- Ya Allah. Ku mohon pada Mu, berilah hidayah dan keinsafan kepada manusia yang bernama Siti Zabedah Kassim dan rakan-rakannya agar kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama mempertahankan kalimah Allah untuk umat Islam sejagat.
- Sesungguhnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sudah bertitah bahawa kalimah Allah merupakan hak eksklusif umat Islam dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.
- Seri Paduka bertitah, ketetapan itu sudah jelas dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan ia perlu dihormati. Semua penduduk Malaysia faham dengan titah baginda.
- Namun Siti Zabedah dan rakan sekongkolnya tidak peduli semua itu. Beliau hadir di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini untuk memberitahu Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Malaysia bahawa beliau sesungguhnya percaya kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam.
- Justeru itu, beliau menentang umat Islam dari bangsanya sendiri, sebaliknya memberi sokongan kepada gereja Katholik supaya meneruskan perjuangan menuntut penggunaan kalimah Allah dalam agama mereka.
- Itu mesej yang Zabedah nak sampaikan tanpa mempeduli titah Yang di-Pertuan Agong. Yang penting dia dilihat berani. Lihat saja kenyataan Siti Zabedah ini: “Masyarakat Melayu kena berani untuk berdepan dan bercakap. Saya tahu mereka takut digelar murtad atau ditangkap oleh pihak berkuasa atau dituduh bukan-bukan.
- "Seperti saya katakan, jika mereka berani bercakap, ini negara kita. Tidak ada sesiapa patut takut, terutamanya orang Melayu. Jika kita bersuara kerana benar, jadi jangan takut. Dan jangan fikir Islam yang mereka pamerkan adalah Islam yang sebenarnya.
- "Kalau nak tahu apa itu Islam, kita baca Al-Quran dan cari apa yang kita tak puas hati. Jangan dengar apa yang mereka cakap. Jangan seperti lembu dicucuk hidung, mana ditarik kita ikut. Ini masalah orang Melayu.
- "Siapa yang nak hakimi kita sudah terkeluar Islam atau akidah? Itu terpulang kepada Tuhan. Tuhan sahaja yang boleh menghakimi," katanya lagi.
- Bila ditanya mengenai kenyataannya berbentuk provokasi, dia menjawab “Kakak berhak menjaga hati dan perasaan hati orang lain (gereja Katholik). Bukan memprovok. Kakak tahu tak berapa ramai yang awak cuba provok sekarang ini?
- Siti Zabedah membawa sejambak bunga Kekwa sebagai simbol keamanan sambil berkata beliau hanya mahu menyatakan pegangannya bersabit penggunaan kalimah Allah.
- "Jika saya provok awak, saya minta maaf. Saya tidak berniat sedemikian. Saya datang pada hari ini hanya untuk menyatakan bahawa anda di sini bukan mencerminkan diri saya.
- "Kami ingin buktikan ini bukan ajaran Islam dan ucapan yang dikeluarkan pagi ini tidak melambangkan semangat Malaysia.
- "Lihat kepada baju-T saya hari ini, menunjukkan Allah adalah Tuhan sekalian alam dan bukan eksklusif kepada umat Islam sahaja," katanya.
- "Saya datang demi keamanan. Saya mahu beri jambangan bunga ini kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan ini, kepada anda (media) juga. Kita tak bawa pembesar suara, kain rentang tetapi kami datang untuk tunjukkan sebahagian lain tentang Malaysia.
- “Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya merasa bimbang dengan keadaan yang berlaku sekarang, bagaimana kita lalui semua ini.
- Pandangan dan pegangan hidup Siti Zabedah didakwanya bersandarkan al Quran, namun sepanjang berlegar-legar di Mahkamah Persekutuan, wanita moden yang tidak menutup aurat itu tidak memetik sedikitpun mana-mana ayat yang boleh menyokong falsafahnya.
- Dalam bahasa lebih mudah, Siti Zabedah bercakap main hentam keromo atau merapu terutama soal hukum mempertahankan kalimah Allah. Bila dihujani pertanyaan, dia menyebut tengoklah dalam al Quran, tapi tidak membantu mendekatkan kita di mana kedudukan firman Allah yang menyokong pegangan hidupnya.
- Mari kita tinggalkan dunia fantasi Siti Zabedah dan kembali kepada realiti. Sesungguhnya kita perlu mempertahankan kalimah Allah sebagai milik eksklusif umat Islam. Jika kita tidak pertahankannya, siapa lagi yang akan berbuat demikian? Siti Zabedah? Jauh sekali.
- Bukankah setiap kali berzikir sesudah solat, ada pada tempatnya kita menyebut ‘Innaddina indallahil Islam’? Maksudnya “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah Islam” Surah Al Imran, al-Quran 3:19. Jadi bukankah itu bermakna ALLAH tidak menerima agama-agama lain di sisi-Nya selain Islam?
- Tuhan bagi umat Islam ialah ALLAH. Tuhan bagi agama lain disebut ‘God’, ertinya tuhan tanpa nama khas. Benar, ALLAH itu nama Tuhan dalam bahasa Arab, tetapi kalimah ini tidak bermaksud kepada semua agama. ALLAH itu Tuhan khusus untuk Muslim yakni manusia yang bersyahadat bahawa ‘Tiada Tuhan disembah selain ALLAH, Muhammad itu Rasulullah”.
- Firman ALLAH dalam Surah al-Ikhlas, al-Quran:112, maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); ‘(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa (1). ALLAH yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2).
- Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan (3). Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya (4)”. Pada penulis 4 ayat itu sudah cukup membuktikan bahawa kalimah ALLAH itu hak eksklusif penganut agama Islam.
- Agama Kristian meyakini Tuhan, Isa dan Maryam itu dengan konsep triniti. Di sini letaknya persoalan akidah. Bagi orang Islam Nabi Isa a.s itu antara 25 Rasul yang diimani (Rukun Iman), walaupun Nabi Muhammad SAW tidak tergolong dalam keyakinan Kristian dan Yahudi.
- Islam itu telah lengkap sempurna tetapi kenapa pula tidak dianuti sesetengah manusia yang juga beragama langit?. Maksud firman ALLAH dalam Surah al-Maidah (al-Quran, 5:3): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul untuk seluruh manusia. Sesiapa yang menolak Muhammad, maknanya menolak akan Islam.
- Apakah beza ‘God’ dengan ALLAH? Kamus Dwibahasa (DBP: 2001) memaknakan ‘God’ itu benda atau semangat yang disembah dan dianggap mempunyai kuasa atas alam dan urusan manusia: tuhan, dewa, betara, dewata. ‘God’ juga dimaknakan kepada Pencipta Alam, Yang Maha Berkuasa yakni Tuhan ALLAH dalam Islam. Ada simpulan bahasa ‘God willing’ jika diizinkan Tuhan, dalam Islam InsyaAllah; ‘Thank God’ yakni syukurlah atau ‘Alhamdulillah’ dalam Islam. Itulah beza antara berhajatnya umat Islam kepada ALLAH dengan berhajatnya penganut agama lain kepada tuhan mereka.
- Dalam kes kecelaruan Siti Zabedah dan konco-konconya, Kerajaan dan umat Islam jangan sekali-kali memandang ringan isu kalimah ‘ALLAH’ ini, lebih-lebih lagi dalam konteks Malaysia.
- Memang tindakan tegas boleh diambil terhadap sesiapa yang mencabar kalimah Allah yang sekaligus mencabar status Islam sebagai agama negara Persekutuan Malaysia dan kuat kuasanya di bawah beberapa enakmen negeri. Status Islam di Malaysia berbeza kedudukannya dengan Islam di negara lain.
- Orang bukan Islam tidak boleh mencampuri urusan agama Islam. Junjungi Perlembagaan dan hormatilah beberapa enakmen negeri yang sekian lama melindungi Islam sebagai agama negara.
- Umat Islam mesti fahami implikasi penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam itu akan mempengaruhi akidah, tradisi ilmu dan kecelaruan terhadap tamadun Islam.
- Mendekati contoh kecelaruan terhadap tamadun Islam, ia sudah berlaku di Indonesia apabila kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dalam semua aspek termasuk terjemahan FIRMAN ALLAH.
- Ada orang “cerdik” bertanya apa masalahnya jika orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, mustahil orang Islam tidak boleh membezakan antara Bible dengan Al-Quran.
- Di dalam Al-Quran an Bible, masing-masing ada menceritakan kisah Nabi Adam, Nabi Musa dan kisah-kisah beberapa Nabi lain. Apabila mereka menulis “Firman Allah” lalu membawakan kisah-kisah di dalam Bible, siapa yang dapat membezakannya? Adakah anak-anak kita mampu membezakannya?
- Ada banyak lagi contoh kecelaruan yang boleh berlaku jika kalimah Allah diberikan kepada gereja Katholik. Peliknya agama-agama lain seperti Buddha dan Hindu tidak pula teruja mahu berkongsi penggunaan nama Allah dalam terjemahan dan bukan terjemahan. Fikir-fikirkanlah.
Friday 7 March 2014
Siti Zabedah contoh muslimah yang celaru minda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment