- Seorang pemimpin Cina DAP yang pernah mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dia dan parti `dinasti'nya menolak pembentukan sebuah kerajaan Islam di Malaysia, tetapi hari ini merayu simpati rakyat Malaysia termasuk umat Islam dengan mengumpan al Qardawi untuk mencari seorang Perdana Menteri baru.
- Itulah kelicikan Lim Kit Siang yang bermimpi sejak merdeka untuk membentuk Malaysian Malaysia sepertimana yang pernah dilakukan oleh `kembar'nya mendiang Lee Kuan Yew di Singapura suatu ketika dahulu.
- Kini Kit Siang merayu kepada rakyat Malaysia supaya mencari calon Perdana Menteri baru menggantikan Datuk Seri Najib bagi memimpin negara `Pakatan Baru’ Malaysia yang pada impiannya akan menggabungkan ahli parlimen kerajaan (BN) dan bukan kerajaan (pakatan rakyat).
- Hairan bin Ajaib, pemimpin chauvinist Cina seperti Kit Siang yang siang malam tugasnya menghina kerajaan Melayu Malaysia, menghina Islam serta terkini menolak hudud, tiba-tiba dengan rasa tak malu dia mengumpan al Qardawi untuk merayu simpati umat Islam supaya menggantikan Perdana Menteri sedia ada yang dijangka membawa sokongan UMNO ke atas enakmen hudud di Kelantan.
- Dalam tulisannya di portal Roketkini, Kit Siang merapu sehingga tidak sedar dia mempamerkan kebodohannya mengenai Islam dengan menolak hudud sambil meminjam kata pujangga tokoh ilmuan Arab Islam bertaraf dunia.
- Dengan riak, dia berkata: “Saya bukan seorang Muslim tetapi saya berbekalkan petikan ilmuan Islam yang diberi kumpulan G25 berkenaan hal ini, terutamanya Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, yang mengatakan bahawa pelaksanaan Syariah mestilah ditadbir oleh ijtihad, bagi ketetapan dari teks lama untuk diaplikasikan kepada masyarakat moden.”
- Penulis yakin Kit Siang pinjam petikan al Qardawi mengenai `ijtihad’ tetapi tidak tahu maksud terutama pada perspektif Malaysia yang tidak menyentuh langsung kepentingan golongan kafir seperti Kit Siang.
- Mungkin dia terlampau teruja dengan pendirian `rakan upahan’ yang menggelarkan diri sebagai G25 yang menggesa Putrajaya menjunjung Perlembagaan Persekutuan sambil mendakwa perlaksanaan hudud bermakna Malaysia meninggalkan jalan kesederhanaan yang telah menjadi pilihan negara sejak ia Merdeka pada tahun 1957.
- Kenyataan G25 menyebut: “Pengenalan undang-undang hudud PAS akan memberi isyarat kepada dunia bahawa Malaysia telah meninggalkan jalan kesederhanaan”
- (The imposition of PAS’ hudud laws will signify to the world that Malaysia has abandoned the moderate path.)
- “Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh undang-undang berasaskan agama, yang boleh melalui pelbagai ragam tafsiran para ulama’ yang juga manusia biasa yang berbuat silap”
- (We will be seen as a country governed by religious laws which are subjected to the vagaries of interpretation of the ulama who are also fallible human beings.) – G25.
- Dengan bangga, Kit Siang meneruskan petikan al Qardawi bahawa hudud dilaksanakan sebelum syarat-syarat pelaksanaannya dipenuhi, termasuklah menonjolkan Islam sebenar, di mana masyarakatnya beriman dan bertaqwa, memastikan keperluan ekonomi rakyat dipenuhi, menyediakan peluang pekerjaan kepada semua; dan mengurangkan jurang pendapatan dan memastikan kemiskinan lenyap sama sekali.
- Berikutan penjelasan Sheikh Qaradawi ini, Kit Siang dalam tulisannya itu bertanya sama ada mana-mana negeri di Malaysia boleh mendakwa bahawa mereka telah memenuhi kesemua syarat bagi membolehkan pelaksanaan hudud?
- Pada masa yang sama Kit Siang mengungkit kenyataan Timbalan MB Kelantan yang pernah berkata adalah mustahil melaksanakan hudud hanya apabila sesebuah negeri bebas daripada kemiskinan.
- Chauvinist DAP itu mengulangsiar kenyataan Nik Amar yang menyebut, “Di mana dalam dunia ini ada negara seperti itu? Ia semacam utopia, utopia ini sesuatu yang tidak dapat dicapai, ia mustahil”.
- Sambil itu Kit Siang cuba membakar sentiment rakyat dengan mendakwa kononnya Presiden PAS telah menjelajah ke seluruh negara pada PRU13 yang lalu dan berkata bahawa hudud hanya boleh dilaksana jika syarat-syarat yang secukupnya dipatuhi.
- Dakwa DAP lagi, adakah Hadi bersalah mengejar utopia atau adakah beliau tidak berlaku jujur dengan janjinya kepada pengundi?
- DAP juga setuju dengan G25 bahawa pelaksanaan hudud melanggar Persetujuan 20 Perkara dan 18 Perkara yang telah dirunding oleh Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak masing-masing, sebelum pembentukan Malaysia.
- Bagi Sabah, perkara pertama menyebutkan bahawa “Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Sabah, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Sabah”.
- Begitu juga dalam Perjanjian 18 Perkara Sarawak ada ditekankan bahawa semua orang berhak beribadat menurut kepercayaan dan kehendaknya. Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan akan dicabul dengan serius sekiranya undang-undang hudud PAS dilaksanakan.
- Kit Siang meramalkan jika PM mengumumkan bahawa Umno/BN menyokong usul hudud, Najib dijangka hilang kredibiliti dan mandat dalam soal inisiatif antarabangsanya, Global Movement of Moderates – sesuatu yang terus didukungnya di forum-forum antarabangsa termasuk di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu beberapa tahun lalu.
- Lalu Kit Siang mendakwa, konspirator Umno mengumpan PAS dengan menyokong hudud di Kelantan sebagai senjata menghancurkan kedua-dua Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.
- “Selagimana Najib masih bergelut dan terhalang daripada menyatakan secara jelas pendirian yang dipegang oleh lima Perdana Menteri sebelumnya, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah; bahawasanya undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dengan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia,”
- “Maka tibalah masanya untuk meneroka siapa pula yang akan menjadi PM baru bagi sebuah kerajaan gabungan untuk ‘Selamatkan Malaysia’ demi mempertahankan Perlembagaan,” dakwa Kit Siang dalam Roketkini.
- Rayuan Kit Siang itu dilihat mengharapkan ahli parlimen menolak Najib di dalam Dewan Rakyat dan mencalonkan pengganti seperti Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail dari PKR atau Mat Sabu, Husam Musa dari PAS atau mungkin Khairy Jamaluddin dari UMNO.
- Semua calon-calon ini boleh memberi keuntungan kepada DAP untuk tempoh jangka panjang kerana semua pemimpin tidak memiliki roh Melayu dan kemelayuan yang tinggi.
- Kit Siang mungkin membayangkan jika salah satu daripada mereka terpilih sebagai PM sementara, maka senanglah DAP berkompromi dengan PM untuk membawa masuk ahli parlimen dari Singapura dalam penyatuan Malaysia Raya.
- Ketika itulah semua ahli parlimen Malaysia akan dilimpahkan dengan kemewahan Singapura dan akhirnya apabila sokongan Cina semakin kukuh di negara yang disatukan itu akan memungkinkan Perlembagaan Persekutan dipinda dengan memansuhkan semua keistimewaan Melayu sekaligus menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu.
- Penulis bukan menyampaikan dongeng di sini sebaliknya menulis antara `fakta tersembunyi’ yang kemudiannya didedahkan oleh bekas pengarah strategik DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman yang menjelaskan 25 agenda DAP di bumi Melayu.
Monday, 30 March 2015
Kit Siang rayu simpati guna nama al Qardawi
Subscribe to:
Posts (Atom)