- Seperti yang sudah dijangka, masyarakat Cina pasti melancarkan perang ke atas perundangan hudud di Kelantan dengan tindakan awal parti Gerakan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bahru.
- Saman itu dibuat sebaik saja MB Kelantan Dato Ahmad Yakob membentang Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir di Dewan Undangan Negeri (DUN).
- Rang undang-undang yang mempunyai 71 fasal, enam bahagian dan empat jaudal itu merupakan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
- Parti Gerakan yang mewakili 99.9 peratus masyarakat Cina meminta mahkamah membatalkan rang undang-undang itu kerana menganggap ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Wakil parti Cina itu, Andy Yong berkata, permohonan itu merupakan langkah awal untuk menghalang pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan hudud.
- “Kerajaan negeri memulakan langkah pertama dengan membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 pindaan 2015 hari ini, sehubungan itu kami juga turut mengambil langkah pertama untuk membawa perkara ini ke mahkamah.
- “Kami akan menyerahkan saman pemula ini kepada pihak defendan di Pejabat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini juga,” katanya.
- Ramai yang menjangkakan DAP akan mengambil tindakan mahkamah, tetapi tiba-tiba parti Gerakan muncul di hadapan untuk menyaman kerajaan Islam Kelantan.
- Apakah parti yang sudah `mati’ itu mahu menjadi hero Cina di Malaysia atau mungkin juga `diminta’ oleh Dap supaya bertindak aggresif sebagai sebahagian dari komplot kaum Cina menentang kerajaan Islam Kelantan dan Malaysia.
- Mungkin juga Gerakan sudah tidak sabar-sabar untuk keluar sekali lagi dari Barisan Nasional (BN) dan kembali ke pangkuan pembangkang kerana sokongan Cina ke atas partinya disahkan hampir kosong peratus pada PRU13 yang lalu.
- Lalu Gerakan menunggu isu yang `malatop’ seperti hudud bagi membolehkan parti itu bangkit semula dan diyakini masyarakat Cina. Parti itu sudah tidak kisah samada ditendang keluar atau mengisytiharkan diri keluar dari BN.
- Bagi menjaga kepentingan Cina di Kelantan dan amnya di Malaysia, parti Gerakan perlu berusaha menjadi juara walaupun terpaksa mengkhianati Sultan Kelantan yang merupakan Ketua Agama di negeri itu.
- Sebelum mengarahkan Pergerakan Pemuda menyaman kerajaan Kelantan, pemimpin tertinggi Gerakan dikatakan sudah sepakat dan sanggup menerima apa jua kesan sampingan dari Kelantan mahupun BN.
- Mereka melihat Umno dan PAS akan bersatu di Kelantan demi hudud dan tidak mustahil kerajaan gabungan akan wujud di negeri itu dan negeri-negeri lain selepas ini.
- Cina juga mengharapkan MCA akan menyertai Gerakan dalam kempen menentang hudud di Kelantan dan di mana jua di Malaysia. Setakat ini masih belum ada sebarang reaksi dari MCA tetapi desas desus penyatuan MCA, Gerakan dan DAP dalam menyerang hudud dijangka akan menjadi kenyataan sendikit masa lagi.
- DAP seperti yakin dengan usaha parti Cina memerangi hudud, PKR pasti menyebelahinya kerana parti Anwar Ibrahim itu sudah diperbodohkan dengan`berbaiah’ dalam Pakatan Rakyat bahawa tiada hudud dalam perjuangan mereka samada sebelum atau selepas mana-mana PRU.
- Buktinya, PKR sendiri menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat.
- Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata dasar bersama yang dipersetujui adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.
- Dengan selamba Azmin berkata, bukannya beliau menolak hudud tetapi ia bukannya 'our common policies'. Dalam bahasa lain, Azmin ingin memberitahu bahawa PKR sebenarnya menolak hudud.
- Berikutan penyatuan masyarakat Cina dalam usaha memerangi hudud, sudah sampai masanya bagi umat Islam di Malaysia menggabungkan Umno dan PAS untuk menegakkan syiar Islam secara total.
- Lupakanlah sengketa lama, paculah negara ini dengan landasan Islam. Jika terus berbalah sesama sendiri, sudah tentu negara akan diperintah oleh kafir pada suatu ketika nanti seperti yang berlaku di Singapura dan ketika kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana `nasi sudah menjadi bubur’.
Wednesday, 18 March 2015
Kaum Cina lancar perang ke atas kerajaan Islam Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment