- GST dimulakan dengan langkah kiri apabila hampir semua peniaga kecil, sederhana dan besar sudah menyalahgunakannya.
- FB dihujani pelbagai resit yang menyatakan GST dikenakan pada barangan bebas cukai. Bila ditanya bagaimana ini boleh terjadi, pengusaha mendakwa keseluruhan premis perniagaan mereka terpaksa menanggung cukai. Lalu mereka berhak memindahkan GST itu kepada pengguna pada setiap belian walaupun RM1.
- Contoh paling ketara, pengguna mengisi petrol di mana-mana stesen akan mendapati GST enam peratus dikenakan walaupun kerajaan mengecualikan petrol dikenakan cukai. Pengusaha berkata cukai itu bukan atas petrol tetapi premis mereka yang dikenakan GST.
- Ada pengguna keliru mereka dikenakan cukai GST atas keseluruhan barangan yang dibeli dan pada masa yang sama setiap barangan itu sudah dinaikkan 6 peratus daripada harga asal. Hal ini menyebabkan ramai tidak puas hati dengan sikap peniaga sebegitu.
- Bila ditanya lebih, pekedai mudah menjawab “tak nak beli tak apa, orang lain mahu beli”. Ini menyebabkan pengguna marah dan kembali menghentam kerajaan kerana menguatkuasakan GST tanpa terlebih dahulu mendidik peniaga.
- GST sepatutnya memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia termasuk peniaga, ia sepatutnya mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.
- Hal itu diakui Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berkata pelaksanaan GST bertujuan mengembangkan ekonomi negara dalam jangka panjang.
- Jika dilaksanakan dengan betul, GST dapat mengurangkan beban rakyat menerusi penurunan harga barang dan menjadikan sistem percukaian negara lebih telus. GST Malaysia pada kadar enam peratus merupakan antara yang paling rendah di dunia berbanding negara lain.
- Untuk itu peniaga perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan mereka dengan tidak menaikkan harga sesuka hati, dengan alasan mereka dikenakan GST.
- Golongan tersebut tidak boleh menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga tanpa memahami konsep sebenar sistem percukaian itu.
- Mana-mana peniaga yang dikesan menaikkan harga barang sesuka hati perlu dikenakan tindakan tegas oleh pihak penguat kuasa.
- Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan pengguna agar menggunakan kuasa beli dengan memboikot peniaga yang memanipulasi harga barang atau perkhidmatan selepas GST dilaksanakan.
- Tindakan itu perlu bagi memberi pengajaran berguna kepada semua peniaga serta menyekat kerakusan kapitalis yang mengaut keuntungan berlipat ganda daripada pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.
- Sekiranya terdapat peniaga atau usahawan yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST dengan menaikkan harga barang, pendekatan secara menyeluruh menerusi boikot perlu dilakukan pengguna.
- Jika tindakan tersebut tidak berkesan, tindakan lebih radikal boleh diambil bagi memperjuangkan hak-hak pengguna. Kita mahu suara pengguna negara ini didengari dan mereka juga perlu berilmu dan bijak.
- Dalam perkembangan yang sama, beberapa syarikat di Malaysia telah mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan masing-masing.
- Bagi pasaraya Mydin yang dimiliki peniaga Islam, pihaknya menyerap enam peratus GST ke dalam syarikat sebagai langkah untuk tidak membebankan pengguna.
- Bagaimanapun pasaraya lain yang kebanyakannya dimonopoli bangsa Cina, mereka tidak berminat untuk menigkut jejak Mydin dan kebanyakan mereka tidak mahu mengulas langsung mengenainya.
- Apa yang berlaku ialah mereka akur dengan peraturan dan mengenakan GST ke atas barangan yang diarahkan.
- Manakala syarikat otomobil seperti Proton, Honda, Toyota sudah mula menurunkan harga kenderaan masing-masing seiring dengan pelaksananaan GST.
- Honda Malaysia menurunka harga antara RM500 sehingga RM2,500 sebuah bagi model-model pemasangan tempatan (CKD) manakala UMW Toyota pula menurunkan sehingga RM4,000 mengikut model.
- Proton turut mengumumkan pengurangan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus ke atas model-model keluarannya.
- Rakyat masih menunggu dengan penuh minat siapakah lagi yang akan menurunkan barangan dan perkhidmatan mereka sering dengan GST.
- Orang ramai juga tak sabar menanti pengumuman pasaraya seperti Giant, Tesco, NSK, Econsave dan lain-lain lagi untuk menyerapkan GST sepertimana yang dilakukan oleh Mydin. Kita tunggu dan lihat sejauhmana keikhlasan mereka.
Wednesday 1 April 2015
Jom boikot peniaga salahguna GST
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment