Wednesday 14 November 2012

Tan Sri Rozali bawa masuk askar Wataniah ke 317 rancangan tanah FELDA, satu kejayaan terhebat!


Brigadier Jeneral Tan Sri Rozali Ismail, membawa askar wataniah ke Felda.




  • PERNAHKAH kita terfikir tanah pertanian FELDA akan dibanjiri askar Melayu separa profesional? Tak cukupkah Rejimen Askar Melayu Diraja yang ada sekarang sehingga perlu ditambah? Brigadier Jeneral Tan Sri Rozali Ismail sudah menyediakan jawapannya. Malah lebih jauh dari itu, beliau sudah merealisasikannya melalui kerjasama Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Askar Wataniah.
  • Anak peneroka Felda Gedangsa itu sudah menyaksikan bagaimana lebih 120,000 peneroka Felda menyemai bakti pada Tanah Melayu sejak awal tahun 1960an sehingga berjaya membentuk sebuah empayar pertanian yang hebat sekaligus melahirkan lebih 1.6 juta pewaris pada ketika ini.
  • Tidak cukup dengan itu, ramai bukan pewaris peneroka juga bertandang dan berhijrah untuk mencari rezeki di 317 rancangan tanah dan menjadikan keseluruhan warga Felda setakat ini seramai lebih 3.5 juta orang, satu jumlah yang sangat menakjubkan.
  • Sebagai anak Felda, Tan Sri Rozali melihat pada prisma yang lebih jauh, apakah 3.5 juta warga Felda yang ada cukup sekadar berbudi pada tanah saja? Beliau berpendapat warga Felda tidak sepatutnya berhenti di situ sebaliknya perlu berbudi kepada negara.
  • Dengan memiliki warga seramai itu, anak pintar dari Felda Gedangsa itu melihat kaedah terbaik ialah dengan menyumbang tenaga bagi menjaga keselamatan negara menerusi gerakan pertahanan askar wataniah.
  • Ramai tidak yakin usaha itu dapat dilaksanakan di 317 rancangan tanah Felda kerana tiada siapa yang berminat untuk menyahut cabaran besar itu.
  • Akhirnya, Tan Sri Rozali sendiri menyempurnakan usaha itu menerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) di bawah pimpinan beliau sendiri.
  • Beliau memulakan langkah pada awal 2012 dengan melancarkan penubuhan kompeni askar wataniah yang pertama di Felda Gedangsa bagi mewakili negeri Selangor.
  • Tan Sri Rozali percaya usaha itu dapat menyemai minat kesukarelaan serta tanggungjawab memelihara keselamatan negara di kalangan generasi FELDA.
  • Usahanya tidak berhenti di situ. Satu demi satu wilayah Felda menubuhkan kompeni askar wataniah dengan matlamat ianya dapat dikembangkan ke seluruh 317 rancangan penempatan FELDA seluruh negara.
  • Anak Felda Gedangsa itu berpendapat penyertaan generasi baru dalam askar wataniah adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin negara yang mewujudkan dan memajukan rancangan FELDA.
  • Tan Sri Rozali sendiri mengambil inisiatif menyertai wataniah dengan memngikuti pelbagai kursus dan latihan berat sehingga berjaya menyandang jawatan Brigedier Jeneral Rejimen 60 Pakar Pengendalian Air Askar Wataniah (60 RAJD-AW).
  • Beliau berbuat demikian kerana yakin pasukan wataniah tetap relevan dengan peranan dan fungsi yang sama seperti Angkatan Tentera Malaysia.
  • Berikutan itu, beliau dan GWGF berusaha keras melancarkan kompeni wataniah di Johor, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Sabah.
  • Usaha beliau itu mendapat sambutan memberangsangkan di setiap negeri yang dijelajahi. Ini kerana ramai berpendapat askar wataniah adalah barisan pertahanan kedua terpenting selepas Angkatan Tentera Malaysia.

5 comments:

  1. Nyata pemikiran Tan Sri jauh ke hadapan kerana penubuhan Askar Wataniah di setiap tanah rancangan Felda beri seribu satu manfaat kepada rakyat khususnya warga peneroka.

    Saya kira tanpa usaha gigih Tan Sri selaku penaung GWGF untuk tubuhkan Askar Wataniah, masyarakat Felda mungkin berada di takuk lama.

    KUDOS Tan Sri!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. GWGF satu nama baru yang sinonim dengan Felda pada saya apabila sebut saja nama Tan Sri Rozali Ismail maka dengan sekelip mata terbayanglah program-program GWGF di tanah-tanah naungan Felda. Begitu juga dengan penubuhan Askar Wataniah yang kebelakangan ini giat ditubuhkan di setiap tanah rancangan oleh GWGF. Saya berharap Tan Sri menerusi GWGF akan terus aktif menjalankan aktiviti-aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi dan terus menyuntik semangat baru kepada warga peneroka dan generasi baru Felda moga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Negara.

    ReplyDelete
  4. salam dari warga Felda Karatong 5, Rompin, Pahang

    ReplyDelete
  5. anak Melayu Felda masuk tentera wataniah memang satu perjuangan besar sebab seandainya berlaku sebarang ancaman dari luar, ada 3 juta warga Felda pandai pegang senapang. menang atau kalah perang belakang cerita. apapun, insan yang membenihkan idea agar anak Melayu Felda masuk wataniah memang baik.

    ReplyDelete