Bagi mereka yang kerap ke pasar membeli keperluan dapur, perubahan
harga pasti dapat dirasakan. Biarpun KPDNKK menyatakan harga tidak banyak
berubah, hakikatnya pengguna terpaksa berbelanja lebih dengan nilai wang
semakin kecil.
Secara mudah, pengguna boleh menyalahkan kerajaan kerana
masalah berkenaan. Namun bagi mereka yang berfikiran waras dan sedar bahawa
kerajaan bukannya penentu harga, pasti akan melihat masalah sebenar berakar
umbi daripada golongan pemborong.
Mereka antara golongan yang tidak tersentuh dek
undang-undang, begitu berkuasa dalam menentukan harga dan memberi tekanan ke
atas rakyat namun mereka tidak pernah dipersalahkan.
Beberapa bulan kebelakangan ini, kita melihat sendiri
bagaimana persatuan pemborong, termasuk mereka yang menyediakan perkhidmatan
seperti persatuan pengusaha bas sekolah, melakukan tekanan kepada pihak
kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran.
Sekalipun kerajaan memberi amaran akan bertindak tegas,
mereka langsung tidak takut. Malah mewujudkan persepsi umum bahawa kerajaan
tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memberi amaran kosong.
Persatuan perniagaan yang berasaskan makanan juga turut
menggunakan alasan pertambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan.
Malah antara alasan yang digunakan ialah, negeri China sedang dilanda banjir
dan negara berkenaan telah mengurangkan eksport gandum. Semuanya semata-mata
untuk mewajarkan kenaikan harga dilakukan oleh mereka.
Sekalipun industri perikanan di bawah kuasa LKIM namun
kegiatan pemborong seolah-olah tidak tertakluk di bawah Kementerian Pertanian,
LKIM dan KPDNKK. Seringkali kegiatan menaikkan harga dilakukan oleh
pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan menggunakan
alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan kotak
bercip.
Penghujung 2013 menyaksikan pemborong terus menaikkan harga
berasaskan makanan tanpa sebarang rasa bersalah. Yang menjadi mangsa adalah pengguna.
Apabila ditanya, para pekedai dan peruncit menyatakan pemborong telah menaikkan
harga.
Menariknya, apabila ditanya pemborong, mereka menuding jari ke
arah kerajaan. Kononnya, kerajaan yang menaikkan harga dan ramai percaya dengan
tohmahan pemborong yang kebanyakannya bermata sepet.
Kerajaan dipersalah kerana membuat keputusan berhubung tarif
elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi selain membuat penentuan harga
terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan sebagainya.
Seringkali keputusan kerajaan tertakluk kepada tekanan
daripada para pemborong. Bagi mengelak kekurangan barangan di pasaran, kerajaan
akhirnya terpaksa berlembut hati dan menaikkan harga. Selain itu terdapat juga
faktor perjanjian seperti dalam kes tarif elektrik yang menyebabkan kerajaan
terpaksa akur.
Kebanyakan rakyat, khususnya yang terpengaruh dengan
perangkap pemborong yang berselindung di belakang parti-parti politik tertentu.
Yang jelas DAP yang mendukung perjuangan bangsa Cina segera menyalahkan kerajaan
bagi sebarang kenaikan harga.
Mereka melihat Kerajaan Malaysia seperti kerajaan komunis
dan kerajaan sosialis yang membuat penentuan bagi segala harga, kawalan bekalan
dan pengedaran. Kekurangan barangan segera dipersalahkan kepada kerajaan
walaupun pemborong sebenarnya yang menyorok barangan bagi membolehkan tekanan
kepada permintaan dan harga dinaikkan.
Itu yang sedang berlaku di Malaysia. Kuasa sebenar di
Malaysia bukanlah kerajaan sebaliknya pemborong. Pemborong melakukan
tekanan dan pemborong membiayai
sekumpulan orang untuk mempercepatkan tekanan menerusi demonstrasi dan kerja
huru-hara yang lain, tetapi sebahagian rakyat tetap melihat Kerajaan yang
bersalah. Pemborong mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan
dipersalahkan.
Ramai berkata, pemecahan monopoli merupakan satu-satunya
jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pemecahan monopoli seperti
yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri gula dan tepung serta minyak masak,
tetap tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan pasaran terus huru-hara
apabila pihak yang monopolinya telah dipecahkan, bertindak membiayai
pembangkang dan menyalahkan kerajaan selain mengurangkan bekalan bagi
meningkatkan harga.
Amat malang bagi sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya
seringkali berfikiran secara singkat dan gagal mempraktikkan ilmu pengetahuan
asas yang mereka pelajari dari bangku persekolahan, sebaliknya menganggap jalan
termudah untuk mengatasi segala masalah kenaikan harga di dalam negara adalah
dengan menukar kerajaan atau berdemonstrasi di jalanraya.
Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat
Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan
mencapai matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para
pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana kerajaan
pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang sama, tidak mahu pula
bekalan makanan serta keperluan asas lain terjejas kerana permainan politik
para pemborong. -- MyKMU