Friday, 22 April 2011

Melayu Oh Melayu - Dr Mahathir Mohamad




By Dr Mahathir Mohamad


1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.


2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.
4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 

DM says bout RACISM


1. Every time I mention DAP's racism, the hackneyed rebuttal is that UMNO is a racial party, more than DAP.

2. UMNO, MCA and MIC are racial parties but they contest elections not under their own party names but as the Alliance or BN coalition. As a member of a multi-racial coalition they cannot promote only Malay, Chinese or Indian interests. They have coalesced into one political entity and their struggle is for all the races in that entity. The race based parties working together in the interest of members of all races lose their racial character.

3. The DAP, like the PAP, claims to be multi-racial but everyone knows the overwhelming majority of their members, supporters and their leaders are Chinese. And their struggle is principally against anything Malay and for what they claim to be Chinese rights. Their disguise that they are for Malaysians is exactly that - it is a disguise. No one is taken in by their claim to be multiracial.

Kunta Kinte: Trend politik dan ekonomi perkauman




Kunta Kinte nak ajak pembaca fikir sikit pasal perkauman di negara kita. Ada orang kata Malaysia jadi lebih perkauman lepas Pilihan Raya Umum 2008. Betul dan tak betul. Betul kalau kita anggap penolakan oleh pengundi Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai berbaur perkauman. Tak betul kalau kita anggap yang sebenarnya ditolak oleh orang Cina dan India adalah MCA, Gerakan dan MIC. Ertinya mereka tolak parti bangsa mereka sendiri. 

Mereka tolak tiga parti bangsa mereka sebab pada pandangan mereka, kerajaan BN yang mereka sokong dengan cukup kuat pada Pilihan Raya Umum 2004 telah tidak penuhi aspirasi mereka. Tapi bukan orang Cina dan India saja rasa macam tu. Orang Melayu pun ramai juga yang berasa macam tu juga. Mereka tarik balik undi yang mereka bagi kepada BN pada tahun 2004.


Orang Cina dan India sanggup undi pakatan pilihan raya yang gabungkan DAP, PKR dan PAS walaupun mereka tak percaya sangat kepada PAS. Mereka sokong pakatan itu kerana marah kepada BN. Kunta Kinte tak hairan sangat orang Cina sokong DAP. Kita kena ingat dan akui yang ramai orang Cina dari dulu lagi sokong parti fahaman kiri. Yang sokong MCA adalah golongan peniaga dan kapitalis. Sejak DAP ditubuhkan pada 1967 untuk teruskan legasi PAP, orang Cina tidak pernah tak sokong parti itu. Kalau tak secara terbuka, mereka sokong secara diam-diam. Ada masa mereka hanya sokong dengan semangat dan setia kawan dan ada masa sokong dengan undi. 

Orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera kena faham dan kena terima hakikat yang orang Cina sangat pandai bermain politik. Mereka pandai buat congak macam mana dan kepada siapa nak bagi undi mereka. Mereka tidak mahu menang jadi arang, kalah jadi abu. Mereka sanggup kalah bersorak asalkan kampung tak tergadai. Sebaliknya, kita tengok setiap kali ada bertaruhan, kampung orang Cina jadi lebih besar. 

Pada masa BN kuat kerana orang Melayu lebih bersatu padu, orang Cina tunjuk yang mereka sokong MCA dan Gerakan. Tapi bila mengundi, ramai diam-diam pangkah DAP. Tapi sejak Pilihan Raya Umum 2008, bila DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang menang besar dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, orang Cina tak sembunyi-sembunyi lagi sokong DAP. 

Perkara ini jadi tambah terang dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu. Orang Cina Sarawak tidak segan silu dedahkan perasaan mereka. Kerana itulah DAP yang sekian lama terumbang-ambing di Sarawak tiba-tiba berjaya gandakan kerusinya daripada enam kepada 12. Semua kerusi majoriti Cina ia sapu.
 
Kalau aliran ini tak berubah sampai pilihan raya umum akan datang, DAP ada harapan tambah kerusi Parlimen daripada dua kepada lima atau tujuh. Harapan DAP akan lebih cerah kalau ia berjaya tarik dan tambat hati kaum dan suku kaum Bumiputera di negeri itu. Ada orang kata orang Cina makin perkauman dalam politik, tapi orang Melayu kurang sikit pasal ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS dan ada yang sokong PKR. Tapi orang Cina mereka sokong parti Cina atau parti majoriti Cina macam MCA, DAP dan Gerakan. Dalam PRU 2008 majoriti orang Cina sokong DAP. 

Kunta Kinte rasa, bagi orang Cina, sokong DAP dan pakatan pembangkang adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas. Strategi serampang dua mata mereka ini gabungkan kuasa ekonomi dan kuasa politik orang Cina. 

Setelah berjaya kukuhkan ekonomi mereka hasil dasar dan projek perkembangan kerajaan BN, mereka sekarang berasa cukup yakin yang kepentingan dan monopoli ekonomi mereka tidak akan terjejas walaupun mereka tak lagi sokong BN. Malahan mereka yakin cara baru yang gabungan kuasa ekonomi dan politik ini akan tambah kukuhkan lagi kuasa dan pengaruh masyarakat Cina dalam ekonomi dan politik. 

Ada penganalisis politik kata, penghijrahan besar orang Cina daripada BN kepada pakatan pembangkang akan cetuskan reaksi orang Melayu yang akan balik semula menyokong BN kerana takut hilang kuasa kepada orang Cina. 

Kunta Kinte tak mahu buat apa-apa ramalan. Yang Kunta Kinte nak kata adalah perkauman susah nak dipisahkan daripada politik negara kita kerana kita terlalu bertolak ansur dalam hal mewujudkan sistem dan institusi yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Kita selalu sebut kalau nak lentur buluh biar dari waktu ia masih rebung. Berdasarkan pengalaman Kunta Kinte bersekolah dan belajar hidup dalam masyarakat majmuk, tidak ada permulaan yang lebih baik daripada di bangku sekolah. 

Tapi hari ini, selepas lebih 53 tahun merdeka, sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan sekolah jenis kebangsaan dan semakin ramai orang Malaysia tidak fasih Bahasa Kebangsaan, tidak bersemangat Malaysia dan nampak-nampaknya tambah perkauman. Wallahualam.