Friday 1 April 2011

DR MASHITAH bersama Pengarah Yayasan Pendidikan Pelajar Melayu, Mustapa Othman membelek  buku Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia selepas majlis pelancarannya di Putrajaya, semalam.

1) Tarian poco-poco boleh diamalkan umat Islam selagi tidak melanggar hukum syarak, mencampurkan unsur agama lain dan pemujaan seperti difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNP), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
2) Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau, tarian poco-poco di Selangor tidak mengandungi unsur bertentangan dengan Islam dan dilakukan oleh golongan berusia sebagai bentuk senaman untuk kesihatan seperti aerobik. “Isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana kemungkinan tarian poco-poco di Perak berbeza dengan tempat lain.
3) "Jika kita nak buat aerobik kepada orang tua memang tidak sesuai, jadi tarian poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk bersenam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri prapelancaran buku Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia.
4) Beliau diminta mengulas keputusan JFNP untuk mengharamkan tarian itu yang yang diumumkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini. 
5) Bagaimanapun, Mashitah berkata pihak berkuasa agama negeri berhak mengeluarkan fatwa pengharaman poco-poco sekiranya tarian berkenaan didapati mengandungi unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemujaan atau agama lain.
6) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga katanya tidak perlu mengkaji pengharaman tarian itu kerana tiada aduan daripada rakyat. 


Apa kata Mufti Perak


1) Sementara di IPOH, Harussani berkata pergerakan berbentuk salib dan maksud dalam kamus Jamaica yang merujuk poco-poco yang bermula di negara itu sebagai tarian pemujaan roh, menjadi sebab JFNP mengharamkannya. 
2) Katanya pergerakan berbentuk salib begitu jelas dalam poco-poco yang kini turut meluas dijadikan satu aktiviti senaman, namun ia tidak disedari sebahagian besar umat Islam. 
3) Katanya, ia jelas mengaitkan tarian itu dengan Kristian. 
4) “Mengikut kamus Jamaica poco-poco bermaksud tarian pemujaan roh. Perkara yang membawa kepada unsur pemujaan roh adalah syirik,” katanya.

5) Beliau mencadangkan umat Islam menggantikannya dengan tarian atau pergerakan yang berakar umbi dalam budaya Melayu seperti zapin dan joget, tanpa mencampurkan lelaki dan wanita dalam melakukan aktiviti itu. 


Apa kata Kita: Dr Masitah menolak fatwa Mufti Perak hanya kerana mata kasarnya melihat tarian poco-poco selesa. Kenyataan ini sangat menghairankan.

2 comments:

  1. 1) Pemuda PAS Perak menyampaikan tahniah kepada MB Perak kerana hormati ketetapan tarian poco-poco diharamkan.
    2) Poco-poco diwartakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Perak, Januari lalu.
    3) PAS berkata ketegasan Mufti Tan Sri Harussani Zakaria amat dipuji.
    4) Dan tindakan MB Perak juga berani dalam memastikan fatwa ini dikuatkuasakan di Perak.
    5) Kerumitan berlaku apabila Timbalan Menteri di JPM Mashitah Ibrahim secara terbuka menghalalkan tarian poco-poco.
    6) PAS melihat isu ini perlu dibincang secara ilmiah agar tidak menjadi kekeliruan umat Islam.

    ReplyDelete
  2. KUALA LUMPUR, 3 April: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengadakan kajian menyeluruh mengenai tarian poco-poco terlebih dulu sebelum memutuskan sama ada untuk membincangkan mengenai perkara itu dalam mesyuarat akan datang.

    Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin, berkata buat masa ini tiada cadangan mengharamkan tarian berkenaan walaupun pengharaman itu sudah dilaksanakan di negeri Perak.

    ReplyDelete