- Perlancaran kompeni askar wataniah berakhir di Melaka selepas berjaya dilancarkan di lapan buah negeri.
- Ternyata penubuhan kompeni Askat Wataniah FELDA ini mencapai misinya untuk memberi pendedahan kepada masyarakat FELDA mengenai tugas dan peranan angkatan sukarela.
- Hasilnya objektif penubuhannya tercapai apabila ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat FELDA mengenai kepentingan keselamatan dan pertahanan negara.
- Selain itu ia turut mewujudkan kompeni Askar Wataniah di peringkat FELDA dimana keanggotaannya terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA.
- Ia juga dilihat berjaya mengeratkan silatuhrrahim diantara warga FELDA sendiri bersama Rejimen Askar Wataniah dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang menjadi wasilah memperjuangkan nasib genersi baru FELDA.
- Pada majlis perlancaran itu, Lefthenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah turut berbangga dengan pencapai FELDA kali ini.
- “Saya amat berbangga kerana hasrat untuk menubuhkan kompeni askar wataniah wilayah Felda seluruh Malaysia tercapai,
- “Ia seterusnya menyahut seruan ibu pertiwi yang sesuai dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang diterapkan didalam Dasar Pertahanan Negara,
- “Semoga penubuhan Kompeni Askar Wataniah di tanah rancangan FELDA ini dpat memberi rangsangan,
- “Serta memberi inspirasi kepada pihak-pihak lain untuk turut mengambil inisiatif yang sama demi mempertahankan kedaulatan negara,
- “Sesungguhnya ini merupakan satu khidmat yang sangat murni dan wajar diberikan pujian kerana sejajar dengan usaha Angkatan Tentera Malaysia,
- “Yang inginkan penambahan bilangan anggota Askar Wataniah dengan nisbah 1 anggota tetap, 2 anggota sukarela menjelang 2020,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan.
- Pada majlis itu juga, pengerusi GWGF, Brigedier Jeneral (Kehormat) Tan Sri Rozali Ismail turut memberi nasihat kepada generasi baru FELDA.
- “Ingin saya nasihatkan kepada warga generasi baru supaya menunjukkan contoh yang baik apabila terpilih menjadi kompeni Askar Wataniah,
- “Diharap juga anda mampu menjadi generasi yang lebih berwawasan tinggi dan berdisiplin,
- “Kita juga harus sedar bahawa jika bukan kita tiada siapa lagi yang dapat mempertahankan tanah rancangan ini kecuali kita sendiri,
- “Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga, memajukan, dan memakmurkan tanah rancangan FELDA ini.
- “Saya juga berharap dengan wujudnya Askar Wataniah ini di seluruh tanah rancangan ia dapat menjaga keamanan setempat,
- “Oleh itu, anda haruslah menjadi warga yang kental dalam mempertahankan masyarakat peneroka dari diganggu oleh anasir-anasir yang ingin memecah belahkan kita,”kata Tan Sri Rozali.
- Turut hadir pada majlis yang disempurnakan oleh Lefthenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar bin Kaseh, Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda, Brigedier Jeneral Tan Sri Rozali Ismail dan juga pemangku panglima 3 divisyenm Brigedier Jeneral Dato’Sheikh Mokhsin Hassan.
Monday, 26 November 2012
Askar Wataniah FELDA mampu lahirkan generasi baru berwawasan - kata Tan Sri Rozali
Subscribe to:
Posts (Atom)