- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin parti berhenti meneruskan budaya menabur kemewahan kepada pengikut.
- Beliau menyifatkan budaya tersebut yang dibawa oleh "kepala perang" (warlord) dalam Umno tersebut menyebabkan kos politik terlalu mahal.
- "Kita perlu buktikan ‘warlord’ bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut.
- "Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam Umno. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal," kata Muhyiddin.
- Muhyiddin mengakui terdapat ramai 'warlord' dalam Umno yang beranggapan mereka berkuasa dan mampu mengugut pemimpin atasan parti dalam pilihan raya.
- "Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.
- "Dengan sokongan pengikut, 'warlord' akan menggugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya," katanya.
- Sekiranya budaya tersebut tidak dihalang, Muhyiddin bimbang Umno kelak dipenuhi pemimpin tidak berbolehan dan berkelulusan tetapi mereka yang memiliki wang sahaja.
- "Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang.
- "Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata 'money is everything in politics'. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya," katanya.
- Muhyiddin juga berkata perkara itu sebagai punca barah politik wang dalam Umno akan semakin membesar.
- "Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Apabila berlaku keadaan begitu, Umno akan hilang kepercayaan daripada rakyat dan akhirnya menolak parti.
- "Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap Umno.
- "Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita," katanya.
- Dalam ucapannya lagi, Muhyiddin menggesa supaya budaya itu dihentikan segera sekiranya mahu melihat kelompok anak muda berminat untuk bersama Umno, jika tidak mereka bakal berdepan kehilangan sokongan hampir 60% pengundi yang terdiri daripada Gen Y itu.
- "Untuk itu, kita perlu mempersiapkan Umno untuk menjadi parti masa hadapan, parti harapan umat Melayu, parti idaman generasi muda Melayu dan parti yang sesuai dengan dinamika politik nasional," katanya.
- Muhyiddin berkata, penghalang antara Umno dan rakyat perlu dikurangkan dan dipecah melalui kerja sukarela, yang akan membawa mereka lebih dekat dengan akar umbi.
- Komen YBN: Budaya sebegini sudah menyelinap dalan Umno cukup lama dan amat sukar bagi parti itu mengubahnya melainkan ada kesungguhan daripada pucuk pimpinan itu sendiri.
- Muhyiddin sendiri sudah begitu lama dalam Umno dan sepatutnya masak dengan budaya sebegini. Menyeru Umno supaya menghentikan budaya itu boleh dikatakan sudah `hampir terlambat’ kerana beliau tidak memiliki apa-apa lagi di dalam kerajaan.
- Dan besar kemungkian beliau akan dipecat daripada Umno sedikit masa lagi kerana dikatakan tidak sehaluan dengan Presiden Umno.
- Blogger-blogger politik sudah mula meramalkan hari-hari terahir beliau dalam Umno pada sekitar September ini juga bersama beberapa pemimpin lain yang disingkirkan daripada kabinet baru-baru ini.
- Beberapa Menteri Besar juga dijangka terlibat dalam rombakan parti dan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri yang berketurunan bugis Sulawesi.
- Pada masa yang sama pengikut Muhyiddin juga meramalkan Presiden parti itu sendiri akan tersingkir selewat-lewatnya tahun depan apabila Sultan Johor menjadi Yang Dipertuan Agong bagi mengisi giliran.
- Penyudahnya rakyat Malaysia terus pening kepala dengan pertelingkahan dalan kerajaan dan parti UMNO.
- Semua pemimpin dan juak-juak menyatakan kebenaran masing-masing sehingga rakyat terkeliru pemimpin mana yang mempertahankan kebenaran dan pemimpin mana yang dizalimi.
- Hanya kuasa rakyat bakal menentukan segalanya dan itu hanya berlaku pada pilihan raya umum, bukannya di jalan raya.
- PRU14 menjadi pertaruhan paling berisiko pada UMNO kerana ia bakal menentukan samada parti itu masih mampu bertahan atau jatuh tersembam ke buminya sendiri.
- Persoalannya, ramai yang tidak sanggup menunggu kekalahan UMNO pada PRU14 sementelahan dengan pelbagai skandal yang membabitkan Perdana Menteri dan isteri.
- Tanpa UMNO, Melayu akan menjadi bangsat kata Perdana Menteri. Namun tanpa Perdana Menteri yang ada sekarang, Melayu dijamin tidak akan menjadi bangsat, kata bekas Perdana Menteri. Pening. Pening.
Thursday, 3 September 2015
Benarkah YB UMNO hanya untuk orang berduit
Monday, 31 August 2015
Siapa sangka Mahathir mempromosi BN pada Bersih 4
- Ramai Melayu marah pabila melihat Tun Mahathir Mohamed berada dalam kelompok Bersih 4 yang didominasi Cina DAP.
- Namun tidak ramai faham muslihat veteran UMNO itu yang juga antara ahli politik terbijak di dunia.
- Cuba kita perhatikan setiap butir bicara Mahathir ketika diasak pertanyaan media pro pembangkang di tengah-tengah kegilaan kaum Cina yang marah dengan Perdana Menteri dan kerajaan.
- Di hadapan peserta Bersih 4, Mahathir berulang kali berkata BN perlu kekal sebagai kerajaan kerana perikatan politik itu mewakili majoriti rakyat Malaysia.
- Majoriti rakyat Malaysia masih mahu BN tapi menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu mesej Mahathir dalam kelompok penyokong tegar DAP.
- BN seharusnya menghargai keberanian Mahathir berkempen untuk BN di depan lautan penyokong DAP.
- Kehadiran Mahathir bukan memberi sokongan kepada Bersih 4, tetapi menghargai majoriti rakyat yang mahu Najib segera berundur.
- Malangnya kalangan pemimpin UMNO yang kurang matang seperti Lokman Nor Adam mengambil kesempatan menyerang Tun.
- Isu ini sebenarnya telah mendesak kita (Melayu) supaya berfikir di luar dari kotak pemikiran biasa.
- Twitter Datuk Seri Samy Vellu menyatakan Tun M adalah `master of public relations’. Ini dapat kita lihat pada Bersih 4, betapa orang ramai besorak gembira melihat kemunculan Tun M dan isterinya.
- Kehadiran Lim Kit Siang pun tidak disambut sebegini meriah. Ini satu lagi bukti bahawa Mahathir mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda.
- Umum mengetahui bahawa Bersih 4 ditaja DAP dan PKR walaupun ia dinafikan. Tiba-tiba Mahathir muncul di situ dan meng "hijack" kempen Bersih sehingga membuatkan Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu terkedu.
- Peserta Bersih 4 tiba-tiba hilang arah dan keliru samada nak sokong atau kritik Mahathir. Begitulah cerdiknya Mahathir mengambil kesempatan ke atas demonstrasi itu.
- Jika Mahathir tidak hadir di situ, pemimpin DAP dan PKR akan menggunakan pentas tersebut untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan di jalan raya.
- Hasrat untuk mendesak Najib berundur sangat jelas, maka Mahathir menjadikan platform Bersih 4 untuk menyelamatkan BN setelah segala saluran yang digunakan oleh beliau telah dihalang oleh kem Najib.
- Inilah muslihat Mahathir, walaupun usianya telah mencecah 90 tahun tetapi kepintaran politiknya tidak terjangkau oleh segelintir golongan muda yang mengaku bijak pandai.
- Kalangan pemerhati politik yang bijaksana berpesan kepada pemimpin UMNO yang separuh masak dan blogger mentah mengenai TIGA perkara sebelum menghina Mahathir di media dan laman sosial.
- Pertama, rakyat perlu sentiasa bertenang dan jangan melatah apabila melihat Mahathir ke jalan raya dan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan mereka.
- Kedua, Mahathir nampak `mood’ pengundi Cina selepas sebahagian besar Melayu dalam PAS telah menjauhkan diri dari gagasan pembangkang.
- Ketiga, sebenarnya ahli-ahli perniagaan Cina yang telah berjaya sekian lama di bawah BN amat tidak senang dengan corak "pentadbiran" Perdana Menteri sekarang ini.
- Permerhati politik merumuskan seperti berikut. Mahathir mengetahui `mood’ pengundi Cina yang tidak berpihak kepada BN.
- Apabila DAP berjaya mendaftarkan lebih dari 150,000 orang pengundi baru, maka Mahathir cukup khuatir akan kejatuhan BN.
- Walaubagaimanapun., bangsa Cina yang terdiri daripada berbagai keturunan khususnya yang sudah berjaya amat risau akan trend ini.
- Apa yang berlaku pada Bersih 4 ialah Mahathir ingin menarik kembali kepercayaan kaum Cina agar bersama dengan BN.
- Jika Najib letak jawatan atau disingkirkan, Mahathir akan menagih janji bangsa Cina supaya terus menyokong BN kerana beliau sudah membantu Cina dalam kempen gemilang kali ini. Bijak kan?
- Sementelahan pula majoriti persatuan Cina, tokong, ketua kaum Cina di Malaysia amat berhutang budi dengan ahli-ahli perniagaan bangsa mereka yangg menyumbang atau menanggung sekolah pendidikan Cina.
- Mereka masih mendengar kata-kata Ting Pek Khing, Robert Kuok, Vincent Tan, Yeoh Tio Lay serta puluhan yg lain. Mereka ada menyebut yang Jho Low tidak ada sumbangan untuk bangsa Cina.
- Maka dengan itu Mahathir cuba dengan sedaya upaya kuderat yang ada (pada usia lebih 90 tahun) untuk kembalikan keharmonian serta perpaduan kaum di Malaysia.
- Dikelilingi ribuan bangsa Cina yang sedang marah, Mahathir berkata dia tidak menyokong Bersih 4. Di mana kita nak cari keberanian seperti itu.
- Jika Datuk Hishamuddin turun ke Pasar Seni dan berkata seperti itu, sudah pasti beliau akan dipukul oleh bangsa Cina berbaju kuning.
- Siapa yang berani melaungkan sokongan terhadap BN di tengah-tengah lautan bangsa Cina pro DAP? Pemimpin Cina seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai dan konco juga tidak berani melaungkan sokongan BN di situ, apatah lagi pemmpin Melayu UMNO yang lain.
- Mahathir melihat tiada siapa menjadi juara kepada masyarakat Cina khususnya generasi muda. Lalu beliau sendiri bangun dan memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh Najib.
- Mahathir juga menyuntik semangat kepada semua pemimpin UMNO yang takut dengan bayang-bayang Najib dan isterinya Rosmah Mansor.
- Najib sendiri sering berkata dalam ceramah bahawa bangsa Cina bersikap praktikal. Jika kerajaan yang ada mantap, mereka akan terus sokong.
- Buktinya sewaktu PRU 1999, undi masyarakat Cina `solid’ diberikan kepada BN walaupun undi Melayu berpecah setelah tertubuhnya PKR.
- Iroinya hari ini, tiada di kalangan pemimpin kerajaan samada daripada bangsa Melayu mahupun Cina yang mampu menjuarai semua bangsa terutama Cina yang menguasai ekonomi Malaysia.
- Sebab itulah Mahathir menggagahkan diri untuk menyelamatkan BN daripada dirobek DAP dan PKR sehingga sanggup `melalak’ di tengah kelompok masyarakat Cina yang sedang berkempen Bersih 4.
- Mengenai Bersih 4 ini juga, ramai tertanya-tanya kenapa bangsa Cina mendominasi perhimpunan itu. Apakah mereka 100 peratus DAP? Rupa2nya bukan.
- Ada hujah lain berserta bukti namun tak perlulah dikemukakan di sini. Pihak keselamatan khususnya Cawangan Khas lebih maklum serta mengetahuinya.
- Sebab itu tiada sebarang pertumpahan darah atau pergaduhan. Mereka sekadar beri mesej secara halus kepada Perdana Menteri Malaysia.
- Pada PRU 13 bangsa Cina cuba menukar kerajaan melalui kertas undi tetapi gagal. Kini bangsa Melayu sendiri mahu mengajar BN di atas kertas undi pada PRU 14.
- Orang Melayu sudah malas nak mengamuk lagi seperti beberapa demonstrasi Bersih sebelum ini. Orang Melayu akan selesaikan dengan lebih harmorni pada PRU 14.
- Jadi bagaimanakah hendak menyelamatkan UMNO dan BN? Tepuk dada tanya selera. Itulah sebabnya Mahathir terpaksa `bersilat’ di Pasar Seni baru-baru ini dengan mempromosi BN di tengah lautan kaum Cina yang menyertai Bersih 4.
Sunday, 23 August 2015
Wakli rakyat PAS tajaan DAP enggan kosongkan kerusi
![]() |
Wakil Rakyat PAS enggan kosongkan kerusi apabila menyertai GHB |
- AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen PAS yang mahu melompat parti tidak mahu mengosongkan kawasan yang mereka wakili.
- Mereka mendakwa mengikut perundangan dan perlembagaan tidak mengkehendaki seseorang wakil rakyat untuk bertindak sedemikian.
- Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB), Dr Dzulkefly Ahmad mengeluarkan kenyataan itu susulan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya wakil rakyat PAS melepaskan kedudukan mereka seandainya ingin keluar parti.
- Ujar Dr Dzulkefly, ia dilihat tidak wajar kerana seandainya cadangan tersebut dituruti, maka secara automatiknya mereka tidak boleh bertanding selama lima tahun.
- Memetik kenyataannya menerusi laporan The Malaysian Insider, “Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini.
- “Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun.”
- Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berkata, kemenangan seseorang individu juga bukanlah bergantung kepada parti semata-mata, tetapi faktor-faktor lain seperti ketokohan calon, sokongan rakyat, isu serta gelombang semasa.
- Kucar-kacir dalam PAS makin memburuk setelah beberapa bahagian kepimpinan di Selangor mulai meletak jawatannya, antara yang terlibat adalah Shah Alam, Kota Raja dan Kelana Jaya.
- Setakat ini, Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Hanipa Maidin (Sepang) antara MP terawal dijangka meninggalkan PAS dan menyertai parti baru yang bakal diwujudkan secara rasmi pada 31 Ogos.
- Ramai pihak melihat situasi ini sebagai sesuatu yang memalukan buat individu-individu yang bertindak meninggalkan PAS kerana jelasnya mereka telah melanggar baiah ataupun ikrar yang dilakukan sebelum ini ketika masih setia dan sayangkan parti Islam itu.
- OMN: Ironinya geng PAS yang mahu menyertai GHB sebelum ini cukup lantang menempelak wakil rakyat lompat parti tetapi apabila mereka berdepan dengan situasi yang sama, tiba-tiba mereka enggan kosongkan kerusi. Hairan tapi biasan untuk mereka.
Tuesday, 11 August 2015
Bila Utusan Malaysia berbunyi…
- Apabila media sosial mengkritik kerajaan mengenai 1MDB, pasti sekali kesahihannya diragui atas banyak sebab yang tak perlu dihuraikan.
- Tetapi apabila Utusan Malaysia menulis mengenainya, semua mata tertumpu kepada penulis dan maklumat yang disampaikannya.
- Pada 9 Ogos lepas, pengarang veteran Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Husin menguatkan semangat untuk mengkritik isu nasional yang Perdana Menteri paling tidak suka mendengarnya iaitu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan siasatan SPRM.
- Diakui bahawa isu-isu itu sudah basi sebab banyak diperkatakan di tepi jalan, warung, restoran dan hotel.
- Ku Seman bertanya apakah UMNO mampu berhadapan dengan rakyat dalam kempen Pilihan Raya Umum 14. Kalau isu ini tidak diurus dengan bijak, UMNO akan habis modal bercakap soal integriti.
- Semasa Anwar Ibrahim dipecat, tercetus gelombang penentangan yang besar. Namun UMNO bijak dan bertanggungjawab untuk tidak menyekutukan parti dengan masalah moral pemimpin.
- Hari ini UMNO tidak boleh melibatkan diri dalam isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.
- Ketika media sosial dedahkan isu itu, UMNO segera menafikan tetapi apabila SPRM mengesahkan, barulah UMNO mengaku duit derma itu adalah dana politik.
- Kalau UMNO mahu dilihat umum sebagai menjunjung integriti, jelaskan kepada rakyat bahawa duit itu bukan untuk UMNO.
- Jangan kelirukan rakyat antara derma dan dana politik. Jangan anggap duit itu hak parti sedangkan pemimpin parti tidak tahu menahu kewujudannya.
- Rakyat marhaen yang dunia mereka sebesar tempurung pun faham benar perbezaan antara kedua-duanya.
- Tan Sri Shahrir Samad (BNBBC) mengesahkan selama beliau dalam UMNO, soal derma tidak pernah didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri. Ini jelas menunjukkan derma itu bukan kepada UMNO.
- Akibat kritikan itu, Ku Seman `diserang’ beberapa wakil Perdana Menteri seperti Datuk Dr Puad Zakarshi dan Datuk Seri Salleh Said Keruak.
- Bagaimanapun wakil Perdana Menteri itu tidak menyentuh isu yang beliau bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion bukan milik UMNO.
- Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga tidak tahu tentang kewujudan derma itu yang secara tiba-tiba diisytihar milik UMNO.
- Lalu Ku Seman mendakwa bahawa UMNO kelihatan bersedia memikul biawak hidup. Memikul liabiliti Perdana Menteri yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli UMNO kepada UMNO.
- Puad dan Salleh dikatakan `spin' kenyataan Ku Seman seolah-olah pengarang itu menuduh derma RM2.6 bilion itu sebagai rasuah. Mereka menjawab seolah-olah Ku Seman mempertikaikan status derma itu.
- “Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja.
- “Cuba cari dalam tulisan saya adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.
- “Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma.
- “Untuk pengetahuan Puad, saya sangat faham bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan.
- “Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.
- “Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik UMNO, sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi.
- “Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan UMNO terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.
- “Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.
- “Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Puad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan supaya menjadi tukang angguk.
- “Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul,” cantas Ku Seman.
- Sudut pandang Ku Seman mengenai hak menikmati maklumat yang betul sememangnya tidak boleh dinafikan, sementelahan beliau merupakan pengarang media arus perdana yang dilengkapi dengan etika dan kemahiran.
- Namun kemahiran beliau itu dilihat segelintir UMNO sebagai petanda bahawa nyawanya dalam Utusan Malaysia akan dipendekkan.
Friday, 7 August 2015
After The Rain imbau kenangan kepada Muhyiddin dan rakan
![]() |
Najwa menyuntik semangat patriotik menerusi lagu After The Rain |
Khabarnya ribuan netizen Malaysia tersentuh hati apabila
mendengar lagu pop After The Rain karya anak Melayu yang bernama Najwa
Mahiadin.
Ramai percaya kekuatan lagu itu terletak pada melodi dan lirik yang indah, manakala ramai juga yakin latarbelakang penyanyi itu turut memberi kekuatan pada lagu. Bagi penulis, semua padangan di atas benar, ia merupakan lagu yang saling melengkapi.
Biarpun Najwa Mahiadin merupakan artis baru dalan dunia hiburan namun beliau adalah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang dipecat baru-baru ini kerana menyuarakan kegelisahan rakyat mengenai projek 1MDB.
Selain Muhyiddin, ramai lagi menteri kanan yang turut dipecat dalam sekelip mata dan diberi lambaian terima kasih yang ringkas daripada pucuk pimpinan.
Sudah tentu mereka menghadapi saat getir dan sukar dengan insiden yang tidak dijangka berlaku. Apatah lagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut apabila mendengar pengumuman menyedihkan itu.
Sudah tentu mereka menghadapi saat getir dan sukar dengan insiden yang tidak dijangka berlaku. Apatah lagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut apabila mendengar pengumuman menyedihkan itu.
Lalu Najwa dengan cerdiknya menyuntik kata-kata semangat kepada
umum termasuk pemimpin dan pejuang Malaysia yang
merasa sedih dan tertekan ketika mengharungi saat-saat kehidupan yang sukar.
But we all get up
Hold your head up Malaysia
After the rain comes the sun
When life gets cold and skies aren’t
blue
You're not alone, I'm here for you
My brothers and sisters
We'll see you through
Adunan melodi R&B yang indah dan lembut, lagu After The
Rain oleh Najwa telah berjaya menyentap perasaan warga patriotik Malaysia.
Lagu penuh simbolik itu telah diviralkan di laman sosial
Facebook dan ia kini menjadi siulan warga Malaysia daripada pelbagai lapisan
bangsa dan usia.
Percaya kepada kuasa muzik, Najwa tampil untuk
merawat kesedihan hati pemimpin masyarakat yang sedang menghadapi kesukaran melalui lagu
terbarunya, After The Rain.
“Saya percaya muzik adalah penawar paling hebat. Semoga lagu
ini memberi keselesaan dan kekuatan kepada kita semua dalam masa kesukaran,”
katanya dalam laman sosial.
Najwa turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di
Twitter, dan turut menggunakan hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia. Lagu dan klip
video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik yang penuh dengan makna.
Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu
berkenaan dapat memberi “kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu
mencabar ini”.
Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila
mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa.
Lagu ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan
kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.
Najwa juga turut bersedih dengan nasib yang menimpa ayahnya
kerana dipecat daripada kabinet pada 28 Julai lalu.
Malah pada hari Perdana Menteri mengumumkan keputusannya
mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: “Allah knows best“.
Lagu After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di
Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.
Susulan daripada penyebaran lagu itu di laman sosial, ramai
beranggapan bahawa penyanyi R&B itu mahu rakyat Malaysia terus
bersolidariti menghadapi apa sahaja dugaan.
Mungkin ada yang mengaitkan lagu itu dengan isu
politik semasa di mana ayah Najwa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat
daripada kabinet.
Tapi ada juga yang kata ia adalah usaha 'memulihkan' luka
antara kita selepas peristiwa MH370, MH17, banjir besar dan sebagainya.
Bertajuk After The Rain, ia sedikit sebanyak memberikan
motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai
kesukaran dan cabaran. Berikut disertakan video klip lagu Najwa daripada Youtube.
Subscribe to:
Posts (Atom)