Friday, 20 March 2015

Akur pesan mufti ustaz Kazim henti ceramah tv radio

  • Akur dengan teguran Mufti Perak, pendakwah bebas Datuk Kazim Elias membuat keputusan tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama menerusi televisyen dan radio.
  • Bagaimanapun, beliau terpaksa menghabiskan semua program yang sudah termaktub dalam kontraknya bersama Astro melalui program ‘Kalau Dah Jodoh’.
  • Sebelum ini beliau terpalit kontroversi dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila mengaitkan beliau dengan riwayat hadis palsu. Bagaimanapun, kedua mereka sudah saling bermaafan.
  • Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan pendekatan jenaka semasa menyampaikan ceramah ditujukan secara umum dan bukan untuk seseorang individu sahaja.
  • Katanya, teguran itu diberikan kepada semua pendakwah yang dilihat semakin ramai menggunakan pendekatan sama (berjenaka) ketika berdakwah.
  • “Itu hak dia (Ustaz Kazim) untuk berhenti daripada berceramah. Saya cuma memberi teguran. Berdakwah bukan satu permainan. Bukan dituju kepada dia sahaja, ramai lagi pendakwah di luar sana. Sebagai contoh, penganut agama Kristian, adakah mereka menyampaikan dakwah dengan berjenaka? Perkara-perkara melibatkan hal agama ini tidak boleh dibuat main,” katanya.
  • Harussani berkata demikian bagi mengulas keputusan Ustaz Kazim untuk berhenti daripada berceramah ekoran isu-isu yang dihadapinya kebelakangan ini membuat dirinya hilang semangat.
  • Harussani turut menekankan bahawa tegurannya sebelum ini bertepatan berdasarkan lunas agama. “Adakah lagu P. Ramlee itu dijadikan nas agama? Begitu juga dengan lagu Bollywood. Sedangkan sudah jelas Bollywood itu adalah sesuatu yang fasik,” tegas beliau.
  • Selepas ditegur Mufti Perak yang bimbang dengan aliran dakwah semasa yang dilihat menjurus kepada penglipur lara, Ustaz Kazim dan Ustaz Haslin (Bollywood) tampil memberi penjelasan mengenai cara dakwah masa kini.
  • Mereka berpendapat unsur jenaka dan nyanyian boleh diselitkan dalam ceramah bagi menarik perhatian pendengar, khususnya golongan muda, asalkan kena khalayak dan tempatnya serta tidak keterlaluan.
  • Malah, kata mereka, kandungan jenaka dan lirik lagu yang disampaikan semasa ceramah mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar sehingga mereka kembali mengamalkan ajaran Islam.
  • Haslin yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood, berpendapat pendekatan dakwah moden zaman tidak dapat lari daripada unsur berbentuk hiburan seperti nyanyian dan jenaka asalkan tidak melampau.
  • Malah, katanya, kaedah berdakwah perlu disesuaikan dengan kumpulan sasaran atau mad'u khususnya untuk menarik golongan muda menghadiri majlis ilmu.
  • "Saya bukan nak kata saya hebat...malah saya tidak minta diberi gelaran Ustaz Bollywood...Apakah ini kesalahan besar dalam dunia dakwah moden zaman ini?
  • "Rasulullah SAW berpesan berdakwahlah sesuai pemikiran masyarakat pada zaman itu. Ramai anak muda jauh disebabkan hiburan yang tersasar, jadi tidak salah ustaz sesuaikan dengan keperluan mereka yang cenderung kepada hiburan.
  • "Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius, tapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
  • Beliau berada di sana untuk program dakwah santai bersama golongan busker di tepi Jambatan Sultan Yahya Petra.
  • Haslin berkata, dalam konteks mendekati golongan muda, tidak salah sekiranya pendakwah menyelitkan unsur hiburan mengikut kreativiti masing-masing daripada mereka terus lalai dengan hiburan serta menjauhi daripada agama.
  • "Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius tetapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
  • Mengulas mengenai lawak menjadi bahan ulangan yang sering disebut-sebut berbanding isi dan kandungan ceramah pendakwah, Haslin berkata terserah kepada kumpulan sasar untuk menerima ilmu yang disampaikan dan untuk seseorang itu berubah, ia adalah hak Allah SWT.
  • Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pengalaman serta maklum balas yang diterima, pendekatan diterapkan dalam kaedah dakwahnya dapat diterima baik oleh mereka yang mendengar, malah ada mengaku mendapat manfaat.
  • "Alhamdulillah ada yang menerima cara saya berdakwah. Ada yang mengaku dirinya sebenar sudah dikira murtad tapi setelah mendengar ceramah di YouTube, dia kembali kepada Islam dan bertaubat.
  • "Ada ibu bapa yang memberitahu selepas mendengar ceramah saya, anak mereka terbuka hati untuk menutup aurat. Jadi, dalam cara santai, berjenaka dan menghibur itu, apa yang saya sampaikan berjaya menjadi titik perubahan kepada orang tertentu," katanya.
  • Beliau berkata, tidak sepatutnya ada kerisauan pihak tertentu kerana pendakwah tahu tanggungjawab mereka dan tidak sekali-kali akan menyesatkan masyarakat sebaliknya berusaha mencari pendekatan yang boleh menarik mereka kepada ajaran Islam yang sebenar.
  • Malah beliau mengakui pendakwah selebriti termasuk dirinya pernah mengadakan pertemuan dengan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan isu Bollywood turut dibangkitkan di mana perkara itu sudah dijelaskan serta diterima baik Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Sementara itu, Kazim berkata pendakwah perlu tahu kesesuaian masa dan tempat untuk memasukkan unsur jenaka dan nyanyian dalam ceramah mereka supaya tidak
  • "Jika nak menyanyi dan berlawak perlu kena pada tempatnya, jangan sampai sepanjang masa buat lawak kerana itu sudah jadi maharaja lawak...orang tak panggil tok guru tapi tok gurau," katanya.
  • Namun, katanya, beliau hanya menyelitkan jenaka dan nyanyian mengikut kesesuaian dan keperluan seperti di ceramah umum berskala besar atau kuliah di masjid dan surau.
  • "Apabila berceramah terutama di tempat terbuka, tempat umum dan skala besar, beribu-ribu orang datang termasuk budak kecil, mat rock dan orang bukan Islam juga ada hadir dalam ceramah saya.
  • "Jadi, saya selitkan lawak jenaka serta nyanyian yang tidak sampai melalaikan. Ada kena mengena dengan tajuk ceramah dan liriknya bagus dan memberi keinsafan.
  • "Ini saya lakukan pada ceramah besar atau membabitkan khalayak yang ramai untuk memastikan mereka tidak jemu dan terus mengikuti ceramah agama yang saya sampaikan, tetapi jika kuliah di masjid dan surau saya tidak buat begitu," katanya.
  • Namun, beliau menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perak itu yang menyentuh kecenderungan pendakwah kini bernyanyi dan menyelitkan unsur jenaka berlebihan dalam ceramah. Beliau setiap penceramah dan pendakwah perlu akur dengan teguran itu.
  • "Saya tak terkilan dan saya terima teguran itu kalau saya terlanjur...saya akan ikut cakap Mufti dan bagi saya semua kena akur," katanya.
  • Kazim juga berkata, beliau sendiri bukan sahaja tidak bersetuju, malah marah jika ada pendakwah melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
  • "Ada yang baca al-Quran yang dilagukan dengan irama hindustan, itu tak boleh...saya pun marah," katanya.
  • Beliau juga faham maksud Harussani yang menyuarakan kebimbangan mengenai pendakwah yang begitu mudah membuat hukum tanpa merujuk kepada mufti atau pihak majlis fatwa negeri atau pusat.
  • Sementara itu, pendakwah Syed Nurhisyam Tuan Padang, berpandangan matlamat dakwah adalah untuk mengajak manusia kepada mengamalkan ajaran Islam cuma tekniknya adalah pelbagai mengikut kumpulan sasaran.
  • Katanya, kepelbagaian latar belakang pendidikan, status, usia, lokasi program dan sebagainya perlu difahami oleh pendakwah untuk memilih pendekatan yang paling sesuai termasuk memasukkan unsur humor, nasyid serta selingan video.
  • "Ini adalah kreativiti yang sangat baik bersesuaian dengan sasaran dan syaratnya ia tidak terlalu melampau. Ia seumpama garam dalam masakan, diperlukan tetapi jangan berlebihan kerana nanti hilang keaslian.
  • "Unsur humor digunakan terutama untuk menarik minat mereka yang baru berjinak untuk menuntut ilmu," katanya.


No comments:

Post a Comment