Wednesday, 8 April 2015

Umno Pas semakin hampir disatukan

  • Kemunculan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sesi parlimen hari ini cukup menggelisahkan DAP, PKR serta suku sakat PasMa tajaan DAP.
  • Semalam mereka terketar apabila usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tiba-tiba tersenarai dalam urusan aturan persidangan kali ini, bukannya sesi Jun depan.
  • Seperti biasa `wayang opera' DAP bermula dengan kepura-puraan Lim Kit Siang menyatakan rasa terkejut dan kecewa dengan kehadiran `usul hudud’ dari Kelantan itu. Lalu dia menempelak Hadi mungkir janji kerana membelakangkan pakatan haram mereka.
  • Semestinya selepas ini lebih ramai lagi juak-juak DAP, PKR dan pengkhianat PAS akan bersuara lantang di media pro pembangkang mempertikai kepemimpinan Hadi dan kontroversi usulnya itu.
  • Hari ini Hadi tersenyum di Parlimen dan kelihatan sedia berdepan dengan penghinaan Kit Siang dan konco-konconya. Ketika berada di lobi Parlimen, dengan tenang Hadi berkata: “Kita ada minta usul persendirian didahulukan. Kita tunggu keputusan speaker untuk kemukakan di Parlimen.”
  • Menurutnya, permohonan itu sudah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Berdasarkan senarai aturan mesyuarat, pekara yang diusulkan Hadi berada pada senarai ke-24 iaitu terakhir.
  • Kehadiran Hadi di Parlimen hari ini menyebabkan DAP dan PKR benar-benar marah. Mengapa tidak, ketika pakatan itu bermati-matian menentang penggubalan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dua hari lepas, Hadi yang juga ahli parlimen Marang serta ramai lagi geng Pas tidak hadir.
  • Ini bermakna jambatan Pakatan Rakyat bakal dibakar sedikit masa lagi, manakala jambatan baru Pas Umno mungkin akan menjadi kenyataan walaupun mendapat tentangan 500 peratus geng PasMa dan seorang dua golongan ulama.
  • Apapun yang berlaku, kebanyakan umat Islam melihat penyatuan Umno Pas boleh memberi manafaat kepada kedua-dua parti berbanding dengan reputasi buruk Pas yang teruk dibelasah rakan pakatan pembangkang.
  • Biarpun segelintir pemimpin Pas menolak kerjasama dengan Umno, namun majoriti melihat Umno lebih baik dari DAP dan PKR kerana semua masyarakat dari kedua-dua parti itu (Umno dan Pas) sama-sama solat lima waktu sehari.
  • Komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain tak mungkin menolak penyertaan Pas atas alasan hudud, kerana perundangan itu hanya untuk umat Islam saja. Pemimpin Islam wajib perbaiki perundangan untuk umat Islam.
  • Namun sudah diduga, usaha penyatuan Umno Pas tidak akan terlepas dari cemuhan, sindiran malah maki hamun pihak berkepentingan (vested interest) termasuk dari pemimpin kedua-dua parti terbabit.
  • Mereka yang berkepentingan ini khabarnya digunakan oleh musuh tersembunyi yang mahu memecahbelahkan perpaduan orang Islam dan Melayu khususnya, samada mereka sedar atau tidak.
  • Setiap kali Umno membuka peluang ke arah penyatuan, usaha itu sengaja disalah anggap pihak tertentu yang cuba menghalang agenda itu. Ada yang mengatakan Umno terdesak kerana sudah menjangkakan akan kalah dalam PRU akan datang, lalu meraih simpati Melayu dalam Pas.
  • Di peringkat dalaman Pas pula timbul ketegangan selepas tertubuhnya Pasma, menyebabkan usaha penyatuan itu dipandang serong khususnya terhadap Umno dan golongan ulama Pas.
  • Perang saraf sudah lama dilakukan oleh musuh politik Islam apabila masyarakat Melayu diracuni dengan dakwaan bahawa Umno akan ceraikan Pas apabila menang PRU14 nanti seperti mana yang pernah diceraikan beberapa kali sebelum ini.
  • Kalau tak diceraikan, Pas akan dipinggirkan dan hanya bertanggungjawab dalam kementerian yang tidak penting. Begitulah tingginya perang saraf yang dilakukan musuh Islam dengan menggunakan pemimpin Islam sebagai alat dan senjata tempur.
  • Umumnya semua umat Islam faham bahawa penyatuan Umno dan Pas akan memberi kekuatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri.
  • Namun usaha itu seolah-olah cuba digagalkan pihak lain sehingga pemimpin bertaraf ulama dan ustaz dalam Pas menjadi mangsa cemuhan, selain didakwa sebagai boneka Umno.
  • Pasma juga menyebabkan parti induk berpecah-belah, yang jika dilihat dari sudut lebih luas, bukan sahaja melibatkan perpecahan di peringkat dalaman Pas, tetapi juga orang Islam secara amnya.
  • Lebih malang, sebahagian mereka melihat kelemahan dan perpecahan di peringkat dalaman Pas berpunca daripada Umno, sehingga sanggup menuduh ahli sendiri bersepakat dengan Umno ke arah merealisasikan penyatuan itu.
  • Ia dilihat seolah-olah ada tangan ghaib yang sedang mengatur susunan perang ke atas Pas dan Umno untuk menghancurkan kuasa orang Islam dan kepimpinan Melayu.
  • Seramai 17 juta bangsa Melayu di Malaysia menjadi alat percaturan DAP yang mahu sokongan bagi meruntuhkan Umno, manakala PKR juga bersandarkan kepada sokongan Melayu, apatah lagi Pas yang sudah semestinya 100 peratus Melayu Islam.
  • Untuk itu umat Melayu Islam Malaysia mesti bersatu di bawah satu kumpulan parti terbesar bagi membolehkan pemerintahan Islam diteruskan.