- Orang ramai merasa lega sedikit dengan langkah terbaru Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam. Ia dibuat hasil arahan kabinet yang melihat langkah itu tidak sesuai pada masa ini.
- Secara ringkas pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan bahawa kabinet mempunyai kuasa untuk menangguhkan kenaikan tambang berkenaan.
- “SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang. Kabinet mempunyai kuasa dan kami akan ikut arahan. Tidak perlu wujud persengketaan,” katanya dalam laporan Buletin Utama TV3.
- Permintaan penangguhan kenaikan kadar tambang itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memaklumkan bahawa Kabinet sudah meminta suruhanjaya berkenaan berbuat demikian kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.
- Muhyiddin berkata, kenaikan itu menyusahkan rakyat yang kini sedia terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
- “Kabinet berpendapat asas untuk kenaikan itu ada, cuma soal yang berbangkit tidak sesuai ketika ini. Beban pengguna mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar yang menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
- Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, penangguhan berkenaan juga dibuat kerana waktunya hampir dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
- SPAD perlu menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti. Selain itu, SPAD boleh membawa perkara itu ke Kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak. Ambil kira pandangan semua walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya.
- Sebelum ini orang ramai kelam kabut apabila SPAD mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus, manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus, berkuat kuasa bermula 15 Mei ini.
- Penyelarasan itu mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.
Sunday, 22 March 2015
Lega kenaikan tambang pengangkutan awam ditangguh
Soi Lek hasut Cina tolak Islam, Najib diharap perkukuh Islam
- Chua Soi Lek (MCA) yang popular dengan skandal seks suatu ketika dulu tiba-tiba muncul dengan kenyataan akhbar `menghasut’ MCA supaya menghalang UMNO menyokong rang undang-undang hudud di Parlimen.
- Dia juga meminta parti Cina dalam BN (MCA dan Gerakan) supaya jangan menyalahkan DAP dalam isu hudud. Maknanya jika 88 ahli Parlimen Melayu UMNO sokong usul hudud di Parlimen, MCA dan Gerakan wajib menentang UMNO.
- Dengan angkuh Soi Lek meramal UMNO tidak akan menyokong rang undang-undang peribadi (private members’ bills) Kelantan yang bakal dibentang Mei depan bagi membenarkan negeri itu melaksana undang-undang Islam itu.
- Agaknya sebab itulah `gurkanya’ yang juga Presiden MCA, Liow Tiong Lai tak semena mena panggil mesyuarat tergempar di kalangan komponen BN. Kepada media dia jelaskan ia dibuat bagi memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.
- Namun khabarnya dia mahu semua ketua komponen mendesak PM supaya mengarahkan ahli Parlimen Umno jangan menyokong usul hudud atau BN akan terima risiko perpercahan lebih teruk terutama di Sabah dan Sarawak serta mungkin kalah PRU14.
- Sebab itu bila media bertanya, apa pendirian komponen BN bukan Melayu dalam hal hudud, Tiong Lai tak jawab sebaliknya memberitahu, PM akan membuat pengumuman mengenai isu itu sehari dua lagi. Media sedia maklum PM sedang sibuk dengan walimatul urus anaknya tetapi musykil dengan tindakan Tiong Lai memanggil mesyuarat tergempar itu.
- Sehari selepas itu, bagaikan wayang opera Cina, Soi Lek pula membuat kenyataan akhbar jika Umno sokong juga hudud di Parlimen, MCA tidak boleh abaikan `the elephant in the room’. Kenyataan itu seperti sudah dirancang oleh semua pemimpin tertinggi MCA dan Gerakan.
- Soi Lek membayangkan komuniti Cina Malaysia mengharapkan MCA berbuat sesuatu dan inilah masanya parti itu buktikan kepimpinan.
- Lalu tokoh kontroversi itu membuka cerita lama ketika dia menjadi presiden MCA dengan mendakwa PM telah mengarahkan beliau supaya tidak terlalu keras (tone down) membidas Kanun Jenayah Syariah Islam kerana ia boleh meletakkan MCA sebagai parti anti-Islam.
- Bagi Cina DAP pula, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sudah berulang kali menjelaskan bahawa parti itu akan menentukan kedudukannya dalam pakatan haram tidak lama lagi.
- Berikutan senario itu, PKR telah membuat ketetapan untuk tidak menyokong hudud di Parlimen nanti. Ia dijelaskan oleh presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail.
- Bagaimanapun PAS tidak bimbang dengan ugutan parti-parti Cina itu dan yakin sokongan Umno saja sudah mencukupi untuk rang undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan. Pas hanya memerlukan majoriti mudah iaitu 112 ahli parlimen sahaja.
- PAS ada 21 kerusi dan Umno ada 88 kerusi, masih kurang empat kerusi muntu membentuk majoriti mudah. PKR ada 15 ahli parlimen Islam dan DAP ada dua orang.
- Dalam Pas sendiri ada Pasma yang bersekutu dengan PKR. Sudah tentu ahli parlimen mereka akan berjuang untuk PKR kerana mereka cintakan pakatan haram melebihi perundangan itu sendiri, menjadikan Pas dalam dilemma.
- Tanpa sokongan Umno, tidak mungkin rang undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. Namun sistem undian dalam Parlimen jauh berbeza dengan SPR.
- Jika ada ramai ahli parlimen tidak mengangkat tangan ketika usul itu dibacakan, ini bererti mereka secara otomatik menyokong tapi tidak mahu bertanggungjawab atas rang undang-undang itu jika diluluskan. Ini bererti peluang untuk usul itu diluluskan amat cerah jika ramai ahli parlimen enggan angkat tangan.
- Persoalan di sini mengapa MCA dan Gerakan terkinja-kinja mahu Umno menolak usul hudud. Khabarnya mereka malu kepada masyarakat Cina di Malaysia kerana gagal berjuang menjaga kepentingan bangsa dan agama kaum mereka.
- Jika Umno tolak, semua parti-parti Cina, tak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang akan melompat gembira kerana hak dan kepentingan mereka terpelihara dan dipulihara. Jika Umno tolak, bererti perungandan Islam gagal disempurnakan sekaligus melanbangkan kegagalan Umno yang sepatutunya menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam.
- Najib bakal mengumumkan satu keputusan yang paling besar dalam sejarah Melayu Islam Malaysia di abad ini. Debaran semakin terasa. - Lani Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)