- Selepas membatalkan perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan Putrajaya baru-baru ini, Mohamed Azmin Ali dibelasah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atas tiga syarat yang gagal dipenuhi dari kerajaan DAP Selangor sendiri.
- Azmin dilihat gelabah apabila rakyat PKR Selangor yang kebanyakannya Melayu mula `muak’ dengan isu ini semata-mata untuk memenuhi nafsu DAP yang mahu melengkapkan penguasaan ekonomi dengan merampas satu-satunya industri yang dikuasai bangsa Melayu di Selangor.
- Kini Azmin meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.
- Menteri besar Selangor itu berkata, permintaan untuk Najib campur tangan menyelesaikan isu perjanjian air disampaikan pada pertemuan bersamanya pagi tadi di bangunan Parlimen.
- "Kita menyatakan kebimbangan utama kita mengenai perjanjian air kepada Najib dalam pertemuan pagi tadi. Kita minta tolong perdana menteri untuk memaklumkan kementerian ini supaya dapat diadakan satu perbincangan dan penyelesaian bersama," katanya kepada pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
- Azmin berkata, pertemuan tersebut berjalan dengan lancar dan Najib menunjukkan respons positif terhadap permintaan kerajaan negeri mengenai isu tersebut.
- "Saya berharap kami boleh bertemu dan duduk sama membincangkan isu ini. Saya beritahu perdana menteri, menteri perlu kekal mempertahankan semangat kefahaman yang tinggi dan perjanjian ini tidak terpisah daripada prinsip dan dasarnya.
- "Sekiranya anda kerap menukar matlamat, amat sukar untuk kerajaan negeri ikut," katanya merujuk kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
- Sebelum ini Azmin mengesahkan perjanjian penstrukturan air antara Selangor dan Putrajaya terlupus dan mendakwa keputusan tersebut ekoran tindakan kerajaan persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah negeri itu.
- Ongkili pula memberitahu The Star, pihaknya akan membawa isu itu ke mahkamah sekiranya tidak ada keputusan bersama yang dicapai berkenaan perjanjian tersebut.
- Mengulas kenyataan itu, Azmin berkata tindakan perundangan akan menjadi tindakan akhir kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tersebut. "Saya amat pasti kita boleh duduk dan berbincang," katanya.
- Sebelum ini, Ongkili menyifatkan Azmin cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Ongkli sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
- Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
- Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
- “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
- “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
- “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya.
Thursday, 12 March 2015
Akhirnya Azmin minta Najib selesai isu air Selangor
GST mampu turunkan harga kecuali peniaga menipu
- Ramai penganalisis ekonomi yakin penguatkuasaan GST mulai 1 April ini mampu menurunkan harga barang dan meningkatkan kuasa membeli rakyat.
- Jika ini berlaku, spekulasi bahawa pelaksanaan cukai baharu itu membebankan rakyat akan membuktikan pembohongan yang dijaja oleh pembangkang bakal merendahkan martabat mereka di mata rakyat.
- Penganalisis juga bersetuju pengecualian GST ke atas beberapa dalam barangan keperluan asas seperti petrol dan diesel, ubat-ubatan serta peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
- Profesor ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata keinginan rakyat berbelanja meningkat berikutan harga barangan keperluan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST akan turun.
- "Ini memberikan satu nikmat yang besar kepada rakyat, terutama penduduk luar bandar, dan pada masa yang sama mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan," katanya kepada Bernama.
- Dalam ucapan pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Sistem percukaian baharu itu akan dilaksanakan mulai 1 April ini.
- Najib berkata daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam 'kumpulan barangan' Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus.
- Mengulas lanjut, Amir Hussin berkata pertumbuhan ekonomi negara akan terus berkembang pesat menerusi perbelanjaan oleh rakyat dalam pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran pendapatan negara.
- Beliau berkata inflasi tidak akan berlaku menerusi kutipan cukai baharu berkenaan sekiranya para peniaga tidak mengambil kesempatan.
- Sementara itu, Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Mohd. Fuad Mat Jali berkata GST akan berhasil jika semua industri bekerjasama melaksanakannya.
- Mohd Fuad berkata pakatan pembangkang juga tidak seharusnya menjadikan isu GST sebagai modal untuk menarik perhatian rakyat dengan memanipulasikan fakta sebenar sistem percukaian yang jelas bermanfaat untuk pembangunan negara.
- "Bagaimanapun, sebagai rakyat yang bijak, kita harus berfikir secara rasional dengan mengkaji terlebih dahulu sama ada benar atau tidak fakta yang diutarakan," katanya.
- Sementara itu, Timbalan Pengarah Unit Teknikal Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Mohd Rozlan Mohamed Ali berkata sistem percukaian baharu ini bersifat cukai kepenggunaan yang mampu mendorong kestabilan ekonomi negara.
- Mohd Rozlan berkata menerusi pelaksanaan GST pematuhan cukai daripada kalangan penggiat industri akan lebih tinggi, sekali gus menyokong peningkatan pendapatan kerajaan.
- "Justeru, hasil kutipan cukai ini nanti boleh disalurkan kepada rakyat, terutama dalam soal pembangunan, kesejahteraan dan kebajikan mereka," katanya.
- Mohd Rozlan berkata rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, tidak akan terbeban menerusi pelaksanaan sistem cukai baharu itu, namun ia tetap bergantung kepada sikap membeli rakyat sendiri berdasarkan kemampuan mereka.
- Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMI Malaysia) Michael Kang berkata perluasan skop barangan dikecualikan GST akan menjadikan aktiviti perniagaan IKS lebih aktif kerana dapat membantu pengusaha mendapatkan bekalan pada kadar yang lebih rendah.
- Dalam pada itu, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Mohamad Alayuddin Che Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap peniaga yang berkemungkinan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang tidak dikenakan GST.
- Katanya sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab bijak mencari pelbagai alasan seperti menjadikan kenaikan harga minyak sebagai faktor untuk menaikkan harga produk jualan mereka.
- Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme lebih efisien bagi memastikan hak pengguna dilindungi daripada penggiat industri yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati menerusi pelaksanaan GST.
- "Mekanisme itu termasuk mewujudkan 'pusat panggilan' bagi memudahkan pengguna membuat aduan sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GSt," katanya.
Malang pengguna kena galas beban GST
- Rakyat Malaysia khususnya warga pengguna `kelas tiga' semakin gelisah dengan kehadiran GST tidak lama lagi kerana golongan peniaga dan korporat akan memindahkan beban cukai itu kepada mereka.
- Hasrat kerajaan mahu memastikan semua peniaga membayar cukai sekaligus memerangi money laundering memang tidak salah tetapi kesannya ialah pengguna akan terbeban dengan percukaian ini.
- Sudahlah selama ini kita (pengguna) dibebani dengan cukai pendapatan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat percukaian GST.
- Walaupun kerajaan menasihati atau memberi amaran agar kartel perniagaan jangan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, namun apakah mereka mahu dengan cakap kerajaan? Pasti tidak.
- Awal-awal lagi beberapa entiti korporat sudah mengeluarkan notis dan pekeliling yang mahu menaikkan caj perkhidmatan berikutan perlaksanaan GST mulai 1 April.
- Malahan restoran dan kedai mamak sudah mengenakan caj GST 6 peratus bersama cukai-cukai lain dan semuanya tertera dalam bil makanan dan minuman pelanggan biarpun April belum muncul lagi.
- Dari kedai kopi hinggalah ke Parlimen, semua orang berdebat soal GST. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Gema protes semakin kuat di sejak kebelakangan ini berbanding tahun lalu ketika GST diperkenalkan kepada rakyat.
- Dalam debat-debat umum itu ramai yang bertanya jika harga barangan dan perkhidmatan naik samada mendadak atau perlahan-lahan, apa kita (pengguna) nak buat? Ada yang jawab mudah, "Kerajaan kena buat penguatkuasaan melarang kartel perniagaan menaikkan harga". Ada juga minta rakyat boikot mana-mana peniaga yang meletakkan harga melampau.
- Semakin rancak debat umum di kedai kopi apabila ada yang bertanya, jika GST dibatalkan selepas beberapa ketika dilaksanakan, apakah harga barangan dan perkhidmatan akan kembali turun? Jawapannya sudah tentu tidak. Lihat saja bagaimana harga petrol turun baru-baru ini dan kartel peniaga enggan menurunkan harga masing-masing.
- Justeru itu, sebelum menanti kehadiran 1 April yang semakin dekat, apakah sempat rakyat mendesak kerajaan supaya membatalkan perlaksanaan GST? Mungkin juga tidak sempat kerana kerajaan sudah banyak `berbelanja' untuk melaksanakannya.
- Jika GST diteruskan juga, maka rakyat Malaysia tidak dapat menghalang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan itu mungkin tidak terasa bagi mereka yang berpendapatan tinggi tetapi sangat terkesan kepada golongan berpendapatan rendah.
- Sebab itulah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed meluahkan kerisauan mengenai perlaksanaan GST.
- Katanya, rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti GST jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.
- Sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.
- “Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.
- Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan Canselor Perdana University juga tidak bersetuju dengan cadangan pengasingan pendispensan ubat (DS) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.
- Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi doktor di klinik swasta, sistem yang diguna pakai sekarang iaitu doktor sendiri memberikan ubat kepada pesakit perlu dikekalkan kerana selain lebih murah, ia juga memudahkan pesakit.
- “Orang sakit ini tak ikut masa. Tetapi farmasi kerja tempoh tertentu sahaja jadi kalau kita suruh dapatkan ubat daripada dispensari kadang-kadang susah sikit lah, menjadi masalah kepada pesakit. Saya dulu pun bawa beg dengan ubat, kalau ada sakit bagi (ubat) serta-merta,” katanya.
- Belum sempat lagi rakyat berguling-guling dengan GST, kini kerajaan mahu mengasingkan ubat daripada klinik. Lepas satu bala datang, kini bala yang baru sudah menunggu di tepi pintu. Sebab itu Tun Mahathir dengan selamba berpesan “Batalkan GST atau kerajaan akan hilang banyak undi”
Subscribe to:
Posts (Atom)