- Disebabkan ketakutan terhadap Rang Undang-Undang Hudud yang bakal menyatukan umat Melayu Islam, jentera berbayar Pakatan Rakyat terutama DAP telah melancarkan pelbagai serangan ke atas kerajaan PAS Kelantan.
- Kalau dahulu pemimpin tertinggi DAP sentiasa memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membandingkan pentadbirannya setaraf dengan pemimpin zaman Khulafa Ar Rasyidin, kini DAP menghina Hadi bagaikan haiwan.
- Semuanya gara-gara perundangan hudud yang bakal menjadi kenyataan di Kelantan. DAP menentang bukan kerana tidak selesa dengan perundangan itu tetapi kerana bimbang dengan penyatuan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari Kelantan.
- Sebab itulah DAP bersusah payah mengutuk PAS sambil dikatakan mengupah `jentera prabayar’ untuk mengkritik Islam secara terbuka.
- Pelik bin Ajaib. Ketika rang undang-undang hudud mahu dibentangkan ke sidang DUN Kelantan selepas mendapat persetujuan Sultan Kelantan dan Umno Kelantan, DAP dan `jentera prabayar’nya cuba meraih simpati rakyat dengan membawa kaji selidik Merdeka Centre yang mana pengendali dan juga responden kajian itu dikatakan `geng prabayar’ pakatan berkenaan.
- Baru-baru ini kajian Merdeka Center mendapati majoriti pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia mahukan kerajaan Kelantan memberi fokus terhadap usaha pemulihan dan pembinaan semula rumah mangsa banjir berbanding pelaksanaan enakmen hudud.
- Pusat kajian prabayar itu mendakwa tinjauan yang dilakukan terhadap 1,008 pengundi, sebanyak 84 peratus reponden berpendapat Kelantan perlu memberi tumpuan kepada pasca pemulihan banjir, dan pandangan yang sama turut disuarakan oleh sejumlah 81 peratus pengundi Melayu Muslim seluruh Semenanjung Malaysia.
- "Pada padangan kami, cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) dikalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi Muslim di peringkat nasional.
- "Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa pilihanraya umum 2004 dibawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat kajian itu.
- Tambah kenyataan itu lagi, penemuan kajian tersebut selari dengan dapatan kajian Merdeka Center yang dilaksanakan pada April 2014.
- "Dalam kajian tersebut, didapati majoriti (58%) responden Melayu Muslim merasakan negara Malaysia ini belum bersedia untuk melihat kanun jenayah hudud dilaksanakan," petik kenyataan berkenaan.
- Kajian untuk melihat kecenderungan masyarakat terhadap hasrat kerajaan Kelantan itu dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research di antara 21 hingga 30 Januari 2015.
- Ia melibatkan 1,008 pengundi yang terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India yang dilakukan menerusi ditemubual telefon dan dipilih secara rawak berstrata.
- Ini ditambah dengan kenyataan pemimpin yang memecahbelahkan parti PAS (Dr Hatta Ramli) yang mendakwa isu banjir lebih memberi keutamaan dan keperluan.
- "Kalau dalam suasana genting begitu (banjir), saya amat yakin jawabannya sudah diberikan pilihan antara tidur dan makan sebagai contohnya, tetapi kalau boleh orang akan pilih dua-dua, makan pun mahu, tidur pun mahu.
- "Jadi kalau soalan meminta membuat pemilihan sedemikian, kerana melihat perkembangan itu belum dijalankan, jadi sewajarnya apabila ditanya, (pembangunan banjir) perlu diutamakan kerana itu," katanya.
Monday, 16 March 2015
Jentera prepaid DAP serang kerajaan Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment