- Selepas Pakatan Rakyat kecewa menawan Putrajaya pada PRU13, kini puak militan pula dikatakan mahu membedil beberapa lokasi strategik ibukota itu.
- Hal itu terbongkar apabila polis menahan 17 individu yang disyakki ada kaitan dengan gerakan Negara Islam Iraq Syria (ISIS) pada Ahad lepas.
- Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri telah mengesahkan pekara itu. Militan terbabit dikatakan merancang untuk menculik ramai VVIP dan menyerang beberapa lokasi strategik di KL dan Putrajaya.
- PDRM mendedahkan bahawa suspek berusia antara 14 hingga 49 dan mereka ditangkap di sekitar Lembah Klang dan Kedah ketika mengadakan pertemuan sulit untuk merancang serangan terbabit.
- Difahamkan matlamat kumpulan itu adalah mahu menubuhkan kumpulan pengganas mirip ISIS di Malaysia.
- Lebih menakutkan lagi, mereka dikatakan mahu menyerang balai-balai polis serta kem tentera bagi mendapatkan bekalan senjata api.
- Mereka turut merancang mahu mendapatkan bekalan itu daripada sebuah kumpulan pengganas dari negara jiran.
- Antara yang ditahan ialah bekas ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia, bekas tahanan ISA dan beberapa militan yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.
- Ada juga suspek yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001, manakala beberapa lagi baru pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan ISIS.
- Kumpulan itu dikatakan merancang membuat sejumlah bom berdasarkan nota yang memperincikan bahan letupan oleh Imam Samudera.
- Rentetan daripada ancaman besar itu langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan, lantas Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) telah diluluskan oleh Dewan Parlimen.
- Malangnya, Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian untuk menolak akta itu dengan alasan kerajaan akan gunakannya untuk menyekat hak dan kebebasan mereka.
- Ini bererti pakatan itu menyokong apa jua bentuk keganasan asalkan ia memperjuangkan hak dan kebebasan mengikut naluri parti dan penyokong mereka sahaja, bukannya mengikut perspektif keseluruhan rakyat Malaysia.
Tuesday, 7 April 2015
Militan mahu bom Putrajaya, culik ramai VVIP Melayu
Hasutan bukan lagi kesalahan jenayah, sukalah pembangkang
- Sidang Parlimen kali ini benar-benar menguji kematangan rakyat Malaysia. Tak sampai 24 jam selepas Akta Pencegahan Jenayah (POTA) diluluskan, kini rakyat berdepan dengan kontroversi tahap kronik berkaitan pindaan Akta Hasutan 1948.
- Kali ini puak pembangkang, aktivis, ekstrimis dan kumpulan anti-establishment di Malaysia pasti gembira dengan pindaan Akta Hasutan yang akan membenarkan mereka mengkritik kerajaan pada tahap maksima.
- Lebih tepat lagi perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila pindaan ke atas akta itu diluluskan.
- Perkara itu antara yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
- Pindaan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.
- Rang undang-undang itu juga bertujuan memotong perenggan 3(1)(c) akta sama untuk menjadikan perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia juga tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut, dan dengan itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah akta itu kelak.
- Bagaimanapun, bagi melindungi kesucian agama yang dianuti masyarakat berbilang kaum di negara ini, kerajaan mencadangkan mana-mana individu yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau kumpulan atas alasan agama, dianggap melakukan kesalahan di bawah akta itu.
- Bagi mengelak kekeliruan, berhubung dengan agama Islam, agama merujuk kepada Hukum Syarak sebagaimana yang termaktub di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan tidaklah termasuk apa-apa ajaran sesat.
- Pindaan juga bertujuan meminda subseksyen 3(3) akta itu untuk meluaskan pemakaian peruntukan itu untuk merangkumi penerbitan secara tidak langsung bahan menghasut.
- Selain itu, pindaan turut mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, apabila diwartakan kelak.
- Pindaan kepada subseksyen 4(1) bertujuan menambah hukuman penjara daripada tiga tahun dalam akta asal kepada minimum tiga tahun dan maksimum tujuh tahun serta meniadakan hukuman denda.
- Sementara subseksyen baharu 4(1A) dimasukkan untuk mengadakan peruntukan bagi hukuman minimum penjara lima tahun dan maksimum 20 tahun bagi kesalahan di bawah akta itu berdasarkan keseriusan kesalahan.
- Turut dimasukkan seksyen baharu 5A tentang peruntukan tidak membenarkan seseorang yang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta itu diikat jamin, dan Seksyen 5B untuk memberi mahkamah kuasa bagi memerintahkan individu yang didakwa menyerahkan dokumen perjalanannya.
- Rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu tergamam dengan pindaan RUU Akta Hasutan itu. Jika diimbas pembentangan menteri, pindaan itu hanya melindung agama Islam daripada dihina, tetapi tidak mencatat Raja-Raja Melayu juga diberi perlindungan yang sama.
- Mereka tertanya-tanya apakah Raja-Raja Melayu boleh dikritik dan dihina? Apakah sesiapa saja boleh menghasut rakyat supaya menentang sistem Raja Berperlembagaan dan institusi istana secara keseluruhannya?
- Sudah tentu Raja-Raja Melayu dan kerabat Diraja tidak berpuashati dengan pindaan Akta Hasutan itu jika Parlimen meluluskannya. Rata-rata kerabat diraja di sembilan (9) negeri berdaulat sedang membicangkan hal itu secara serius.
Najib jadi perhatian blogger kehausan ringgit
- Semakin rancak pertarungan `blogger berbayar’ di antara kem Tun Dr Mahathir Mohamed dan kem Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan ketua masing-masing.
- Berbekalkan upah, mereka menulis apa saja maklumat yang diarahkan pemodal. Upah memang tinggi terutama jika nama mereka sedang menjulang dengan jutaan pengikut atau penulis veteran yang memang sudah ada nama dan pengikut.
- Blogger panas biasanya terima upah antara RM10,000 hingga RM20,000 sebulan, manakala blogger veteran yang sudah cukup duit, mereka lebih mengharapkan ganjaran berupa projek jutaan ringgit.
- Ada blogger duduk di pejabat, ada yang bersidai di markas parti, tidak kurang juga tempah meja di kedai mamak atau restoran nasi kandar yang dilengkapi dengan soket penjana bateri laptop. (Di bukit antarabangsa ada satu meja khas yang dibayar blogger dengan harga RM1,500 sebulan).
- Selebihnya blogger PERCUMA yang mengulangsiar secara `cut and paste’ atau `spin’ mengikut emosi dan kepuasan masing-masing.
- Mereka memblog tanpa batasan `law of tort’ dan kali ini nampaknya isu kritikan Mahathir terhadap kerajaan BN menjadi topik terhangat di pasaran.
- Bagi blogger kem Najib, sudah tentu mereka mahu mengheret orang ramai supaya mengimbau sejarah Mahathir yang pernah menjatuhkan Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan tidak sebulu dengannya.
- Manakala blogger Mahathir pula, mereka hanya perlu perlu spin dan sebar apa saja kritikan bos mereka yang dilemparkan hampir saban hari ke atas Najib dan kerajaan BN. Intipatinya ialah Najib perlu letak jawatan bagi mengelak BN hilang kuasa dalam PRU14.
- Selain Mahathir yang mengkritik Najib secara terbuka, Datuk A Kadir Jasin dan Tun Daim Zainuddin juga berbuat demikian. Mengkritik dan mengingatkan kerajaan agar tidak gagal pada PRU14.
- Atas kegelisahan ini, Najib terpaksa memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya.
- Maka diadakan pertemuan dengan ketua bahagian, mengumpul pendapat dalam Umno dan penyokongnya untuk menangani kritikan Mahathir, Daim, Kadir dan beberapa veteran parti yang lain.
- Najib percaya motif di sebalik serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
- Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dikerah turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
- Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula meminta pengkritik di kalangan Umno menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing.
- Tengku Adnan juga membidas Mahathir supaya menghentikan kritikan dan membiarkan Najib mengurus negara dengan gaya sendiri, bukannya kena ikut telunjuk bekas Perdana Menteri yang sudah ketinggalan zaman.
- Untuk itu Mahathir menjelaskan beliau tidak akan berhenti mengkritik kerana beliau sudah melakukan pelbagai usaha sepanjang empat tahun lalu termasuk menasihati dari dalam parti, tetapi Najib langsung tak peduli nasihatnya.
- Suara Mahathir mendapat perhatian media sosial dan blog, manakala Najib sekali lagi menjadi tumpuan dan bahan kritikan semua pihak. Blogger berbayar pula semakin rancak menulis, manakal ramai lagi blogger PERCUMA yang `kehausan' dan menunggu Najib menghulurkan upah.
POTA lulus dengan bantuan PAS, kalau DAP-PKR berani buatlah demonstrasi ganas
- Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan selepas `bertikam lidah’ serta meranduk sembilan pusingan undian yang berakhir pada jam 2.25 pagi.
- BN lega dengan kelebihan undi yang diperolehi di Dewan Rakyat bagi membolehkan akta itu dikuatkuasakan demi keadilan sejagat.
- PR pula kecewa kerana usaha menyekat POTA terkandas, lalu mereka menuduh PAS sabotaj proses pengundian kerana RAMAI ahli parlimennya tidak hadir untuk memberi undi kepada pakatan itu.
- Antara Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir ialah dari Marang, Pokok Sena, Kota Raja, Tumpat, Temerloh, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Nerus, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa. Sudah tentu DAP akan `membelasah’ mereka di media sosial selepas ini.
- Sambil itu PR menganggap akta itu akan dijadikan senjata politik BN, wal hal semua pihak tahu bahawa matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan tanpa mengenal sempadan politik.
- Mungkin PR bimbang siri demonstrasi ganas jalanan yang akan mereka taja selepas ini akan dikekang POTA. Mudah saja untuk membaca hasrat PR itu.
- Apa pun, apabila akta itu dikuatkuasakan, ia akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di samping melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan (Penal Code).
- Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Untuk itu dakwaan PR kononnya rang undang-undang itu dikitar semula daripada ISA 1960 adalah tidak berasas sama sekali.
- Hakikatnya, penguatkuasaan POTA akan memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa menghalang pengaruh kumpulan militan di negara ini.
- Menyingkap proses pengundian di Dewan Parlimen yang buat pertama kalinya mengambil masa sehingga jam 2.25 pagi, pada awalnya perbahasan lancar dengan 18 wakil rakyat membahaskan RUU berkenaan selepas bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar.
- Ketegangan mula timbul selepas ahli-ahli parlimen pembangkang kalah dalam undian belah bahagi usul di bawah Peraturan 54(2) untuk merujuk RUU itu kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi membolehkan ia ditangguh untuk pindaan, kira-kira jam 9 malam.
- Selepas kalah dengan undi 64-80 kepada penyokong kerajaan, ahli-ahli parlimen pembangkang silih berganti memohon pindaan terhadap fasal RUU tersebut sehingga menyebabkan beberapa belah bahagi mengikut Peraturan 46 (4) ketika perbahasan peringkat jawatankuasa .
- Pada setiap usul pindaan, berlaku pertikaman lidah antara pembangkang dengan ahli-ahli parlimen BN. Antara yang bangun bertikam lidah Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim manakala pembangkang pula Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Sepang Hanipa Maidin.
- Seperti biasa PR menentang dan mohon pindaan fasal pada RUU itu atas dakwaan kononnya akta itu berniat jahat dan zalim.
- Sebelum perbahasan diteruskan selepas 12 tengah malam, berlaku tiga belah bahagi bagi menolak pindaan fasal yang dikemukakan pembangkang.
- Belah bahagi diadakan selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab setiap persoalan berhubung pindaan yang dibangkitkan pembangkang.
- BN yang menentang serta menolak pindaan usul-usul tersebut menang dengan 80 -61 undi, 81 -59 undi dan 80-59 undi pada belah bahagi berkenaan.
- Perbahasan peringkat jawatankuasa itu berlarutan sehingga 2 pagi walaupun jangkaan awal RUU POTA selesai jam 9.30 malam.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum itu terpaksa mengemukakan usul pada jam 12 tengah malam memohon supaya perbahasan diteruskan sehingga usul berkenaan selesai.
- Belah bahagi ke lima usul itu pada jam 12.10 menyaksikan ahli parlimen BN menang dengan 81-54 undi manakala belah bahagi jam 1.20 pagi, BN juga menang 80-58 undi.
- Perbahasan berterusan dan diikuti belah bahagi ke 7 jam 2 pagi dan ahli-ahli parlimen BN sekali lagi berjaya menolak usul pindaan dengan 79-60 undi.
- Pembangkang sekali lagi menuntut belah bahagi ketika usul RUU itu hendak dibawa ke peringkat dasar selepas perbahasan peringkat jawatankuasa – sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Keputusan undian jam 2.15 pagi itu kekal BN 79 dan pembangkang 60 undi.
- RUU yang mencetuskan kontroversi itu kemudian lulus tanpa pindaan selepas berdepan rali panjang dengan undian terakhir setelah selesai bacaan kali ketiga dengan 79 undi menyokong -60 undi menolak oleh pembangkang ketika Dewan di pengerusikan Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohad Said jam 2.25 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)