- PUTRAJAYA: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad, Tan Sri Rozali Ismail amat berbangga kerana menjadi salah seorang peserta Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week (1MBW) 2012 yang berjaya mencatat Malaysia Book of Records (MBOR).
- Konvoi yang berlangsung selama enam hari merentasi Semenanjung Malaysia berjaya dicatatkan dalam sijil MBOR sebagai ekspedisi motosikal berkuasa tinggi terbesar di negara ini.
- Ia berikutan kejayaan konvoi yang bermula 6 hingga 11 November itu menghimpunkan penyertaan 438 motosikal berkuasa tinggi membabitkan 536 penunggang dan pembonceng.
- Selain itu, perhimpunan (1MBW) di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya pada hari penutup turut dicatatkan dalam MBOR sebagai perhimpunan motosikal berkuasa tinggi terbesar selepas berjaya mengumpulkan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.
- Sijil MBOR diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Eksekutif Gabungan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan berkenaan.
- Sepanjang konvoi yang mencabar itu, Tan Sri Rozali, 54 cukup gagah dan bertenaga ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di lebuhraya Johor Bharu ke Kuantan, manakala cabaran hebat menantinya di antara Pulau Pinang ke Kuala Lumpur kerana menggunakan jalan lama yang berliku terutama di Hutan Melintang, Lekir dan Sabak Bernam.
- Syabas kepada Tan Sri Rozali dan rakan-rakan STORMRIDERS kerana berkesempatan bersama-sama menyertai 1MBW dan buat pertama kalinya bersama-sama penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia, Singapura, Jepun dan Indonesia, kerana bersama-sama mencatat rekod MBOR.
- Semoga rekod itu akan diperbaharui pada tahun depan kerana ia sudahpun diistiyharkan sebagai acara tetap tahunan.
- Apapun pengalaman sepanjang kembara perlu dicatatkan sebagai kenangan di sini. Bermula di Johor Bahru pada 6hb Nov, pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor.
- Perjalanan terjauh adalah pada hari pertama sepanjang 540 km dari Johor Baru ke Kuantan, Pahang melalui Merlimau, Melaka dan Bahau Negeri Sembilan sebelum menuju bandar Muadzam Shah dan terus ke Kuantan.
- Secara keseluruhan keadaan cuaca adalah baik. Konvoi direnjis air hujan pada hari ke empat dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dan disimbah hujan setibanya di Ijok membawa ke Kuala Lumpur pada hari ke lima konvoi.
- Secara amnya pergerakan konvoi adalah lancar hanya sedikit dicemari insiden kemalangan ahli seketeriat di Grik bilamana berlanggar dengan kenderaan awam yang secara tiba-tiba keluar dari simpang.
- Kemalangan di Lekir, Perak pula melibatkan seorang anggota polis peneraju yang berlangar dengan lori ais yang terus menerjah walaupun diarahkan berhenti.
- Walaupun motorsikal anggota polis mengalami kerosakan teruk dan sedikit kerosakan pada motorsikal ahli seketariat, namun anggota polis dan ahli seketariat tidak mengalami kecederaan.
- Syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan konvoi sebesar ini. Walaupun terdapat sedikit rungutan di kalangan peserta tapi keseluruhannya ia berjaya.
Tuesday, 13 November 2012
Tan Sri Rozali `hardcore biker', 1MBW masuk Malaysia Book of Records
Subscribe to:
Posts (Atom)