Friday, 20 March 2015

Akur pesan mufti ustaz Kazim henti ceramah tv radio

  • Akur dengan teguran Mufti Perak, pendakwah bebas Datuk Kazim Elias membuat keputusan tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama menerusi televisyen dan radio.
  • Bagaimanapun, beliau terpaksa menghabiskan semua program yang sudah termaktub dalam kontraknya bersama Astro melalui program ‘Kalau Dah Jodoh’.
  • Sebelum ini beliau terpalit kontroversi dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila mengaitkan beliau dengan riwayat hadis palsu. Bagaimanapun, kedua mereka sudah saling bermaafan.
  • Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan pendekatan jenaka semasa menyampaikan ceramah ditujukan secara umum dan bukan untuk seseorang individu sahaja.
  • Katanya, teguran itu diberikan kepada semua pendakwah yang dilihat semakin ramai menggunakan pendekatan sama (berjenaka) ketika berdakwah.
  • “Itu hak dia (Ustaz Kazim) untuk berhenti daripada berceramah. Saya cuma memberi teguran. Berdakwah bukan satu permainan. Bukan dituju kepada dia sahaja, ramai lagi pendakwah di luar sana. Sebagai contoh, penganut agama Kristian, adakah mereka menyampaikan dakwah dengan berjenaka? Perkara-perkara melibatkan hal agama ini tidak boleh dibuat main,” katanya.
  • Harussani berkata demikian bagi mengulas keputusan Ustaz Kazim untuk berhenti daripada berceramah ekoran isu-isu yang dihadapinya kebelakangan ini membuat dirinya hilang semangat.
  • Harussani turut menekankan bahawa tegurannya sebelum ini bertepatan berdasarkan lunas agama. “Adakah lagu P. Ramlee itu dijadikan nas agama? Begitu juga dengan lagu Bollywood. Sedangkan sudah jelas Bollywood itu adalah sesuatu yang fasik,” tegas beliau.
  • Selepas ditegur Mufti Perak yang bimbang dengan aliran dakwah semasa yang dilihat menjurus kepada penglipur lara, Ustaz Kazim dan Ustaz Haslin (Bollywood) tampil memberi penjelasan mengenai cara dakwah masa kini.
  • Mereka berpendapat unsur jenaka dan nyanyian boleh diselitkan dalam ceramah bagi menarik perhatian pendengar, khususnya golongan muda, asalkan kena khalayak dan tempatnya serta tidak keterlaluan.
  • Malah, kata mereka, kandungan jenaka dan lirik lagu yang disampaikan semasa ceramah mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar sehingga mereka kembali mengamalkan ajaran Islam.
  • Haslin yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood, berpendapat pendekatan dakwah moden zaman tidak dapat lari daripada unsur berbentuk hiburan seperti nyanyian dan jenaka asalkan tidak melampau.
  • Malah, katanya, kaedah berdakwah perlu disesuaikan dengan kumpulan sasaran atau mad'u khususnya untuk menarik golongan muda menghadiri majlis ilmu.
  • "Saya bukan nak kata saya hebat...malah saya tidak minta diberi gelaran Ustaz Bollywood...Apakah ini kesalahan besar dalam dunia dakwah moden zaman ini?
  • "Rasulullah SAW berpesan berdakwahlah sesuai pemikiran masyarakat pada zaman itu. Ramai anak muda jauh disebabkan hiburan yang tersasar, jadi tidak salah ustaz sesuaikan dengan keperluan mereka yang cenderung kepada hiburan.
  • "Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius, tapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
  • Beliau berada di sana untuk program dakwah santai bersama golongan busker di tepi Jambatan Sultan Yahya Petra.
  • Haslin berkata, dalam konteks mendekati golongan muda, tidak salah sekiranya pendakwah menyelitkan unsur hiburan mengikut kreativiti masing-masing daripada mereka terus lalai dengan hiburan serta menjauhi daripada agama.
  • "Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius tetapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
  • Mengulas mengenai lawak menjadi bahan ulangan yang sering disebut-sebut berbanding isi dan kandungan ceramah pendakwah, Haslin berkata terserah kepada kumpulan sasar untuk menerima ilmu yang disampaikan dan untuk seseorang itu berubah, ia adalah hak Allah SWT.
  • Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pengalaman serta maklum balas yang diterima, pendekatan diterapkan dalam kaedah dakwahnya dapat diterima baik oleh mereka yang mendengar, malah ada mengaku mendapat manfaat.
  • "Alhamdulillah ada yang menerima cara saya berdakwah. Ada yang mengaku dirinya sebenar sudah dikira murtad tapi setelah mendengar ceramah di YouTube, dia kembali kepada Islam dan bertaubat.
  • "Ada ibu bapa yang memberitahu selepas mendengar ceramah saya, anak mereka terbuka hati untuk menutup aurat. Jadi, dalam cara santai, berjenaka dan menghibur itu, apa yang saya sampaikan berjaya menjadi titik perubahan kepada orang tertentu," katanya.
  • Beliau berkata, tidak sepatutnya ada kerisauan pihak tertentu kerana pendakwah tahu tanggungjawab mereka dan tidak sekali-kali akan menyesatkan masyarakat sebaliknya berusaha mencari pendekatan yang boleh menarik mereka kepada ajaran Islam yang sebenar.
  • Malah beliau mengakui pendakwah selebriti termasuk dirinya pernah mengadakan pertemuan dengan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan isu Bollywood turut dibangkitkan di mana perkara itu sudah dijelaskan serta diterima baik Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Sementara itu, Kazim berkata pendakwah perlu tahu kesesuaian masa dan tempat untuk memasukkan unsur jenaka dan nyanyian dalam ceramah mereka supaya tidak
  • "Jika nak menyanyi dan berlawak perlu kena pada tempatnya, jangan sampai sepanjang masa buat lawak kerana itu sudah jadi maharaja lawak...orang tak panggil tok guru tapi tok gurau," katanya.
  • Namun, katanya, beliau hanya menyelitkan jenaka dan nyanyian mengikut kesesuaian dan keperluan seperti di ceramah umum berskala besar atau kuliah di masjid dan surau.
  • "Apabila berceramah terutama di tempat terbuka, tempat umum dan skala besar, beribu-ribu orang datang termasuk budak kecil, mat rock dan orang bukan Islam juga ada hadir dalam ceramah saya.
  • "Jadi, saya selitkan lawak jenaka serta nyanyian yang tidak sampai melalaikan. Ada kena mengena dengan tajuk ceramah dan liriknya bagus dan memberi keinsafan.
  • "Ini saya lakukan pada ceramah besar atau membabitkan khalayak yang ramai untuk memastikan mereka tidak jemu dan terus mengikuti ceramah agama yang saya sampaikan, tetapi jika kuliah di masjid dan surau saya tidak buat begitu," katanya.
  • Namun, beliau menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perak itu yang menyentuh kecenderungan pendakwah kini bernyanyi dan menyelitkan unsur jenaka berlebihan dalam ceramah. Beliau setiap penceramah dan pendakwah perlu akur dengan teguran itu.
  • "Saya tak terkilan dan saya terima teguran itu kalau saya terlanjur...saya akan ikut cakap Mufti dan bagi saya semua kena akur," katanya.
  • Kazim juga berkata, beliau sendiri bukan sahaja tidak bersetuju, malah marah jika ada pendakwah melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
  • "Ada yang baca al-Quran yang dilagukan dengan irama hindustan, itu tak boleh...saya pun marah," katanya.
  • Beliau juga faham maksud Harussani yang menyuarakan kebimbangan mengenai pendakwah yang begitu mudah membuat hukum tanpa merujuk kepada mufti atau pihak majlis fatwa negeri atau pusat.
  • Sementara itu, pendakwah Syed Nurhisyam Tuan Padang, berpandangan matlamat dakwah adalah untuk mengajak manusia kepada mengamalkan ajaran Islam cuma tekniknya adalah pelbagai mengikut kumpulan sasaran.
  • Katanya, kepelbagaian latar belakang pendidikan, status, usia, lokasi program dan sebagainya perlu difahami oleh pendakwah untuk memilih pendekatan yang paling sesuai termasuk memasukkan unsur humor, nasyid serta selingan video.
  • "Ini adalah kreativiti yang sangat baik bersesuaian dengan sasaran dan syaratnya ia tidak terlalu melampau. Ia seumpama garam dalam masakan, diperlukan tetapi jangan berlebihan kerana nanti hilang keaslian.
  • "Unsur humor digunakan terutama untuk menarik minat mereka yang baru berjinak untuk menuntut ilmu," katanya.


Thursday, 19 March 2015

Benarkah Syed Hamid guna SPAD untuk sabotaj Najib

  • Ketika rakyat sedang bergelut dengan isu GST, tiba-tiba Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres.
  • Kenaikan di antara 25 peratus hingga 67 peratus itu terpaksa dilakukan ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus.
  • Kadar tambang baharu tersebut berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan dan hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
  • Soalnya, mengapa kenaikan berlaku sedangkan harga petrol dan gas masih rendah berbanding tahun lalu.
  • Lalu timbul pula spekulasi kencang mengatakan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berniat mahu sabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Apa motif anak Singa Umno itu? (untuk makluman bapa Syed Hamid penah digelar Singa Umno atas kelantangan bersuara. Apakah tindakannya itu ada kaitan dengan beberapa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap Najib?
  • Apakah Syed Hamid tergolong dalam kem Tun Daim Zainuddin yang dikatakan berkomplot dengan Datuk A Kadir Jasin untuk menghentam Najib dan Rosmah sebelum PRU14?
  • Apakah Syed Hamid bersama kem Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang mengkritik Najib di Parlimen mengenai pelbagai projek mega kerajaan? Spekulasi itu tersebar deras dari kedai kopi, masjid, surau hingga ke lobi Parlimen.
  • Lebih penting lagi ialah apakah Syed Hamid akan menafikan semua spekulasi ini dan menjelaskan mengapa mebuat pengumuman di saat-saat rakyat sedang bergelut dengan pelbagai isu nasional yang kronik.
  • Memang benar alasan kenaikan ialah meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan bas ekspres tetapi orang ramai mempersoalkan “timing” pengumuman itu.
  • Kenaikan ini mungkin membantu pemandu teksi menambah pendapatan memandangkan kadar sedia ada dianggap masih murah dan menyebabkan ramai pemandu teksi berada dalam paras kemiskinan. Demikian juga kenaikan tambang bas ekspres dijangka meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan yang lebih baik.
  • Lebih menyedihkan lagi susulan daripada pengumuman SPAD itu, KTM Berhad pula mengumumkan kenaikan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.
  • KTM dalam satu kenyataan berkata perbezaan kadar tambang sehala yang baru berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada satu stesen ke stesen yang lain.
  • Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20 peratus bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18 peratus hingga 26 peratus kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19 peratus hingga 35 peratus bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.
  • Berita mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam itu menyebabkan rakyat marahkan Syed Hamid, bukannya Perdana Menteri. Ini kerana pengumuman itu dikatakan dibuat tanpa mendapat `lampu hijau' kabinet. Apa ertinya semua ini?


Kelantan lulus hudud, Pakatan Rakyat mula berkecai

  • Tongkang haram Pakatan Rakyat bakal berkecai dan tenggelam sedikit masa lagi berikutan keputusan sidang DUN Kelantan yang sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.
  • Semua 44 ADUN termasuk 12 dari Umno dan seorang dari PKR telah menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.
  • Ekoran kelulusan perundangan hudud itu semua komponen Pakatan Rakyat terutama DAP dan PKR `naik angin’ dan menyerang PAS serta bersiap sedia untuk membubarkan pakatan haram itu.
  • Paling melalut ialah Naib Pengerusi DAP Sabah yang meminta Kelantan keluar dari Malaysia dan meminta Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan hudud Kelantan dibincangkan di Parlimen sambil mendakwa wujudnya  `pakatan sulit’ antara Kelantan dan Kerajaan Persekutuan yang kononnya akan melebarkan kuasa Kelantan dengan melindungi sistem keadilan jenayah di bawah Perkara 76A.
  • DAP Sabah juga mendakwa `pakatan sulit’ itu telah menafikan kuasa 57 Ahli Parlimen dari Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak dan gabenor di Sabah dan Sarawak daripada mempunyai kuasa berkata apa-apa dalam membuat keputusan mengenainya.
  • Lebih `tongong' lagi DAP memberi surat terbuka kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia bahawa `pakatan sulit' itu merupakan satu rampasan kuasa perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak.
  • Pada masa yang sama kekalutan juga berlaku di Pulau Pinang apabila DAP meminta semua komponen Pakatan Rakyat memutuskan semua kerjasama melibatkan Pas memandangkan parti itu disifatkan sebagai pengkhianat apabila membawa usul berkenaan hudud ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
  • DAP Jelutong berkata kerjasama itu boleh dihentikan di negeri ini terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke negeri-negeri lain termasuk di peringkat Pusat.
  • “Kerajaan negeri Pulau Pinang harus membakar semua jambatan yang menghubungkan Pas dengan mereka dan kita tidak boleh percaya dengan Pas lagi,” katanya kepada pemberita.
  • Kenyataan bangang itu dibalas semula oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang menyifatkan DAP tidak mengenang budi walhal DAP memerintah negeri ini sejak 2008 bukan disebabkan kekuatan parti itu semata- mata tetapi dengan bantuan Pas.
  • Sementara itu di Kuala Lumpur, DAP turut kecoh dan menuduh Pas sebagai `musuh dalam selimut’ kerana cuba ‘menikam dari belakang’ dan tidak hirau amaran DAP mengenai perundangan hudud.
  • Tindakan kerajaan Pas Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di DUN Kelantan adalah satu keputusan yang melanggari dasar bersama pakatan pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan pakatan pembangkang.
  • Untuk itu DAP juga akan mengadakan mesyuarat tertinggi pada 23 Mac ini bagi memutuskan hala tuju parti itu dalam pakatan pembangkang.
  • Dalam perkembangan yang sama PKR juga membelasah PAS kerana tidak menghormati muafakat PR. Kritikan itu disampaikan sendiri oleh Presiden PKR yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  • PKR mendakwa Pas memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu mengenai rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993.
  • Namun, draf pindaan itu sehingga minggu lalu ‎tidak diterima PKR, malah ‎draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen.
  • PKR juga dijangka akan mengambil tindakan tata tertib ke atas ADUNnya di Kelantan yang menyokong enakmen hudud.
  • ADUN Guchil dari PKR, Roslan Puteh pula menyerahkan kepada orang ramai bagi menilai sokongannya terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Beliau akui PKR telah mengarahkan beliau untuk tidak mengeluarkan sebarang komen.
  • Sementara itu PasMa yang dikatakan `duri dalam daging’ Pas juga bimbang dengan pindaan hudud itu yang akan memecahkan Pakatan Rakyat.
  • Presidennya berkata, jurang di antara PAS dan rakan komponen DAP adalah terlalu besar ketika ini dan pada masa ini beliau hanya nampak berlakunya perpecahan.
  • Nampaknya sikap opportunis PasMa terserlah apabila masih belum mahu menyatakan pendirian terhadap pindaan hudud itu dengan alasan pihaknya akan tentukan apabila tiba masanya.
  • “Kami di PasMa menyokong Pakatan Rakyat dan berharap mereka menyelesaikan isu ini kerana jika tidak Barisan Nasional menjadi terlalu kuat,” kata presiden NGO itu. Desas desus mengatakan NGO itu tidak mahu komen panjang soal pindaan hudud kerana bimbang kehilangan sumbangan DAP sebanyak setengah juta ringgit setiap tiga bulan bagi pengurusan operasi PasMa.
  • Apapun yang berlaku di antara DAP, Pas dan PKR, ternyata tongkang haram yang mereka naiki bersama itu bakal pecah dan berkecai sedikit masa lagi. Besar kemungkinan MCA dan Gerakan akan mengisi tempat yang akan dikosongkan oleh Pas. – Oleh Lani Ahmad.


Kenapa DAP mahu guna nama Allah tapi tolak hukum Hudud

  • Umat Islam tertanya-tanya mengapa DAP beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang hudud Allah.
  • Walhal undang-undang Islam itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1993 dan pembentangan bersabit hudud dalam DUN Kelantan semalam adalah berkisar pada pindaan enakmennya semata-mata.
  • DAP sebelum ini mahu menggunakan kalimah Allah selepas dibangkitkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 2012. Ternyata jawapannya mudah diduga.
  • Penganalisis politik berpendapat DAP mahu Gereja Katholik dibenar menggunakan kalimah Allah untuk terjemahan Bible dalam versi Bahasa Melayu. Dengan itu mudah bagi mubaligh Kristian memurtadkan Melayu yang lemah iman.
  • Hal itu sudah lama berlaku di Indonesia yang mana semua paderi Kristian berucap kepada penganut agama itu dengan menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Jesus sebagai Tuhan mereka.
  • Bangunan gereja juga sudah ditulis dengan nama `Rumah Allah’ bagi mengelirukan umat Islam antara gereja dengan masjid. Bayangkan jika umat Islam masuk ke gereja dan mendengar `sermon’ yang dianggap sebagai tazkirah.
  • Inilah antara hal-hal yang mungkin dirancang oleh Gereja Khatolik bersama DAP yang diterajui oleh Lim Guan Eng. Mula-mula dapatkan perintah mahkamah untuk menggunakan kalimah Allah dalam terbitan majalah.
  • Jika diluluskan, mereka akan meluaskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible terjemahan versi Bahasa Melayu. Selepas itu mungkin akan meletakkan nama Rumah Allah di pintu depan gereja.
  • Mujurlah Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terbitan The Herald, sekaligus tidak membenarkan ia digunakan dalam terjemahan Bible dan lain-lain kegunaan yang berkaitan.
  • Lihatlah betapa liciknya permainan DAP untuk memusnahkan Islam di bumi Melayu. Kini mereka menggunakan MCA dan Gerakan untuk menyerang hudud di Kelantan dan menyekat perundang itu mendapat kelulusan Parlimen.
  • Kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak mempedulikan bantahan itu dan tetap meneruskan agenda mereka Islam untuk umat Islam.
  • Umno Kelantan sudah membantu sekadar termampu untuk memartabatkan undang-undang Islam itu dan selebihnya bergantung kepada PAS untuk memujuk rakan sekutunya menyokong usul itu di Parlimen kelak.
  • Terdapat seramai 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 132 daripada mereka beragama Islam. Sebahagian besar merupakan Ahli Parlimen Umno dan selebihnya PAS dan PKR. Untuk itu PAS perlu memujuk rakan sekongkol mereka dari PKR untuk menyokong usul itu di Parlimen kelak.
  • Kalau gagal mendapat PKR dan kalangan PAS sendiri, mohonlah jangan salahkan Umno. Bagi Umno Kelantan, sokongan pindaan itu perlua bagi menjernihkan lagi pemahaman rakyat terhadap undang-undang sedia ada.
  • Persetujuan Umno atas empat pekara iaitu zina, qazaf, arak dan murtad. Kemudian, akan dibawa ke Majlis Raja-raja, kemudian akan dibawa ke Parlimen untuk meminda pekara 355. Selepas dipinda maka, undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan di seluruh Mahkamah Syariah Islam untuk Muslim sahaja.
  • Yang itu tidak termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa kebangsaan dan tidak di dalam `roadmap’ ditambah dua lagi iaitu qisah, mencuri dan merompak yang mana itu memerlukan 2/3 majoriti sokongan.
  • Apabila Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, DAP, PKR, MCA dan Gerakan pasti akan serang Umno lagi.
  • Mungkin parti-parti Cina itu akan mem`viral’kan spekulasi bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi arahan kepada semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu Islam supaya menyokong enakmen itu.
  • Kalau tak percaya, tunggulah bagaimana bentuk tulisan dalam Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today dan lain-lain portal pro Pakatan Rakyat.
  • Malah ada kalangan editor sudah menyusun PAGE LEAD masing-masing yang antara lain berbunyi “Umno paksa Ahli Parlimen sokong hudud”; “Najib arah Ahli Parlimen Melayu sokong hudud” atau “Hudud lulus kerana terpaksa”.
  • Namun kalangan umat Islam Malaysia sebenarnya ingin melihat semua ahli parlimen beragama Islam, menggunakan kebebasan untuk membuat pendirian sendiri jika ia melibatkan hal-hal agama dan kepercayaan.
  • Apa yang pasti ialah akan berlakunya tidak semua ahli parlimen PAS dan Melayu PKR menyokong enakmen berkenaan jika ia dibentangkan di Dewan Rakyat kelak.
  • Ahli Parlimen Pasma sudah tentu mahu menjaga hubungan dengan DAP dan mungkin mereka akan menolak usul hudud itu di Parlimen.
  • Begitu juga dengan ahli parlimen PKR yang mesti sedondon sokongan dengan MB Selangor yang menganggap hudud tidak perlu disegerakan dan ia bukan agenda dalam Pakatan Rakyat.
  • Ahli Parlimen Melayu DAP tak usah ceritalah. Mereka sanggup potong jari untuk membantah perlaksanaan hudud di Kelantan atau di mana-mana di bumi Malaysia ini. Mereka akan guna alasan demokrasi, kemanusiaan, berbilang kaum dan lain-lain alasan untuk menolak hudud.
  • Ini bererti walaupun pindaan perundangan hudud boleh melepasi DUN Kelantan namun ia belum tentu dapat melepasi tangga Parlimen. Sama-samalah kita berdoa agar hudud dapat dilaksanakan dengan tenang dan aman. – Oleh: Lani Ahmad.


MCA dan Gerakan kini sekongkol serang Islam Kelantan

  • Umno Kelantan menyatakan sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 kerana Allah, bukannya kerana politik semata-mata.
  • Namun disebalik ikrar itu ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berpesan bahawa kerajaan dan umat Islam di Kelantan akan berdepan dengan dugaan yang berat selepas ini.
  • Lalu beliau mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.
  • "Kita akan hadapi masalah yang besar, percayalah. YAB Menteri Besar akan hadapi masalah yang besar. Orang Islam akan hadapi masalah yang besar. Mereka (bukan Islam) akan bepakat. Mereka akan datang dengan berbagai kumpulan dan cara untuk menghalang apa jua yang kita buat,” katanya di sidang DUN Kelantan.
  • Telahan Md Alwi ternyata benar. Di luar sidang DUN, parti Gerakan sudah memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan kerana membentangkan pindaan perundangan hudud sambil mendakwa ia bertentangan denan Perlembagaan Malaysia.
  • Beberapa jam kemudian peguam MCA pula muncul dengan kenyataan akhbar dengan mengecam Umno sambil menyatakan kesediaan untuk membantu Gerakan dalam perjuangan di mahkamah sivil bagi memastikan saman itu bebas daripada masalah teknikal.
  • Dengan sombongnya seorang pemimpin MCA, Gan Peng Sieu berkata, partinya mesti memutuskan hubungan dengan Umno jika parti itu menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
  • Katanya, jika Umno menyokong rang undang-undang itu di peringkat persekutuan atau Parlimen, maka ia telah melanggar asas fundamental negara, pembinaan bangsa dan kontrak sosial.
  • Gan  yang merupakan pengerusi pasukan petugas khas MCA mengenai pelaksanaan dasar dan undang-undang syariah, berkata senario itu akan memaksa MCA untuk bertindak.
  • Tanpa segan silu, Gan berkata jika perlu beliau akan menggesa parti-parti komponen lain dalam BN untuk juga berpisah daripada Umno.
  • Begitulah kesombongan bangsa Cina yang dipamerkan oleh MCA dan Gerakan. Mereka mencari peluang untuk bersatu tenaga dengan DAP dan inilah masa yang dinanti-nanti. Isu hudud merupakan peluang terbaik untuk mereka menyatakan bantahan secara terbuka.
  • Inilah juga peluang untuk mereka keluar dari BN. Mereka juga mengharapkan MIC, PPP dan lain-lain parti komponen keluar dari BN atau sekurang-kurangnya memutuskan hubungan dengan Umno.
  • Jika MCA, Gerakan dan DAP gagal dalam perjuangan mereka menentang hudud di mahkamah sivil, sudah pasti mereka akan merancang untuk mendapat simpati antarabangsa seperti yang DAP dan PKR lakukan berkaitan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Peluang untuk mendapat simpati dunia lebih cerah kerana Brunei yang mengamalkan hudud kini sedang mengalami kesulitan kerana masyarakat Barat telah diarah supaya memboikot hotel-hotel dan ditegah membeli minyak mentah negara itu.
  • Kita hendak lihat apakah bangsa Cina akan memboikot produk dan perkhidmatan Melayu Islam di Malaysia semata-mata kerana Kelantan melaksanakan perundangan hudud, manakala PAS akan bekerjasama dengan Umno secara lebih menyeluruh.
  • Sementara itu, kebanyakan bangsa Melayu Malaysia sudah mula muak dengan tindak tanduk bangsa Cina terutama penokong tegar DAP, MCA dan Gerakan. Bangsa Melayu sudah mula `ringan tangan’ dan sudi untuk bermandi darah demi membela agama Islam.


Wednesday, 18 March 2015

Kaum Cina lancar perang ke atas kerajaan Islam Kelantan

  • Seperti yang sudah dijangka, masyarakat Cina pasti melancarkan perang ke atas perundangan hudud di Kelantan dengan tindakan awal parti Gerakan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bahru.
  • Saman itu dibuat sebaik saja MB Kelantan Dato Ahmad Yakob membentang Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir di Dewan Undangan Negeri (DUN).
  • Rang undang-undang yang mempunyai 71 fasal, enam bahagian dan empat jaudal itu merupakan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
  • Parti Gerakan yang mewakili 99.9 peratus masyarakat Cina meminta mahkamah membatalkan rang undang-undang itu kerana menganggap ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • Wakil parti Cina itu, Andy Yong berkata, permohonan itu merupakan langkah awal untuk menghalang pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan hudud.
  • “Kerajaan negeri memulakan langkah pertama dengan membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 pindaan 2015 hari ini, sehubungan itu kami juga turut mengambil langkah pertama untuk membawa perkara ini ke mahkamah.
  • “Kami akan menyerahkan saman pemula ini kepada pihak defendan di Pejabat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini juga,” katanya.
  • Ramai yang menjangkakan DAP akan mengambil tindakan mahkamah, tetapi tiba-tiba parti Gerakan muncul di hadapan untuk menyaman kerajaan Islam Kelantan.
  • Apakah parti yang sudah `mati’ itu mahu menjadi hero Cina di Malaysia atau mungkin juga `diminta’ oleh Dap supaya bertindak aggresif sebagai sebahagian dari komplot kaum Cina menentang kerajaan Islam Kelantan dan Malaysia.
  • Mungkin juga Gerakan sudah tidak sabar-sabar untuk keluar sekali lagi dari Barisan Nasional (BN) dan kembali ke pangkuan pembangkang kerana sokongan Cina ke atas partinya disahkan hampir kosong peratus pada PRU13 yang lalu.
  • Lalu Gerakan menunggu isu yang `malatop’ seperti hudud bagi membolehkan parti itu bangkit semula dan diyakini masyarakat Cina. Parti itu sudah tidak kisah samada ditendang keluar atau mengisytiharkan diri keluar dari BN.
  • Bagi menjaga kepentingan Cina di Kelantan dan amnya di Malaysia, parti Gerakan perlu berusaha menjadi juara walaupun terpaksa mengkhianati Sultan Kelantan yang merupakan Ketua Agama di negeri itu.
  • Sebelum mengarahkan Pergerakan Pemuda menyaman kerajaan Kelantan, pemimpin tertinggi Gerakan dikatakan sudah sepakat dan sanggup menerima apa jua kesan sampingan dari Kelantan mahupun BN.
  • Mereka melihat Umno dan PAS akan bersatu di Kelantan demi hudud dan tidak mustahil kerajaan gabungan akan wujud di negeri itu dan negeri-negeri lain selepas ini.
  • Cina juga mengharapkan MCA akan menyertai Gerakan dalam kempen menentang hudud di Kelantan dan di mana jua di Malaysia. Setakat ini masih belum ada sebarang reaksi dari MCA tetapi desas desus penyatuan MCA, Gerakan dan DAP dalam menyerang hudud dijangka akan menjadi kenyataan sendikit masa lagi.
  • DAP seperti yakin dengan usaha parti Cina memerangi hudud, PKR pasti menyebelahinya kerana parti Anwar Ibrahim itu sudah diperbodohkan dengan`berbaiah’ dalam Pakatan Rakyat bahawa tiada hudud dalam perjuangan mereka samada sebelum atau selepas mana-mana PRU.
  • Buktinya, PKR sendiri menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat.
  • Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata dasar bersama yang dipersetujui adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.
  • Dengan selamba Azmin berkata, bukannya beliau menolak hudud tetapi ia bukannya 'our common policies'. Dalam bahasa lain, Azmin ingin memberitahu bahawa PKR sebenarnya menolak hudud.
  • Berikutan penyatuan masyarakat Cina dalam usaha memerangi hudud, sudah sampai masanya bagi umat Islam di Malaysia menggabungkan Umno dan PAS untuk menegakkan syiar Islam secara total.
  • Lupakanlah sengketa lama, paculah negara ini dengan landasan Islam. Jika terus berbalah sesama sendiri, sudah tentu negara akan diperintah oleh kafir pada suatu ketika nanti seperti yang berlaku di Singapura dan ketika kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana `nasi sudah menjadi bubur’. 


Tuesday, 17 March 2015

Si dungu DAP sifatkan Hudud sebagai tukul

  • Tanpa ada sebarang pengetahuan mengenai perundangan syariah Islam, seorang insan kafir yang dikenali sebagai Liew Chin Tong secara terbuka mempamerken ke`dunguan'nya dengan menganggap Hudud sebagai tukul.
  • Dakwanya, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud adalah tukul yang dicipta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat, sekaligus mengukuhkan kedudukan golongan pro-UMNO dalam PAS serta melemahkan para pemimpin parti itu yang pro-Pakatan Rakyat.
  • “Saya sememangnya seorang pemimpin DAP, namun makalah (artikel) ini saya tulis sebagai seorang mantan ahli akademik yang telah mengabdikan masa empat tahun daripada usia muda untuk memahami dinamika dalaman PAS sedekad setengah yang lalu. Sejak itu saya telah menerbitkan beberapa karya akademik berkenaan subjek ini.
  • “Saya melihat diri sendiri sebagai kawan lama PAS yang berusaha menumpaskan UMNO di kotak undi bersama-sama sekalian warga Malaysia yang lain. Bagi saya, PAS bekerjasama secara sulit dengan UMNO atas dasar asabiah patut dianggap sebagai musuh bersama oleh semua kalangan yang mahu melihat Malaysia yang mempunyai kerajaan baru yang bersih, amanah, demokratik dan saksama,” dakwa Chin Tong dalam portal Roketkini milik DAP.
  • Selepas menipu rakyat dalam artikelnya mengenai pasang surut isu hudud di Malaysia, Chin Tong semakin menggila dengan mendakwa Hudud kembali disebut-sebut pada Mac 2014 apabila Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mengumpan Kelantan dengan menjadikan usul persendirian di Parlimen satu pilihan.
  • Chin Tong mendakwa perbincangan antara Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Persekutuan mengambil bentuk “urusan antara dua kerajaan”, terhindar daripada pengawasan pemimpin PAS Pusat dan majlis pimpinan Pakatan Rakyat.
  • “Tanpa sebarang niat untuk memberi sebarang taklimat kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan juga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, para pemimpin PAS Kelantan berkeras hendak membentangkan enakmen hudud pada 29 Disember 2014. Bagaimanapun, rancangan itu tergendala berikutan bah besar di Kelantan yang turut menenggelamkan beberapa pejabat kerajaan negeri di Kota Bharu.
  • “Nik Amar kemudiannya diarahkan oleh pimpinan PAS Pusat untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim, dua hari sebelum Ketua Umum PKR itu dipenjarakan.
  • “Nik Amar menjelaskan bahawa Kelantan hanya mahu membuat sedikit pindaan ke atas enakmen 1993 dan jaminan diberi kepada para pemimpin Pakatan bahawa mereka akan berpeluang melihat deraf pindaan sebelum ia dibentangkan,” dakwanya lagi.
  • Chin Tong terus menyerang PAS dengan mendakwa langkah tergesa-gesa hendak membentangkan rang undang-undang hudud dalam DUN Kelantan tanpa melalui proses perundingan yang sempurna dengan sekutu Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ada tujuan terselindung di sebaliknya.
  • Pertama, si dungu DAP itu mendakwa Nik Amar (PAS) cuba mengukuhkan kedudukannya untuk mengatasi Husam Musa dalam politik Kelantan.
  • Kedua, berdasarkan taklimat Nik Amar dalam mesyuarat Pakatan, beliau percaya enakmen hudud akan menyelamatkan PAS Kelantan dalam pilihanraya akan datang, bererti beliau tidak yakin PAS mampu menang dalam pilihanraya nanti.
  • Ketiga, Nik Amar menyiapkan diri untuk sekali lagi bertarung dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti pada pemilihan parti nanti. Dua tahun lalu beliau tewas di tangan Mat Sabu.
  • Keempat, Nik Amar berpendapat hudud mampu meningkatkan sokongan PAS di seluruh negara, walaupun banyak kerusi PAS di kawasan selain pendalaman dimenangi menerusi undi non-Muslim.
  • Selepas membuat analogi sebegitu, Chin Tong mendakwa isu hudud Kelantan akan menguntungkan UMNO yang kononnya sedang bergelut dengan pelbagai skandal dan krisis.
  • Bagaimanapun Chin Tong yang dungu itu akhirnya mengakui keruntuhan Pakatan Rakyat adalah kunci kemenangan UMNO kerana tiada lagi pakatan pilihan untuk bersaing menentangnya.
  • Wakil DAP itu turut mengakui rakyat telah dan akan terus menderita lantaran perpecahan Pakatan Rakyat, sekeligus memberi kekuatan kepada UMNO.
  • Untuk makluman Chin Tong dan DAP, rakyat sememangnya telah lama menderita gara-gara perpecahan pakatan haram itu. Sebaliknya pakatan itu dikuburkan dan DAP kembali berjuang atas landasan Malaysian Malaysia yang didewa-dewakan selama ini tanpa mengheret PAS bersama masuk ke dalam lombong ideologi chauvinis itu.
  • DAP dan kroninya mungkin boleh menganggap hudud sebagai tukul yang memecahkan ikatan pakatan haram itu, namun hakikatnya hudud adalah sebahagian daripada perundangan Islam yang bakal menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu di bumi Allah ini.
  • Sudah sampai masanya bagi umat Islam dari PAS, UMNO, PKR dan sedikit Melayu DAP kembali bertaut di bawah payung perundangan Islam. Sudah kedengaran Melayu dalam DAP beristighfar apabila hudud dikecam golongan kafir.
  • Sudah mula berbunyi di kalangan segelintir Melayu PKR yang beristighfar apabila puak kafir DAP memaki hamun agama Islam, menghina al Quran dan melemparkan najis dan kepala babi di surau dan masjid.
  • Hati mereka tidak lagi segelap dulu. Syiar Islam sudah mula menerangi jiwa umat Islam yang sedang ditakluki parti kafir. Itulah aura yang dibawa oleh perundangan hudud ke bumi Kelantan dan seterusnya akan berkembang ke negeri lain.


Zairil hasut Melayu jangan sekat pacuan ekonomi Cina

  • Pemimpin Melayu celup DAP, Zairil Khir Johari cuba mengajar Melayu cara mengembalikan maruah bangsa teras melalui tulisannya dalam portal berita Roketkini versi Bahasa Melayu yang dibina khas untuk mempengaruhi orang Melayu supaya mencintai DAP.
  • Tetapi  tulisannya tidak menjurus ke arah itu, sebaliknya dia mengajak Melayu berusaha memulihkan maruah kaum Cina (bangsa asal Zairil) yang sudah tercalar baru-baru ini akibat kempen pemboikotan kartel perniagaan bangsa Cina.
  • Tajuk artikel Zairil cukup menggiurkan iaitu `Kembalikan kemuliaan dan maruah Melayu’. Malangnya dia memulakan langkah dengan mendakwa selepas hampir 60 tahun merdeka, Malaysia masih terjerat dalam kancah perkauman dalam segala aspek kehidupan.
  • Sudah diduga tulisannya mengambil contoh isu kenaikan harga barang yang dibawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
  • Zairil menuduh menteri itu mengetepikan logik dan kewarasan apabila menyeru masyarakat Melayu memboikot perniagaan milik bangsa Cina untuk memaksa peniaga menurunkan harga. Oldtown White Coffee adalah antara contoh “kedai Cina” yang patut diboikot.
  • Bagi menyelamatkan maruah peniaga Cina, Zairil mendakwa harga barangan dikawal nilai ringgit dan monopoli kerajaan terhadap komoditi dan utiliti seperti minyak, gas, gula, beras dan kadar elektrik.
  • Zairil gagal mempengaruhi pembaca kerana pelajar sekolah pun faham bahawa harga minyak petrol sudah turun beberapa bulan lalu, tetapi peniaga Cina enggan berbuat demikain dengan pelbagai alasan.
  • Namun apabila harga minyak naik, tak sampai 24 jam kartel perniagaan Cina menaikkan harga barangan dan perkhidmatan tanpa kompromi.
  • Penipuan sebeginilah yang perlu ditentang habis-habisan walaupun menerusi kempen pemboikotan oleh bangsa Melayu yang mewakili 65 peratus penduduk dan pengguna di Malaysia.
  • Kartel perniagaan Cina di Malaysia cukup gelisah dengan pemboikotan itu, lalu Zairil kononnya ditakdirkan muncul untuk mengajak bangsa Melayu supaya menolak kempen pemboikotan itu.
  • Dia mendakwa memboikot peniaga Cina tidak masuk akal kerana peniaga Cina tidak memaksa sesiapa melanggan di kedainya. Jika harga yang ditawarkan tidak berpatutan, pengguna boleh mencari alternatif lain.
  • Alternatif apa yang ada jika semua barangan keperluan utama dikeluarkan oleh peniaga Cina. Bodoh sangatkah Zairil untuk memahami hakikat itu. Sebab itulah kempen pemboikotan itu perlu kerana kerajaan tidak cukup kakitangan untuk memantau penipuan harga di kalangan peniaga Cina di seluruh Malaysia.
  • Zairil terus `melalut' dalam tulisannya kerana rangkaian restoran Oldtown White Coffee yang dinamakan oleh menteri sebagai contoh perniagaan Cina yang harus diboikot.
  • Melayu celup DAP itu menamakan beberapa pemegang saham syarikat Melayu dalam Oldtown White Coffee tetapi dia lupa nak semak berapa ramai pengusaha Melayu dalam rangkaian restoran itu di seluruh Malaysia. Bagi contoh satu sudah bagus kalau ada.
  • Tak payahlah nak berdebat soal Oldtown White Coffee kerana sudah banyak laporan mengatakan syarikat itu memang `rasis' dan mengakui tak mahu beri sebarang peluang perniagaan kepada bangsa Melayu melainkan menjadi buruh kuota saja.
  • Dalam Roketkini, Zairil terus `menebas' dan memperkecil maruah bangsa Melayu kerana menyokong Ismail Sabri, bukannya mahu mengembalikan maruah bangsa itu seperti yang dijanjikannya dalam kepala tajuk tulisannya itu.
  • Dalam mengula-gulakan bangsa Melayu supaya mencintai DAP, Zairil bercerita soal besarnya jiwa bangsa Melayu Pulau Pinang di zaman silam dan pra-merdeka di mana budaya keintelektualan telah berkembang subur.
  • Pulau Pinang dikatakan peneraju idea pencerahan (enlightenment) atau pembaharuan (islah) dengan munculnya sekian banyak institusi pencetakan di negeri ini, termasuk Jelutong Press yang diterajui Tuan Guru Yusof Rawa. Malah, sebelum Perang Dunia Kedua, Pulau Pinang merupakan negeri yang memiliki jumlah mesin cetak terbanyak di Semenanjung Tanah Melayu.
  • Selain menerbitkan tafsir Al-Quran, akhbar, majalah dan buku-buku penting seperti al-Ikhwan, Saudara, dan Hikayat Faridah Hanom, Pulau Pinang juga menjadi pangkalan bagi ramai tokoh pemikir moden utama, antaranya Syed Sheikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu, Za’ba, dan Abdul Rahim Kajai.
  • Pulau Pinang juga mempelopori sistem pendidikan moden di negara ini. Penang Free School, umpamanya, telah diasaskan pada tahun 1816 dan kini merupakan sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.
  • Bahkan itu, sistem sekolah pondok juga berkembang pesat di negeri ini, sehinggakan pada tahun 1918 Syed Sheikh al-Hadi serta beberapa tokoh lain telah membina Madrasah Al-Mashoor, yang sering dirujuk sebagai sekolah pondok dengan sistem pendidikan moden pertama di negara ini.
  • Demikian juga halnya dalam bidang-bidang lain, Pulau Pinang telah menghadiahkan negara ini dengan ramai bakat seni dan budaya besar seperti penggubah lagu Datuk Ahmad Nawab, hero filem klasik Melayu Nordin Ahmad, sasterawan Negara Dato’ Nordin Hassan dan Prof Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara), serta satu-satunya Seniman Agung Negara, Tan Sri P Ramlee.
  • Selepas bercerita soal sejarah Melayu Pulau Pinang, Zairil mula mempersoal mengapa Melayu rapuh dalam tempoh 60 tahun selepas merdeka.
  • Lalu dia berhujah cara fikir atau cara pandang alam bangsa Melayu yang makin hari makin terkepung akibat kawalan dan pengaruh daripada pihak pemerintah.
  • Dia menuduh kesilapan bermula dengan buku Revolusi Mental pada tahun 1971 dengan matlamat untuk merubah sikap dan pemikiran orang Melayu agar menjadi bangsa berdaya saing, terpuji dan mampu berdikari.
  • Zairil belum lahir pada tahun itu tetapi beriya-iya mendakwa bahawa cara pandang Revolusi Mental terhadap keperibadian Melayu sangat menghina dan meremehkan bangsa.
  • Sambil `cut and paste’ sebuah buku, Zairil cuba meraih perhatian bangsa Melayu dengan mendakwa Revolusi Mental telah dikritik hebat oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya `Siapa yang Salah', `Sekitar Revolusi Mental' dan `Keperibadian Melayu' (1974).
  • Sekali lagi dia `cut and paste’ buku `The Malay Dilemma' (1970) karya Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengajukan hal yang sama, bahawa kemunduran kaum Melayu itu disebabkan perwatakannya yang dibentuk oleh iklim persekitaran.
  • Menurut Mahathir, Melayu menjadi kurang rajin dan tidak produktif akibat keadaan hidupnya yang selesa dan tenteram di atas bumi yang subur serta tidak dilanda bencana alam yang dahsyat sebagaimana di China dan India.
  • Lalu Zairil mendakwa hujah teori penentuan iklim (climate determination) sebagai cara pandang pemimpin Umno mengenai bangsanya sendiri pada waktu itu.
  • Seterusnya Zairil menuduh Umno tidak mempunyai suatu gagasan yang jelas untuk memajukan Melayu, malah hujah-hujah mereka ini sebenarnya menghina dan meremehkan bangsa yang kononnya diperjuangkan mereka.
  • Dengan menggunakan sumber buku-buku itu, Zairil mengajak Melayu mencintai DAP dengan membebaskan diri daripada jerat politik perkauman dan cengkaman minda terkepung yang kononnya ciptaan Umno.
  • Zairil juga mengajak Melayu menggapai kemenangan dalam DAP dengan memajukan diri dan bangsa dengan merubah cara pandang alam dengan minda dan hati terbuka.
  • Lebih penting sekali, Zairil mengajak Melayu mengembalikan maruah dengan tidak menyekat orang lain (bangsa Cina) demi meningkatkan diri.
  • Penutup tulisan Zairil itulah sebenarnya hasrat utama Melayu celup itu untuk menyuarakan hasrat DAP dan bangsa Cina chauvinis yang diwakilinya.
  • Diulangi kata kunci Zairil, “Kembalikan maruah Melayu dengan tidak menyekat orang lain (bangsa Cina)”. Inilah kata semangat yang sebenarnya mahu memulihkan maruah bangsa kapitalis Cina, bukannya mengembalikan maruah Melayu.
  • Lojiknya jika kegiatan dan perniagaan Cina di Malaysia tidak disekat atau dicatu, sudah pasti penguasaan ekonomi yang sekarang ini 90 peratus akan menjadi 100 peratus. Itulah yang diminta oleh Zairil.
  • Rasionalnya boleh kita lihat apa yang berlaku kepada Melayu Singapura. Kuasa presiden pertama diberikan kepada Melayu tetapi pendek tempohnya. Selepas itu Cina menguasainya sampai sekarang dan dari aspek ekonomi, 100 peratus dikuasai bangsa Cina.
  • Doktrin keterbukaan sebeginilah yang mahu diterapkan oleh DAP dalam minda bangsa Melayu. Sebab itu mereka gunakan Zairul (Melayu celup) sebagai alat untuk menarik perhatian bangsa Melayu supaya lebih menyayangi DAP.
  • Jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya pada PRU14 atau bila-bila sekali pun, DAP sanggup gadaikan jawatan Perdana Menteri pertama kepada bangsa Melayu seperti Anwar Ibrahim yang mudah diheret keluar masuk penjara. Yang kekal nanti pastinya Perdana Menteri di kalangan bangsa Cina untuk 1,000 tahun akan datang.
  • Lalu Zairil diberi tugas menulis pojok dengan memuja kemajuan Melayu Pulau Pinang di zaman silam dan pra-merdeka, sambil mengajak Melayu mengembalikan maruah bangsa hari ini di bawah panji-panji DAP.
  • Persoalannya apakah kejayaan DAP di pulau itu untuk mengembalikan maruah Melayu, harta Melayu dan perniagaan Melayu yang telah dirampas selama ini? Sudah dikembalikankah semua itu? Pesan Melayu buat Zairil, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.


Monday, 16 March 2015

Jentera prepaid DAP serang kerajaan Kelantan

  • Disebabkan ketakutan terhadap Rang Undang-Undang Hudud yang bakal menyatukan umat Melayu Islam, jentera berbayar Pakatan Rakyat terutama DAP telah melancarkan pelbagai serangan ke atas kerajaan PAS Kelantan.
  • Kalau dahulu pemimpin tertinggi DAP sentiasa memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membandingkan pentadbirannya setaraf dengan pemimpin zaman Khulafa Ar Rasyidin, kini DAP menghina Hadi bagaikan haiwan.
  • Semuanya gara-gara perundangan hudud yang bakal menjadi kenyataan di Kelantan. DAP menentang bukan kerana tidak selesa dengan perundangan itu tetapi kerana bimbang dengan penyatuan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari Kelantan.
  • Sebab itulah DAP bersusah payah mengutuk PAS sambil dikatakan mengupah `jentera prabayar’ untuk mengkritik Islam secara terbuka.
  • Pelik bin Ajaib. Ketika rang undang-undang hudud mahu dibentangkan ke sidang DUN Kelantan selepas mendapat persetujuan Sultan Kelantan dan Umno Kelantan, DAP dan `jentera prabayar’nya cuba meraih simpati rakyat dengan membawa kaji selidik Merdeka Centre yang mana pengendali dan juga responden kajian itu dikatakan `geng prabayar’ pakatan berkenaan.
  • Baru-baru ini kajian Merdeka Center mendapati majoriti pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia mahukan kerajaan Kelantan memberi fokus terhadap usaha pemulihan dan pembinaan semula rumah mangsa banjir berbanding pelaksanaan enakmen hudud.
  • Pusat kajian prabayar itu mendakwa tinjauan yang dilakukan terhadap 1,008 pengundi, sebanyak 84 peratus reponden berpendapat Kelantan perlu memberi tumpuan kepada pasca pemulihan banjir, dan pandangan yang sama turut disuarakan oleh sejumlah 81 peratus pengundi Melayu Muslim seluruh Semenanjung Malaysia.
  • "Pada padangan kami, cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) dikalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi Muslim di peringkat nasional.
  • "Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa pilihanraya umum 2004 dibawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat kajian itu.
  • Tambah kenyataan itu lagi, penemuan kajian tersebut selari dengan dapatan kajian Merdeka Center yang dilaksanakan pada April 2014.
  • "Dalam kajian tersebut, didapati majoriti (58%) responden Melayu Muslim merasakan negara Malaysia ini belum bersedia untuk melihat kanun jenayah hudud dilaksanakan," petik kenyataan berkenaan. 
  • Kajian untuk melihat kecenderungan masyarakat terhadap hasrat kerajaan Kelantan itu dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research di antara 21 hingga 30 Januari 2015.
  • Ia melibatkan 1,008 pengundi yang terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India yang dilakukan menerusi ditemubual telefon dan dipilih secara rawak berstrata. 
  • Ini ditambah dengan kenyataan pemimpin yang memecahbelahkan parti PAS (Dr Hatta Ramli) yang mendakwa isu banjir lebih memberi keutamaan dan keperluan.
  • "Kalau dalam suasana genting begitu (banjir), saya amat yakin jawabannya sudah diberikan pilihan antara tidur dan makan sebagai contohnya, tetapi kalau boleh orang akan pilih dua-dua, makan pun mahu, tidur pun mahu.
  • "Jadi kalau soalan meminta membuat pemilihan sedemikian, kerana melihat perkembangan itu belum dijalankan, jadi sewajarnya apabila ditanya, (pembangunan banjir) perlu diutamakan kerana itu," katanya.


Hampir 4,000 nikah di Thai setiap tahun

  • Hampir 4,000 pasangan rakyat Malaysia bernikah di Selatan Thai setiap tahun dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.
  • Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata, pada tahun lalu saja seramai 3,831 pasangan bernikah di negara itu berbanding 3,485 pasangan pada 2013.
  • Katanya, statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.
  • Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di Selatan Thai. Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara sub-kontinen, kata Mohd Faizal.
  • Beliau ditemui di sini hari ini selepas selesai mengiringi lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Wilayah Krabi, Selatan Thai sejak Jumaat.
  • Tuanku Syed Faizuddin yang disertai ahli-ahli majlis MAIPs mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman di Selatan Thai membincangkan isu pengurusan nikah-kahwin, perakuan produk halal, pendidikan, permohonan bantuan dan sumbangan, penggunaan bahasa Melayu dan dakwah serta kerjasama dua hala untuk kepentingan umat Islam.
  • Mohd. Faizal berkata, warga asing yang memohon berkahwin itu pula berumur 20-an hingga awal 40-an dan pasport atau visa mereka hampir luput manakala kebanyakan wanita Malaysia yang menjadi pasangan mereka berumur 50-an.
  • Majoriti pasangan Malaysia adalah penduduk negeri-negeri yang bersempadan dengan selatan Thailand iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tetapi jumlah itu tidak termasuk yang berkahwin menggunakan khidmat sindiket, katanya.
  • Menurutnya sindiket mengenakan bayaran perkhidmatan RM5,000 hingga RM7,000 dan mendakwa RM2,000 untuk dibayar kepada pegawai tertentu di pejabat Konsul.
  • "Saya menyangkal tuduhan ini tidak benar walaupun mangsa-mangsa sindiket tidak mengadu kepada pejabat Konsul mungkin kerana tidak mahir dan bergantung kepada ejen. Mereka hanya sedar ditipu setelah pulang ke Malaysia," katanya.
  • Mohd Faizal berkata kos perkahwinan dengan lima MAI yang diiktiraf iaitu Yala, Pattani, Songkhla, Narthiwat dan Satun antara RM400 hingga RM500 sahaja dan setiap permohonan itu akan disiasat oleh Pejabat Konsul. - BERNAMA


DAP bantah hudud kerana takut Melayu bersatu

DAP takut Melayu bersatu menerusi perundangan Hudud
  • Bangsa Cina terutamanya mereka yang bersekongkol atau simpati kepada DAP ternyata semakin biadap hingga sanggup menentang cadangan undang-undang hudud di Kelantan walaupun sudah berulang kali ditegaskan perundangan itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang tidak menganut agama Islam.
  • Sebelum mereka dikatakan mengumpan wakil rakyat DAP supaya mengkritik teks khutbah masjid. Sebelum itu juga mereka tidak puashati dengan laungan azan yang mengganggu tidur mereka. Sebelum itu lagi mereka mahu agama mereka mendapat hak sama rata dengan Islam walaupun perlembagaan Malaysia sudah menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan. Terlampau banyak kritikan mereka lemparkan terhadap Islam.
  • Mereka bebas mengkritik kerana perundangan sivil sudah menetapkan jika mereka diheret ke mahkamah, paling-paling pun mereka didenda RM400 kerana menghina orang secara terbuka. Mereka gembira kerana tidak terikat dengan perundangan syariah.
  • Maka dengan itu, mereka tidak langsung rasa bimbang untuk mengkritik Rang Undang-Undang Hudud yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
  • Kebiadapan bangsa Cina dapat dilihat dengan jelas apabila Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan tegas terhadap PAS Kelantan jika tetap berkeras membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 dalam sidang DUN.    
  • Dakwa Anthony, sebarang rang undang-undang mesti mendapat pandangan dan konsensus Majlis Pimpinan Pakatan.
  • Beliau mendakwa lagi, draf hudud yang dibentangkan pada mesyuarat Pakatan memeranjatkan wakil DAP dan PKR kerana ia menyerupai rang undang-undang baru dan bukannya beberapa pindaan kecil seperti yang dinyatakan pada asalnya.
  • "Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wan Azizah, wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan telah membentangkan draf “Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015” yang mempunyai 71 fasal dan 4 Jadual.
  • "Draf rang undang-undang tersebut memeranjatkan semua wakil DAP dan PKR yang hadir kerana ia bukan merupakan satu draf pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 tetapi merupakan satu draf Kanun Jenayah Syariah 2015 yang baru yang merangkumi semua aspek dalam Kanun tersebut," dakwa Loke.
  • "Wakil DAP dan PKR membantah keras dalam mesyuarat tersebut dan menghujahkan bahawa ini bukan merupakan satu pindaan kepada Enakmen sedia ada tetapi merupakan satu rang undang-undang yang baru.
  • "Ia juga menunjukkan bahawa Datuk Nik Amar tidak bertindak jujur dan sengaja mengelirukan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat 8 Februari," dakwa Loke lagi.
  • Sehubungan iu Loke mengulangi pendirian DAP dalam isu hudud selama ini amat konsisten, jelas dan tegas iaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia.
  • Peliknya Loke mendakwa perlaksanaan hudud di Kelantan menyalahi Perlembagaan Persekutuan wal hal perlembagaan itu jelas menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Ini bererti cara mana agama rasmi itu dikendali dan dilaksanakan mesti dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.
  • Sudah berulang kali dikatakan bahawa hudud tidak akan dikenakan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Namun DAP tetap kepala batu dan tidak mahu menerima ketetapan itu.
  • Dalam bahasa lebih mudah, DAP merasakan bahawa perundangan negara yang mengiktiraf mereka sebagai rakyat Malaysia sudah mencukupi untuk mereka menolak apa saja yang mereka rasa tidak selesa tanpa mengambil kira sensitivity dan kepentingan bangsa teras.
  • Dalam bahasa politik, DAP dan manjoriti bangsa Cina di dalam parti itu makin `besar kepala’ dan kini mahu menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sikap mereka itu berbaloi kerana semakin hari semakin banyak mendapat sokongan undi.
  • Namun DAP dan bangsa pekoyokongnya terlupa satu perkara. Hudud mampu menyatukan bangsa Melayu Islam tanpa mengira parti. Lihatlah kesan selepas rang undang-undang hudud di Kelantan itu dikuatkuasakan. Tunggu.


Friday, 13 March 2015

Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno

  • Sumber dalaman PAS menyebut perlantikan Dato Dr Haron Din sebagai Musyidul Am Pas dijangka mempercepatkan proses kerjasama politik parti itu dengan Umno.
  • Dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin Pas baru-baru ini Dr Haron Din dikatakan bersetuju dengan gabungan itu dan mahu proses penyatuan itu disegerakan.
  • "Dr Haron mahukan proses itu (gabungan Umno Pas) dijalankan dengan segera dan jangan tunggu dekat pilihan raya (umum) kerana ia akan menimbulkan masalah di mana akan berlaku kekeliruan kepada ahli," kata sumber.
  • Ramai pemimpin Pas menantikan saat penyatuan yang telah lama dirancang. Khabarnya rancangan itu disusun oleh pihak tertentu sejak 2012 yang turut membabitkan Dato Dr Hasan Ali yang masih menjadi ahli Pas pada masa itu. Bagaimanapun Dr Hasan dipecat daripada Pas dan kini bergerak dalan NGO yang dikenali sebagai JATI.
  • Seorang lagi tokoh PAS yang membantu menyatukan kedua-dua parti itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau pernah beberapa kali bertemu Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada majlis tertentu dan enggan memberitahu pertemuan itu ada kaitan dengan penyatuan Umno Pas.
  • Khabarnya perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am Pas telah melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu (penyatuan Umno Pas) disegerakan.
  • Mengikut protocol Pas, tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir Mac dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.
  • Apabila perlantikan Dr Haron itu disegerakan, ramai pihak melihat  semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh tokoh ulamak Pas itu.
  • Perlantikan Dr Haron diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan, bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.
  • Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno tampak senang dan suka dengan perlantikan Dr Haron itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada pakar perubatan Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.
  • Ada puak Pas yang tidak senang dengan senario yang ada sekarang,  cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Ada juga mendakwa pujian Najib itu akan membawa petaka.
  • Bagaimana pun jika benar Dr Haron Din mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.
  • Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas. - Sumber


Thursday, 12 March 2015

Akhirnya Azmin minta Najib selesai isu air Selangor

  • Selepas membatalkan perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan Putrajaya baru-baru ini, Mohamed Azmin Ali dibelasah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atas tiga syarat yang gagal dipenuhi dari kerajaan DAP Selangor sendiri.
  • Azmin dilihat gelabah apabila rakyat PKR Selangor yang kebanyakannya Melayu mula `muak’ dengan isu ini semata-mata untuk memenuhi nafsu DAP yang mahu melengkapkan penguasaan ekonomi dengan merampas satu-satunya industri yang dikuasai bangsa Melayu di Selangor.
  • Kini Azmin meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.
  • Menteri besar Selangor itu berkata, permintaan untuk Najib campur tangan menyelesaikan isu perjanjian air disampaikan pada pertemuan bersamanya pagi tadi di bangunan Parlimen.
  • "Kita menyatakan kebimbangan utama kita mengenai perjanjian air kepada Najib dalam pertemuan pagi tadi. Kita minta tolong perdana menteri untuk  memaklumkan kementerian ini supaya dapat diadakan satu perbincangan dan penyelesaian bersama," katanya kepada pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
  • Azmin berkata, pertemuan tersebut berjalan dengan lancar dan Najib menunjukkan respons positif terhadap permintaan kerajaan negeri mengenai isu tersebut.
  • "Saya berharap kami boleh bertemu dan duduk sama membincangkan isu ini. Saya beritahu perdana menteri, menteri perlu kekal mempertahankan semangat kefahaman yang tinggi dan perjanjian ini tidak terpisah daripada prinsip dan dasarnya.
  • "Sekiranya anda kerap menukar matlamat, amat sukar untuk kerajaan negeri ikut," katanya merujuk kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
  • Sebelum ini Azmin mengesahkan perjanjian penstrukturan air antara Selangor dan Putrajaya terlupus dan mendakwa keputusan tersebut ekoran tindakan kerajaan persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah negeri itu.
  • Ongkili pula memberitahu The Star, pihaknya akan membawa isu itu ke mahkamah sekiranya tidak ada keputusan bersama yang dicapai berkenaan perjanjian tersebut.
  • Mengulas kenyataan itu, Azmin berkata tindakan perundangan akan menjadi tindakan akhir kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tersebut. "Saya amat pasti kita boleh duduk dan berbincang," katanya.
  • Sebelum ini, Ongkili menyifatkan Azmin  cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Ongkli sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
  • Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
  • Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
  • “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
  • “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
  • “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan se­belum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya.


GST mampu turunkan harga kecuali peniaga menipu

GST tidak akan bebankan rakyat kecuali peniaga mahu menipu pelanggan
  • Ramai penganalisis ekonomi yakin penguatkuasaan GST mulai 1 April ini mampu menurunkan harga barang dan meningkatkan kuasa membeli rakyat.
  • Jika ini berlaku, spekulasi bahawa pelaksanaan cukai baharu itu membebankan rakyat akan membuktikan pembohongan yang dijaja oleh pembangkang bakal merendahkan martabat mereka di mata rakyat.
  • Penganalisis juga bersetuju pengecualian GST ke atas beberapa dalam barangan keperluan asas seperti petrol dan diesel, ubat-ubatan serta peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
  • Profesor ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata keinginan rakyat berbelanja meningkat berikutan harga barangan keperluan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST akan turun.
  • "Ini memberikan satu nikmat yang besar kepada rakyat, terutama penduduk luar bandar, dan pada masa yang sama mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan," katanya kepada Bernama.
  • Dalam ucapan pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Sistem percukaian baharu itu akan dilaksanakan mulai 1 April ini.
  • Najib berkata daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam 'kumpulan barangan' Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus.
  • Mengulas lanjut, Amir Hussin berkata pertumbuhan ekonomi negara akan terus berkembang pesat menerusi perbelanjaan oleh rakyat dalam pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran pendapatan negara.
  • Beliau berkata inflasi tidak akan berlaku menerusi kutipan cukai baharu berkenaan sekiranya para peniaga tidak mengambil kesempatan.
  • Sementara itu, Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Mohd. Fuad Mat Jali berkata GST akan berhasil jika semua industri bekerjasama melaksanakannya.
  • Mohd Fuad berkata pakatan pembangkang juga tidak seharusnya menjadikan isu GST sebagai modal untuk menarik perhatian rakyat dengan memanipulasikan fakta sebenar sistem percukaian yang jelas bermanfaat untuk pembangunan negara.
  • "Bagaimanapun, sebagai rakyat yang bijak, kita harus berfikir secara rasional dengan mengkaji terlebih dahulu sama ada benar atau tidak fakta yang diutarakan," katanya.
  • Sementara itu, Timbalan Pengarah Unit Teknikal Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Mohd Rozlan Mohamed Ali berkata sistem percukaian baharu ini bersifat cukai kepenggunaan yang mampu mendorong kestabilan ekonomi negara.
  • Mohd Rozlan berkata menerusi pelaksanaan GST pematuhan cukai daripada kalangan penggiat industri akan lebih tinggi, sekali gus menyokong peningkatan pendapatan kerajaan.
  • "Justeru, hasil kutipan cukai ini nanti boleh disalurkan kepada rakyat, terutama dalam soal pembangunan, kesejahteraan dan kebajikan mereka," katanya.
  • Mohd Rozlan berkata rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, tidak akan terbeban menerusi pelaksanaan sistem cukai baharu itu, namun ia tetap bergantung kepada sikap membeli rakyat sendiri berdasarkan kemampuan mereka.
  • Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMI Malaysia) Michael Kang berkata perluasan skop barangan dikecualikan GST akan menjadikan aktiviti perniagaan IKS lebih aktif kerana dapat membantu pengusaha mendapatkan bekalan pada kadar yang lebih rendah.
  • Dalam pada itu, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Mohamad Alayuddin Che Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap peniaga yang berkemungkinan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang tidak dikenakan GST.
  • Katanya sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab bijak mencari pelbagai alasan seperti menjadikan kenaikan harga minyak sebagai faktor untuk menaikkan harga produk jualan mereka.
  • Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme lebih efisien bagi memastikan hak pengguna dilindungi daripada penggiat industri yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati menerusi pelaksanaan GST.
  • "Mekanisme itu termasuk mewujudkan 'pusat panggilan' bagi memudahkan pengguna membuat aduan sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GSt," katanya.


Malang pengguna kena galas beban GST

  • Rakyat Malaysia khususnya warga pengguna `kelas tiga' semakin gelisah dengan kehadiran GST tidak lama lagi kerana golongan peniaga dan korporat akan memindahkan beban cukai itu kepada mereka.
  • Hasrat kerajaan mahu memastikan semua peniaga membayar cukai sekaligus memerangi money laundering memang tidak salah tetapi kesannya ialah pengguna akan terbeban dengan percukaian ini.
  • Sudahlah selama ini kita (pengguna) dibebani dengan cukai pendapatan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat percukaian GST.
  • Walaupun kerajaan menasihati atau memberi amaran agar kartel perniagaan jangan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, namun apakah mereka mahu dengan cakap kerajaan? Pasti tidak.
  • Awal-awal lagi beberapa entiti korporat sudah mengeluarkan notis dan pekeliling yang mahu menaikkan caj perkhidmatan berikutan perlaksanaan GST mulai 1 April.
  • Malahan restoran dan kedai mamak sudah mengenakan caj GST 6 peratus bersama cukai-cukai lain dan semuanya tertera dalam bil makanan dan minuman pelanggan biarpun April belum muncul lagi.
  • Dari kedai kopi hinggalah ke Parlimen, semua orang berdebat soal GST. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Gema protes semakin kuat di sejak kebelakangan ini berbanding tahun lalu ketika GST diperkenalkan kepada rakyat.
  • Dalam debat-debat umum itu ramai yang bertanya jika harga barangan dan perkhidmatan naik samada mendadak atau perlahan-lahan, apa kita (pengguna) nak buat? Ada yang jawab mudah, "Kerajaan kena buat penguatkuasaan melarang kartel perniagaan menaikkan harga". Ada juga minta rakyat boikot mana-mana peniaga yang meletakkan harga melampau.
  • Semakin rancak debat umum di kedai kopi apabila ada yang bertanya, jika GST dibatalkan selepas beberapa ketika dilaksanakan, apakah harga barangan dan perkhidmatan akan kembali turun? Jawapannya sudah tentu tidak. Lihat saja bagaimana harga petrol turun baru-baru ini dan kartel peniaga enggan menurunkan harga masing-masing.
  • Justeru itu, sebelum menanti kehadiran 1 April yang semakin dekat, apakah sempat rakyat mendesak kerajaan supaya membatalkan perlaksanaan GST? Mungkin juga tidak sempat kerana kerajaan sudah banyak `berbelanja' untuk melaksanakannya.
  • Jika GST diteruskan juga, maka rakyat Malaysia tidak dapat menghalang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan itu mungkin tidak terasa bagi mereka yang berpendapatan tinggi tetapi sangat terkesan kepada golongan berpendapatan rendah.
  • Sebab itulah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed meluahkan kerisauan mengenai perlaksanaan GST.
  • Katanya, rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti GST jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.
  • Sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.
  • “Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.
  • Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan Canselor Perdana University juga tidak bersetuju dengan cadangan pengasingan pendispensan ubat (DS) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.
  • Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi doktor di klinik swasta, sistem yang diguna pakai sekarang iaitu doktor sendiri memberikan ubat kepada pesakit perlu dikekalkan kerana selain lebih murah, ia juga memudahkan pesakit.
  • “Orang sakit ini tak ikut masa. Tetapi farmasi kerja tempoh tertentu sahaja jadi kalau kita suruh dapatkan ubat daripada dispensari kadang-kadang susah sikit lah, menjadi masalah kepada pesakit. Saya dulu pun bawa beg dengan ubat, kalau ada sakit bagi (ubat) serta-merta,” katanya.
  • Belum sempat lagi rakyat berguling-guling dengan GST, kini kerajaan mahu mengasingkan ubat daripada klinik. Lepas satu bala datang, kini bala yang baru sudah menunggu di tepi pintu. Sebab itu Tun Mahathir dengan selamba berpesan “Batalkan GST atau kerajaan akan hilang banyak undi”