- Rakyat Malaysia khususnya warga pengguna `kelas tiga' semakin gelisah dengan kehadiran GST tidak lama lagi kerana golongan peniaga dan korporat akan memindahkan beban cukai itu kepada mereka.
- Hasrat kerajaan mahu memastikan semua peniaga membayar cukai sekaligus memerangi money laundering memang tidak salah tetapi kesannya ialah pengguna akan terbeban dengan percukaian ini.
- Sudahlah selama ini kita (pengguna) dibebani dengan cukai pendapatan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat percukaian GST.
- Walaupun kerajaan menasihati atau memberi amaran agar kartel perniagaan jangan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, namun apakah mereka mahu dengan cakap kerajaan? Pasti tidak.
- Awal-awal lagi beberapa entiti korporat sudah mengeluarkan notis dan pekeliling yang mahu menaikkan caj perkhidmatan berikutan perlaksanaan GST mulai 1 April.
- Malahan restoran dan kedai mamak sudah mengenakan caj GST 6 peratus bersama cukai-cukai lain dan semuanya tertera dalam bil makanan dan minuman pelanggan biarpun April belum muncul lagi.
- Dari kedai kopi hinggalah ke Parlimen, semua orang berdebat soal GST. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Gema protes semakin kuat di sejak kebelakangan ini berbanding tahun lalu ketika GST diperkenalkan kepada rakyat.
- Dalam debat-debat umum itu ramai yang bertanya jika harga barangan dan perkhidmatan naik samada mendadak atau perlahan-lahan, apa kita (pengguna) nak buat? Ada yang jawab mudah, "Kerajaan kena buat penguatkuasaan melarang kartel perniagaan menaikkan harga". Ada juga minta rakyat boikot mana-mana peniaga yang meletakkan harga melampau.
- Semakin rancak debat umum di kedai kopi apabila ada yang bertanya, jika GST dibatalkan selepas beberapa ketika dilaksanakan, apakah harga barangan dan perkhidmatan akan kembali turun? Jawapannya sudah tentu tidak. Lihat saja bagaimana harga petrol turun baru-baru ini dan kartel peniaga enggan menurunkan harga masing-masing.
- Justeru itu, sebelum menanti kehadiran 1 April yang semakin dekat, apakah sempat rakyat mendesak kerajaan supaya membatalkan perlaksanaan GST? Mungkin juga tidak sempat kerana kerajaan sudah banyak `berbelanja' untuk melaksanakannya.
- Jika GST diteruskan juga, maka rakyat Malaysia tidak dapat menghalang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan itu mungkin tidak terasa bagi mereka yang berpendapatan tinggi tetapi sangat terkesan kepada golongan berpendapatan rendah.
- Sebab itulah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed meluahkan kerisauan mengenai perlaksanaan GST.
- Katanya, rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti GST jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.
- Sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.
- “Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.
- Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan Canselor Perdana University juga tidak bersetuju dengan cadangan pengasingan pendispensan ubat (DS) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.
- Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi doktor di klinik swasta, sistem yang diguna pakai sekarang iaitu doktor sendiri memberikan ubat kepada pesakit perlu dikekalkan kerana selain lebih murah, ia juga memudahkan pesakit.
- “Orang sakit ini tak ikut masa. Tetapi farmasi kerja tempoh tertentu sahaja jadi kalau kita suruh dapatkan ubat daripada dispensari kadang-kadang susah sikit lah, menjadi masalah kepada pesakit. Saya dulu pun bawa beg dengan ubat, kalau ada sakit bagi (ubat) serta-merta,” katanya.
- Belum sempat lagi rakyat berguling-guling dengan GST, kini kerajaan mahu mengasingkan ubat daripada klinik. Lepas satu bala datang, kini bala yang baru sudah menunggu di tepi pintu. Sebab itu Tun Mahathir dengan selamba berpesan “Batalkan GST atau kerajaan akan hilang banyak undi”
Thursday, 12 March 2015
Malang pengguna kena galas beban GST
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment