik untuk mengenalpasti siapa dalang disebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan.”
- Tegasnya, tindakan ini jika tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri akan menjadikan puak-puak pelampau ini bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
- RUMUSAN: Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja.
- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.
- Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.
- “Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.
- “Ini bermakna bukan Islam tidak mengamalkan agama mereka secara aman damai dan ini boleh mencetuskan perbalahan…kita juga tidak tahu apa motif mereka (pihak yang menuntut penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam),” katanya.
- Sehubungan itu, selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan, sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyelesaikan isu berkaitan Islam, Ahmad Fairuz berkata pihaknya akan menyiapkan satu memorandum untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
- Beliau berkata memorandum itu dirangka untuk memohon dan merayu Majlis Raja-Raja yang dianggotai Sultan dan Raja Melayu selaku ketua agama Islam di setiap negeri supaya mengeluarkan satu ketetapan khusus untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan kesucian agama itu.
- “Memorandum ini juga mengandungi petisyen daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang menolak sama sekali sebarang cubaan untuk mengganggu gugat kesucian Islam dan jika tiada sebarang halangan (memorandum) akan diserahkan kepada pihak Majlis Raja-Raja pada penghujung Februari ini,” katanya.
Wednesday, 8 January 2014
Kontroversi isu bughah, halal darah
![]() |
- TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA sekali menjadi kontroversi di kalangan umat Islam berikutan kenyataannya mengenai isu bughah, halal darah. Namun kebanyakan media tidak dapat melaporkan kenyataan penuhnya, mengakibatkan berlakunya salah faham, salah tafsir, salah tamsil dan salah pengertian.
- Rentetan itu pelbagai reaksi diketengahkan dalam media sehingga ada yang mahu ke balai polis kerana bimbang dengan kenyataan Mufti Perak itu. Bagi menyelesaikan polemik agama, kenyataan penuh Tan Sri Harusani perlu disiarkan bagi mengelak salah faham yang tak berkesudahan. Berikut adalah KENYATAAN PENUH Mufti Perak berkaitan isu tersebut.
- TAN SRI HARUSSANI: Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil.
- Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak dihalalkan golongan bughah”.
- Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “bughah” dan demonstrasi. Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemik dan kecelaruan kepada masyarakat.
- Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ Turun” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.
- Diizinkan ALLAH saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya.
- Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim.
- Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
- Nasihat dan peringatan. Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud:
- “…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .
- Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau. Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)
- Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
- Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.
- Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti Parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah.
- Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.
- Larangan memberontak. Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
- “Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada ALLAH ”.
- Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim.
- Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada ALLAH dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka. “Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)
- Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith: “Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)
- Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.
- Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab).
- Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.
- Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
- Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.
- Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
- Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mengulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah. Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
- Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
- Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
- Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.
- Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan realiti semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha ALLAH dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
- Mufti Kelantan pertahan Harussani
- KOTA BHARU – Kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bukan bermaksud menuduh tetapi bersifat memberi contoh dengan situasi yang berlaku di Himpunan Turun pada malam ambang tahun baharu minggu lalu.
- Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, situasi di himpunan itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkataan bughah dalam istilah fiqah namun ia boleh digunakan bagi tujuan memberi tauladan dan contoh.
- “Pada pendapat saya, ia hanya contoh, bukan menuduh, tugas kita sebagai mufti adalah untuk memberitahu tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam, tentang fatwa, nasihat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan salah faham.
- “Kalau mereka (peserta) tidak tergolong dalam contoh yang dinyatakan, maka mereka tidak perlu marah atau terasa hati dengan kenyataan itu, kalau keluar beramai-ramai tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, itu tidak menjadi masalah, kenyataan tersebut sebenarnya dipolemikkan golongan tertentu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
- Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pihak yang tampil membuat laporan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak tersebut.
- Menurutnya, Harussani memberikan contoh itu supaya masyarakat Islam yang menyertai himpunan itu sedar tentang apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan pelbagai masalah.
- Beliau berkata, sebagai contohnya di negara-negara bergolak lain mengharamkan himpunan dan demonstrasi yang boleh mengakibatkan kemudaratan kerana ia akhirnya melibatkan kematian.
- “Tetapi realiti yang berlaku baru-baru ini tidak seteruk negara luar, sebagaimana dalam Fiqah, tetapi, guling dalam istilah syarak adalah dilarang, yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.
- “Kalau tunjuk perasaan secara aman, tidak menjadi masalah, tetapi kini apa yang dapat dilihat, masyarakat kurang kefahaman dan kurang kepercayaan kepada institusi fatwa dan ulama, sehingga perkara-perkara seperti ini boleh timbul dan pelbagai pertikaian dari pihak-pihak tertentu, inilah salah satu cabaran yang perlu kita hadapi sekarang,”katanya.
Pemuda Pas buat laporan polis
- KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut.
- Timbalan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti itu boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara.
- Justeru katanya, Dewan Pemuda Pas di seluruh negara perlu mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Harussani, sambil menggesa Mufti Perak itu menarik balik kenyataannya.
- keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’
Nasruddin: Hukum bughah perlu penelitian
- TEMERLOH – Menghukum sesuatu kumpulan atau kelompok sebagai bughah memerlukan penelitian dan kajian terperinci kerana boleh mencalarkan imej mufti sekali gus memperlihatkan sudut kurang baik terhadap agama Islam.
- Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata, mufti berperanan mengeluarkan fatwa merungkai kekusutan ummah dalam permasalahan agama juga bertanggungjawab membantu menyatukan ummah, mendidik dan membimbing ke arah Islam.
- “Sementara suara mufti adalah fatwa yang didengari masyarakat umat Islam, mufti selayaknya bijak dan tepat mengeluarkan fatwa tersebut. Tentu rujukannya al-Quran dan Sunnah, lampiran bukti dan maklumat lengkap dan tepat. Bukan merujuk kepada blogger atau media terbuka yang tiada wibawa dan komitmen taqwa tinggi,” katanya.
- Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, definisi bughah (penderhaka/pemberontak) pula mengikut istilah syarak ialah golongan umat Islam yang menentang dan menderhaka Ulil Amri, iaitu pemerintah atau kerajaan adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.
- “Ustaz Dr Mustafa Dib Bugha menjelaskan, bughah merujuk sekumpulan umat Islam keluar dari ketaatan pemimpin benar dan adil, yang dipilih umat Islam. Golongan itu enggan menunaikan kewajipan yang sepatutnya, memerangi umat Islam lain disebabkan ta’wil berbeza dan mendakwa kebenaran di pihak mereka,” katanya.
- Beliau berkata, sebelum mufti berfatwa mengenai bughah, terlebih dahulu mesti ada fatwa dari mufti mengenai kedudukan sebuah kerajaan yang enggan melaksanakan syariat sebagai dasar, peraturan dan undang-undang negara.
- Katanya, mufti tidak boleh memejamkan sebelah mata kanannya terhadap kedegilan kerajaan untuk patuh pada syariat dan menjegil sebelah mata kirinya terhadap rakyat yang bangkit secara aman menolak kerajaan yang menindas.
Friday, 3 January 2014
Puncak Niaga gives KDEB more time
![]() |
- KUALA LUMPUR: Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak) has agreed to give more time to Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), which has proposed to acquire the former’s water assets in its bid to consolidate the Selangor water industry.
- In a filing with Bursa Malaysia yesterday, Puncak said it had issued a letter to KDEB, agreeing to its request for a further extension of time until Jan 15, 2014 to respond to Puncak’s letter dated Dec 4, 2013 with regard to the sale of its water assets.
- In the letter, Puncak, controlled by Tan Sri Rozali Ismail, conveyed its general acceptance in principle of the offer from KDEB that was made in November, but requested for other terms and conditions to be met.
- In its fifth attempt to consolidate the state’s water assets, KDEB on Nov 21 proposed to purchase a 100% equity interest in Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) and a 70% stake in Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) for RM5.594 billion.
- It had also offered to take over the assets of two other concessionaires, Gamuda Bhd and Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), bringing KDEB’s total offers to RM9.56 billion to all the water concession holders.
- Similarly, KPS on Dec 31 agreed to the time extension for KDEB. Gamuda, on the other hand, earlier last month said it was unable to consider the offer.
- In the Dec 4 letter, Puncak’s terms included that the total equity contribution to be paid to the group to include a compounded return of 15% per annum — taken as compensation for Puncak for the loss of future earnings as a result of the sale.
- Besides, the debts due from Syabas to PNSB, along with any and all residual cash in both companies, should be paid to Puncak.
- Puncak also requested to remove the requirement of due diligence post acceptance of the offers.
- This is the second-time extension requested by KDEB as it had earlier on Dec 12 requested for an extension of time until Dec 31 to come back with an appropriate response, to which Puncak agreed.
- Puncak had deliberated on KDEB’s offers at two separate board meetings held on Nov 28 and Dec 3.
- Puncak initially requested KDEB to reply within 7 days thereof from its letter of acceptance in principle of the offers dated Dec 4.
- Nonetheless, Puncak said it was hopeful that KDEB will favourably agree to the former’s terms and conditions to push through the consolidation of the Selangor water industry, which has been in a deadlock situation for four years. -- The Edge Financial Daily
Thursday, 2 January 2014
Blogger jangan jadi ejen sebar fitnah
- BLOGGER muncul tanpa dilantik mahupun ditauliah. Hanya sekelumit memiliki ilmu kewartawanan. Yang pasti, kebanyakan blogger tidak kenal asas 5W1H, apatah lagi mengerti etika dan perundangan yang bersangkutan.
- Mereka hadir apabila dunia siber sudah tidak bersempadan. Mereka menulis apabila emosi dahaga. Mereka mengkritik apabila perasaan terbuai dan meluap-luap. Mereka berteriak apabila kantung kempis dan kelaparan. Mereka senyum dan memuji apabila perut sedikit kenyang.
- Ditanya mengenai etika penulisan, mereka berkata “Peduli apa dengan etika. Ia beri kami makanan kah?. Komputer ini, laptop ini, smartfon ini kami yang beli dan bayar sewa. Oleh itu kami boleh tulis apa saja yang kami suka. Peduli apa samada orang suka atau sebaliknya melainakan mereka memberi kami wang, makanan dan minuman.
- Akibat daripada tiada etika kewartawanan, maka ramai blogger di dunia termasuk di Malaysia suka menulis mengikut emosi dan kebiasaannya bentuk tulisan boleh dikategorikan sebagai `sempang perenang’. Mereka sudah tidak kenal yang mana fakta dan yang mana fitnah. Yang mana libel dan yang mana slander. Yang mana benar dan yang mana palsu. Yang penting mereka menulis dan mereka puashati.
- Kesan besar daripada kedaifan blogger dalam ilmu penulisan dan kewartawanan, maka wujudlah serangan semantic yang serius dan boleh mengamcam kestabilan Negara, masyarakat dan komuniti setempat.
- Penulis tempatan, NOR FAIZ MUHAMMAD NOOR membuat analisa teknikal, pada tahun 2000, Bruce Schneier, seorang pakar dalam bidang keselamatan komputer telah meramalkan bahawa serangan semantik akan menjadi lebih serius dan sukar untuk ditangani berbanding dengan serangan berbentuk fizikal dan sintetik.
- Serangan semantik merupakan satu serangan yang dilakukan dengan memanipulasi sesebuah kandungan dan mengubah maksud asal sesuatu maklumat. Sasaran serangan semantik ialah manusia. Antara contoh serangan semantik ialah penyebaran kandungan palsu, khabar angin dan fitnah.
- Kemunculan media sosial membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi penjenayah dan pengganas melancarkan serangan siber.
- Berbanding dengan media konvensional, media sosial meningkatkan lagi keupayaan serangan semantik melalui kelebihannya yang mudah untuk digunakan, kos yang murah, interaksi dan capaian kepada komuniti yang lebih besar pada satu-satu masa dalam waktu yang singkat.
- Infrastruktur maklumat kritikal negara (CNII) merupakan sebarang aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara yang mana ketidakupayaan atau kemusnahannya akan memberikan kesan yang amat buruk kepada negara dari segi ekonomi, imej, keselamatan dan pertahanan, keupayaan kerajaan untuk berfungsi, kesihatan dan keselamatan awam.
- Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang dikategorikan dalam CNII terdiri daripada sektor kesihatan, air, perbankan dan kewangan, maklumat dan komunikasi, tenaga, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan, kerajaan, pertanian serta perkhidmatan kecemasan.
- Kebelakangan ini, bentuk serangan semantik seperti semakin berleluasa di media sosial. Kes-kes penghinaan agama, institusi beraja dan hasutan berbaur perkauman melalui media sosial telah dilaporkan dan ada yang dibawa ke muka pengadilan.
- Sehingga Jun 2013 sahaja, sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja melalui media sosial telah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
- Antara agensi yang dikategorikan dalam CNII seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kerja Raya juga tidak ketinggalan menjadi mangsa serangan semantik di media sosial.
- Melihat pada trend serangan semantik, hampir kesemuanya dilihat mempunyai motif yang sama iaitu menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan membangkitkan rasa marah rakyat. Sebagai contoh, penyebaran khabar angin mengenai 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh telah mengakibatkan proses pilihan raya terganggu. Antara kesan penyebaran tersebut adalah penahanan dan serangan terhadap pengundi yang disyaki pengundi hantu oleh pihak pembangkang, selain serangan ke atas warga asing serta membangkitkan kemarahan orang awam.
- Kerajaan perlu mengambil serius kaedah serangan semantik melalui media sosial dengan pemantauan yang berterusan selain penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Revolusi Arab Spring yang didukung oleh media sosial tidak seharusnya dilupakan. Twitter, Facebook dan Youtube pada waktu itu telah digunakan sebaik-baiknya untuk membangkitkan semangat orang awam menumbangkan kerajaan sedia ada. Malah, media tersebut juga digunakan untuk mengorganisasikan tunjuk perasaan serta membentuk persepsi masyarakat terhadap mereka.
- Antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan daya tahan infrastruktur maklumat kritikal negara bagi menangani ancaman siber adalah dengan mewujudkan Dasar Keselamatan Siber Negara (NCSP). Bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini dilihat lebih memfokuskan kepada serangan berbentuk fizikal dan sintetik berbanding dengan bentuk serangan semantik.
- Satu kerangka perlu diwujudkan segera agar serangan berbentuk semantik ini dipantau secara berterusan bagi membolehkan tindakan yang pantas diambil. Ini adalah penting bagi mengelakkan kesan serangan tersebut merebak dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mampu membentuk persepsi negatif yang kekal pada mereka.
- Kebanyakan fitnah dan khabar angin mengenai sesuatu isu yang tersebar di media sosial biasanya tidak diberikan maklum balas yang pantas oleh pihak yang menjadi mangsa serangan dan kebiasaannya mengambil masa sehingga beberapa hari untuk menjawab isu tersebut.
- Ini memberikan ruang dan peluang kepada penyerang menyebarkan dan memainkan isu-isu tersebut berulang-ulang kali tanpa ada sebarang penafian yang boleh meneutralkan fitnah dan khabar angin yang dimainkan.
- Ungkapan Adolf Hitler bahawa sesebuah fakta yang salah sekiranya diulang berulang kali, ia akan dipercayai. Jadi perkara ini seharusnya diambil iktibar. Maklumat yang salah tidak seharusnya dibiarkan tersebar sewenang-wenangnya sehingga mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara.
Cina kian sepakat, Melayu terus hilang jati diri
- Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang tetamu yang baharu sebulan menerima status kerakyatan Malaysia dan melepaskan kewarganegaraan Singapura sebaik beliau bersara daripada perkhidmatan awam negara itu walaupun anaknya terus kekal menjadi rakyat Singapura.
- Beliau merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga diterima menjadi rakyat Malaysia selepas lebih 50 tahun menjadi rakyat Singapura dan mencurah bakti sebagai seorang pendidik di negara pulau itu. Secara sinis dan sebagai manifestasi kesetiaannya kepada negara baharunya, beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau kini menyokong pasukan Harimau Muda berbanding Young Lions dalam Sukan SEA yang lalu.
- "Suara yang berkaitan dengan hak orang Melayu akan terus saja dilabelkan sebagai perkauman sempit, manakala yang berkaitan dengan hak kaum lain akan disifatkan sebagai hak asasi manusia”
- Selain mengagumi kemakmuran yang ada dalam negara kita ini, beliau amat berbangga dengan pencapaian negara kita, tetapi melahirkan kebimbangan jika orang Melayu Malaysia terus duduk dalam zon selesa dan hanya mampu menjadi penonton dalam kepesatan pembangunan negara.
- Kebimbangan yang disuarakan oleh seorang yang pernah menjadi rakyat Singapura terhadap masa depan orang Melayu Malaysia ini sangat berasas dan tidak mustahil nasib Melayu Singapura yang semakin terpinggir akan turut berlaku kepada orang Melayu di negara kita.
- Kedudukan agama Islam dipersoal. Sejak kebelakangan ini, orang Melayu dan umat Islam kelihatan agak lemas menangani asakan tanpa henti daripada pelbagai disiplin kehidupan. Kelihatan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan sudah mula dipersoalkan mereka yang menuntut kesamarataan agama.
- Saki-baki hak keistimewaan orang Melayu yang tinggal pula mahu digantikan dengan hak kesamarataan atas alasan keadilan, begitu juga dalam soal pembinaan rumah ibadat. Malah, kalimah Allah yang digunakan secara eksklusif oleh orang Islam di negara ini pun hendak digunakan oleh agama lain.
- Senario seumpama ini jelas menekan orang Melayu. Suara yang berkaitan dengan hak orang Melayu akan terus saja dilabelkan sebagai perkauman sempit, manakala yang berkaitan dengan hak kaum lain akan disifatkan sebagai hak asasi manusia.
- Terkadang menjadi suatu yang dianggap berdosa hinggakan seseorang boleh kehilangan pangkat dan jawatannya hanya kerana mengingatkan khalayaknya akan sejarah penubuhan negara ini.
- Sedangkan kita tahu sementara orang Melayu terus mendapat nikmat dalam bumi ini, kaum lain pun turut sama menuai hasil tanpa perlu berasa takut atau dianaktirikan. Tentu saja kita boleh meneliti statistik penganugerahan status warga negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sejak merdeka yang jelas menunjukkan betapa ramai kaum bukan Melayu menikmati anugerah ini.
- Melayu kian hilang jati diri. Tahun demi tahun, orang Melayu kian hilang jati diri yang menjadi asas keutuhan sesuatu kaum. Tentunya orang Melayu tidak boleh hanya menyalahkan orang lain semata-mata. Orang Melayu perlu segera dikejutkan dan keluar dari zon selesa di tanah air sendiri. Satu masalah lazim yang ada bagi penduduk asal sesebuah negara adalah kegagalan mereka untuk keluar daripada kepompong keselesaan hingga mengakibatkan mereka menjadi lemah.
- Apabila kita meneliti satu demi satu peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa tidak ada satu pun dalam peruntukan tersebut merujuk kepada terma Ketuanan Melayu. Apa yang dimaktubkan adalah hak keistimewaan orang Melayu. Sedikit hak keistimewaan yang ada ini sebenarnya sudah mencukupi untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan sebuah bangsa Melayu yang hebat.
- Sebaliknya, hak keistimewaan ini tidak boleh lagi menjadi gula-gula bagi memapah bangsa Melayu kerana perlindungan melalui penguatkuasaan perundangan tidak akan selamanya boleh menjadikan bangsa Melayu menjadi bangsa yang kuat. Malah, ia boleh mengakibatkan orang Melayu dilihat sebagai kaum majoriti dengan suara minoriti.
- Dalam banyak keadaan, penguasaan ekonomi dan kuasa wang boleh saja meruntuhkan tembok dan pagar yang dibina bagi melindungi orang Melayu apatah lagi kita hidup dalam zaman yang mana kuasa wang diletakkan sebagai keutamaan paling tinggi dalam kehidupan kita.
- Tetamu itu seterusnya mengingatkan saya bahawa mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Perkara 152 dalam Perlembagaan Republik Singapura menyatakan bahawa hak istimewa orang Melayu yang dirujuk oleh Perlembagaan itu sebagai ‘penduduk asal negara Singapura’ hendaklah dijamin oleh pemerintah negara republik itu.
- Pemerintah Singapura mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk memastikan bahawa orang Melayu sebagai penduduk asal Singapura dapat mempertahan dan meningkatkan kedudukan politik, ekonomi, pelajaran, agama Islam dan sosio budaya kaum Melayu. Sambil mengakui bahawa ia mungkin tidaklah begitu ketara, namun orang Melayu Singapura sehingga kini masih mendapat keistimewaan dalam hal bayaran pelajaran dan beberapa keistimewaan lain.
- Melayu kena berusaha untuk bersaing. Sama ada orang Melayu Singapura benar-benar mendapat keistimewaan itu bukanlah persoalan utama, tetapi apa yang penting adalah melalui Perlembagaan itu, sebuah negara yang diperintah oleh pemerintah majoriti kaum Tionghua masih mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal negara berkenaan. Untuk itu, dokumen perundangan tertinggi negara itu memperuntukkan bahawa keistimewaan kepada penduduk asal hendaklah dikekalkan.
- Bagaimanapun, masa depan orang Melayu Singapura sama juga dengan orang Melayu di Malaysia, bukan lagi ditentukan oleh perlindungan Perlembagaan, tetapi lebih utama adalah cara bagaimana mereka mampu bersaing menjadi individu yang cemerlang dengan bangsa lain.
- Segmentasi bangsa masih diperlukan dalam negara kita bagi menentukan status maju mundurnya ekonomi, sosial dan pendidikan warga negaranya. Semua orang yang menerima hidayah Allah boleh memeluk agama Islam, tetapi tidak ada orang yang boleh menjadi Melayu atau Cina atau kaum apa sekalipun. Kita memang ditakdirkan untuk lahir sebagai seorang Melayu.
- Pengakuan sesuatu bangsa itu sepatutnya tidaklah menjadi halangan untuk kita saling mengenali dan berbaik-baik sesama kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara merdeka, kerajaan perlu mengambil berat agenda pembangunan semua kaum yang ada dalam negara kita.
- Pada masa sama, potensi yang ada pada setiap warga negara perlu terus diasah tanpa membezakan warna kulit bagi memastikan potensi yang ada dapat membantu menaikkan martabat negara kita. Begitupun, ini bukan pula bermakna bahawa peruntukan yang menjadi teras dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi penting.
- Masalahnya, ialah apabila ada segelintir rakyat yang menjuarai hak sama rata dengan semua kaum sedangkan peruntukan yang khusus berkaitan Melayu dan status Agama Islam seolah-olah dikesampingkan pula. Masanya sudah tiba untuk kita lebih menitikberatkan pemahaman setiap warga negara akan teras pembinaan negara ini.
- 2013 melabuhkan tirainya, 2014 menjelma dengan harapan orang Melayu akan bangkit daripada kealpaan lalu bingkas memperkukuhkan penyatuan dalam talian agama Islam tanpa mengira fahaman politik bagi menjadi tiang seri negara ini. – Oleh: Ikbal Salam
Demi agama teruskan usaha mengatur muzakarah
![]() |
- Kelmarin seorang lelaki lingkungan usia 50-an datang menyapa penulis di sebuah majlis anjuran YADIM. Bersungguh-sungguh beliau berhujah mahukan UMNO dan PAS duduk semeja berbincang mengenai masa depan Islam di negara ini. Kata beliau: “Tolonglah usahakan agar tahun 2014 sebagai tahun penyatuan antara UMNO dan PAS.”
- Mungkin kata-kata ini tampak bagaikan fata morgana yang jauh daripada realiti. Namun, bagi penulis bukan sangat isu penyatuan UMNO-PAS sebagai dua parti terbesar mewakili bangsa teras negara iaitu Melayu-Islam yang didambakan tetapi sekurang-kurangnya kesediaan kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk duduk bermuzakarah.
- Ramai yang salah tanggap apabila isu muzakarah ini dicetuskan. Berkali-kali penulis menyatakan bahawa muzakarah bukan bermatlamat untuk meleburkan identiti mana-mana parti. Muzakarah juga tidak perlu sehingga menjurus kepada matlamat penyatuan parti.
- Sebaliknya, muzakarah yang dihajati ialah agar kedua-dua parti politik ini dapat duduk bersemuka dan berbincang mengenai agenda yang menjadi asas kepentingan bersama iaitu Islam, Melayu dan negara.
- Cari titik persamaan. Seharusnya muzakarah memfokuskan kepada usaha mencari titik-titik kesamaan, sekali gus mencanai formula kerjasama atas perkara yang disepakati. Inilah bezanya muzakarah dengan mujadalah. Mujadalah adalah istilah Arab yang bermaksud saling berdebat untuk menzahirkan kekuatan sendiri dengan menelanjangkan kelemahan pihak bertentangan.
- Sedangkan muzakarah berasal daripada kata dasar bahasa Arab iaitu zakara atau yuzakiru dengan makna yang cukup kudus dan luhur. Muzakarah lebih bersifat perbincangan dan saling memperingati ke arah kebaikan. Malah ia terkait dengan perkataan ‘zikr’ yang mengikat perbincangan itu atas landasan mengingati dan mentaati Allah SWT.
- Ternyata jika kita berfikir secara objektif dan mencari titik persamaan antara kedua-dua parti yang mewakili kelompok terbesar rakyat Malaysia iaitu Melayu-Islam, pasti kita dapati terlalu banyak persamaan antara kedua-duanya.
- Pertama, UMNO dan PAS menyatakan memperjuangkan Islam. Perlembagaan serta pernyataan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti jelas menzahirkan iltizam memperjuangkan Islam. Bahkan tidak pernah berlaku di negara Islam lain dua parti politik berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang lebih berupaya melaksanakan Islam.
- Kedua, akidah yang dipegang kedua-dua parti juga adalah sama iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Baik UMNO mahupun PAS, solat dengan cara yang sama dan tiada beza pegangan fekah masing-masing. Kalaupun ada seorang dua pimpinan atau pengikut yang terjebak dengan ajaran sesat seperti syiah atau penyakit liberalisme dalam agama, tidaklah sesekali mewakili dan menggambarkan pendirian organisasi.
- Ketiga, kedua-dua parti menjunjung dan menghormati Perlembagaan. UMNO dan PAS memperakui Perlembagaan Persekutuan sebagai sistem undang-undang tertinggi negara. Tidak timbul lagi isu dan tohmahan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara sekular sebagai mana momokan segelintir pemimpin dan pengikut PAS dulu hingga ada yang tergamak mengkafirkan UMNO kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah.
- Keempat, kedua-dua parti juga memperakui identiti kemajmukan negara yang memerlukan pertimbangan dan kerjasama politik antara pelbagai parti yang mewakili kepentingan kaum masing-masing. Malah PAS yang pernah menyesatkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir, khususnya MCA dan MIC, kini sudah terbuka melalui kerjasama politik dengan DAP dan PKR.
- Kelima, UMNO juga tidak boleh lagi berhujah menggunakan alasan bahawa PAS tidak pandai mentadbir kerana tiada pengalaman. Hakikatnya, PAS berpengalaman memerintah Kelantan melebihi 23 tahun dan pernah mentadbir Kedah dan Terengganu.
- Banyak persamaan diperjuangkan. Banyak lagi jika hendak digariskan satu persatu persamaan antara UMNO dan PAS selain daripada lima yang disebutkan di atas. Ternyata tidak banyak perbezaan antara UMNO dan PAS jika hendak dibandingkan dengan persamaan yang semakin menyerlah kini.
- Justeru, apa salahnya UMNO dan PAS memfokuskan kepada titik persamaan dalam usaha memulakan muzakarah. Hakikatnya, majoriti rakyat sudah mulai cemuh dengan pertelingkahan politik yang kadangkala begitu sengit dan tegang hingga melangkaui sempadan akhlak dan nilai keagamaan.
- Kena ada batas dan sempadannya dalam berpolitik dan berparti. Apa yang penting kedua-dua parti harus bersedia bermuafakat memperjuangkan agenda Islam dan membanteras sebarang bentuk anasir yang kini semakin berani mempertikai dan memperlekeh kedudukan Islam dan Bumiputera sebagai mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. -- Tulisan: Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Tuesday, 31 December 2013
Kompas tidak relevan, kutub sudah berubah
![]() |
| Benarkah kompas sudah tidak berguna sebab arah kutub sudah berubah? |
- KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.
- Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.
- Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun. Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.
- Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini. Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.
- Medan magnet bumi berganjak. Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.
- Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.
- Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.
- Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.
- Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan. Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan. Apabila peralihan tersebut berlaku, kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.
- Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu. “Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.
- "Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi. Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.
- Waktu lebih singkat. Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.
- “Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.
- Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.
- Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.
Musim salji di Malaysia mulai 2015 akibat paksi bumi menyongsang
![]() |
| Malaysia bakal menerima musim salji menjelang 2015? |
- KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
- Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
- Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
- Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
- Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
- Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
- Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
- Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
- Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
- Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
- Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
- Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
- Kiamat menurut Islam. Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
- 1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
- 2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
- 3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
- 4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
- 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. -- (Hadis Riwayat Bukhari)
- Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
- Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)
- Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
Monday, 30 December 2013
Rocky brewing bout Malaysians' most expensive homes
![]() |
| Riza Aziz's condo worth RM110 million, so what? |
- Famous blogger Rocky has recently brewing the Sarawak Report about a RM110 million condo in New York purchased by a 36-year old Malaysian that has been picked up by not only Malaysiakini but also by influential pro-establishment bloggers like Big Dog (Movie of the Week pick), The Scribe (Kesian Tun Abdul Razak) and Outside The Box (Umno Bloggers, Sekarang Kita Mampus).
- The story about Riza Aziz has gone viral because he happens to be Rosmah Mansor's son from an earlier marriage; therefore, Najib Razak's stepson. Potent ingredients for an explosive expose! If the story's true, Riza's property is just the latest in the list of hot homes overseas owned by Malaysians which have been covered in the Malaysian socio-political blogosphere.
- Just last month, Malaysians were reading about a home supposedly owned by Opposition politician Saifuddin Nasution (Bernarkah rumah Saifudin di Australia RM73.3 juta?). The PKR sec-gen had denied the story and purportedly told someone that it belonged to one Rahim Ghouse (Saifudin kata banglo di Australia milik Rahim Ghouse?). Not many of today's young Malaysians know who Mr Ghouse is. Ask Anwar Ibrahim, he'd probably remember who Ghouse is and how/where he got all that money.
- Back in March 2009, a blog posted From Perth to Ottawa about one of the most expensive homes in Ottawa belonging to a Jamilah, the daughter of Sarawak Chief Minister Taib Mahmud, and her Canadian husband.
- And then there's the famous home in Mosman Park overlooking the unforgettable bay in Perth. First thought to belong to former Prime Minister Abdullah Badawi, it was later revealed by a close relative that the house, which was said to cost some A$10 million, actually belonged to Kamaluddin Abdullah, the son.
- PKR's Tian Chua wants MACC to investigate Riza's condo in New York. It is not certain whether MACC could, should or would do that, but a politician half as sleek as Tian Chua would know that the call itself is enough to build the perception that corruption is somehow involved in the purchase of the apartment. Never mind if Riza is not Najib's son; he is Rosmah's and that's more than enough to end 2013 on a juicy note for some people!
- Riza's condo had actually been exposed in December last year by celebrity photographer Kee Hua Chee, who even explained how Riza Aziz made his money. Nobody paid too much attention back then, for some reason.
- Kee Hua Chee even throws in an interview with Riza and his business partner Joey McFarland on the making of the US$100 million Wolf of Wall Street starring Leonardo DiCaprio and the duo's company Red Granite.
- Rocky’s blog received few interesting comments. Some said, the only issue that Riza faces is that a movie he helped finance was rated lower that X, and Rosmah said that Malaysian school children should see it. If not for that, Riza would be hailed as a Bumiputra businessman who made good in the U.S., without the benefit of affirmative action.
- What proof do they have that he (Riza) was able to buy that house with the proceeds of corruption in Malaysia. It's not that such things cannot and do not happen but where's the proof that Riza is guilty of such misdeed. So this is the gutter into which Malaysian politics has descended.
- Another reader said “ Yang sebenarnya orang Melayu tak boleh tengok orang Melayu kaya dan berjaya. Riza Aziz berusaha dangan daya usaha sendiri. Filemnya naik bukan kerana Najib dan Rosmah, tetapi diterima oleh masyarakat dunia. Industri filem di Amerika tidak ada ada kena mengena dengan politik Malaysia. Biarlah seorang anak Melayu menempah nama di persada antarabangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)












