Sekalipun rasmi sudah menolak
jemputan untuk jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, namun kisah hidup
Ustaz Mohd Kazim Elias, seorang pendakwah bebas terus menarik perhatian semua
pihak.
Bagi penduduk di sekitar gugusan
Manjoi, Ipoh mereka sering terserempak dengan Ustaz Kazim kerana pusat
pendidikan Al Barakah yang dikelolanya terletak di situ. Tetapi ini tidak
bererti sesiapa saja boleh menemuinya.
Maklum sajalah sebagai seorang
pendakwah yang sibuk dan paling popular, programnya sentiasa padat sejak
selepas solat subuh lagi. Kalau dapat bertemu dengannya di sekolahnya dianggap
satu rezeki.
Kesibukan beliau itu bukan sejak
sebulan dua kebelakangan ini. Ia berlarutan sejak lama dulu walaupun
kesihatanya sering terganggu. Beliau secara berterus terang memberitahu para
peminatnya bahawa kesihatannya agak “serius” sehingga doKtor yang merawatnya
meminta beliau “ambil cuti dan berehat.”
Tapi biasalah nasihat doKtor itu
tidak diendahkan. Maka inilah punca dia beberapa kali membayangkan nak berhenti
berceramah. Pada 9 Disember lalu Ustaz Kazim merakam mengenai tahap
kesihatannya begini:
“Memang kena berehat, sangat2
lemah seluruh badan. Doktor pun hanya geleng kepala, ustaz tolonglah sayang diri
ustaz juga. Saat2 begini saya teringat lagu Sudirman yang sangat menyentuh
hati. Gerimis di lautan, mendayung sampan ke kuala, pada rambulan punggok
merayu...”
Beberapa bulan lalu Ustaz Kazim
membuat kejutan dengan memaklumkan kepada umum bahawa beliau bercadang untuk
berhenti berceramah pada 28 November. Salah satu faKtor ialah kesihatannya yang
semakin tidak mengizinkan. Beliau pernah dirawat di hospital di bandaraya Ipoh
kerana penyakit yang dihidapi.
Selain dari itu, beliau juga kecewa
kerana menerima ugutan dari mereka yang mahu mencederakannya. Keluarganya turut
terkena tempias dari mereka yang sering memfitnahnya. Sebuah akhbar tabloid
pernah menyiarkan laporan ini mendedahkan ancaman maut itu.
Tetapi menjelang 28 November,
mungkin kasihan kepada peminat, beliau masih kelihatan di pentas ceramah. Sebenar
tidaklah sukar menemui Ustaz Kazim kerana pusat pendidikan AlBarakah
kelolaannya, yang merupakan mercu tanda bagi penduduk di kawasan Manjoi,
terbuka kepada sesiapa saja untuk berkunjung. Dan sebagai idola,mereka, Ustaz
Kazim terus diburu peminatnya.
Bagi yang duduk di luar Manjoi
atau di luar bandaraya Ipoh, mereka mengikuti perkembangan hidup Ustaz Kazim
seperti program hariannya melalui FBnya. Sehingga kini FBnya mencecah 690,140
likes. Atau dengan lain perkataan lebih setengah juta orang sukakan FBnya dan
tidak jemu mengikutinya.
Bakat semula jadi dalam bidang
penulisan dimenafaat melalui entri dalam FBnya. Ia nyata sangat aktif. Bahasanya
mudah serta ceritanya penuh dengan humour. Ustaz Kazim juga masih muncul dalam
program TV Astro. Dengan itu mereka yang meminatinya berpeluang menghabiskan masa
mengikuti program berkenaan.
Mari kita ikuti komennya dalam
FBnya seperti berikut: “Harap2 malam ni sihat le untuk jadi juri pencetus
ummah, cadang nak bercuti tapi saya rasa mungkin saya bercuti di hospital lagi
la, setiap kali makan ubat, segenggam ubat 2 kali sehari, dah nak terkeluar
balik rasanya bila telan ubat tu. Esok last buat ceramah walaupun sepatutnya 28
Nov lepas dah stop tapi dah janji kena tunaikan jugak jemputan tu, ramai tanya
sampai bila ustaz nak berehat, nak bersara dari berceramah?
“Saya jawab saya tumpu dakwah kat
sekolah saya dan TV serta radio aje. Bagi lah orang muda berceramah pulak, saya
ngajar sekitar Ipoh udah le. Sakit saya ni makin terasa, ditambah lagi sakit
akibat dicerca, dimaki, dibabikan, Alhamdulillah. Malam ni kita jumpa di Astro
Oasis 106.
Kalau malam ni muka saya tak
ceria, jangan komplen ye. Saya memang tak sihat. Cerita Ustaz Kazim nak ambil
cuti panjang sering dijadikan bahan dalam FBnya. Soalnya jadi ke ustaz kita ni
nak berhenti berceramah?. Pada 27 Nov lalu, beliau memaklumkan tentang proram
Kalau dah Jodoh, satu program TV paling tinggi ratingnya bakal disambung semula.
Mengulas isu ini, Ustaz Kazim
berkata: “Insyaallah, rancangan Kalau Dah Jodoh disambung untuk musim kedua
bermula Disember ini, dan akan disiarkan bulan Feb 2014. Syukur KDJ
melepasi sempadan bahasa dan agama yang menontonnya,
Insyaallah kita akan isi dgn tambahan maklumat dan setting lebih kemas serta
tajuk2 yang semasa.
“Sebanyak 17 episod akan dirakam di 17 lokasi terpilih. Ada
orang tanya,"Ustaz kalau rancangan KDJ disambung balik, maknanya ustaz tak
jadi bersara dr berceramah lah ye?" Saya jawab."Rasa2nya la
kot..."hah2 jgn maraa aaa”
Ustaz Kazim turut memberikan
nasihat melalui laman FBnya kepada soalan yang sering dibangkitkan. Sama ada
melalui telefon ataupun laman FB, nasihat diberi bagi menyelesai masalah. Sebagai
contoh entri terbaru melalui FBnya, Ustaz Kazim bercakap mengenai hubungan anak
dengan seorang ibu. Berikut tulisannya:
“Ustaz, makcik nak minta tolong
sikit boleh? Nape makcik, kalau boleh tolong saya tolong, jawab saya. Anak makcik dah 15 tahun
tak balik rumah, lelaki ustaz anak saya tu. Nape dia tak balik makcik? Entah la
ustaz, makcik pi rumah dia di KL pun dia tak nak jumpa. Astaghfirullah, MasyaAllah.
Sedih saya tengok makcik ni, umur 60an, sakit lutut, dia cari saya naik teksi, minta
tolong buat solat hajat, dia rindu anak dia. Dia menjanda seumur 25 tahun, tak
kawin2 selepas tu, nak tumpu jaga anak, dia bukan nak duit anak dia cuma nak
bermesra bermanja anak ngan ibu. Menangis depan saya teresak2, kata dia macam2
usaha nak berbaik tapi anak tetap tak mau pulang ke kampung. Anak dia sekarang
kerja besar, tapi sayang ibu sendiri diabaikan.
Kesian kat ibu kita, terlalu banyak
susah payah mereka, setitik susu ibu yg mengalir dalam badan kita tak terbalas
walau dibayar berjuta ringgit, Redha Allah letaknya pada redha mak ayah, dah
mak takde nanti baru kita tau sunyinya hidup ini. Bagi anak makcik tadi kalau baca
tulisan ni, balik la, jumpa mak, peluk mak, mohon la ampun sementara mak masih
ada.
Kalau terasa pada hati, buang
jauh2 perasaan tu, balik la, sian kat mak.” Kepada lelaki atau suami yang “take
things for granted” soal kesihatan isteri selepas bersalin, Ustaz Kazim
berpesan dalam FBnya begini:
“Saya berleter kat seorang kawan
yang isterinya baru 4 hari bersalin tapi dah membasuh kain lampin anaknya. Saya
kata tak kesian kat isteri ke? Saya ajar dia bakar tungku, ajar dia cara dandan
rambut isteri, buat bubur, cara pakai lampin anak, banyak la perkara berkaitan
dgn org pantang ni.
Skrg anaknya dah dekat 10 orang,
kalah tok guru dia. Kegemaran saya menungku, kalau isteri saya menungku pasti saya
pun tungku sekali. Hari tu pak mertua saya tgok saya menungku, dia tanya, ni
sapa yang bersalin ni?”
Ustaz Kazim juga bercerita rumah
jirannya (di Manjoi) ditenggelami banjir. “Malam2 ni teringat kat mangsa
banjir, ujian Allah. Kita doa sama2 buat solat hajat, moga Allah pelihara
semua. Ingat masa rumah saya dilanda banjir, jiran2 pindah kat dewan orang
ramai. Rumah saya agak tinggi jiran2 mai tumpang tidur, tu baru banjir kilat
kejap je mcmana la sahabat di tempat2 yg dilanda banjir sekarang ni. Ya Allah
kasihanilah kami Ya Allah.”
Kita terpanggil menyiar semula
komen FBnya sebab-sebab dia menolak perlantikan MT UMNO. “Pertemuan saya dengan
Perdana Menteri sangat terbuka, beliau menjelaskan rasional dan risiko melantik
saya ke jawatan MT UMNO. Beliau sangat berharap supaya idea saya selama ini dalam
ceramah dapat direalisasikan dengan adanya saya memegang jawatan.
Beliau meminta saya mengemudi
peringkat akar umbi bermula dari tadika ke sekolah menengah, merangka program
bersepadu supaya anak2 muda mencinta Islam dan berakhlak mulia. Beliau juga harap
supaya penyatuan umat Islam menjadi kenyataan.
Rupanya dia ikuti ceramah saya
dan memberi segala sokongan untuk kelangsungan dakwah saya walaupun dia tahu
saya bukan dari aliran UMNO. Beliau nak membuktikan bahawa UMNO tidak menolak
agamawan dan nak saya jadi pemangkin peranan belia.
Dia tak nak saya bertanding apa
jawatan dan tak lantik saya untuk pegang jawatan kabinet supaya saya terus
boleh menumpukan pada kerja dakwah. Saya fikir sangat molek usahanya. Inilah
peluang orang biasa bercakap langsung kepada pimpinan negara.
Dalam sejam pertemuan dgnnya saya
kemuka lima pandangan, Beliau terima dengan baik. Tapi itulah keputusan saya,
walaupun berat tapi kekecewaan yang menghiris hati, tekanan kiri kanan yang
saya hadapi, yang tak boleh saya luahkan di sini dan saya merasakan keselesaan yang
lebih dengan menjadi penceramah bebas, mendorong saya mengambil keputusan menarik
diri dari lantikan tersebut.
Bagi yang mfitnah, mengumpat,
mencaci, mengutuk seolah2 jahat sungguh lantikan ini, jahat sungguh saya, atas
kata nista itu saya serahkan pada Allah. Sampai hati panggil saya ustaz
khinzir. Wallahi saya mengadu pada Allah atas kata2 kalian. Inikah yang dikatakan
perjuangan Islam? Memaki dan memfitnah? Apa ingat saya kemaruk kuasa wang dan
pangkat?
Maafkan saya Dato Seri, saya
doakan niat murni Dato Seri akan dimakbulkan Allah dan bagi semua yang menyokong
saya, terima kasih semua, kita jalan macam biasa kerja dakwah kita. Bagi yang
perasan telah sempurna iman sampai boleh kata org lain munafik, bakal ahli
neraka, babi, anjing dll, ingatlah Akhirat itu ada dan Allah akan membalasnya.
“Aku serah padamu Ya Allah. Saya sangat
selesa sebagai pendakwah dan maafkan saya lagi sekali Dato Seri Mohd Najib Tun
Abd Razak. Dua keputusan saya. Pertama, Keluar Pas. Kedua, Tak masuk UMNO.
Semoga Allah merahmati keputusan ini. Yang penting saya masih ISLAM walaupun
tiada parti dan bendera di baju saya.”
Ok, sebelum kita akhiri rencana
ini, kita ikuti kisah hidup Ustaz Kazim dari kaca matanya seperti ditulis dalam
entrinya tidak berapa lama dulu:
“Saya lahir pada 28 Nov 1972,
6.45 pagi di Kampung Paya, Batu Kurau Perak. Ayah saya Elias bin Che Mat, mak
Nadzirah binti Ismail. Mak melahirkan 11 anak, 2 daripadanya meninggal dunia
waktu kecil. Ayah kerjanya menternak lembu dan kerbau, menjadi bilal masjid.
Masa baby tu, mak saya kata saya
kuat menangis, siang malam asyik menangis, macam Ahmad Albab gamaknya ye? Pernah
satu hari, ayah tak tahan, dia ambik saya dan dijemurkan di tengah panas di halaman
rumah, sebab tu saya gelap sikit kut.
Ayah pandai bersilat, tarannum Al
quran dan mengajar agama ketika tu. Abg2 cakap ayah tegas dan mesti bawa mereka
untuk solat berjemaah di masjid. Saya tanya mak, mak panggil apa ayah? Mak kata
Abg Aji atau Akhi, dia tak banyak bercakap tapi selalu bergurau.
Kalau kenduri kendara dialah
kepala marhaban dan Qasidah. Ilmu itu turun pada abang saya, Hasbullah. Kelakar,
turun pada saya. Pandai tarannum dapat pada abang saya Najmuddin. Meniaga, turun
pada Abg Khalil. Pandai cari duit dapat pada Kak Enon, bila dia marah dia
berleter dapat kat Kak Mek, kuat bekerja dan rajin dapat kak E. Banyak anak
belum dapat kat sapa2, mungkin saya kot sebab ada 5 anak setakat ni.
Di kampong, orang panggil dia Pak
Aji sebab dia pi haji ketika umur 14 tahun. Dia jual daging lembu dan jual
kerbau, selalu dia naik lori bawa binatang2 untuk di hantar kepada pembeli atau
untuk menjual daging. Satu hari pada bulan Jun 1973, ayah saya terlibat dalam kemalangan,
dia tergelincir dari atas lori yang sedang bergerak dan jatuh keatas jalan tar
di pekan Batu Kurau. Dia meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Masa tu
umurnya 36 tahun dan saya pula berumur 8 bulan.”- OLEH YUSOF HARUN.