- Pemimpin Melayu celup DAP, Zairil Khir Johari cuba mengajar Melayu cara mengembalikan maruah bangsa teras melalui tulisannya dalam portal berita Roketkini versi Bahasa Melayu yang dibina khas untuk mempengaruhi orang Melayu supaya mencintai DAP.
- Tetapi tulisannya tidak menjurus ke arah itu, sebaliknya dia mengajak Melayu berusaha memulihkan maruah kaum Cina (bangsa asal Zairil) yang sudah tercalar baru-baru ini akibat kempen pemboikotan kartel perniagaan bangsa Cina.
- Tajuk artikel Zairil cukup menggiurkan iaitu `Kembalikan kemuliaan dan maruah Melayu’. Malangnya dia memulakan langkah dengan mendakwa selepas hampir 60 tahun merdeka, Malaysia masih terjerat dalam kancah perkauman dalam segala aspek kehidupan.
- Sudah diduga tulisannya mengambil contoh isu kenaikan harga barang yang dibawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
- Zairil menuduh menteri itu mengetepikan logik dan kewarasan apabila menyeru masyarakat Melayu memboikot perniagaan milik bangsa Cina untuk memaksa peniaga menurunkan harga. Oldtown White Coffee adalah antara contoh “kedai Cina” yang patut diboikot.
- Bagi menyelamatkan maruah peniaga Cina, Zairil mendakwa harga barangan dikawal nilai ringgit dan monopoli kerajaan terhadap komoditi dan utiliti seperti minyak, gas, gula, beras dan kadar elektrik.
- Zairil gagal mempengaruhi pembaca kerana pelajar sekolah pun faham bahawa harga minyak petrol sudah turun beberapa bulan lalu, tetapi peniaga Cina enggan berbuat demikain dengan pelbagai alasan.
- Namun apabila harga minyak naik, tak sampai 24 jam kartel perniagaan Cina menaikkan harga barangan dan perkhidmatan tanpa kompromi.
- Penipuan sebeginilah yang perlu ditentang habis-habisan walaupun menerusi kempen pemboikotan oleh bangsa Melayu yang mewakili 65 peratus penduduk dan pengguna di Malaysia.
- Kartel perniagaan Cina di Malaysia cukup gelisah dengan pemboikotan itu, lalu Zairil kononnya ditakdirkan muncul untuk mengajak bangsa Melayu supaya menolak kempen pemboikotan itu.
- Dia mendakwa memboikot peniaga Cina tidak masuk akal kerana peniaga Cina tidak memaksa sesiapa melanggan di kedainya. Jika harga yang ditawarkan tidak berpatutan, pengguna boleh mencari alternatif lain.
- Alternatif apa yang ada jika semua barangan keperluan utama dikeluarkan oleh peniaga Cina. Bodoh sangatkah Zairil untuk memahami hakikat itu. Sebab itulah kempen pemboikotan itu perlu kerana kerajaan tidak cukup kakitangan untuk memantau penipuan harga di kalangan peniaga Cina di seluruh Malaysia.
- Zairil terus `melalut' dalam tulisannya kerana rangkaian restoran Oldtown White Coffee yang dinamakan oleh menteri sebagai contoh perniagaan Cina yang harus diboikot.
- Melayu celup DAP itu menamakan beberapa pemegang saham syarikat Melayu dalam Oldtown White Coffee tetapi dia lupa nak semak berapa ramai pengusaha Melayu dalam rangkaian restoran itu di seluruh Malaysia. Bagi contoh satu sudah bagus kalau ada.
- Tak payahlah nak berdebat soal Oldtown White Coffee kerana sudah banyak laporan mengatakan syarikat itu memang `rasis' dan mengakui tak mahu beri sebarang peluang perniagaan kepada bangsa Melayu melainkan menjadi buruh kuota saja.
- Dalam Roketkini, Zairil terus `menebas' dan memperkecil maruah bangsa Melayu kerana menyokong Ismail Sabri, bukannya mahu mengembalikan maruah bangsa itu seperti yang dijanjikannya dalam kepala tajuk tulisannya itu.
- Dalam mengula-gulakan bangsa Melayu supaya mencintai DAP, Zairil bercerita soal besarnya jiwa bangsa Melayu Pulau Pinang di zaman silam dan pra-merdeka di mana budaya keintelektualan telah berkembang subur.
- Pulau Pinang dikatakan peneraju idea pencerahan (enlightenment) atau pembaharuan (islah) dengan munculnya sekian banyak institusi pencetakan di negeri ini, termasuk Jelutong Press yang diterajui Tuan Guru Yusof Rawa. Malah, sebelum Perang Dunia Kedua, Pulau Pinang merupakan negeri yang memiliki jumlah mesin cetak terbanyak di Semenanjung Tanah Melayu.
- Selain menerbitkan tafsir Al-Quran, akhbar, majalah dan buku-buku penting seperti al-Ikhwan, Saudara, dan Hikayat Faridah Hanom, Pulau Pinang juga menjadi pangkalan bagi ramai tokoh pemikir moden utama, antaranya Syed Sheikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu, Za’ba, dan Abdul Rahim Kajai.
- Pulau Pinang juga mempelopori sistem pendidikan moden di negara ini. Penang Free School, umpamanya, telah diasaskan pada tahun 1816 dan kini merupakan sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.
- Bahkan itu, sistem sekolah pondok juga berkembang pesat di negeri ini, sehinggakan pada tahun 1918 Syed Sheikh al-Hadi serta beberapa tokoh lain telah membina Madrasah Al-Mashoor, yang sering dirujuk sebagai sekolah pondok dengan sistem pendidikan moden pertama di negara ini.
- Demikian juga halnya dalam bidang-bidang lain, Pulau Pinang telah menghadiahkan negara ini dengan ramai bakat seni dan budaya besar seperti penggubah lagu Datuk Ahmad Nawab, hero filem klasik Melayu Nordin Ahmad, sasterawan Negara Dato’ Nordin Hassan dan Prof Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara), serta satu-satunya Seniman Agung Negara, Tan Sri P Ramlee.
- Selepas bercerita soal sejarah Melayu Pulau Pinang, Zairil mula mempersoal mengapa Melayu rapuh dalam tempoh 60 tahun selepas merdeka.
- Lalu dia berhujah cara fikir atau cara pandang alam bangsa Melayu yang makin hari makin terkepung akibat kawalan dan pengaruh daripada pihak pemerintah.
- Dia menuduh kesilapan bermula dengan buku Revolusi Mental pada tahun 1971 dengan matlamat untuk merubah sikap dan pemikiran orang Melayu agar menjadi bangsa berdaya saing, terpuji dan mampu berdikari.
- Zairil belum lahir pada tahun itu tetapi beriya-iya mendakwa bahawa cara pandang Revolusi Mental terhadap keperibadian Melayu sangat menghina dan meremehkan bangsa.
- Sambil `cut and paste’ sebuah buku, Zairil cuba meraih perhatian bangsa Melayu dengan mendakwa Revolusi Mental telah dikritik hebat oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya `Siapa yang Salah', `Sekitar Revolusi Mental' dan `Keperibadian Melayu' (1974).
- Sekali lagi dia `cut and paste’ buku `The Malay Dilemma' (1970) karya Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengajukan hal yang sama, bahawa kemunduran kaum Melayu itu disebabkan perwatakannya yang dibentuk oleh iklim persekitaran.
- Menurut Mahathir, Melayu menjadi kurang rajin dan tidak produktif akibat keadaan hidupnya yang selesa dan tenteram di atas bumi yang subur serta tidak dilanda bencana alam yang dahsyat sebagaimana di China dan India.
- Lalu Zairil mendakwa hujah teori penentuan iklim (climate determination) sebagai cara pandang pemimpin Umno mengenai bangsanya sendiri pada waktu itu.
- Seterusnya Zairil menuduh Umno tidak mempunyai suatu gagasan yang jelas untuk memajukan Melayu, malah hujah-hujah mereka ini sebenarnya menghina dan meremehkan bangsa yang kononnya diperjuangkan mereka.
- Dengan menggunakan sumber buku-buku itu, Zairil mengajak Melayu mencintai DAP dengan membebaskan diri daripada jerat politik perkauman dan cengkaman minda terkepung yang kononnya ciptaan Umno.
- Zairil juga mengajak Melayu menggapai kemenangan dalam DAP dengan memajukan diri dan bangsa dengan merubah cara pandang alam dengan minda dan hati terbuka.
- Lebih penting sekali, Zairil mengajak Melayu mengembalikan maruah dengan tidak menyekat orang lain (bangsa Cina) demi meningkatkan diri.
- Penutup tulisan Zairil itulah sebenarnya hasrat utama Melayu celup itu untuk menyuarakan hasrat DAP dan bangsa Cina chauvinis yang diwakilinya.
- Diulangi kata kunci Zairil, “Kembalikan maruah Melayu dengan tidak menyekat orang lain (bangsa Cina)”. Inilah kata semangat yang sebenarnya mahu memulihkan maruah bangsa kapitalis Cina, bukannya mengembalikan maruah Melayu.
- Lojiknya jika kegiatan dan perniagaan Cina di Malaysia tidak disekat atau dicatu, sudah pasti penguasaan ekonomi yang sekarang ini 90 peratus akan menjadi 100 peratus. Itulah yang diminta oleh Zairil.
- Rasionalnya boleh kita lihat apa yang berlaku kepada Melayu Singapura. Kuasa presiden pertama diberikan kepada Melayu tetapi pendek tempohnya. Selepas itu Cina menguasainya sampai sekarang dan dari aspek ekonomi, 100 peratus dikuasai bangsa Cina.
- Doktrin keterbukaan sebeginilah yang mahu diterapkan oleh DAP dalam minda bangsa Melayu. Sebab itu mereka gunakan Zairul (Melayu celup) sebagai alat untuk menarik perhatian bangsa Melayu supaya lebih menyayangi DAP.
- Jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya pada PRU14 atau bila-bila sekali pun, DAP sanggup gadaikan jawatan Perdana Menteri pertama kepada bangsa Melayu seperti Anwar Ibrahim yang mudah diheret keluar masuk penjara. Yang kekal nanti pastinya Perdana Menteri di kalangan bangsa Cina untuk 1,000 tahun akan datang.
- Lalu Zairil diberi tugas menulis pojok dengan memuja kemajuan Melayu Pulau Pinang di zaman silam dan pra-merdeka, sambil mengajak Melayu mengembalikan maruah bangsa hari ini di bawah panji-panji DAP.
- Persoalannya apakah kejayaan DAP di pulau itu untuk mengembalikan maruah Melayu, harta Melayu dan perniagaan Melayu yang telah dirampas selama ini? Sudah dikembalikankah semua itu? Pesan Melayu buat Zairil, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
Tuesday, 17 March 2015
Zairil hasut Melayu jangan sekat pacuan ekonomi Cina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment