- Ramai di kalangan ahli dan penyokong Umno kebingungan dengan serangan bertali arus ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa terlalu banyak skandal.
- Ada juga yang kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Najib bagaikan kena `histeria’. Lebih kecewa lagi apabila Najib dilihat `membisu seribu bahasa’, melainkan sesekali membuat penjelasan pendek untuk menjaring kesamaran.
- Datuk Mustapha Yaakub dari Veteran Umno cuba membawa sekelumit kegelisahan orang ramai mengenai serangan Tun M yang bertali arus itu.
- Katanya, walaupun Dr M ada alasan mengkritik tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.
- Mustapa melihat Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung. Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah.
- Sambil itu Mustapha menyindr Dr M dengan berkata jika Najib perlu dijatuhkan sekalipun, Dr M perlu menggunakan 'saluran' yang betul iaitu membawa persoalan itu melalui pemilihan Umno.
- Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M. Najib hanya alat Umno. Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli.
- Bagi menenangkan keadaan Mustapha merayu Dr M supaya menghentikan serangan kerana natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.
- Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Dr M bertindak sebagai negarawan yang rasional kerana bagi memastikan bekas Perdana Menteri itu dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman.
- Kegelisahan Umno semakin terasa apabila Dr M semakin kerap menyerang Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.
- Namun ramai juga pemimpin dan ahli Umno menyifatkan kritikan Dr M adalah untuk kepentingan masa depan Umno.
- Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan Dr M yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri adalah demi menyelamatkan Umno.
- Katanya, Dr M mahu Najib memberi jawapan terhadap setiap dakwaan terhadapnya yang dibuat pemimpin pembangkang dalam beberapa isu.
- Antara isu tersebut adalah kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang belum terungkai, projek mega 1MDB dan pembelian pesawat peribadi yang telah menjejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN.
- Jawapan itu bukan untuk Dr M sendiri tetapi Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil `Ku Li’ mahu setiap tuduhan yang dibuat dijawab oleh Najib kepada rakyat.
- Ku Li, Dr M serta lain-lain pemimpin dan ahli Umno mahu ketelusan dan kebenaran dalam isu yang menyelubungi Najib. Sudah tiba masanya jawapan sebenar diberikan dan kebenaran dibongkar.
- “Saya yakin Dr M pasti mempunyai alasan kukuh untuk mempersoal perkara demikian. Dr M merupakan bekas pemimpin yang berpengalaman baik dari segi parti mahu pun pentadbiran negara,” kata Ku Li.
- Dr M sentiasa mengikuti perkembangan semasa Umno serta BN. Dia mengetahui keadaan semasa politik BN menjelang PRU14 dan risau dengan keadaan semasa yang ada sekarang.
- Sekiranya segala persoalan yang dibangkitkan tidak dijawab, keadaan akan bertambah sukar terhadap pemimpin BN untuk meraih sokongan rakyat dan tidak mampu memerintah negara lagi.
- Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (KuNan) mengadakan pertemuan dengan Dr M bagi melegakan perasaan marah Ku Nan itu.
- Dr M membawa isu yang perlu dilerai bagi kepentingan Umno dan BN tetapi Ku Nan pula membidas secara membuta tuli dengan berkata era pemerintahan Dr M sudah berlalu dan jangan ganggu era Najib pula.
- Kenyataan itu mengingatkan kita kepada keceluparan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) ketika berkuasa di tingkat 4 Putrajaya suatu ketika dahulu yang mana anak hingusan itu pernah menyifatkan Dr M sebagai `beruk’ kerana mengkritik bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi..
- Dr M tak kisah dengan cemuhan KJ dan kroni ketika itu sebaliknya terus mengkritik sehingga bapa mertua KJ turun daripada kerusi PM.
- Kini Dr M juga tidak akan jemu mengkritik Najib walaupun sudah menjangkakan akan dicemuh lagi oleh konco-konco Najib pula.
- Setakat ini Perdana Menteri masih belum mahu memberi respon berkaitan pelbagai isu yang diwar-warkan oleh pembangkang setiap hari terutama `salesmen’ pakatan haram seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Mahfuz Omar dan banyak lagi.
- PM juga memilih untuk tidak menjawab hal yang sama dibangkitkan oleh Dr M secara bertali arus itu. Najib tidak mahu memberitahu rakyat mengapa beliau bersikap demikian.
- Namun beliau memberi bayangan kepada semua umat Melayu dalam Umno bahawa parti terunggul itu mungkin tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang jika bersengketa dan berpecah-belah.
- Sebaliknya beliau mengajak semua Melayu Umno mengamalkan solidariti, persepakatan dan bekerjasama sesama mereka.
- Untuk itu Umno perlu mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.
- "Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan Umno terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati," katanya dalam tulisan menerusi blognya NajibRazak.com.
- Kata-kata itu sudah jelas menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr M, Ku Li dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam kelompok Umno.
- Najib tidak perlu membazir waktu menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kerana setiap apa yang dijawab pasti ada serangan susulan yang tidak aka nada penyudahnya. Najib mahu Melayu Baru menyambut tangannya dan Umno dalam semua bidang terutama perniagaan, sosial dan usaha memupuk semangat kemelayuan itu sendiri. Namun berapa ramaikah umat Umno menyedarinya. Entahlah.
Sunday, 5 April 2015
Tun M serang bertali arus, memadailah Najib bagi kiasan
Benarkah helikopter bawa JJ dan pegawai kanan PM disabotaj
- Helikopter yang membawa enam VVIP termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua pegawai kanan PM disyakki disabotaj pihak tertentu sehingga mengakibatkan ia terhempas di sekitar Semenyih.
- Elemen sabotaj dikatakan dikesan apabila helikopter itu dikatakan `rosak' secara tiba-tiba sebelum terhempas, walhal pemeriksaan yang dilakukan sebelum berlepas dari Pekan, Pahang mendapati ia berada dalam keadaan baik.
- Seorang juruterbang helikopter yang mahu dikenali sebagai Kapten Lee memberitahu media bahawa dia telah menyaksikan dengan jelas nahas udara itu ketika dia sedang terbang dari Johor ke Subang.
- "Ketika itu, kami terbang dari Johor menuju ke Subang dan pada masa yang sama ada satu helikopter lagi yang difahamkan terbang dari Kuantan ke Subang. Apabila sampai di Kajang, saya nampak helikopter IGB dari Kuala Kelawang ke Kajang sedang turun.
- “Cuaca cerah tetapi ada hujan, maknanya hujan panas dan bukannya ribut. Jadi, pada pandangan saya helikopter jatuh bukan disebabkan cuaca dan terpulang kepada siasatan nanti,” katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani.
- Mengulas lanjut, Lee berkata, beliau menolak kemungkinan helikopter terbabit terbakar di udara kerana tidak kelihatan asap kebakaran sebelum pesawat itu terhempas.
- “Saya nampak helikopter itu sudah menjunam apabila muncungnya ke bawah, dan saya perhati sampai helikopter itu jatuh ke tanah barulah asap keluar. Bagaimanapun, semasa di udara tak ada nampak api atau asap keluar,” jelasnya.
- Bagaimanapun, seorang penganalisis TUDM memberi pandangan yang berbeza dengan Kapten Lee. Dia menjangkakan helikopter AS3655NA Dauphin itu mungkin terlanggar kabel pencawang elektrik sewaktu terbang rendah sebelum terhempas.
- Kapten (B) Rahmat Omar berkata, helikopter itu mungkin terpaksa terbang rendah akibat cuaca buruk.
- “Saya tidak pasti bagaimana cuaca ketika itu, kalau cuaca buruk, ada kemungkinan juruterbang akan terbang dengan lebih rendah, daripada gambar yang tersiar di laman sosial, kita tidak dapat pastikan helikopter jatuh terkena pokok dan terhempas ke tanah ataupun terhempas di udara lagi.
- "Ruang udara helikopter tersebut terjatuh merupakan tempat latihan TUDM Sungai Besi dan juga dipanggil (simpang), ia merupakan laluan biasa untuk pesawat ringan seperti helikopter. Laluan selatan iaitu di sempadan Banting sahaja merupakan kawasan tanah tinggi dan tempat helikopter tersebut terhempas merupakan kawasan yang tidak begitu tanah tinggi,” katanya.
- Sementara itu, lain pula cerita mengenai insiden trajis itu daripada penduduk kampung di kawasan lokasi nahas.
- Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit.
- Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan.
- "Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu. "Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas.
- Sementara itu, siasatan awal Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menolak kemungkinan nahas helikopter yang dinaiki Tan Sri Jamaludin bersama-sama lima mangsa lain di Semenyih semalam adalah akibat melanggar kabel pencawang elektrik sewaktu terbang rendah sebelum terhempas.
- Pengarah Operasi Penerbangan DCA, Datuk Yahya Abdul Rahman berkata, hasil pemerhatian beliau dari udara hari ini mendapati tiada pencawang elektrik berhampiran lokasi nahas itu.
- Malah menurut beliau, helikopter jenis AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terbang tinggi iaitu pada aras 1,500 meter ketika nahas itu berlaku.
- Ekoran perbezaan cerita yang diterima, pihak polis memberi jaminan sedang menyiasat punca nahas helikopter itu secara terperinci meliputi pelbagai elemen termasuk kemalangan, jenayah dan kecuaian.
- Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka siasatan dan kini sedang menunggu laporan bedah siasat kesemua mangsa, di samping mengumpul bahan bukti yang terdapat di lokasi kejadian.
- “Siasatan sudah dimulakan selepas nahas berlaku dan untuk permulaan kita membuka kertas siasatan di bawah kematian mengejut (SDR). Kita masih meneruskan penyiasatan di tempat kejadian termasuk punca kematian dengan pihak forensik,“ katanya.
- Menurut Noor Rashid, siasatan dari segi teknikal akan dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
- “Lokasi nahas juga telah ditutup dan dikawal daripada dimasuki oleh orang awam dan kini sedang mencari saksi di tempat kejadian untuk ditemubual. “Setakat ini kita telah merakam percakapan daripada tiga saksi,“ katanya.
- Berikutan insiden itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergegas ke lokasi semalam telah mengarahkan semua pihak yang berkaitan supaya segera menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca tragedi itu.
- PM dan kabinetnya juga menziarah keluarga semua mangsa nahas helikopter itu pada majlis pengkebumian yang diadakan secara berasing di kawasan masing-masing sambil menyifatkan tragedi Semenyih sebagai kehilangan beberapa tokoh politik dan ahli perniagaan tersohor negara.
- Enam penumpang dalam nahas helikopter jenis AS365 Dauphin yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih berjaya ditemui oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor. Lima penumpang dijumpai dalam satu kumpulan manakala seorang lagi ditemui terhempap di bawah rangka helikopter. Kesemua mayat yang dijumpai dalam keadaan sempurna tetapi terbakar.
- Helikopter tersebut dalam perjalanan dari Pekan, Pahang menuju ke Subang, melalui kawasan Semenyih sebelum terputus hubungan. Ia dipercayai meletup di udara dan punca sedang dikenal pasti. Kesemua mayat mangsa nahas dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
- Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan mengesahkan enam identiti mangsa nahas helikopter adalah seperti berikut: Kapten Clifford William Fournier (juruterbang), Aidana Baizieva (pembantu juruterbang), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin), Razakan Seran (pengiring Tan Sri Jamaluddin), Datuk Sri Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri) dan Datuk Tan Huat Seang.
Subscribe to:
Posts (Atom)