- Tanpa ada sebarang pengetahuan mengenai perundangan syariah Islam, seorang insan kafir yang dikenali sebagai Liew Chin Tong secara terbuka mempamerken ke`dunguan'nya dengan menganggap Hudud sebagai tukul.
- Dakwanya, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud adalah tukul yang dicipta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat, sekaligus mengukuhkan kedudukan golongan pro-UMNO dalam PAS serta melemahkan para pemimpin parti itu yang pro-Pakatan Rakyat.
- “Saya sememangnya seorang pemimpin DAP, namun makalah (artikel) ini saya tulis sebagai seorang mantan ahli akademik yang telah mengabdikan masa empat tahun daripada usia muda untuk memahami dinamika dalaman PAS sedekad setengah yang lalu. Sejak itu saya telah menerbitkan beberapa karya akademik berkenaan subjek ini.
- “Saya melihat diri sendiri sebagai kawan lama PAS yang berusaha menumpaskan UMNO di kotak undi bersama-sama sekalian warga Malaysia yang lain. Bagi saya, PAS bekerjasama secara sulit dengan UMNO atas dasar asabiah patut dianggap sebagai musuh bersama oleh semua kalangan yang mahu melihat Malaysia yang mempunyai kerajaan baru yang bersih, amanah, demokratik dan saksama,” dakwa Chin Tong dalam portal Roketkini milik DAP.
- Selepas menipu rakyat dalam artikelnya mengenai pasang surut isu hudud di Malaysia, Chin Tong semakin menggila dengan mendakwa Hudud kembali disebut-sebut pada Mac 2014 apabila Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mengumpan Kelantan dengan menjadikan usul persendirian di Parlimen satu pilihan.
- Chin Tong mendakwa perbincangan antara Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Persekutuan mengambil bentuk “urusan antara dua kerajaan”, terhindar daripada pengawasan pemimpin PAS Pusat dan majlis pimpinan Pakatan Rakyat.
- “Tanpa sebarang niat untuk memberi sebarang taklimat kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan juga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, para pemimpin PAS Kelantan berkeras hendak membentangkan enakmen hudud pada 29 Disember 2014. Bagaimanapun, rancangan itu tergendala berikutan bah besar di Kelantan yang turut menenggelamkan beberapa pejabat kerajaan negeri di Kota Bharu.
- “Nik Amar kemudiannya diarahkan oleh pimpinan PAS Pusat untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim, dua hari sebelum Ketua Umum PKR itu dipenjarakan.
- “Nik Amar menjelaskan bahawa Kelantan hanya mahu membuat sedikit pindaan ke atas enakmen 1993 dan jaminan diberi kepada para pemimpin Pakatan bahawa mereka akan berpeluang melihat deraf pindaan sebelum ia dibentangkan,” dakwanya lagi.
- Chin Tong terus menyerang PAS dengan mendakwa langkah tergesa-gesa hendak membentangkan rang undang-undang hudud dalam DUN Kelantan tanpa melalui proses perundingan yang sempurna dengan sekutu Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ada tujuan terselindung di sebaliknya.
- Pertama, si dungu DAP itu mendakwa Nik Amar (PAS) cuba mengukuhkan kedudukannya untuk mengatasi Husam Musa dalam politik Kelantan.
- Kedua, berdasarkan taklimat Nik Amar dalam mesyuarat Pakatan, beliau percaya enakmen hudud akan menyelamatkan PAS Kelantan dalam pilihanraya akan datang, bererti beliau tidak yakin PAS mampu menang dalam pilihanraya nanti.
- Ketiga, Nik Amar menyiapkan diri untuk sekali lagi bertarung dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti pada pemilihan parti nanti. Dua tahun lalu beliau tewas di tangan Mat Sabu.
- Keempat, Nik Amar berpendapat hudud mampu meningkatkan sokongan PAS di seluruh negara, walaupun banyak kerusi PAS di kawasan selain pendalaman dimenangi menerusi undi non-Muslim.
- Selepas membuat analogi sebegitu, Chin Tong mendakwa isu hudud Kelantan akan menguntungkan UMNO yang kononnya sedang bergelut dengan pelbagai skandal dan krisis.
- Bagaimanapun Chin Tong yang dungu itu akhirnya mengakui keruntuhan Pakatan Rakyat adalah kunci kemenangan UMNO kerana tiada lagi pakatan pilihan untuk bersaing menentangnya.
- Wakil DAP itu turut mengakui rakyat telah dan akan terus menderita lantaran perpecahan Pakatan Rakyat, sekeligus memberi kekuatan kepada UMNO.
- Untuk makluman Chin Tong dan DAP, rakyat sememangnya telah lama menderita gara-gara perpecahan pakatan haram itu. Sebaliknya pakatan itu dikuburkan dan DAP kembali berjuang atas landasan Malaysian Malaysia yang didewa-dewakan selama ini tanpa mengheret PAS bersama masuk ke dalam lombong ideologi chauvinis itu.
- DAP dan kroninya mungkin boleh menganggap hudud sebagai tukul yang memecahkan ikatan pakatan haram itu, namun hakikatnya hudud adalah sebahagian daripada perundangan Islam yang bakal menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu di bumi Allah ini.
- Sudah sampai masanya bagi umat Islam dari PAS, UMNO, PKR dan sedikit Melayu DAP kembali bertaut di bawah payung perundangan Islam. Sudah kedengaran Melayu dalam DAP beristighfar apabila hudud dikecam golongan kafir.
- Sudah mula berbunyi di kalangan segelintir Melayu PKR yang beristighfar apabila puak kafir DAP memaki hamun agama Islam, menghina al Quran dan melemparkan najis dan kepala babi di surau dan masjid.
- Hati mereka tidak lagi segelap dulu. Syiar Islam sudah mula menerangi jiwa umat Islam yang sedang ditakluki parti kafir. Itulah aura yang dibawa oleh perundangan hudud ke bumi Kelantan dan seterusnya akan berkembang ke negeri lain.
Tuesday, 17 March 2015
Si dungu DAP sifatkan Hudud sebagai tukul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment