Jabatan Veterinar mengesahkan tiada telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan dibuat setakat ini.
Sampel telur itu diambil dari pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu. Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus. Merujuk kepada kes itu, Jabatan Veterinar beranggapan telur itu rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna. Perbezaan bentuk tidak bermakna ia telur tiruan, manakala jenis makanan atau antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu sedikit berbeza.
Untuk menghasilkan telur tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos tinggi termasuk penyelidikan sedangkan telur tulen dijual dengan harga rendah iaitu 32 sen sebiji bagi gred terbaik - BERNAMA.
--------------
Nota: Inilah yang dinamakan bertelur sebiji riuhnya sekampung. Telur rosak dikatakan telur tiruan.
No comments:
Post a Comment