- Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti pendigitalan RTM bagi membolehkan mereka menikmati tontonan 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan 15 Saluran Standard (SD) secara PERCUMA di bawah projek Angkasapuri Media City.
- Ia menyebabkan Astro `goyang' lalu mereka juga menawarkan pakej percuma dikenali sebagai NJOI. Khabarnya ia disediakan tanpa bayaran bulanan dengan jumlah pelanggan setakat ini mencecah 920,000 orang.
- Pakej NJOI itu ditawarkan dengan harga RM263 dan RM100 caj pemasangan (tertakluk kepada terma dan syarat). Ia membolehkan orang ramai menonton 25 saluran TV & 20 saluran radio secara PERCUMA.
- Persaingan sihat dalam industri ini sepatutnya sudah lama berlaku yang akhirnya membawa kepada perkhidmatan telekomunikasi yang murah atau percuma kepada semua rakyat Malaysia, bukannya caj bulanan yang `mencanak-canak’ tingginya seperti yang dikenakan Astro semata-mata kerana tiada saingan dalam industri itu.
- Bayangkan betapa tersiksanya ramyat Malaysia selama ini kerana melanggan Astro dengan kadar purata hampir RM200 sebulan dan siarannya sangat memalukan dengan mengulangsiar program filem setiap hari setiap bulan dan sepanjang tahun.
- Jika ditambah dengan kemudahan internet, bayaran Astro mencecah hampir RM300 sebulan. Jumlah itu hampir separas dengan kadar sewa rumah kos rendah di luar bandar seperi Muar, Batu Pahat, Pontian dan Yong Peng.
- Ketika dikritik mengenai kualiti perkhidmatan buruk itu ihak Astro menjawab selamba bahawa segala kos sudah meningkat dan harga filem luar negara bukannya murah.
- Sekonyong-konyong RTM menawarkan pendigitalan PERCUMA, lalu Astro mula mengelabah dan kelam kabut menawarkan siaran PERCUMA kerana takut kehilangan TIGA JUTA pelanggan.
- Namun pakej percuma Astro tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi mereka yang sudah lama melanggan Astro, sudah tentu kenal dengan istilah itu. Ada saja `benda pelik' yang menjadi sandaran agar pelanggan tetap membayar sejumlah tertentu yang tinggi secara bulanan. Kalau tak percaya cuba register dengan Astro dan lihat apa terma dan syarat itu.
- Berbeza dengan pendigitalan RTM, siaran PERCUMA yang disediakan itu tanpa terma dan syarat. Malah gologan termiskin mendapat segala-galanya tanpa perlu membayar satu sen pun.
- Beberapa hari lalu kerajaan mengumumkan sebanyak dua juta set top box (STB) bakal dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mengikuti siaran televisyen (TV) digital apabila dilaksanakan tidak lama lagi.
- Dalam persidangan Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set top box percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.
- “Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siarannya tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu,” ujar beliau kepada Bernama.
- Penggunaan TV digital itu, kata Ahmad Shabery, seiring perkembangan trend penyiaran dunia yang membolehkan penggunaan spektrum gelombang radio yang lebih optimum dan efisien. Ini membolehkan lebih banyak rancangan interaktif dan siaran video yang lebih berkualiti.
- Transmisi ujian siaran TV digital itu dijangka bermula pada hujung April ini dengan menggunakan stesen pemancar Bukit Pelindung di Kuantan, Bukit Besar di Terengganu dan Machang di Kelantan.
- Persiapan dari segi pelaksanaan infrastruktur dan sebagainya dijangka akan siap pada hujung tahun depan di mana kawasan Lembah Klang adalah kawasan yang terakhir sekali dijalankan.
- Zaman kegemilangan RTM akan kembali tidak lama lagi dengan program pendigitalan stesen penyiaran secara percuma menerusi kerjasama di antara syarikat MYTV Broadcasting dan TM.
- Terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary kerana menyediakan penyiaran yang dijangka setaraf dengan Astro. Usaha itu kini sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.
- Sebaik saja pendigitalan RTM dilaksanakan, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standard (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.
- Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Syed Mokhtar akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.
- Malah, sebagai memenuhi rasa tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar akan menghadiahkan dekoder percuma kepada 2 juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.
- Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
- Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.
- Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.
- Siapa sangka anak melayu seperti Syed Mokhtar mampu berfikir sebegini jauh untuk kepentingan rakyat Malaysia?
Saturday 11 April 2015
RTM gegar Astro hingga terpaksa tawar NJOI percuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment