Media sosial dihujani pelbagai maklumat baru yang pelik-pelik
sebaik saja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membariskan kabinetnya.
Antara yang terpelik ialah laporan blog pembangkang The Sarawak
Report yang menunjukkan draf pertuduhan ke atas Perdana Menteri dan tertuduh
kedua atas dakwaan menerima suapan sejumlah wang tertentu.
Maka draf kertas pertuduhan itu dipaparkan di dada media
sosial. Sudah tentu rakyat kelam kabut dan kecoh apabila menyaksikan pendedahan
terbaru ini lalu menggandakan persepsi negatif ke atas Najib.
Terdahulu Najib dicemuh umum kerana memecat rakan baiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata kerana lantangan
bersuara soal 1MDB yang kini menjadi bualan di desa, kota dan luar negara
termasuk London, Paris dan New York.
Ironinya draf kertas pertuduhan ke atas Najib dan tertuduh
kedua tidak disertakan nombor waran tangkap dan tiada nombor kad pengenalan mereka.
Lalu sahlah draf pertuduhan itu palsu tanpa perlu soal balas.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Ketika rakyat berdepan dengan `sindrom persepi’ beliau menjelaskan
laporan Sarawak Report itu bertujuan mengelirukan rakyat dan mengundangkan
lebih banyak implikasi buruk kepada negara.
Lalu beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dan polis untuk mengambil tindakan terhadap The Sarawak Report
dan Clare Rewcastle Brown.
PDRM pula berjanji akan mengheret Clare ke pengadilan di bawah
Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu apa juga tindakan yang boleh mengancam
demokrasi berparlimen.
Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Sebagai Peguam Negara yang baru beliau menjelaskan bahawa pertuduhan
yang dikeluarkan oleh Clare di dalam blognya adalah tuduhan palsu.
Kertas pertuduhan itu tidak pernah dikeluarkan oleh Jabatan
Peguam Negara. Tambahan pula, format pada kertas pertuduhan berkenaan adalah
tidak tepat atau ianya ditulis dari Pejabat Peguam Negara.
Pasukan Penyiasat Khas masih belum menyiapkan siasatan
berhubung tuduhan sebelum ini. Jadi adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan
mustahil kertas pertuduhan berkenaan direka lebih awal.
Kertas pertuduhan yang disiarkan ini mengandungi niat
konspirasi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri terhadap tuduhan jenayah yang
direka dan pada masa yang sama, ianya menunjukkan siasatan berkenaan telah
dibocorkan.
Plot ini menunjukkan ancaman terhadap sistem demokrasi di
Malaysia dan saya telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan. Semua
tindakan undang-undang akan digunakan tanpa ada pengecualian jika pihak kami
mendapati terdapat sebarang kesalahan telah dilakukan.
Bagaimana Clare membuat fitnah
Portal yang berpangkalan dari London itu memaparkan cerita
palsu tentang waran tangkap Perdana Menteri.
Format waran tangkap yang disiarkan oleh Clare palsu kerana waran
tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang
terbabit. Waran tangkap juga mesti menyebut maklumat penuh tertuduh yang lengkap
dengan nombor kad pengenalan.
MB Negeri Sembilan kena jerat
Serentak dengan laporan palsu Sarawak Report, rakyat
Malaysia juga dikejutkan dengan klip audio mirip suara Menteri Besar Negeri
Sembilan dan disebarkan di internet dan sosial media.
Susulan itu, dua pemimpin kanan UMNO menafikan mereka adalah
individu yang mempertikaikan proses siasatan isu 1MDB dalam rakaman audio yang
disebarkan melalui media sosial.
Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamad Aziz berkata,
beliau tidak pernah merakamkan sebarang kenyataan tentang isu 1MDB.
“Malah, saya tidak tahu-menahu langsung tentang rakaman
audio yang disebarkan itu,” katanya. Dalam rakaman audio selama seminit 54 saat tersebut, seorang
lelaki yang tidak diketahui identiti membangkitkan beberapa persoalan berkaitan
isu 1MDB termasuk tangkapan yang dibuat sebelum ini bagi membantu siasatan
pihak berkuasa.
Sementara itu, di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad
Hasan menafikan desas-desus yang mengaitkan beliau dengan suara lelaki dalam
rakaman audio berkenaan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga menggesa semua pihak
agar tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang bertujuan
melaga-lagakan beliau dengan para pemimpin lain.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena
langsung dengan rakaman audio itu apatah lagi dengan pengakuan individu
berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Gurkha Najib tuduh Muhyiddin menipu
Sudah diduga `gurkha’ Najib membalas viral video Muhyiddin
dengan menuduh bekas timbalan perdana menteri itu telah menipu rakyat Malaysia.
Dengan gumbira, gurkha itu mendakwa Muhyiddin merupakan
orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang
1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri
untuk kegunaan pilihan raya.
Mukhriz pasrah dengan hukuman Najib
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia berdepan
dengan kemungkinan dikenakan tindakan ekoran penyebaran video rakaman perbualan
Muhyiddin yang menjadi viral di Internet.
Bagaimanapun, Mukhriz berpendapat, lawatan beliau ke rumah
Muhyiddin bukan satu kesalahan kerana tujuan berbuat demikian adalah sebagai
mewakili rakyat Kedah untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas Timbalan
Perdana Menteri itu.
“Adakah patut tindakan diambil terhadap saya kerana saya
melawat seorang bekas pemimpin untuk ucapkan terima kasih pada dia? Saya ingat
tak salah. Lepas tu (itu) keluar dalam video pula, apa salahnya kita selalu
(rakam) dalam video, walaupun begitu saya bersedia untuk hadapi apa sahaja
kemungkinan pun,” katanya.
Kabinet baru belum dapat yakini rakyat
"Itu hak Perdana Menteri untuk gugurkan Muhyiddin. Dia
nak gugur, dia gugurlah," katanya dalam sidang media.
Menurut beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan
individu paling tepat untuk menggantikan Muhyiddin.
"Zahid yang
paling layak. Dia menang undi paling banyak untuk naib presiden (Umno). Paling
tepat untuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kabinet baru masih belum mampu
mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara seperti didakwa
Najib.
"Saya baca blog dan komen di Facebook, tak nampak lagi
pertukaran (kembalikan keyakinan rakyat). Jika baca apa di Facebook, kita tahu
apa yang rakyat fikir sebab mereka luahkan pendapat mereka di internet,"
katanya.
Penamatan khidmat Abdul Gani ikut Perlembagaan
Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, penamatan khidmat Tan
Sri Abdul Gani Patail dilakukan mengikut
Perlembagaan Persekutuan yang tidak memerlukan sebuah tribunal bagi
menentukan perkhidmatannya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamed Apandi berkata,
artikel dalam perlembagaan yang memerlukan tribunal bagi penamatan khidmat AG
telah digantikan dengan klausa baharu di bawah Akta (Pindaan) Perlembagaan dan
berkuatkuasa pada 16 September 1963.
"Di bawah Fasal (5) Perkara 145 sedia ada, peguam
negara memegang jawatan selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong," kata
Apandi.
"Oleh itu cara penyingkiran yang dirujuk dalam klausa 6
Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada peguam negara yang
dilantik selepas 16 September 1963.
Gani Patail berhak diberi pendengaran awam
Selama ini Gani Patail dicemuh pembangkang sampai ke
longkang terutama DAP dan PKR, gara-gara pendakwaannya ke atas ramai puak
Pakatan termasuk Anwar Ibrahim yang kini terpaksa meringkuk di penjara.
Tak semena-mena DAP menghantar Dr Aziz Bari untuk membela
Gani Patail. Hairan bin Ajaib dengan berpandangan Gani Patail berhak mendapatkan
pendengaran awam tentang pemecatannya sebagai Peguam Negara kerana jawatannya
itu tertakluk kepada perkhidmatan awam.
Sejak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981,
penjawatan Peguam Negara telah diletakkan di bawah Perkhidmatan Awam.
"Dalam kes Abdul Gani, dia bukan ahli kabinet...dia
juga bukan ahli Parlimen, jadi dia tidak boleh dipecat begitu sahaja, dia mesti
diberikan pendengaran awam.
"Masalah yang timbul dengan memecat dia ialah artikel
145 (6) yang memerlukan menubuhkan satu tribunal," katanya.
TPPA bakal ditandatangani
Dalam pada itu rayat sedang memberontak mahu kerajaan jangan
menandatangani Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) dengan Amerika Syarikat kerana
ia akan merungikan Malaysia.
Apa yang dapat disimpulkan oleh Datuk Seri Mustapha Mohamed
ialah selepas lima tahun rundingan TPP diadakan, kini rundingan TPP telah
memasuki fasa terakhir.
Pada peringkat ini, semua negara TPP perlu membuat keputusan
yang sukar. Seperti dalam rundingan-rundingan yang lain, terdapat konsesi yang
perlu dibuat.
Kerajaan telah mengambil pendirian yang tegas dalam
rundingan TPP: untuk memastikan Perlembagaan, kedaulatan dan dasar-dasar utama
seperti perolehan kerajaan, syarikat milik kerajaan dan agenda Bumiputera terus
terpelihara.
Semua rakyat Malaysia perlu berfikiran terbuka mengenai
Perjanjian TPP. Kerajaan mengambil maklum bahawa walaupun rundingan ini
mempunyai kos tetapi lebih memberi manfaat kepada Malaysia.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, maklum balas dari
pelbagai pihak telah membentuk pendirian Malaysia dalam rundingan TPP.
Apa yang penting di sini, dokumen akhir perjanjian bersama
dua kajian kos-faedah akan dibentangkan di Parlimen dan dikongsi bersama rakyat
Malaysia.
Keputusan sama ada menyertai Perjanjian TPP atau sebaliknya
akan menjadi keputusan bersama rakyat Malaysia.
Pening. Pening. Pening
No comments:
Post a Comment