Thursday 13 February 2014

Dr M rayu umat Islam boikot produk Israel

  • UMAT Islam dirayu menegakkan keadilan dengan memboikot sebarang urusan perniagaan dengan Israel.
  • Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Israel merupakan negara yang tidak bermoral dan di luar batasan undang-undang manusia.
  • "Saya rasa seluruh dunia yang pentingkan keadilan patut boikot daripada menjalankan urusan perniagaan dengan Israel," katanya yang dipetik di blog miliknya, Isnin lalu.
  • Beliau menyentuh soal ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin."Israel bina dinding tinggi di atas tanah dan kampung milik Palestin yang memisahkan antara keluarga Palestin. Penduduk Palestin tidak ada hak atas tanah mereka sendiri," katanya.
  • Menurut beliau, pro-Israel mendakwa tindakan memboikot produk Israel adalah satu kesalahan. "Bagaimana pula sekatan Israel Gaza yang mengakibatkan tentera laut Israel menghentikan kapal bantuan di perairan antarabangsa dan membunuh sembilan pekerja kemanusiaan Turki?
  • "Ini terang-terang melanggar undang-undang antarabangsa. Jika Israel boleh buat, kenapa tidak yang berjuang untuk ketidakadilan memboikot barangan Israel?," katanya.
  • Sesuai dengan rayuan Tun Dr Mahathir itu, umat Islam di Malaysia sepatutnya memboikot produk Israel atas kekejaman mereka selama ini.
  • Kekejaman Israel bukan pekara baru tetapi tiada siapa yag berani berdepan dengan Israel kerana sistem pertahanan negara itu disokong oleh Amerika Syarikat. Pada masa yang sama Israel berulang-ulang kali membohongi dunia bahawa tekanan ke atas Palestine adalah semata-mata mempertahankan hak rakyat Israel.
  • Michel Collon dari Belgium, menulis dalam bukunya mengenai 10 jenis pembohongan Israel bertajuk “Israel, let’s talk about It’. Dalam buku itu dia mengungkapkan bahawa selama ini media Barat diupah berdusta untuk menokong Israel.
  • Dalam bukunya, dia mencatat 10 pembohongan yang disebar Israel untuk mendukung penjajahan ke atas wilayah Palestine, antaranya.
  • Pembentukan negara Yahudi itu merupakan reaksi daripada pembunuhan beramai-ramai bangsa itu pada Perang Dunia II, manakala konsep negara Israel wujud pada Kongres Zionis I di Basel 1897, jauh sebelum Perang Dunia II meletus.
  • Yahudi mendakwa pada saat mereka menduduki wilayah Palestine, kawasan itu tak berpenghuni pada hal sejarah menunjukkan bahwa di abad ke-19, hasil pertanian Palestine telah diekspot ke pelbagai negara termasuk Perancis.
  • Yahudi mendakwa warga Palestine keluar dari wilayah itu dengan kerelaan untuk meninggalkan kampung halaman pada sejarah menyaksikan warga Palestine diusir dengan kekejaman.
  • Yahudi mendakwa Israel mendukung demokrasi di Timur Tengah wal hal kekejaman yang berlaku hingga sekarang membuktikan sebaliknya.
  • Usaha AS mengadakan rundingan damai Israel dan Palestina adalah pura-pura. Eeropah menerima Israel sebagai anggota ke-21 Uni Eropa. Israel dia tidak pernah mau mengakui Palestina dan Eropah merestui penyerangan Israel ke Gaza.
  • Isu terorisme adalah untuk mencemuh Palestine. Perjuangan Hamas mengusir penjajahan dianggap sebagai terorisme padahal penjajahan Israel sebenarnya terorisme terancang yang didukung negara-negara gergasi.
  • Meneliti kepada senarai kekejaman tentera Israel di bumi Palestine yang dilakukan sejak 1947 sehingga sekarang ini, semestinya negara itu tidak layak mendapat kemaafan daripada umat Islam. Untuk itu sebagai umat Islam yang simpati kepada perjuangan Palestine, tindakan memboikot produk Israel adalah sangat bertepatan.
  • Mungkin Israel tidak kisah umat Islam Malaysia memboikot produk mereka kerana pada asasnya semua produk itu adalah untuk golongan kafir di atas muka bumi ini dan umat Islam kebetulan atau secara tidak sengaja menjadi pembeli, pelanggan atau pengedar.
  • Berikut antara senarai syarikat, produk dan sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
  • Phillip Morris - Produk: Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince. FAKTA: 12 % keuntungan adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI.
  • Coca-Cola - Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper.  FAKTA: Sejak 1966 Coca Cola telah menyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
  • Nestle - Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips. FAKTA: Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
  • Disney - Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem. FAKTA: Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
  • Delta Galil Industries Ltd (Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama) - JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca. FAKTA: Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
  • Nokia - Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik. FAKTA: Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
  • Danone - Makanan, minuman dan biskut. Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette. FAKTA: Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.
  • Johnson & Johnson - Produk kesihatan. FAKTA: Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
  • Revlon - Produk kosmetik. FAKTA: Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
  • AOL Time Warner - Produk: Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine. Fakta: AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
  • IBM - Fakta: Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
  • L’Oreal - Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson. Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Loreal dan menganggap mereka sahabat akrab.
  • Intel - Produk: Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
  • Este Lauder - Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila. Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
  • News Corporation - 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins. Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
  • Kimberly – Clark - Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex. Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
  • Procter and Gamble - Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
  • MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
  • HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
  • GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
  • COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
  • Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

No comments:

Post a Comment