- Tun Dr Mahathir Mohamed terpanggil untuk menjawab kritikan pengikut tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkinja-kinja mahu membidasnya di dada media.
- Dalam menghadapi situasi, Mahathir yang lebih mesra dengan panggilan Che Det sentiasa tenang dan tidak pernah gopoh ketika berdepan dan menjawab pelbagai persoalan.
- Kali ini beliau menulis dengan tenang dalam blognya untuk memberitahu pengkritik yang berpihak kepada Perdana Menteri bahawa beliau sekadar bertanya kepada Najib mengenai pelbagai isu penting, bukannya melondehkan anak Tun Razak itu.
- Yang melondehkan Najib anak beranak ialah puak pembangkang. Malangnya anak buah Najib tiba-tiba melatah tak tentu haluan, mungkin kerana terpanggil untuk membela Perdana Menteri atau diarah berbuat demikian.
- Seelok-eloknya kita sebagai rakyat Malaysia membaca apa jawapan Che Det kepada pengkritik amatur, novice dan semi-profesional.
- Dr Mahathir berkata: Saya tidak tawar (diri) untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
- Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.
- Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.
- Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.
- Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbilion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbilion Ringgit juga.
- Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.
- Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.
- Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.
- Di mana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.
- Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.
- Apabila saya letak jawatan, satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.
- Pembaca portal Free Malaysia Today, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka di kalangan orang ramai yang tidak terjawab.
- Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.
- Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.
- Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.
- There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.
- 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.
- As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.
- With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.
- There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.
- If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?
- I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.
- I had great hopes when Najib took over from Abdullah. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.
- Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.
- As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.
Wednesday, 13 May 2015
Che Det jawab kritikan pengikut tegar Najib
Agenda pecat Isa Samad (bahagian 1)
- Luluh hati peneroka dan anak-anak FELDA apabila melihat saham FGV merudum dari RM4.55 ketika disenaraikan kini hanya RM2.07 seunit sahaja.
- Sepanjang kejatuhan harga sejak dua tahun lalu, tiada siapa sudi melayan kegundahan hati 3.5 juta keluarga FELDA.
- Keluhan hati berbalam di celahan pokok sawit dan getah. Bila diajukan remuk redam itu pada insan yang sudi mendengar, tiba-tiba bergegar tiang seri pentadbiran FELDA yang kemudiannya menuduh ada pihak sakit hati dan mahu meracuni minda peneroka.
- Namun tika hati peneroka sedang gundah gulana, di mana wakil-wakil FELDA atau menteri datang mendamaikan hati yang gelisah? Di mana kelibat Tan Sri Isa Samad yang sepatutnya datang ke semua FELDA untuk mententeramkan jiwa yang sedang lara.
- Apakah agaknya detik hati Isa pada ketika ini dan saat ini pabila melihat harga saham FGV merudum dari sehari ke sehari.
- Oleh kerana suasana senyap sunyi, maka peneroka mengambil keputusan meluahkan perasaan di dada media sosial yang penuh kontroversi.
- Akhirnya seorang insan yang dikenali sebagai Mohd Nasaie Ismail muncul untuk menulis kepada kerajaan dengan jodolnya `Pecat Isa Samad Siri Satu’.
- Esok saya akan tulis surat kepada Tan Sri Mohd Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA.
- Datuk Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Datuk Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Datuk Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
- KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji.
- Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
- Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama.
- Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.
- Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan.
- Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa dan ahli politik katak yang melompat dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Tunggu satu persatu akan didedah.
- Isa. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang naib presiden Umno. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA.
- Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Datuk Seri Najib Razak juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi batalkan penyenaraian FELDA di zamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup. Bersambung...
Syed Mokhtar mungkin ambilalih kontrak janakuasa RM11b dari 1MDB
- Malakoff Corp Bhd yang diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mungkin akan mengambil alih kontrak membina stesen janakuasa arang batu (coal-fired power plant) berharga RM11 bilion dari 1MDB-Mitsui.
- Ini kerana 1MDB yang menerima kontrak itu pada Mac 2014, kini dilanda krisis kewangan dan dilihat berisiko untuk membiayai projek pembinaan stesen janakuasa 2,000 MegaWatt itu.
- Berikutan itu Suruhanjaya Tenaga (EC) dikatakan akan menyerahkan projek yang dikenali sebagai Projek 3B itu kepada konglomerat lain yang menawarkan tarif rendah, antaranya Malakoff dan YTL Power International Bhd.
- Berikut laporan ekonomi berkaitan spekulasi pembidaan semula kontrak Projek 3B bernilai RM11 bilion itu.
- The Energy Commission (EC) is said to have decided to pass 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) contract to build a 2,000MW coal-fired power plant known as “Project 3B” to other companies.
- Sources said the EC has approached Tenaga Nasional Bhd (TNB) requesting a proposal to take over Project 3B and the national utility is at an advanced stage of finalising the proposal. At least one other company, Malakoff Corp Bhd, is also said to have indicated an interest in taking over the project.
- The 3B project, which was valued at RM11 billion, was awarded in March 2014 to 1MDB and Mitsui & Co Ltd, which submitted the lowest tariff rate of 25.33 sen per kWh.
- However, 1MDB is now embroiled with issues that have cast doubts on its ability to see Project 3B through, including its cashflow problems and its RM42 billion debt.
- The 2,000MW Project 3B represents half of the capacity the EC has tendered out to meet the power needs of the country by 2019.
- Any delay would put a spanner in the EC’s power planning, and this is the reason the regulator is now looking for somebody else to finish the job.
- It is understood that one of the conditions set by TNB is that it will not pay any compensation to 1MDB-Mitsui and that TNB would have the option of not matching 1MDB’s original tariff proposal.
- Sources, however, said the project has not been awarded to TNB yet and that the national utility conducted talks with Mitsui, 1MDB’s minority partner in the project, to prepare for TNB’s revised proposal.
- The sources said TNB is leading in the race to win the revised Project 3B, but there is still the possibility that it will be tendered out for re-bidding.
- It is understood that a re-bidding of the project is desirable, given the EC’s stated objective to provide open and transparent bidding for all projects, even if there is a time urgency.
- Industry sources said TNB’s only stumbling block is that it will not be able to do the project at the tariff rate that was awarded to 1MDB.
- “They (TNB) have asked the EC to allow for a higher tariff rate for the uptake from (Project) 3B,” an industry source said. In the original tender, Malakoff submitted a tender that was the second-lowest after 1MDB’s.
- Malakoff, which is undergoing an IPO this week, is said to be interested in the project. “Rightfully, Project 3B should be given to Malakoff if they can match 1MDB’s low tariff bid,” said a source.
- He said Malakoff would be able to meet 1MDB’s lower tariff demand if it is allowed to provide the generation capacity at its existing complex in Tanjung Bin, Johor.
- Malakoff is also uniquely poised to fulfill the EC’s desire for a quick time to bring Project 3B online because it has almost completed its T4 project at Tanjung Bin and can bring its engineering, procurement and construction resources there to build its Project 4A almost immediately.
- “Malakoff can fit in another coal-fired power plant in Tanjung Bin without any problem because it has more than enough space and all the infrastructure are already in place,” he said.
- “They can build a 2,000MW plant in Tanjung Bin easy.” Industry sources also pointed out that Project 3B could be split between TNB and Malakoff, with each power company generating 1,000MW each.
Bekas MB Terengganu serang Najib soal 1MDB
- PERANG TERBUKA di antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad makin hangat apabila bekas Menteri Besar Terengganu tampil membuat pendedahan mengenai konspirasi 1MDB.
- Dewan Undangan Negeri Terengganu dikejutkan dengan pendedahan Dato’ Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan Perasmian Tuanku Sultan Terengganu.
- Paling mengejutkan ialah cubaan Najib mencagar hasil gas dan minyak Terengganu kepada 1MDB tetapi dibantah Ahmad sehingga menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya sebagai Menteri Besar.
- Ahmad membuat pendedahan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
- Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata, beliau akan mendedahkan lebih banyak konspirasi Perdana Menteri pada masa akan datang, tetapi buat masa ini cukup dengan mengakui kebenaran kaitan kerajaan Terengganu dan 1MDB.
- Mengulangi sejarah GLC kontroversi itu, Ahmad berkata 1MDB pada asalnya dikenali Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi masalah yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
- “Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui 1MDB asalnya TIA, bukan agensi yang modalnya berbayar, sebaliknya saya dan kerajaan negeri yang bayar.
- “Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada masalah yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
- “Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
- “Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
- Sejak diturunkan dari jawatan Menteri Besar setahun yang lalu, inilah kali pertama Ahmad bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
- Kalangan pemerhati politik yakin serangan Ahmad terhadap kerajaan persekutuan dilakukan sebaik saja Perdana Menteri menyerang Tun Mahathir secara terbuka di Tawau, Sabah baru-baru ini.
- Ini sekaligus menyaksikan bahawa Ahmad merupakan tokoh politik yang berada di kem Mahathir yang mahu Najib segera letak jawatan demi menyelamatkan UMNO dan BN daripada kemusnahan pada PRU akan datang.
- Pada masa yang sama beberapa pemimpin pembangkang yang popular terus menghentam kerajaan dan Najib secara konsisten bagi memastikan lebih ramai rakyat menaruh kebencian dan dendam ke atas kerajaan.
- Jika misi ini berjaya, kebarangkalian untuk BN tewas pada PRU1 semakin besar walaupun strategi `pecah sempadan pilihan raya’ bakal dilakukan bagi mengurangkan kekuatan pembangkang. Tiada yang lebih berkesan selain membangkitkan wasangka terhadap pentadbiran kerajaan persekutuan.
Tuesday, 12 May 2015
Mat Sabu terkedu DAP tarbiah hudud kepada PAS
- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terkedu apabila mendengar sahabatnya Lim Kit Siang memberi tazkirah soal hudud di pentas ceramah umum PAS.
- Pengasas dinasti DAP itu mengambil peluang itu sebaik mungkin di pentas ceramah yang disediakan di Padang Perdana untuk mengajar pemimpin serta kira-kira 1,000 penyokong setia PAS tentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
- Utusan Malaysia melaporkan, biarpun hudud menjadi dasar perjuangan PAS sejak sekian lama, Kit Siang tanpa rasa kekok menyangah pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini walaupun Mat Sabu turut berada di atas pentas bersamanya.
- Menurut Kit Siang, pelaksanaan hukum tersebut perlu difikir dengan lebih mendalam kerana negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk selain tidak bersesuaian dengan Perlembagaan Malaysia.
- “Baru-baru ini, saya dengan empat Ahli Parlimen DAP telah pergi ke Jordan dan Mesir untuk berjumpa dan bertukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di sana. Lebih kurang 2,000 orang pelajar kita di Jordan dan di Mesir lebih kurang 10,000 orang.
- “Dalam bertukar (fikiran) kita sama ada di Jordan atau Kaherah (Mesir), masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam tapi dalam Jordan dan Mesir mempunyai 92 peratus serta 95 peratus penduduk Islam (tetapi) tidak ada hudud.
- “Ada pandangan, pertikaian, debate (debat) sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak. Apabila saya pergi Jordan dan melawat Amman, Mafraq, Karak serta Irbid dan baca (mengenai hukum hudud) bahawa sarjana, ustaz dan ulamak-ulamak Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada Undang-undang Syariah dan ada syarat-syarat sebelum dilaksanakan,” katanya.
- Sebelum ini, PAS tetap bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana itu merupakan perjuangan parti berkenaan sejak dahulu serta hasrat rakyat negeri ini yang memberikan kemenangan kepada parti Islam itu sejak tahun 1990.
- Bagaimanapun, hasrat tersebut ditentang oleh DAP sehingga membuat keputusan pelik dengan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi tidak dengan parti itu.
- Kit Siang turut memetik pendapat Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, jika semua Undang-undang Syariah tidak boleh dijalankan maka belum sampai waktunya untuk hudud dilaksanakan.
- “Adakah masalah di Jordan dan Mesir masalah anti Islam? Bukan. Tetapi mengenai sama ada sesuai tak sesuai, khasnya dalam Malaysia, satu masyarakat majmuk... dan saya rasa mustahak, khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dilihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam. Saya rasa mengikut Perlembagaan tak sesuai ada pelaksanaan hudud,” ujar Kit Siang.
- Katanya, tempoh sebulan ini sangat kritikal dan peluang yang baik bagi pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang sedang menghadapi pelbagai masalah.
- Beliau seolah-olah menyindir PAS dengan berkata, pakatan pembangkang boleh menumbangkan BN sekiranya ketiga-tiga parti yang bergabung jujur dan ikhlas dalam mengotakan janji yang dibuat pada tahun 2008.
- “Itu masalah. Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, kita tak boleh pegang kepada apa yang kita sudah janji bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai,” katanya.
- Tambahnya, perkara lebih mustahak pada masa sekarang menumpukan usaha menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO dan BN kerana mengikut Perlembagaan hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
- Maka jelaslah bahawa tujuan DAP bukannya mahu membantu PAS menegakkan syiar Islam tetapi memaksa parti Islam itu bersekutu dengannya untuk mengambil alih teraju pentadbiran negara yang kini dipegang oleh UMNO. Itu saja.
- Jika DAP berkuasa di peringkat nasional, maka dapatlah mereka membangunkan Malaysia sehebat Singapura, manakala bangsa Melayu akan terjerumus ke lembah kesengsaraan yang sama seperti Melayu di Singapura. Mudah untuk membaca hati nurani DAP.
Benarkah sokongan Najib palsu
- Selepas Perdana Menteri `menembak’ Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka di Sabah, kini giliran anak buah Mahathir pula membalas serangan itu.
- Sebagai bunga silatnya, Tan Sri Zainuddin Maidin memberitahu dunia khususnya ahli majlis tertinggi UMNO supaya berani ke depan untuk mendedahkan kebenaran bahawa sokongan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selama ini adalah PALSU.
- Dalam blognya, bekas Menteri Penerangan yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, apabila perbincangan pemulihan UMNO berlaku dalam MKT, ia merupakan petanda bahawa presiden UMNO sudah tidak memiliki sokongan padu.
- Sekonyong-konyong Najib mengistiharkan bahawa dia tidak akan meletak jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan hujah bahawa keseluruhan rakyat menyokong kepimpinannya.
- Sambil itu Najib menuduh Mahathir juga tidak mahu berundur dari kerusi Perdana Menteri pada suatu masa dahulu walaupun jika ditakdirkan menang satu undi sekalipun.
- Memang benar Mahathir tidak mahu berundur walaupun sokongan UMNO kepadanya ketika itu 50 peratus saja, tetapi perlu diingat sokongan rakyat di luar UMNO telah dibuktikan amat kuat.
- Walaupun UMNO berpecah belah pada masa itu, tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat terutama bangsa Cina dan India terbukti sangat kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen begitu teguh.
- Namun pada masa sekarang ini orang hampir semua masyarakat Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali menzahirkan slogan "I Love You Palsu."
- Zam juga membidas Najib yang berbohong mengatakan sokongan kepada Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987.
- Wal hal Najib sebenarnya menyokong Tengku Razaleigh pada peringkat awal, sehingga didesak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri.
- “Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim, Najib takkan sokong Mahathir.
- “Dalam ucapan di Tawau, perdana menteri mendakwa sokong Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO.
- "Dia bohong sokong Mahathir pada 1987. Dia mula sokong Tengku Razaleigh, saya masih ingat lagi. Anwar tekan dia supaya sokong Mahathir, banyak saksi yang masih hidup. He is really desperate . Mahathir menang dengan 44 undi. He (Najib) didn't campaign at all. He is playing safe,” kata Zam lagi.
- Dalam pada itu transformasi yang dibawa oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama.
- Ini dapat dilihat dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing, kesepian majlis penasihat, krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh Tabung Haji.
- Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari Tabung Haji.
- Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia. Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka.
- Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji.
- Zam juga membidas Najib yang dikatakan `melalut’ dengan membanggakan keturunan Bugisnya. Najib berpantun dalam irama Bugis untuk menunjukkan kejantanan tidak mahu tunduk kepada desakan sesiapa.
- Kata Zam lagi, walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu.
- Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.
- “Selama ini Mahathir membanggakan identiti Melayu, tetapi `bangang’ manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai pemimpin berketurunan Bugis di sana sini,” tempelak Zam lagi.
- Untuk itu Zam menggesa anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya berani memberitahu presiden parti secara berdepan bahawa sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu.
- Perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membuktikan keruntuhan di akar umbi MKT. Jika tidak kenapa semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.
- Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti di kalangan rakyat mesti berani bersuara di hadapan Najib demi bangsa, agama dan negara.
- “Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut di dalam. Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” selar Zam.
- Kesimpulannya, jika benar sokongan terhadap kepimpinan Najib itu palsu, beliau perlu berusaha memperkukuh sokongan. Tak mungkin beliau akan letak jawatan kerana keengganan itu sudah diumumkan walaupun didesak hebat.
- Seandainya BN tewas pada PRU14, apakah Najib akan mempersalahkan Mahathir dan kroni kerana menghentam beliau terlalu kuat, atau menuduh MKT UMNO kerana memberi sokongan palsu, atau menuduh komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerana menderhaka kepada perdana menteri dan UMNO.
- Semua alasan yang diberikan ketika itu sudah TERLAMBAT. Negara telah jatuh ke tangan puak pembangkang dan tidak mungkin dapat diambil semula walaupun dalam tempoh 100 tahun.
- Pada ketika itu juga, mungkinkah Najib dan isterinya akan terus menikmati sisa kemewahan di luar negara, sedangkan rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu terus menderita bertarung dengan dominasi Cina DAP yang bermaharajalela.
- Atau mungkin juga Najib anak beranak sanggup bersama-sama bangsa Melayu UMNO berusaha keras merampas semula kerajaan yang hilang.
- Mimpi ngeri seumpama itu boleh dihindarkan jika bangsa Melayu Islam bersatu padu menyokong UMNO tak kiralah siapa pemimpinnya, asalkan negara tidak tergadai keseluruhannya.
Monday, 11 May 2015
Muhyiddin juga bimbang kerajaan Melayu akan tumbang
- Segala isu yang melingkari UMNO perlu dijawab secara profesional dan ditangani dengan baik atau kerajaan Melayu yang memerintah negara sejak ratusan tahun bakal tumbang menjelang PRU14.
- Bangsa Melayu mungkin patah hati dan enggan memberi mandat kuasa pada musim akan datang jika UMNO dan kerajaan sedia ada tidak mengurus tadbir dengan baik.
- Kegelisahan itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam amanat sempena Ulangtahun UMNO Ke-69.
- Katanya, kewujudan sebuah kerajaan yang telus dengan tadbir urus yang baik menjadi keutamaan rakyat dalam membuat pilihan politik.
- Sebarang isu yang melibatkan soal ketelusan dan tadbir urus perlu dipandang berat dan jika terdapat masalah ianya perlu diselesaikan dengan segera. Ini termasuk isu 1MDB yang tidak boleh dibiarkan berlarutan.
- Setiap dakwaan mengenai penyelewengan dalam urusan 1MDB perlu segera disiasat secara bebas, telus dan adil dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
- Imej UMNO tidak boleh terpalit dengan isu 1MDB. Tidak dinafikan orang Melayu masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap UMNO untuk membela nasib mereka.
- “Saya bimbang jika isu-isu yang melingkari parti kita tidak dapat dijawab dengan baik untuk terus meyakini rakyat tentang keikhlasan perjuangan UMNO, maka rakyat akan menolak UMNO dalam PRU dan kita terpaksa melepaskan amanah kepimpinan yang digalas selama ini,” jelas Muhyiddin.
- Katanya lagi, rakyat sedang memerhati tindakan dan pendirian UMNO dalam beberapa isu utama. Dalam isu hubungan kaum dan perpaduan nasional misalnya, rakyat sedang melihat ke mana arah tuju UMNO? Adakah UMNO akan terus menjadi sebuah parti Melayu dan Islam yang moderat, sederhana dan progresif atau berubah menjadi sebuah parti perkauman yang rasis dan ekstrim?
- Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap cabaran dan ujian yang dihadapi UMNO pada masa sekarang ini amat besar.
- Untuk itu UMNO tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya perlu bangkit dan berkerja keras, bersatu dan mengenepikan segala kepentingan sempit dan peribadi.
- UMNO Selangor pula menyeru supaya parti itu terus mendekati akar umbi. Sikap melupakan akar umbi hanya akan membuatkan UMNO lumpuh kerana mereka adalah nadi yang selama ini menjadi nyawa kepada perjuangan parti semenjak sebelum merdeka sehingga ke hari ini.
- Dalam mendepani cabaran yang sedia ada UMNO harus menambah keyakinan dan sokongan golongan muda di kalangan masyarakat Melayu.
- Golongan muda atas pagar sedang memerhatikan gelagat UMNO, sama ada UMNO ini benar-benar mendengar suara mereka atau tidak.
- Ramai lagi pemimpin UMNO melahirkan kegelisahan secara terbuka dengan situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.
- Sudah tentu puak pembangkang melihat kegelisahan itu sebagai `ubat batuk’ kepada rakyat agar terus membenci kerajaan dan UMNO.
- Hakikatnya, bangsa Cina, India dan lain-lain sudah lama membakar jambatan sokongan ke atas BN dan ia dibuktikan melalui PRU13.
- Kini mereka mengajak, memujuk dan merayu bangsa Melayu agar bersama-sama dengan mereka untuk terus membenci kerajaan dan UMNO.
- Jika kita perhati dengan teliti sejak merdeka, DAP tidak pernah menjalankan kempen membenci MCA atau MIC, sebaliknya sejak 1957 mereka telah melancarkan ribuan kempen hasutan hanya untuk membenci UMNO.
- Semakin ramai Melayu membenci bangsa dan pemimpin sendiri, semakin mudah DAP mengambil alih kerajaan Melayu UMNO.
- Jika dahulu ramai pemimpin Cina DAP berteriak membangkitkan pelbagai isu untuk menghentam kerajaan, kini mereka telah mengubah gaya serangan.
- Mereka menggunakan pemimpin Melayu untuk mengkritik habis-habisan ke atas UMNO, kerajaan Persekutuan dan barisan kabinet.
- Tanpa disedari ada segelintir pemimpin Melayu UMNO tidak sedar mereka diperalatkan secara percuma oleh DAP untuk mengkritik UMNO, kerajaan dan Perdana Menteri, sambil mengertak bahawa BN akan tumbang pada PRU14.
- Kini Cina DAP ketawa riang dengan pelbagai isu baru yang dilihat menyebelahi mereka, antaranya 1MDB, Tabung Haji, gaya hidup mewah Perdana Menteri dan isteri.
- Melihat kepada perpecahan Melayu yang sebegini teruk, beberapa NGO Melayu telah mencari jalan untuk menyatukan bangsa dan agama, namun usaha mereka dicantas oleh jentera pembangkang.
- Sedihnya usaha perpaduan UMNO dan PAS telah dicemuh oleh bangsa Melayu sendiri terutama dari kalangan penyokong PAS.
- Mereka menyifatkan usaha itu adalah jerat penipuan UMNO, untuk itu PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP walaupun dihina setiap hari.
- Racun DAP cukup berbisa sehingga ramai bangsa Melayu `terkorban’. Malah ramai bangsa Melayu kini cukup teruja untuk melihat kerajaan Melayu tumbang pada PRU14.
- Sebelum lebih ramai Melayu terkorban di Malaysia, eloklah Melayu menoleh dan melihat nasib bangsa sendiri di Pulau Pinang yang ditindas dalam kelembutan Cina DAP.
Sunday, 10 May 2015
Akhirnya Najib terpaksa bom Mahathir di Sabah
- Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa `menyerang' Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mempertahankan diri beliau sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
- Bernama memetik ucapan Perdana Menteri sebagai berkata beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan.
- Selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
- "Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Tawau hari ini.
- Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
- Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.
- Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
- Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".
- Baca falsafah Bugis. Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
- Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
- "Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
- Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.
- “Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.
- “1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
- "Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.
- Jawapan Dr M berbelit-belit. Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
- Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh. Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.
- Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
- "Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
- "Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
- Perdana Menteri mnyatakan semangatnya semakin berkobar apabila menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya pada perhimpunan itu.
- Namun sorakan perhimpunan di Tawau tidak menambah keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya. Media sosial menjadi medan membelasah Najib, bukan saja dari kalangan pembangkang malah pemimpin Umno sendiri.
- Mungkinkah sorakan Perdana Menteri itu bakal menepati pepatah lama `Menang sorak tapi kampung tergadai’?
Friday, 8 May 2015
Rakyat berdepan GST khidmat kerajaan dan PBT
- Khabarnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan supaya mengenakan GST pada semua jenis perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
- Khabar ini bukannya dikutip bertebaran di kedai kopi yang boleh dinafikan oleh mana-mana menteri mengikut kelantangan suara dan tekak politik parti masing-masing.
- Khabar ini datang dari istana Johor dan gundah gulana itu diluahkan secara rasmi oleh Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui titah dalam perasmian Persidangan Ke-13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
- Pada sesi DUN itu tuanku telah menyentuh banyak pekara mengenai hal ehwal Johor termasuk menegur pelaksanaan GST yang turut dikenakan ke atas perkhidmatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Bernama melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah supaya pelaksanaan GST perlu sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat.
- “Saya dimaklumkan kerajaan negeri dan PBT turut diarah mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan. Perkara itu tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab kepada rakyat.
- “Tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat. Oleh itu, saya minta kerajaan negeri dan PBT tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan diberikan dan minta pengecualian daripada kerajaan Persekutuan,” titah baginda.
- Dalam pada itu, baginda mahu kerajaan negeri sentiasa merancang penuh teliti dengan menyediakan satu pelan induk pembangunan yang menyeluruh dan sentiasa dipantau serta dikaji kesesuaiannya supaya selaras perubahan ekonomi dan kehendak rakyat.
- Titah baginda, biarpun kedudukan kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan baik, perbelanjaan sesuka hati harus dielakkan kerana perlu bersedia untuk berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak menentu pada masa akan datang.
- Sedihnya rungutan baginda Sultan Johor tidak mendapat reaksi mana-mana menteri dan KPDNKK. Mungkin juga luahan isu GST dari Johor tenggelam dengan keriuhan PRK Permatang Pauh dan Rompin yang bertali arus sejak beberapa hari lalu.
- Media dan blogger juga sibuk melancarkan serangan demi serangan ke atas parti lawan atau pihak yang tidak disenangi biarpun keputusan sudah ditentukan menerusi undi.
- Menang kalah di kedua-dua kawasan itu menjadi bahan bual yang tak berkesudahan sambil mereka membayangkan serta meramalkan keputusan PRU14 samada kekal di pangkuan BN atau tumpas ke tangan pembangkang yang dahagakan kuasa politik sejak merdeka.
- Pelbagai teori, analisa dan hujah didebatkan dalam media sosial yang dilampiaskan oleh blogger dari pelbagai cabang ideologi. Semuanya sangat teruja untuk melihat artikel mereka dibaca oleh seramai mungkin manusia di muka bumi.
- Lalu titah Sultan Johor terus tenggelam dihimpit kemelut pertelagahan dari dua blok politik terbesar di Malaysia.
- Titah tuanku juga tenggelam dengan kemeriahan pelbagai isu nasional seperti skandal pelaburan 1MDB, pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB dan serangan bertali arus Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri sekarang ini.
- Rakyat `terkujat’ dengan pembentangan semua isu nasional itu walaupun penjelasan sudah dibuat. Kini kemunculan GST pula terus memeningkan rakyat.
- Rakyat kini sedang gigih bergelut dengan kartel perniagaan yang dikuasai bangsa Cina yang sengaja menipu pengguna (majoriti Melayu miskin) dengan mengenakan dua kali atau tiga kali GST dan pada masa yang sama menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mengikut sesuka hati.
- Belum sempat menarik nafas semput, rakyat Malaysia kini berdepan dengan satu lagi isu GST yang membabitkan perkhidmatan kerajaan negeri dan PBT.
- Ramai tidak perasan dengan kehadiran isu itu. Namun apabila Sultan Ibrahim membangkitkannya di perasmian sidang DUN Johor, maka sekali lagi bergegarlah tiang dan lantai kesetiaan setiap lapisan masyarakat Malaysia.
- Mereka sudah mula membayangkan akan berlaku kenaikan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri dan PBT seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai jamban, premium tanah, ladang, kilang dan sebagainya.
- Pastinya Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Hassan Malek sedang menyiapkan skrip terbaik untuk mendepani persoalan yang dibawa oleh Sultan Johor.
- Mendepani persoalan yang dibawa oleh rakyat biasa terutama dari kampong mungkin boleh dibalut dengan seloroh Mat Maslan: “Apa yang kita makan dan pakai semua harga itu akan turun apabila GST dilaksanakan”
- Tetapi bolehkah Mat Maslan dan rakan-rakan tampil ke ruang udara dengan berseloroh seperti itu kepada persoalan yang dibawa oleh Sultan Johor? Kita lihat saja apa yang akan berlaku selepas ini.
Wednesday, 6 May 2015
Melayu Pulau Pinang tersiksa akibat sengketa rumah
- Sebutlah apa saja alasan, kerajaan Melayu Persekutuan memang tidak boleh bina rumah mampu milik di bawah RM80,000 seunit untuk orang miskin di Pulau Pinang. Hanya DAP saja boleh buat rumah, itu pun harganya sekitar RM400,000 seunit.
- Penyudahnya semua Melayu miskin di negeri itu terus menyewa rumah milik kaum Cina dengan kadar mahal. Gaji kecil mereka dibuang begitu saja untuk membayar sewa rumah melebihi RM1,000 sebulan.
- Menang kalah mana-mana parti politik di Permatang Pauh tidak akan mengubah apa-apa, Melayu marhaen Pulau Pinang tetap tersiksa dan menderita.
- Buktinya, ketika Kerajaan Persekutuan sedang rancak membina rumah mampu milik di seluruh negara, DAP Pulau Pinang tidak mahu bekerjasama malahan menolak projek itu dengan alasan tersendiri.
- Kedua-dua kerajaan (pusat dan negeri) tidak rugi apa-apa jika projek itu terkandas, tergendala, terbenam atau tak jalan langsung, tetapi bagaimana pula dengan nasib rakyat miskin Pulau Pinang.
- Tak sebesar kuku kaum Cina miskin di pulau termahal itu, tetapi seluas lautan rakyat miskin Melayu menghuni di situ sejak zaman berzaman. Kalau dahulu mereka terpinggir oleh Cina Gerakan, kini mereka terus dipinggir oleh Cina DAP.
- Bagi mereka yang tinggal di luar Pulau Pinang dan tidak tahu apa-apa mengenai isu rumah mampu milik di pulau mutiara, ringkasan perang antara kerajaan Melayu Persekutuan dan kerajaan Cina Pulau Pinang pada hari ini mungkin dapat memberi iktibar untuk mereka.
- Dari Persekutuan, seorang menteri Melayu mengatakan DAP sengaja melewatkan kelulusan pembinaan rumah mampu milik, walaupun JKP dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dipertanggungjawabkan projek itu cuba menyelesaikan isu berbangkit.
- Katanya, kerajaan Cina DAP seolah-olah sengaja melambatkan kelulusan walaupun JKP dan Perda bersikap penuh berhemah dalam menyelesaikan segala isu yang berkaitan.
- Surat sudah dihantar dan permohonan untuk bertemu sudah dikemukakan oleh JKP dan Perda. Tiga tahun berlalu, kelulusan belum juga diberi.
- Selepas beberapa tahun merayu bagi pihak rakyat Melayu miskin Pulau Pinang, JKP dan Perda akhirnya dapat menemui wakil kerajaan negeri DAP pada Disember tahun lalu. Seperti diduga, kerajaan negeri mengubah peraturan bagi pelaksanaan projek perumahan oleh JKP dan Perda.
- Lima bulan berlalu tanpa apa-apa jawapan daripada kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan beranggapan, dengan mengambil alih peranan kerajaan tempatan menerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng, keadaan akan menjadi lebih mudah. Rupanya kerajaan tersilap.
- Seperti diduga, DAP sudah menyediakan jawapan. Seorang pemimpin Cina memberitahu kerajaan Persekutuan bahawa permohonan Perda dan JKP sudah ditolak.
- DAP mendakwa dua agensi itu memasukkan projek pembangunan hartanah sehingga RM1.8 juta di pulau dan RM800,000 di tanah besar melebihi harga rumah mampu milik yang sepatutnya kurang RM400,000 di pulau dan RM250,000 di tanah besar.
- DAP juga mendakwa agensi tersebut mahu membuat keuntungan melampau mencecah RM 149 juta dari projek tersebut.
- Menteri Melayu dari kerajaan Persekutuan bagaimana pun menafikan dua agensi itu mementingkan keuntungan semata, dan berkata pulangan tahunan menunjukkan mereka tidak mendapat keuntungan sejak ditubuhkan dengan hanya mencatat kira-kira RM2 juta "pada tahun yang baik" walaupun mengeluarkan modal besar.
- JKP dan Perda juga mencatat kerugian besar dalam tempoh 15 tahun dengan membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik, sehingga mencecah RM20 juta dalam beberapa projek.
- Dakwaan DAP mengenai rumah banglo berharga RM1.8 juta seunit, hakikatnya hanya 20 unit saja mahu dibina. Angka itu amat sedikit berbanding 9,500 unit rumah mampu milik yang akan dibina JKP dan Perda.
- Kebanyakan banglo itu merupakan rumah rehat mirip pusat peranginan yang akan disewa sebagai rumah rehat korporat. Unit-unit itu tidak akan dijual.
- Lalu apakah yang dapat kita simpulkan daripada kedegilan Cina DAP mengenai projek rumah mampu milik untuk Melayu Pulau Pinang?
- Ya benar. Cina DAP mahu `mensabotaj’ dan mengamalkan `politik dendam’. DAP menuduh kerajaan Melayu Persekutuan cuba mengeksploitasi kepentingan rakyat Pulau Pinang melalui perumahan mampu milik.
- Wal hal apa yang nyata Cina DAP dilihat sedang mengeksploitasi dan menghapuskan kepentingan Melayu pulau itu. Mereka percaya Melayu miskin tak mampu menyewa di pulau itu dan akan lari ke tanah besar hingga ke Kedah.
- Lalu empayar Cina DAP akan kekal dan kukuh di pulau termahal itu. Kalau dahulu pulau itu dikuasai Cina Gerakan (sebelum merangkak masuk dalam BN), kini Cina DAP meneruskan penguasaan di situ. Dan selama itulah Melayu Pulau Pinang akan terus menderita kecuali mereka yang sememangnya kaya raya dan dari keturunan bangsawan.
- Pengukuhan empayar DAP hanya boleh dibuat jika majoriti Melayu diusir dari pulau itu dengan cara yang paling bertamadun tetapi amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
- DAP melihat bagaimana Umno berbuat apa saja untuk memperkukuh bangsa Melayu di peringkat nasional, maka mereka mahu berbuat pekara yang sama menerusi Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
- Akhirnya Melayu Pulau Pinang akan berbondong bondong keluar dari pulau itu untuk berteduh di Kedah di bawah kepimpinan Melayu. Maka lupakanlah hasrat untuk bersemenda dengan bangsa Cina kerana mereka sejak zaman dahulu tidak sudi menjadi sahabat bangsa Melayu.
Tuesday, 5 May 2015
Kartel bisnes DAP guna GST untuk hancurkan BN
- Jika GST dan percukaian lain dimansuhkan, apakah komuniti pembekal, pemborong dan peruncit yang majoritinya berbangsa Cina akan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan untuk keselesaan rakyat Malaysia? Jawapannya tidak.
- Sebaliknya mereka akan menggunakan 1001 alasan dan helah untuk mengekalkan paras harga sedia ada bagi memastikan mereka dapat mengaut keuntungan maksimum pada setiap masa tanpa mengira siapa yang sedang dan akan memerintah negara.
- Namun jika sebarang pengumuman mengenai percukaian, mereka akan segera menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dengan serta merta walaupun perundangan percukaian itu belum diwartakan.
- Perlu bukti? Jom kita lihat apa yang berlaku ketika GST dicadangkan tahun lepas. Biarpun percukaian itu belum dikuatkuasakan, pada ketika itu ramai peniaga sudah mengenakan caj secara terang-terang dengan alasan mereka mahu mengumpul modal secukupnya untuk membayar cukai apabila peraturan itu dikuatkasakan.
- Ketika itu juga harga barangan dan perkhidmatan juga dinaikkan lebih 10 peratus secara senyap-senyap bagi membiayai risiko cukai masa hadapan.
- Apabila harga minyak petrol naik seketika, mereka terkinja-kinja menaikkan sekali lagi harga produk masing-masing. Namun apabila harga petrol turun dua kali, tidak ada peniaga mahu menurunkan harga. Mereka mendakwa ia perlu kekal kerana negara diserang inflasi dan penurunan nilai ringgit.
- Rundingan demi rundingan dibuat untuk memastikan mereka menurunkan harga tetapi niat tidak kesampaian, hinggalah harga petrol kembali meningkat pada paras RM1.95 seliter (RON 95).
- Pada April 2015, penguatkuasaan GST sekali lagi memberi ruang untuk peniaga menaikkan harga sesuka hati biarpun kerajaan menghalangnya. Kempen boikot juga tidak berguna kerana parti politik picisan telah menggunakan segenap peluang untuk mengganyang GST dan kerajaan.
- Inilah yang berlaku sehingga ke hari ini, sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh pemain industri dan kartel perniagaan sehingga pengguna terbeban, terkesan dan semakin membenci kepada kerajaan.
- Inilah permainan kartel perniagaan yang dimonopoli oleh bangsa Cina di Malaysia yang bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu yang diterajui oleh Umno bersama komponen BN.
- Malahan jika PAS menjadi teraju pentadbiran negara sekalipun, kerajaan itu akan menerima nasib yang sama, diganyang lumat oleh pemain industri dan kartel perniagaan berketurunan Cina.
- Untuk apa mereka berbuat demikian? Sudah tentu jawapannya ialah mereka mahu bangsa Cina dan pemimpin Cina menjadi peneraju politik negara kerana selama ini mereka dianggap bangsa mereka diiktiraf sebagai masyarakat kelas dua.
- Bangsa Cina Malaysia cemburu dengan kemasyhuran rakan sebangsa di Singapura yang berjaya melakar nama di peta dunia. Singapura yang dipimpin oleh bangsa Cina manakala bangsa Melayu terpinggir tanpa ada peluang untuk bersuara.
- Bagaimanakah cara pemain industri dan kartel perniagaan Cina mahu menjatuhkan kerajaan Melayu? Cukup banyak dan paling ketara ialah dengan menyara dan membiaya gerakan politik pembangkang.
- Cukup banyak bukti menjelaskan pembiayaan mereka ke atas DAP, PKR dan segelintir pejuang PAS. Lihat saja bagaimana trend penentangan GST yang sebenarnya membela pemain industri dan peniaga Cina.
- Lihatlah kenyataan Rafizi Ramli (PKR) yang mendesak kerajaan menghapuskan cukai minyak terhadap industri dan perniagaan. (KeadilanDaily)
- Dakwanya, baru-baru ini, isu harga barang yang tidak turun selari dengan penurunan harga minyak telah menimbulkan banyak kontroversi sehingga menjadi isu berbaur perkauman.
- Beliau mendedahkan bahawa rakyat tidak tahu harga petrol dan diesel yang dibayar oleh industri dan perniagaan sebenarnya tidak turun kerana dikenakan cukai tambahan oleh kerajaan.
- Menteri Kewangan mengesahkan perkara ini dalam jawapan bertulis kepada Rafizi. Jawapan itu mengesahkan bahawa sebahagian dari sebab kenapa harga barang tidak turun ialah kerana pengilang dan industri telah dikenakan cukai bermula Januari 2015.
- PKR mendakwa kutipan cukai dari petrol dan diesel bagi tahun 2015 boleh mencecah RM900 juta bila mana kutipan bagi dua bulan pertama sahaja telah mencecah RM158 juta.
- Sektor-sektor yang dikenakan pula adalah sektor yang melibatkan kegunaan harian rakyat terutama penerbangan, pembinaan dan perkilangan.
- Rafizi mendesak kerajaan menghapuskan cukai ke atas petrol dan diesel yang digunakan di dalam industri dan perniagaan supaya kos perniagaan tidak terus naik.
- Dakwanya lagi, tindakan mengenakan cukai secara senyap ke atas peniaga, industri dan menyalahkan mereka tidak menurunkan harga adalah tindakan tidak jujur dan membebankan rakyat.
- Begitulah bukti bagaimana pemain industri dan kartel perniagaan Cina menggunakan PKR dalam isu GST.
- Sepatutnya PKR, DAP dan PAS menyerang golongan peniaga yang sengaja sabotaj ekonomi negara sekaligus menyusahkan rakyat.
- Malangnya atas pembiayaan parti, serangan itu beralih kepada kerajaan yang memerintah. Ironinya isu kenaikan tarif air Pulau Pinang telah berjaya ditutup di bawah permaidani indah DAP, wal hal isu tarif air dan elektrik merupakan modal utama puak pembangkang menyalak dan menghina kerajaan di seluruh penjuru Malaysia.
Tuesday, 28 April 2015
Amaran tsunami Melayu sudah berberbunyi
- PRU14 mungkin masih jauh lagi namun amaran `tsunami Melayu’ sudah dibunyikan dengan lantang oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Perdana Menteri yang kini terpalit dengan pelbagai isu mega perlu segera diganti atau tampuk kuasa negara akan berpindah ke tangan golongan berhaluan kiri pada pusingan seterusnya.
- Blog Apa Yang Tersirat telah mengingatkan kita bagaimana konsisten `tsunami Cina’ pada PRU12 dan PRU13 yang telah menggugat dan melemahkan Umno dan BN.
- Kini `tsunami Melayu’ dikatakan akan melanda negara pada PRU14 akibat kecuaian Perdana Menteri dan isterinya yang mendedahkan diri dengan pelbagai isu mega.
- Satu pengalaman pahit Umno-BN, pada PRU-12, dengan mengambil mudah perasaan rakyat, hanya kerana menang besar pada PRU-11, di mana UBN bukan sahaja mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat akan tetapi kuasa 3/4.
- Pada PRU tersebut, hampir sahaja parti-parti pembangkang tidak mendapat kerusi, malah PKR hanya tinggal Parlimen Permatang Pauh, itupun Wan Azizah hanya menang 560 undi.
- Akibat keputusan hebat itu, Perdana Menteri masa itu Dato Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun), sangat merasa yakin, bahawa beliau mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat, atas sebab itu berani menaikkan harga minyak, yang menyebabkan semua harga barangan naik berlipat ganda, dan tidak pernah turun-turun lagi sehingga kini.
- Malah dalam satu pejumpaan Umno di PWTC, di mana kebetulan ada demonstrasi Hindraf, PM dengan suara lantang dan mencabar, dengan kenyataan "SAYA PANTANG DICABAR" dan kalau mahu mencabar "GUNAKAN PETI UNDI" bukan demostrasi jalanan.
- Oleh kerana banyak perancangan sebelum Pak Lah mengambil alih jawatan dibatalkan, lantas mantan Perdana Menteri, turun padang membantah dan mengkritik Perdana Menteri. Malangnya Tun Dr Mahathir dipulau, termasuk kekalahan memalukan pada pertandingan perwakilan di Bahagian Kubang Pasu, di mana Tun Dr Mahathir menjadi Ketua Bahagian bermula tahun 1974.
- Pak Lah menganggap enteng kritikan Tun Dr Mahathir, sehingga pada PRU-12, Pak Lah tidak mengeluarkan manifesto kepada rakyat. Kita tahu, bahawa keputusan PRU-12 tersebut, Umno BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, julung kalinya pada era Malaysia moden.
- Akibat kehilangan kuasa itu, desakan dibuat agar Pak Lah meletak jawatan, dan akhirnya pada 2/4/2009, Pak Lah turun dari kerusi Perdana Menteri.
- Najib sebagai pengganti, mengubah pendekatan, dengan menjenamakan dirinya sebagai `maskot’ kepada Umno BN kerana menganggap bahawa Umno, bukan lagi sebagai bahtera yang boleh diharap sangat untuk menentukan kemenangan.
- Sebelum PRU-13, para penyokong Najib lebih menononjolkan jenama Najib, termasuk `AJIBGhor’, slogan `I Lov PM’ dan lagu `IM4U’.
- Benar juga, Umno menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88, kerana semua kawasan majoriti Melayu yang ditandingi komponen BN, diambil alih oleh Umno. Dan jangan lupa sebahagian kerusi itu disumbangkan oleh Umno Sabah yang menang 100 peratus.
- Kini, apa yang berlaku terhadap Pak Lah berlaku lagi. Tun Dr Mahathir mengkritik kepimpinan Najib kerana isu 1MDB, sebuah syarikat yang dicetuskan Najib yang kini berdepan dengan berbagai masalah termasuk hutang RM42 bilion.
- Tun Mahathir, bukan mempertikaikan jumlah hutang, akan tetapi "kehilangan" wang yang sukar dijawab. Beliau juga mempersoal kewujudan 1MDB, negara mengalami kerugian kerana tanah kerajaan dijual kepada syarikat itu dengan harga yang sangat rendah.
- Tanah TRX dijual pada harga RM60 sekaki persegi (skp), berbanding harga pasaran RM7,000 skp, Tanah bekas lapangan terbang Sungai Besi, dijual pada harga RM90 skp berbanding harga pasaran RM5,000 skp.
- Walaupun Umno BN hanya menang 133 kerusi Parlimen, lebih buruk daripada kemenangan yang dicapai Pak Lah 140, namun Najib membuat keputusan selari dengan perjuangan pembangkang, menghapus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad. Selain itu, beliau mencetuskan percukaian baru GST, yang dianggap mencabar rakyat.
- Pengurangan subsidi berbagai barangan termasuk petrolium, telah mendorong kenaikan barangan keperluan rakyat, namun diimbangi dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kononnya untuk mengimbangi kenaikan harga barangan yang dihadapi golongan sasar.
- Namun, BR1M, tidakpun berimpak positif kepada UBN, malah kehilangan undi popular, kalaulah sistem pemilihan negara seperti di Indonesia, sudah tentu UBN sudah kehilangan kuasa.
- Najib tidak mengambil iktibar pada keadaan itu, malah semakin membuat tindakan yang mencabar emosi rakyat, termasuk bermain golf semasa negara dilanda bencana banjir luar biasa penghujung tahun lalu.
- Memang benar, sejak tahun 2009, defisit negara berkurang daripada 6.7 peratus ke 3.2 Tahun 2015 (jangkaan), namun itu bukan persoalannya. Persoalan kini, adalah RAKYAT kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.
- Sebagai contoh, semasa harga minyak turun, rakyat beralih ke RON 97 yang lebih mahal. Masih ramai rakyat berkunjung ke restoran-restoran, pasar-pasar raya, melawat luar negara, ertinya rakyat mempunyai wang untuk dibelanjakan, tetapi mengapa bantahan luar biasa kepada GST yang hanya 6 peratus?
- Apapun ceritanya, bayangan kepada tsunami Melayu itu bakal dilihat pada dua PRK Permatang Pauh dan Rompin.
- Kesimpulannya, langkah menggantikan Najib adalah kaedah terbaik setakat ini untuk BN berdepan dengan cabaran PR pada PRU14. Pahit buat Najib menerimanya tetapi itulah pilihan terbaik buat rakyat.
- Cuma persoalannya apakah Najib sanggup melepaskan jawatan itu demi kepentingan Umno dan BN? Jika beliau enggan mendengar nasihat Tun Mahathir, maka akan berlakulah TEORI RAHMAN yang mana Najib merupakan Perdana Menteri terakhir dari Umno.
Monday, 27 April 2015
Kadir describe PM loneliness
- A veteran journalist Datuk A Kadir Jasin jotted in his blog to confirm beyond a shadow of doubt that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak is not lonely.
- Kadir said, in the first instance, nobody had said that PM was lonely or alone. In the second, the man himself told the high-level Invest Malaysia Conference in Kuala Lumpur on April 23 that he did not feel lonely.
- This is how The Star newspaper in its April 24 quoted Mohd Najib: “Well, I can tell you that I don't feel lonely standing here in front of you today. And when so many respected international bodies, individuals, and institutions have confirmed their belief in Malaysia's success and have honoured us by rating us so highly - I don't feel lonely at all - in fact I feel in a very good company."
- In his blog Kadir claimed that Mohd Najib had intended to take a swipe at Tun Dr Mahathir Mohamad, but as always, he got it wrong.
- Kadir has no clue where the Prime Minister got this idea that people think he was lonely. Instead most Malaysians know just how merry and jolly their PM is.
- The veteran journalist said Mohd Najib misunderstood what Dr Mahathir had written in his blog on April 13.
- In that post, Dr Mahathir said “saya sedar saya keseorangan” (I realise that I am alone). Dr Mahathir was referring to his quest to seek the truth about 1MDB and the murder of Altantuya Shaariibuu.
- Unless Mohd Najib is speaking Kazak (the predominant language of Kazakhstan), he would have realised that Dr Mahathir did not say he was lonely.
- He said he was alone. So when Mohd Najib said he did not feel lonely, he once again misunderstood what Dr Mahathir said. Still the people thank Mohd Najib for making doubly clear that he wasn’t feeling lonely.
- Kadir said, PM wasn’t lonely as he had just returned from leading a glittering wedding party of his daughter with Datin Seri Rosmah Mansor to Kazakhstan, which, according to Dr Mahathir, comprised some 300 merrymakers.
- Also some 160 Umno divisional chiefs had pledged their unequivocal support for him. The Umno Youth had held him up so high up that he could see eternity. The Wanita Umno had wildly waved the “I love PM” banners and sang “1M4U”.
- Kadir also not heard of Mohd Najib’s armies of advisers, consultants, special officers and hangers-on abandoning him, and would not dare suspect that any of them are playing “kayu tiga” with PM.
- The mainstream media and the Mohd Najib-linked bloggers (ULB) - paid or voluntary, “bangang” or brilliant – continue to singing praises for him and maligning his critics. But some of them are saying that plots are being hatched in Umno to oust Mohd Najib although this was denied.
- At the same conference Najib said prosperity must be shared but Kadir had a different view that in the last two decades Malaysia has become less equal.
- The rich are getting richer and the poor are getting nowhere but backward. Even some in the lower middle class are falling off the ledge.
- That’s probably why Malaysians are only mildly happy. We are ranked 53 out of 158 countries featured in the most recent World Happiness Report published by the United Nations Sustainable Development Solutions Network. The Switzerland is the happiest country and Togo is the saddest.
- Apart from 1Malaysia People’s Assistance (BR1M), Mohd Najib recently shared the wealth of the country with fellow members of the Dewan Rakyat and Dewan Negara by agreeing to a hefty pay rise.
- Lower House members had their monthly salary from RM11,500 to RM16,000 and those of the Upper House from RM7,000 to RM11,000. It happened almost at the same time as the rakyat – the wealthy and the pauper – are making sense of the GST.
- According to an economist/researcher, that raise catapulted our Yang Berhormats to the top one-per cent of the income band – to be exact the top 0.6%.
- Income inequality is growing despite the economy expanding at a respectable high rate, signalling the failure of the wealth distribution in the post-NEP period. The lowest paid civil servants earned under RM1,300 a month after adding cost of living and housing allowances. The situation is worse in the private sector and among the self-employed.
- Yet Kadir said, the people were recently told by Rosmah Mansor that her hairstylist charged her RM1,200 for hair colouring at home and she blamed it on the GST. A society lady told me that its costs double that to do facial at a beauty outlet like Aster Spring. Today even men visit beauty parlours. Of course these are not the ordinary men in the street.
- The 2014 report of the Amanah Saham Bumiputera (ASB) showed that 72% of unit holders had an investment of only RM536. This represented a decline of 12.3% from 2012. The dividend they received was only RM45 a year or RM3.75 a month.
- And look at Tabung Haji, the pride and joy of Malaysian Muslims. The bottom 87% of savers have average investment of only RM567 in 2013 according to the UNDP Human Development Report 2013 authored by economist (Tan Sri) Kamal Salih, Dr Mohamed Abdul Khalid and Dr Lee Hwok Aun. Less than 40% of Muslims have accounts at Tabung Haji.
- Then what has happened to Mohd Najib’s call on April 10, 2014 for better representation of gender, ethnicity and age in the Malaysian corporate sector? He said he would like to see a greater number of Malaysian-listed companies producing sustainability reports that include these features. Where is the update or is this another empty transformational promise?
- 1MDB Stayed Away. The conference was organised by Bursa Malaysia with Khazanah Nasional Berhad and CIMB banking group being key participants. 1MDB was invited “to give its side of the story” but declined.
- As a bona fide government strategic investment company it should not have shied away from the gathering whose keynote speaker was the Prime Minister himself. If 1MDB’s board of advisers, directors and management are so darn sure of their modus operandi and transparency, they should have attended the conference.
- In another development, the company had declined to entertain inquiries from the media saying that “1MDB does not comment on speculation and market rumours.”
- According to the report, The Malaysian Insider news portal had asked 1MDB to comment on claims that it had provided falsified bank statements concerning a subsidiary.
- Maybe its President and Group Executive Director, Arul Kanda Kandasamy had learnt a bitter lesson when he told the Mingguan Malaysia on Feb. 15 (read here) that the talks of T.Ananda Krishman lending RM2 billion to 1MDB were “mere speculation”.
- Then about six weeks later, on March 25, according to Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ananda through his power company, Tanjong Energy Holdings, “had arranged the funding with the help of private investors.”
- So what Arul Kanda said in the interview with the Malay newspaper amounted to lying. So rather than perpetuating the lies, it would be better for 1MDB to keep its mouth shut and open its books to the investigators.
- Kadir was taken aback when, a couple of days ago, several senior Umno leaders, including ministers, who were previously staunch supporters of the Prime Minister, told him a different story.
- “One told me that some of them had seen and examined 1MDB documents, and are sharing the information with party members to ensure no further damage is done to government finances and the culpable parties be held responsible,” Kadir said.
- So, while the Prime Minister does not feel lonely, Dr Mahathir too is not alone in his fight to get the Prime Minister to leave Putrajaya.
Selangor cuba perkecil isu Kafa dan salib
- Kerajaan Selangor tidak mahu menaikkan elaun guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) kerana tiada peruntukan dan menasihatkan umat Islam agar jangan memperbesarkan isu kecil itu.
- Dalam pada itu sebuah gereja haram di Taman Medan PJ diarah meneruskan aktiviti walaupun Akta PBT melarangnya kerana tiada permit. Sekali lagi umat Islam diminta jangan kecoh kerana itu pekara kecil.
- Remuk redam hati umat Islam dengan dua keputusan luar dugaan itu. Jika soal guru al Quran dan kemunculan gereja haram di kawasan 95 peratus penduduk Melayu dikatakan kecil, apa lagi yang boleh dikatakan.
- Suatu ketika dahulu isu murtad di Selangor juga dikatakan isu kecil kerana bilangannya tidak ramai manakala pemeriksaan terhadap gereja Khatolik dianggap besar kerana ia dikatakan mencabuli hak masyarakat Kristian.
- Lebih pedih lagi apabila kedua-dua keputusan itu (salib dan Kafa) dipersetujui pemimpin Islam yang mahu meneggakkan syiar Islam di bumi Selangor. Malangnya isu sebegini dianggap kecil dan remeh.
- Bagi kes guru Kafa, seorang Exco dari PAS dengan rasa tak bersalah memberitahu guru Kafa bahawa pihaknya sudah menilai justifikasi dan dimuktamadkan kenaikan setara seperti yang dijanjikan tanpa membezakan tahun berkhidmat demi keadilan kepada semua.
- Bagaimanapun katanya, elaun guru Kafa tidak akan dinaikkan tahun ini memandangkan kerajaan negeri tiada peruntukan.
- “Saya harap kontroversi ini dihentikan memandangkan ia bukanlah isu besar. Hasil kajian mendapati kenaikan elaun bukanlah suatu jumlah yang besar, meskipun membabitkan lebih 6,000 guru Kafa di negeri ini. Peruntukan tambahan itu RM18 juta setahun,” katanya.
- Hancur perasaan umat Islam apabila Exco PAS mengumumkan sedemikian. Tidak adakah cara lain yang lebih lembut untuk menyampaikan keputusan itu?
- Dan mengapakah ia (elaun guru Kafa) disebut sebagai isu kecil sedangkan tiada pekara yang lebih besar selain daripada meneggakkan syiar Islam dan mempertahankan al Quran.
- Pada Sidang DUN 8 April lalu, seorang guru yang mewakili ribuan guru Kafa datang ke bangunan kerajaan untuk menuntut kenaikan elaun guru Kafa di Selangor sebagaimana yang dijanjikan ketika PR merayu undi dalam PRU yang lalu.
- Guru itu menjelaskan manifesto PR semasa PRU13 telah berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa yang hampir 10,000 di negeri ini daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.
- Kerajaan negeri perlu mengotakan janji mereka berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari sehingga menyebabkan terdapat golongan guru Kafa yang terpaksa melakukan kerja tambahan bagi menambah pendapatan.
- Banyak guru Kafa terpaksa bekerja di stesen minyak pada sebelah malam, menjual kuih muih malah ada yang bekerja sebagai tukang cuci semata-mata untuk menampung kos sara hidup.
- Pendapatan elaun bulanan yang guru Kafa yang rendah itu turut meletakkan mereka dalam kumpulan isi rumah di bawah garis kemiskinan negeri Selangor iaitu kadar pendapatan kurang RM3,500 sebulan.
- Lebih menyedihkan kebanyakan guru Kafa di negeri ini masih bertaraf sambilan berikutan kekosongan jawatan tetap perkhidmatan berkenaan terlalu terhad.
- Malangnya tuntutan itu dilayan macam sampah sarap. Guru berkenaan dihalau oleh 10 pengawal keselamatan DUN Selangor daripada memasuki bangunan itu bagi menyerahkan tuntutan kenaikan elaun tersebut kepada 56 Adun Selangor termasuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
- Bagi kes kedua berkaitan kewujudan gereja baru di Taman Medan, umat Islam dapat melihat dengan jelas bagaimana PKR mengetepi peraturan PBT tanpa meminda akta yang wujud sejak sekian lama.
- Dengan bersandarkan kepada keputusan Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam 2008, kerajaan Selangor membenarkan gereja itu beroperasi semula.
- Ini kerana kewujudan gereja di premis komersial atau pejabat tidak lagi memerlukan permit tetapi cukup dengan memberi notis kepada penduduk. Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama.
- Ternyata orang ramai bingung samada Akta 133 Seksyen 70 (12) sudah terbatal dengan wujudnya keputusan kerajaan negeri pada 2008, atau akta itu masih kekal kerana pemansuhannya belum diwartakan.
- Sedihnya keputusan membenarkan gereja itu beroperasi semula datang dari meja Menter Besar Selangor dan diumumkan oleh exco yang beragama Kristian.
- Melihat kepada cara kerajaan negeri menangani kedua-dua isu berkaitan (salib dan Kafa), umat Islam semakin bimbang dan curiga dengan dominasi Kristian DAP dalam pentadbiran Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)













