- UMNO mempunyai dua kaedah untuk mengatasi kemelut politik di
antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu `Hawkish’ dan
`Dovish’.
- Hawkish (helang) merupakan kaedah bertelagah, manakala Dovish
(merpati) pula mengamalkan konsep berunding.
- Situasi yang berlaku sekaang ialah Najib tekad mahu pertahankan
jawatan walau `badai membelah bumi’, manakala Mahathir terpaksa menyerang
kerana Najib tidak membuka pintu rundingan.
- Kelihatannya mereka sedang menggunakan pendekatan Hawkish,
satu kaedah berbahaya yang mana kesannya UMNO berpecah dan lemah.
- Kebencian terhadap UMNO telah menggunung berbanding
perpaduan yang hanya membusut. Lalu pendekatan Hawkish ternyata tidak cerdik.
- Sebenarnya majoriti bangsa Melayu UMNO sayang kepada Najib
dan juga Mahathir. Namun mereka rasa kecewa kerana tidak ada pemimpin UMNO
berusaha untuk membawa kedua-dua pemimpin ini berunding.
- Kepada Najib dan Mahathir, cubalah lihat apa pilihan yang
ada kepada UMNO berdasarkan senario semasa yang tuan-tuan berdua hasilkan.
- Anda ingin memenangi perdebatan atau menang PRU14?
- Anda ingin memenangi perdebatan tetapi kalah dalam PRU14?
- Kurangkan perbahasan, dan boleh menang PRU14?
- Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri
Malaysia?
- Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Ketua Pembangkang
yang baru?
- Anda memenangi pertempuran tetapi anda kalah dalam
peperangan?
- Kata orang putih, "look the tree, not the wood'!
- Setelah melihat dan menimbang tujuh pilihan itu, mengapa UMNO
tidak mahu berusaha mencari orang tengah yang benar-benar sesuai untuk
menyatukan Najib dan Mahathir.
- Minta mereka berdua duduk semeja dan berbincang bagi mencari
jalan keluar, tanpa perlu berdebat di kaca televisyen dan pentas ceramah yang
hanya mendatangkan mudarat kepada UMNO.
- Pertelingkahan mereka juga menjadi bahan jenaka pembangkang
sehingga PKR dan DAP mahu berehat seketika dari menghentam kerajaan kerana
tugas itu sudah dilakukan oleh Mahathir.
- Najib pula kemudiannya `menyuruh’ beberapa individu
berkepentingan supaya menyergah dan mengertak Mahathir berhenti mengkritik
Perdana Menteri.
- Langkah tidak cerdik itu telah membangkitkan kemarahan lebih
ramai warga UMNO terhadap Najib. Berulang kali Mahathir telah memberitahu UMNO
bahawa kritikannya itu adalah untuk kepentingan UMNO dan BN.
- Mahathir cukup sayang Najib, tetapi Perdana Menteri itu terlalu
lemah dan tidak mampu menangani gelombang besar pembangkang pada PRU14.
- Beberapa isu nasional telah diketengahkan oleh pembangkang dan
Najib gagal mententeramkan kegelisahan awam, sebaliknya menjawab beberapa
soalan secara `ala kadar’.
- Najib mentadbir negara seolah-olah tidak memerlukan sokongan
rakyat. Beliau hanya yakin pada sokongan pura-pura yang diluahkan di kaca televisyen
menerusi kempen `I Love PM’.
- Mahathir pula berikrar tidak akan berhenti mengkritik selagi
matlamat menukar Perdana Menteri tidak berjaya. Kritikannya bertujuan untuk
menyelamatkan UMNO dan BN daripada musnah dibaham pembangkang pada PRU akan
datang.
- Kesimpulannya, UMNO mesti pertemukan Najib dan Mahathir bagi
memastikan lahirnya resolusi menang-menang.
- Ketika UMNO sedang kalut dengan pelbagai isu nasoinal,
pembangkang dikesan semakin cekap mengendalikan jentera bagi menghadapi PRU14.
- Barangkali umat Melayu tidak kisah jika UMNO dan BN tewas
pada PRU14 kerana beranggapan Pakatan Rakyat bukannya kerajaan komunis atau
Buddists Myanmar yang akan membunuh dan membakar bangsa Melayu.
- Malangnya jika UMNO tumbang, kerajaan Persekutuan akan dikawal
pandu oleh Cina DAP secara mutlak.
- DAP sudah berjaya mengawal kerajaan PKR Selangor sambil
membenih cukup ramai `gurkha prepaid’ dalam PAS untuk menundukkan mana-mana
pemimpin yang tidak sehaluan dengan Buku Jingga.
- Gelombang DAP akan bertukar menjadi badai apabila Singapura
akan menyertai semula Malaysia dan semua ahli wakil rakyat Cina akan menguasai
Dewan Parlimen Malaysia bagi mengubah landskap geopolitik sedia ada.
- Bangsa Melayu kian cemas dengan kemelut
perpecahan UMNO sejak kebelakangan ini. Ternyata 1MDB tertonjol sebagai isu
terpanas dan menjadi viral terbanyak dalam laman sosial.
- Terbaru di Janda Baik, Tan Sri
Muhyiddin Yassin memberi ceramah tertutup dengan memberitahu bahawa Perdana
Menteri perlu memecat semua ahli lembaga pengarah dan pegawai tertinggi 1MDB.
- Muhyidin juga meminta Perdana
Menteri mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kes itu tanpa perlu
menunggu laporan daripada jawatankuasa audit negara.
- Malangnya ucapan Muhyiddin telah
dirakam oleh pihak tertentu dan disebarkan ke laman sosial
sehingga menjadi viral yang telah mencuri perhatian ramai.
- Rentetan itu, Timbalan Perdana Menteri menjadi buruan media pada hari pembentangan RMK11. Di lobi Parlimen, beliau mengesahkan
dengan tenang apa yang terkandung dalam video berkenaan adalah benar.
- Katanya, beliau bercakap demikian
dalam satu perjumpaan tertutup UMNO dan ia merupakan pandangan peribadi beliau.
- "Ia bukan perkara baru
tentang apa yang saya cakap. Saya pernah menyebutnya secara terbuka di luar
sebelum ini. Saya beritahu Perdana Menteri
pecat semua lembaga pengarah 1MDB. Mereka harus dipecat kerana sebab mereka, Perdana
Menteri terpaksa menanggung beban. Namun sehingga sekarang ini mereka belum
dipecat lagi,"katanya.
- Kata Muhyiddin, hanya tindakan
tegas saja dapat meyakinkan rakyat. Jika tidak ia akan jadi beban yang boleh
menjatuhkan kita.
- Kenyataan Muhyiddin itu
disifatkan sesetengah pihak sebagai `menongkah arus' atau menentang kepimpinan Perdana Menteri. Lantaran itu ada yang mahu Muhyiddin letak
jawatan sepertimana yang dilakukan oleh Musa Hitam suatu ketika dahulu.
- Ada juga yang mahu Muhyiddin menggerakan
jentera menjatuhkan Perdana Menteri melalui pelbagai cara termasuk undi tidak
percaya dalam Parlimen.
- Pada masa yang sama UMNO sedang
mencari penyangak yang menyebarkan klip video itu. Menurut sumber, ucapan Muhyiddin
dirakam oleh salah seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
- Video itu dimanipulasi
seolah-olah Najib dan Muhyiddin bersengketa ia merupakan agenda jahat dari
dalam.
- Persoalan, mengapa Timbalan Ketua
UMNO Bahagian ini memilih hari pembentangan RMK 11 yang sepatutnya menjadi satu
lagi “benchmark” kepada kerajaan Barisan Nasional dalam menarik sokongan
rakyat.
- Beliau boleh sahaja memilih hari lain.
Untuk apa? Apakah ia bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari
membincangkan isu yang boleh menaikkan imej Perdana Menteri dan Barisan
Nasional.
- Ini merupakan satu tindakan
sabotaj yang serius kepada BN. Hasrat mahu menjatuhkan Perdana Menteri tidak
harus sehingga menjejaskan perancangan dan perjuangan parti merencana masa
depan negara.
- Jika badan Disiplin UMNO masih
seumpama hidup segan mati tidak mahu dalam kes 5 sekawan dan sekarang ini
pembocoran kursus tertutup UMNO, maka UMNO sudah menjadi seolah-olah organisasi
yang menunggu masa dijahanamkan oleh ahli parti sendiri yang tidak sabar-sabar
mahu menaikkan calon favourite mereka.
- Rentetan itu, puak penyokong
Perdana Menteri pula mula menyerang Muhyiddin. Tak semena-mena Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah ke depan menjadi `kuda’ untuk menyerang
Timbalan Perdana Menteri.
- Muhyiddin Yassin dianggap sebagai
menteri pemalas kerana tidak menjaga portfolionya sebagai menteri pendidikan
dan meninjau keadaan sekolah yang daif di Sabah dan Sarawak, kata bekas
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
- Katanya, pegawai kementerian pendidikan
yang bertanggungjawab juga tidak turun padang dan tidak tahu apa yang berlaku
di bawah terutamanya di kawasan pedalaman.
- "Masih belum terbela. Ada
orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya
pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun
ke bawah?
- "Kerana menteri dan timbalan
menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang
berlaku di bawah," kata Puad dalam Facebook.
- Puad menggunakan dua gambar yang
diterimanya, memaparkan murid sekolah rendah menggunakan meja kayu yang usang
dan rosak, dikatakan sekolah di Keningau, Sabah.
- Puad turut membidas Muhyiddin yang
hanya mengumumkan peruntukan perbelanjaan berbilion ringgit untuk sektor
pendidikan tetapi meragui sama ada manfaat itu dinikmati rakyat.
- “Bunyi cantik di atas. Kerajaan
belanja berbilion untuk 1Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya? Itu
belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan
pedalaman," katanya.
- Beliau turut membidas Pelan
Pembangunan Pendidikan MALAYSIA (PPPM) yang diilhamkan Muhyiddin tetapi masih
tidak cekap membela sekolah daif walaupun sudah memegang jawatan itu selama dua
penggal.
- "Sepatutnya bila TPM jadi
menteri pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah-sekolah
daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan
banggakan PPPM kalau 'level playing field' masih tidak sama," katanya.
- Kenyataan Puad itu menimbulkan
reaksi pengguna Facebook. Ramai mempersoalkan tugas Puad sebagai ketua
pengarah JASA yang sepatutnya menerangkan dasar kerajaan dan bukannya
mengkritik timbalan perdana menteri secara terbuka.
- Kini pertelingkahan Najib dan Mahathir sudah menjalar kepada Muhyiddin dan rantaian kepimpinan UMNO. Apakah ini menandakan UMNO sudah tekad untuk berperang sesama sendiri dan menjadi bahan ketawa puak pembangkang?