- Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Norshal mengajar anak-anak bersolat dan sesekali memukul secara sederhana tanpa cedera, malangnya ibu bapa itu didakwa di mahkamah Solna, Stockholm, Sweden atas pertuduhan memukul empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013.
- Pertuduhan itu menyebut pasangan itu memukul anak-anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian seolah-olah berlakunya kekejaman dan penderaan.
- Mahkamah itu menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.
- Apakah yang dapat kita pelajari dari kes bicara di mahkamah sivil Solna, Stockholm? Ia memberi peringatan bahawa umat Islam tidak dibenarkan melakukan tata cara yang bertentangan dengan perundangan sivil kafir, walaupun syariat Islam membenarkannya.
- Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh menunaikan ibadah di negara yang ditadbir pemimpin dan perundangan kafir kecuali pekara-pekara yang dibenarkan oleh mahkamah mereka.
- Dalam Islam, solat merupakan perkara pertama yang akan dipertanggungjawabkan atas seorang hamba di hadapan Allah s.w.t. dalam pengadilan pada hari Kiamat kelak. Dalam sebuah hadis riwayat al-Tabarani, daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perkara pertama yang akan dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat kelak ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalnya. Jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalnya.”
- Selain itu, solat juga berada di kedudukan tersendiri dalam Islam yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibadah lain. Ia merupakan tiang agama yang menjadi paksi utama Islam seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Bahagian utama sesuatu perkara ialah Islam; tiangnya ialah solat dan yang paling tinggi ialah jihad di jalan Allah.” (Riwayat al- Tirmizi)
- Allah telah menetapkan kewajipan solat bagi setiap hamba-Nya yang mukalaf. Namun bagi kanak-kanak, terdapat saranan Baginda s.a.w. menyuruh mereka supaya bersolat apabila mencapai umur tujuh tahun sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
- “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka (sekiranya lalai daripada menunaikan solat) ketika berumur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur antara mereka.” Walaupun begitu, ada baiknya ibu bapa mengajar mereka sebelum mencapai usia tersebut. Ini bagi memberi kefahaman, mendidik serta membiasakan agar apabila memasuki usia tujuh tahun, mereka sudah terbiasa menunaikan solat sebagai pengabdian dan melahirkan rasa syukur seorang hamba terhadap Yang Maha Pencipta.‘’
- Sejak bila boleh mengajar anak bersolat? Pendidikan solat bermula seawal usia bayi lagi. Pendidikan ini bukan bermaksud mengajar bayi cara dan kaifiat menunaikan solat secara praktikal, tetapi lebih kepada penekanan bagi memupuk budaya solat, menanam rasa seronok menunaikan solat dan membuatkan mereka peka dengan waktu solat.
- Perkara yang lebih penting adalah memberikan mereka pengalaman awal tentang kepentingan ibadah solat melalui pemerhatian mereka kepada aktiviti ibadah ibu bapa. Pendidikan solat untuk anak-anak pada peringkat usia anak bawah satu tahun hingga enam tahun lebih fokus kepada pendedahan ibadah solat.
- Solat perlu ditonjolkan sebagai perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seorang Muslim. Oleh itu, anak-anak di peringkat umur ini perlu sentiasa melihat ibadah solat yang dilakukan setiap hari. Maka, ini adalah tanggungjawab utama kepada kedua-dua ibu bapa.
- Apa yang dilakukan oleh Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal kepada anak-anak mereka di Solna, Stockholm adalah semata-mata mengikut syariat Islam. Mengajar anak-anak beribadah mengikut tertib dan hanya memukul lembut ke atas anak-anak kerana enggan menunaikan solat.
- Tetapi di mata mahkamah kafir Sweden, pendidikan solat seperti itu bertentangan dengan integriti itu dan ini. Mereka mahu memberitahu kepada umat Islam bahawa apa jua ibadah yang mahu dilakukan mesti selearas dengan undang-undang kafir yang menaungi umat Islam di negara itu.
- Sweden memberi peringatan jika ingin mempraktikkan syariat Islam sepenuhnya bukan di negara itu tetapi di Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. Hidup di negara kafir mesti ikut peraturan yang ditentukan oleh pemimpin kafir. Golongan kafir tidak pernah “memberi muka” kepada umat Islam sejak 1,400 tahun yang lalu.
- Sebaliknya Islam sejak 1,400 tahun lalu sentiasa berlembut dan bertolak ansur dengan penganut agama lain di muka bumi ini. Akibatnya kafir berjaya mendewakan “keadilan sejagat” untuk menafikan keadilan Islam, sehinggakan ramai kalangan umat Islam sendiri terpesona dan terpengaruh dengan keadilan sejagat itu.
- Apa yang berlaku di mahkamah Solna, Stockholm merupakan sekelumit kezaliman kafir terhadap umat Islam. Lupakah kita bagaimana dunia Barat tidak membenarkan wanita Islam bertudung.
- Pada awalnya mereka halang anak-anak Islam bertudung di sekolah, selepas itu tudung tidak dibenarkan dipakai di tempat kerja dan tempat awam. Mereka sedar wanita Islam wajib memakai tudung bagi menjaga aurat seperimana firman Allah dalam Surah An Nur ayat 31 dan Surah Al Azhab ayat 59. Kafir mahu umat Islam melanggar perintah Allah menerusi perundangan dan peraturan yang mereka cipta agar manusia di akhir zaman ini akan terus hidup dalam kesesatan dan kegelapan.
- Di Malaysia, agama Islam masih dilindung dan dipertahankan oleh pemimpin yang kebanyakannya beragama Islam. Institusi Islam Malaysia belum lemah dilanyak kafir. Majlis dan Jabatan Agama Islam negeri masih berfungsi dengan baik walaupun ada segelintir umat Islam mencemuhnya, hasil hasutan golongan kafir yang bersekongkol dengan mereka.
- Majlis Raja-Raja Melayu juga masih cergas mempertahankan institusi Islam walaupun ada segelintir umat Islam sendiri mahu menghapuskan kerajaan monarki dan berhasrat untuk mengantikannya dengan sistem pentadbiran khalifah yang diwarisi sejak 1,400 tahun lalu.
- Tiada siapapun di kalangan umat Islam di atas muka bumi ini pernah menafikan bahawa sistem pemerintahan khalifah jauh lebih baik daripada sistem monarki atau sistem lain yang ada di planet ini dan planet-planet lain dalam cakerawala.
- Namun pernahkah umat Islam terfikir bahawa perbalahan sesama sendiri akan mengakibatkan golongan kafir mudah mempengaruhi umat Islam dengan tawaran sistem pentadbiran berasaskan demokrasi sejagat. Demokrasi ini menghakis secara halus dan sedikit demi sedikit perundangan syariah Islam.
- Bukti? Terlalu banyak bukti berlaku di depan mata. Apa yang berlaku kepada rakyat Malaysia di Sweden (Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal) adalah bukti bahawa demokrasi sejagat dalam perundangan kafir sudah menghakis sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud: “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka (sekiranya lalai daripada menunaikan solat) ketika berumur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur antara mereka.”
- Insiden yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia jika rakyat membenarkan segelintir pihak mahu meminda atau menghapuskan Perlembagaan Negara berkaitan tugas menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
- Bayangkan apa yang akan terjadi jika Perlembangaan Negara meletakkan agama Islam, Buddha dan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia atas sebab-sebab demokrasi dan multi-racial?
- Mungkin suatu hari nanti, physical contact’ yang dilakukan oleh pasangan ibu bapa Islam kerana mahu mendidik anak-anak bersolat dan beribadah akan dikenakan tindakan undang-undang sivil seperti yang berlaku di Sweden.
- Lalu apa yang perlu umat Islam Malaysia lakukan sekarang? Runtuhkan UMNO? Hidupkan PAS? Gabungkan UMNO-PAS? Konsensus Nasional? Perdamaian Nasional? Mageran? Balas dendam pada PRU14? Hina, caci maki dalam media dan blog? Rusuhan kaum? Demonstrasi? -- Yang Benar
Tuesday, 11 February 2014
ajar anak bersolat pun kena ikut cara kafir?
Subscribe to:
Posts (Atom)