Monday 27 April 2015

Selangor cuba perkecil isu Kafa dan salib

  1. Kerajaan Selangor tidak mahu menaikkan elaun guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) kerana tiada peruntukan dan menasihatkan umat Islam agar jangan memperbesarkan isu kecil itu.
  2. Dalam pada itu sebuah gereja haram di Taman Medan PJ diarah meneruskan aktiviti walaupun Akta PBT melarangnya kerana tiada permit. Sekali lagi umat Islam diminta jangan kecoh kerana itu pekara kecil.
  3. Remuk redam hati umat Islam dengan dua keputusan luar dugaan itu. Jika soal guru al Quran dan kemunculan gereja haram di kawasan 95 peratus penduduk Melayu dikatakan kecil, apa lagi yang boleh dikatakan.
  4. Suatu ketika dahulu isu murtad di Selangor juga dikatakan isu kecil kerana bilangannya tidak ramai manakala pemeriksaan terhadap gereja Khatolik dianggap besar kerana ia dikatakan mencabuli hak masyarakat Kristian.
  5. Lebih pedih lagi apabila kedua-dua keputusan itu (salib dan Kafa) dipersetujui pemimpin Islam yang mahu meneggakkan syiar Islam di bumi Selangor. Malangnya isu sebegini dianggap kecil dan remeh.
  6. Bagi kes guru Kafa, seorang Exco dari PAS dengan rasa tak bersalah memberitahu guru Kafa bahawa pihaknya sudah menilai justifikasi dan dimuktamadkan kenaikan setara seperti yang dijanjikan tanpa membezakan tahun berkhidmat demi keadilan kepada semua.
  7. Bagaimanapun katanya, elaun guru Kafa tidak akan dinaikkan tahun ini memandangkan kerajaan negeri tiada peruntukan.
  8. “Saya harap kontroversi ini dihentikan memandangkan ia bukanlah isu besar. Hasil kajian mendapati kenaikan elaun bukanlah suatu jumlah yang besar, meskipun membabitkan lebih 6,000 guru Kafa di negeri ini. Peruntukan tambahan itu RM18 juta setahun,” katanya.
  9. Hancur perasaan umat Islam apabila Exco PAS mengumumkan sedemikian. Tidak adakah cara lain yang lebih lembut untuk menyampaikan keputusan itu?
  10. Dan mengapakah ia (elaun guru Kafa) disebut sebagai isu kecil sedangkan tiada pekara yang lebih besar selain daripada meneggakkan syiar Islam dan mempertahankan al Quran.
  11. Pada Sidang DUN 8 April lalu, seorang guru yang mewakili ribuan guru Kafa datang ke bangunan kerajaan untuk menuntut kenaikan elaun guru Kafa di Selangor sebagaimana yang dijanjikan ketika PR merayu undi dalam PRU yang lalu.
  12. Guru itu menjelaskan manifesto PR semasa PRU13 telah berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa yang hampir 10,000 di negeri ini daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan. 
  13. Kerajaan negeri perlu mengotakan janji mereka berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari sehingga menyebabkan terdapat golongan guru Kafa yang terpaksa melakukan kerja tambahan bagi menambah pendapatan.
  14. Banyak guru Kafa terpaksa bekerja di stesen minyak pada sebelah malam, menjual kuih muih malah ada yang bekerja sebagai tukang cuci semata-mata untuk menampung kos sara hidup.
  15. Pendapatan elaun bulanan yang guru Kafa yang rendah itu turut meletakkan mereka dalam kumpulan isi rumah di bawah garis kemiskinan negeri Selangor iaitu kadar pendapatan kurang RM3,500 sebulan.  
  16. Lebih menyedihkan kebanyakan guru Kafa di negeri ini masih bertaraf sambilan berikutan kekosongan jawatan tetap perkhidmatan berkenaan terlalu terhad.  
  17. Malangnya tuntutan itu dilayan macam sampah sarap. Guru berkenaan dihalau oleh 10 pengawal keselamatan DUN Selangor daripada memasuki bangunan itu bagi menyerahkan tuntutan kenaikan elaun tersebut kepada 56 Adun Selangor termasuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
  18. Bagi kes kedua berkaitan kewujudan gereja baru di Taman Medan, umat Islam dapat melihat dengan jelas bagaimana PKR mengetepi peraturan PBT tanpa meminda akta yang wujud sejak sekian lama.
  19. Dengan bersandarkan kepada keputusan Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam 2008, kerajaan Selangor membenarkan gereja itu beroperasi semula.
  20. Ini kerana kewujudan gereja di premis komersial atau pejabat tidak lagi memerlukan permit tetapi cukup dengan memberi notis kepada penduduk. Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama.
  21. Ternyata orang ramai bingung samada Akta 133 Seksyen 70 (12) sudah terbatal dengan wujudnya keputusan kerajaan negeri pada 2008, atau akta itu masih kekal kerana pemansuhannya belum diwartakan.
  22. Sedihnya keputusan membenarkan gereja itu beroperasi semula datang dari meja Menter Besar Selangor dan diumumkan oleh exco yang beragama Kristian.
  23. Melihat kepada cara kerajaan negeri menangani kedua-dua isu berkaitan (salib dan Kafa), umat Islam semakin bimbang dan curiga dengan dominasi Kristian DAP dalam pentadbiran Selangor.


No comments:

Post a Comment