Tuesday, 24 March 2015

Pesta halau menghalau dalam pakatan haram

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
  • Kepincangan Pakatan Haram semakin kronik apabila kalangan rakan sekongkol mula bertindak `halau menghalau' sesama sendiri rentetan daripada cadangan perundangan Hudud yang mahu dibentangkan di Parlimen pada Mei depan.
  • Mula-mula Lim Guan Eng menghalau Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tinggalkan pakatan itu jika masih bertegas mahu bentang rang undang-undang hudud di Parlimen.
  • Dengan selamba wakil DAP itu berkata, jika Hadi masih mahu (hudud), beliau harus laksanakannya sebagai ahli Parlimen Marang dan bukan  sebagai anggota pakatan.
  • "Di sini kita tidak persoal hak Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai ahli Parlimen. Tetapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli PR. Kerana, kalau beliau buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan PR," kata Guan Eng.
  • Akibat tekanan bertalu-talu dari Guan Eng itu, pimpinan PAS juga menghalau DAP daripada pakatan haram itu jika tidak senang dengan usul hudud yang dibawa oleh Hadi.
  • Ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, PAS sudah menyatakan pendirian mereka untuk kekal bersama pakatan pembangkang itu.
  • "Daripada suruh orang keluar, baik DAP sendiri keluar... itu lagi senang. Kita dah buat pendirian tak akan tinggalkan Pakatan. Enakmen hudud tak boleh dijadikan alasan Pakatan berpecah kerana ia bukan undang-undang yang zalim. Kalau DAP kata ini punca perpecahan, itu salah DAP," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
  • Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berpendapat, tindakan DAP yang hanya memutuskan hubungan dengan Hadi dan bukannya PAS secara keseluruhannya sebagai "tekanan luar" kepada presiden PAS itu.
  • "Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan. Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," kata anak kepada bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
  • Ternyata DAP dan PAS tidak mahu keluar daripada pakatan haram itu. Mereka saling halau menghalau tetapi tiada siapa yang mahu keluar. Orang ramai sudah kebingungan di tahap gaban dan tertanya-tanya apakah bentuk sandiwara pakatan haram kali ini.
  • Lalu pemerhati politik mula membuat ramalan dan mengatakan jika salah satu parti itu istiyhar keluar dari pakatan, maka mereka hilang kelayakan untuk mentadbir Selangor. Maka melompat-lompatlah DAP kegembiraan kerana PAS dilupskan dari peta pentadbiran negeri itu. Begitu juga sebaliknya.
  • Hal itulah yang dikatakan menjadi penyebab mengapa kedua-dua parti tidak mahu keluar dari pakatan haram. Walaupun terpaksa bermasam muka atau jika perlu bertarik rambut, mereka mesti bekerjasama dalam pakatan untuk meruntuhkan parti Melayu Umno yang paling dibenci oleh kedua-dua parti itu.
  • PKR terselamat dari pergaduhan itu kerana tidak mahu menghentam PAS sepertimana DAP menghentam parti Islam itu. Mulut pemimpin PKR sudah diplaster ketat. Hentam Umno BN sahaja, bukan hentam PAS.
  • Kesimpulannya ialah apapun pendekatan PAS dalam soal hudud, parti itu tidak akan mahu bersama UMNO dalam lain-lain urusan, apatah lagi mahu mewujudkan penggabungan dengan parti kerajaan.
  • Apa yang pasti tidak ada satu pun pemimpin PAS yang menyatakan kesediaan untuk mewujudkan hubungan politik dengan UMNO walaupun tawaran sudah dibuka beberapa kali. Hudud adalah soal menegakkan perundangan Allah dan wajib ditaati seuma umat Islam. Titik.
  • Namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak pernah berputus asa untuk mendoakan dan mengharapkan agar PAS dan UMNO dapat bersatu dalam semua hal termasuk pentadbiran agama, negara dan bangsa.
  • Sehingga hari ini semua orang tertanya-tanya di manakah agaknya titik pertemuan antara UMNO dan PAS yang boleh disatukan? Ternyata hudud bukan merupakan isu penyatuan bangsa Melayu, ia sekadar tuntutan agama Islam, itu saja.


Kerajaan campuran kafir fantasi DAP tidak akan wujud

  • DAP dilihat sedang berfantasi untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan parti kafir dalam komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan komponen suku bangsa dari Sabah dan Sarawak.
  • Sebab itu DAP bersusah payah `menyerang’ PAS untuk membangkitkan sentimen `kekafiran’ di kalangan parti-parti bukan Islam dalam BN agar `menyeberang jambatan’ tanpa perlu menunggu pilihan raya umum 2018.
  • Hudud merupakan `bahan eksperimen’ paling baik untuk DAP merayu simpati parti-parti kafir di dalam parti kerajaan dan pembangkang supaya bersatu dalam sebuah `kerajaan campuran ABC’ mengikut acuan Lim Kit Siang.
  • Dalam kepala Kit Siang sudah membayangkan jika UMNO sokong Hudud di Parlimen, komponen parti kerajaan seperti MCA, MIC, PRS, SUPP, SPDB, PBS, UPKO, Gerakan tidak lagi menyokong BN. PBB juga mungkin keluar BN jika mahu terus menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
  • Ini bermakna UMNO hanya tinggal 88 kerusi. Ini bererti kerajaan BN akan tumbang sekelip mata tanpa melalui pilihan raya umum pun. Kalau PAS gadai 21 kerusinya untuk sertai BN sekalipun, Umno akan tumbang juga.
  • Itulah perkiraan Kit Siang ketika mencadangkan kerajaan campuran. Dia tak mengharapkan Umno sertai kerajaan itu kerana DAP selama ini mahu membunuh Umno, bukan mahu menyelamatkannya dalam kerajaan campuran.
  • PAS bukan satu ancaman besar buat DAP. Ramai pemimpin kafir mendakwa bahawa PAS sekadar ikan bilis sahaja. Ada yang mengatakan parti itu selama ini syok sendiri dalam politik. Mahu menjadi juara umat Islam tetapi sekadar memberi 21 kerusi Parlimen saja sedangkan Umno ada 88 kerusi.
  • Bagi DAP, kalau PAS sertai kerajaan campurannya boleh, kalau tak masuk pun tak mengapa. PasMa akan menjadi parti politik nanti bagi menggantikan PAS sedia ada. Sebab it Dato Pahrolrazi letak semua jawatan dan tumpu kepada PasMa. Dia ada agendanya tersendiri dengan Pakatan Rakyat ke arah pembentukan kerajaan campuran. Dia bukan letak jawatan sesuka hati dan ikut emosi. Dia sudah berurusan dengan Lim Guan Eng. Gajinya untuk bulan ini pun sudah masuk  barangkali.
  • Jadi tak mengapalah jika PAS terima atau tolak cadangan Kit Siang dalam membentuk kerajaan campuran kerana ikan bilis tak boleh jadi lauk utama pun.
  • Malahan kata-kata Mujahid Yusof Rawa (PAS) pun dianggap sebagai ikan bilis juga. Bagi PAS adalah terlalu awal mewujudkan kerajaan campuran baru seperti dicadangkan oleh Kit Siang.
  • Ahli parlimen itu berkata, satu perbincangan sihat mengenai isu itu perlu berlaku sebelum apa-apa rumusan boleh dibuat.
  • Malah, isu sama ada melaksanakan undang-undang hudud dibenarkan atau tidak oleh perlembagaan pun masih hangat diperbincangkan.
  • Ketika cadangan kerajaan campuran itu diwar-warkan, orang ramai tertanya-tanya apakah maksud sebenar Kit Siang.  Apakah sudah ada tanda-tanda nyanyuk seperti abang angkatnya Lee Kuan Yew (mendiang) yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia Raya (bersama Singapura)?
  • Atau mungkin ia adalah skrip yang disediakan oleh anaknya Guan Eng atas kebimbangan mengenai masa depan Pakatan Haram yang pasti berkubur akibat serangannya terhadap PAS sejak tahun lalu.
  • Bagi mengurangkan ketegangan, DAP menggunakan media tajaannya untuk menyerang Umno dan Perdana Menteri dengan pelbagai isu sehingga ia boleh dilihat sebagai tanda-tanda kejatuhan PM dan Umno.
  • Sementelahan pula DAP ada beberapa `salesman’ yang petah berbahasa Melayu yang dipeliharanya dalam PKR seperti Rafizi Ramli, manakala Mat Sabu pula `salesman’ DAP dalam PAS yang diberi gaji bulanan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Ada ramai lagi salesman DAP dalam kedua-dua parti itu kerana menyedari parti Cina itu tidak memiliki wakil rakyat yang petah berbahasa Melayu.
  • Mereka inilah yang menyampaikan apa jua maklumat yang boleh menjatuhkan Umno atau sekurang-kurangnya menggambarkan bahawa Umno sedang berada di ambang perpecahan, wal hal hakikatnya pakatan haram itulah yang sedang bertelagah di peringkat paling serius dalam sejarah Malaysia.
  • Kesimpulannya cadangan DAP mengenai kerajaan campuran itu sekadar `diversion’ untuk mengalih tumpuan cerita mengenai pakatan haramnya yang sedang tunggang langgang dan bakal berkubur sedikit masa lagi.
  • Hakikat yang lebih pasti lagi, UMNO yang diserang setiap saat oleh pembangkang didapati tidak goyang malah komponen BN yang bermesyuarat kelmarin juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap PM dan kabinetnya.
  • Kerajaan campuran DAP itu sekadar fantasi saja kerana penyudahnya DAP hanya akan `bermukah' dengan PKR saja untuk satu tempoh tertentu, itu pun kerana PKR sudah banyak terhutang budi dengan DAP yang `menaja' dalam banyak pilihan raya kecil dan besar.