Monday, 23 December 2013

Jangan hentam tak tentu hala, dengarlah penjelasan TNB

Jangan melatah dengan kenaikan tarif elektrik. Soal siasat dulu.
 
  • Pemodal, pengusaha, peniaga tak kisah dengan kenaikan tarif elektrik kerana mereka akan memindahkan bebannya kepada pengguna. Peniaga sudah set kadar keuntungan (profit margin). Mereka mahu menikmati kemudahan asas semurah-murahnya bagi mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.
  • Jika kita berdemonstrasi untuk tidak mengizinkan kenaikan tarif elektrik, kita sebenarnya mengizinkan peniaga besar (85% dikuasai bangsa Cina) terus berniaga dengan kos yang murah tapi untung berlipat kali ganda.
  • Sebenarnya kerajaan segan nak memberitahu hakikat ini kepada masyarakat Melayu Malaysia yang rata-rata makan gaji dan hidup dalam keadaan sederhana. Sebab itu kerajaan menggariskankan kenaikan tarif elektrik mengikut penggunaan.
  • Mereka yang biasa membayar bil letrik yang rendah tidak akan dikenakan caj tambahan. Tapi mereka yang membayar bil beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit sebulan, mereka inilah yang dikenakan membayar caj tambahan. Masih tak wajarkah itu?
  • Namun peniaga cukup bijak. Mereka sudah siap sedia mahu memindahkan beban caj itu kepada orang ramai. Sebentar lagi kita akan saksikan karenah peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
  • Kita baru saja dilambung kenaikan harga ikan, sayur, telur, bawang, gula, beras, garam, minyak dan sebagainya akibat kenaikan petrol RON95. Kini gelombang kenaikan harga barangan akan berlaku lagi akibat kerja bijak peniaga.
  • Mengapa kita nak hentam kerajaan kerana menaikkan tarif elektrik tetapi tak mahu hentam peniaga yang kaya raya yang membuat onar tanpa ada rasa belas kasihan terhadap pengguna miskin.
  • “Engkau tak mampu beli beras dan minyak bukan aku punya pasal. Aku kena naikkan harga barang kerana bil elektrik naik. Kau pegilah hentam kerajaan yang buat susah peniaga dan orang-orang (kaya) seperti aku”. Begitulah kenyataan yakan bakal kita dengar dalam tempoh beberapa bulan lagi.
  • Untuk itu, kita jangan mudah kelam kabut. Dengar dulu penjelasan TNB. Kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari 2014 sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan syarikat penjana elektrik.
  • TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.
  • Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh.
  • Sebab itu TNB bersusah payah membuat sesi penerangan mengenai penetapan tarif elektrik kerana orang ramai kelihatannya sudah termakan racun pihak tertentu mengenai isu berkenaan.
  • TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.
  • Setiap bulan, TNB perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga berhubung prestasi kualiti perkhidmatan, kos-kos yang terbabit. Tahun depan pula, Suruhanjaya Tenaga akan lebih rapi memantau kos-kos yang dibiayai oleh TNB dan akan pastikan hanya kos-kos yang efisien atau cekap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tarif. Kos-kos yang tidak efisien, tidak dibenarkan masuk ke dalam tarif.
  • Berkuatkuasa 1 Januari depan, purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj daripada 33.54 sen/kwj pada masa ini. Dalam bahasa ekonomi, kenaikan kadar tarif itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk mengukuhkan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara.
  • Pada masa yang sama Perdana Menteri berulang kali menjelaskan kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielak lagi demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.
  • Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan. Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya.
  • Susulan kenaikan tol nanti kerajaan akan menyediakan satu mekanisme bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit. Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim dan yang guna tiap-tiap hari, mungkin kerajaan beri kadar lebih rendah dan murah.
  • Lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat. Hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. -- Yang Benar.

Mengapa Sadam Hussein bunuh rakyat sendiri?

 
Allahyarham Sadam Hussein
  • TIDAK ramai mengetahui mengapa bekas Presiden Iraq Allahyarham Saddam Hussein membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri pada sekitar tahun 80an dan 90an. Berjuta orang mengecam dan menyumpah Saddam dan menyifatkannya sebagai pembunuh kejam.
  • Baru-baru ini, terbongkarlah rahsia bahawa orang-orang yang dibunuh oleh Saddam adalah penganut mazhab Syiah. Selama lebih dari dua dekad, hakikat itu disembunyikan oleh media Barat.
  • Sejak sekian lama Saddam sedar bahaya Syiah. Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke Iraq. Jika hanya sekadar tinggal, mungkin Saddam tidak akan begitu peduli. Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan membawa konsep kahwin mut’ah – yang memang tak ada bezanya dengan pelacuran.
  • Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung menyokong kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme kenegaraan.
  • Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam kepada pengikut Syiah. Di rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam – memerintah hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain.
  • Sejarah menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang mendesak PBB memerangi Saddam. Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah. (sebahagian sumber Islam Pos)
  • Dalam konteks Malaysia, mengapa kita perlu tolak ajaran dan fahaman Syiah? Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran di Iran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.
  • Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.
  • Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng. 
  • Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.
  • Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah). Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini. Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.
  • Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.
  • Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan). Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.
  • Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW. Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.
  • Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba'. Dia merupakan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda'.
  • Setelah Abdullah bin Saba' memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.
  • Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini. Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.
  • Syiah dan al-Quran. Bahaya Syiah jelas apabila melihat kepada pandangan mereka terhadap kitab suci al-Quran. Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.
  • Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: "Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat".
  • Pegangan golongan Syiah ini jelas menunjukkan bahawa mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.
  • Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran. Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
  • Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
  • Syiah dan Hadis. Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.
  • Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum. Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.
  • Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda. Secara tidak langsungnya, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.
  • Golongan Syiah juga sangat biadab terhadap para isteri Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir. Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.
  • Syiah dan Taqiyah. Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura. Namun, konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.
  • Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.
  • Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah". – sumber JAKIM

Orang miskin jangan kelam kabut soal GST

 
Orang miskin jangan kelam kabut soal GST dan jangan terpedaya dengan dakyah
  • SISTEM cukai baru, “Good and Services Tax” (GST) makin kecoh diperdebat hingga ada pihak terbit buku “Faham GST, Tolak GST” untuk memburuk-burukkan pemerintah. Semua cerdik pandai ekonomi berkali-kali menjelaskan kebaikan perlaksanaan sistem GST tetapi semuanya dianggap “tidak betul”.
  • Puas sudah diberitahu bahawa GST hanya mengenakan cukai di antara 4% hingga 6% saja berbanding sistem cukai sedia ada (SST) sebanyak 16%. Ada orang kecoh soal 6% akan menyebabkan rakyat menjadi miskin dan papa kedana, walhal 16% yang dimansuhkan itu tidak disebut langsung.
  • Disenaraikan sebanyak mungkin barang-barang yang akan naik harga daripada GST 6% itu untuk menghasut rakyat Malaysia seolah-olah kita tidak akan mampu membeli sekampit beras, sekilo gula dan sekati garam pada tahun 2015 nanti.
  • Macam-macam gelaran diberi seperti kerajan lupa pada manifesto, janji ditepati digelar janji dicapati, janjikan gula, beri garam. Macam-macam lagi fitnah yang dihamburkan.
  • Sebelum terjah tak tentu hala, jom imbau sedikit sejarah. Ketika mula-mula kerajaan nak tubuhkan Proton, KLIA, KLCC dan Putrajaya, ramai marah kerajaan kononnya bazirkan duit rakyat, boros, bela kroni dengan projek mega, jahat dan zalim.
  • Hari ini mereka yang `menyalak bukit' itu pakai kereta Proton, turun naik KLIA dengan selesa, berhimpun di KLCC dan buat rombongan ke Putrajaya. Maksudnya, segala yang dibangkang dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga sekarang. Segala yang mereka buruk-burukkan dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga di zaman ini.
  • Kembali kepada GST. Ia bukan aset pembangunan seperti KLCC, KLIA, Putrajaya atau Proton. Tapi sikap suka memburuk-burukan sesuatu yang baik tanpa berfikir panjang perlu ditamatkan.
  • Sistem GST dilaksanakan di 160 negara dari 193 negara maju dan membangun di dunia. Menurut kajian, memang terbukti GST memberikan pulangan yang baik dari sudut ekonomi, sama ada kepada rakyat mahupun kerajaan.
  • Secara ringkas, sistem itu berjaya mengatur semula sistem percukaian negara dengan berkesan dan memberikan pulangan yang baik berbanding sistem lama. Manakala bagi rakyat pula, mereka bakal menikmati kemakmuran ekonomi negara yang lebih baik, teratur dan sistematik.
  • Tiada siapa yang suka bayar cukai. Tapi, Islam juga mengamalkan sistem cukai. Di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rashidin, sistem cukai sudah diperkenalkan. Zakat juga sebahagian dari sistem cukai. Cuma dalam Islam ia tidak disebut “cukai”, ia disebut “zakat”…
  • Marah sangat nak kena bayar cukai 6%? Kenapa rakyat di negara lain yang amalkan GST tak marah pun? Untuk itu jangan termakan dakyah pihak yang “buta perut”. Sudah lama restoran seperti McD, Starbucks dan sebagainya mengenakan cukai tambahan. Malah ada yang kenakan “service charge” dan “table charge”. Tapi penuh juga rakyat Malaysia di situ. Tidak pernah pula dengar pelanggan marah-marah di kaunter McD, berleter pada penjaga kaunter tentang “cukai” yang perlu dibayar.
  • Ada pihak berkata, “yang kaya okaylah bayar, tapi macam mana yang miskin”. Soalnya apakah orang miskin minum di Starbuck? Beras, gula, garam dan barangan keperluan asas tidak ada kena mengena dengan GST. Hanya barangan yang melibatkan “kehendak nafsu” saja yang dikenakan GST. Orang miskin sudah tentu utamakan keperluan berbanding kehendak hawa nafsu.
  • Orang miskin lebih suka pakai telefon bimbit biasa berbanding orang kaya. Perangai orang kaya ialah tidak pernah puas. Misalnya, kalau dulu dia pakai Nokia 3310, bila keluar model baru yang lebih canggih, mereka akan tukar pada yang lebih canggih! Itu perangai orang kaya.
  • Masalahnya, ada juga orang miskin yang berlagak macam orang kaya. Dia hanya mampu pakai Nokia 3310, tapi berlagak nak pakai Iphone 5. Itulah masalahnya. Sudah elok-elok beli beras tak payah bayar GST, tiba-tiba suka sangat ikut hawa nafsu nak makan karipap dan minum kopi Starbuck, kenalah bayar GST! Padanlah.
  • Sebab itu disarankan pada rakan-rakan supaya kembali pada kehidupan seorang muslim yang bersederhana dalam hidup, khususnya berbelanja. InsyaAllah kalau kita ikut cara Islam, datanglah GST berapa peratus pun, kita akan dapat menyesuaikan diri…kan?  -- susunan blogger aktif.

Give the Malays casino licences, said Zaid Ibrahim


What on earth has got into Zaid Ibrahims mind?
  • WHAT on earth has got into Zaid Ibrahim’s mind? Urging the government to give casino to the Malay Muslims? Or to the non-Muslim Malays like Lina Joy and other bunch of murtads? I’m sure Zaid is being sarcastic about opening gambling licences for Malay Muslims, but in case he’s not, I won’t be surprised he’ll be one of the first to grab it.
  • Look at what he said in his blog. The Genting Group is investing heavily again in its homeland Malaysia. The corporation announced a RM7 billion expansion plan that will include theme parks, 6-star resorts and villas. The Prime Minister himself was at the launch. I am happy that Genting is at last ploughing back some of the obscene profits it has raked in over the years and that it is back in Malaysia after many years of investing heavily overseas. After its foray into Australia, the US and lately Singapore, it’s about time we see some local re-investment.
  • Still, the success of Genting makes me want to cry. Many years ago I had advocated a fairer gaming policy in the country in the belief that the Malays should be allowed to participate in this lucrative industry. I objected strongly to the gaming monopoly, the likes of which you won’t find anywhere else in the world. It’s a ruse to enrich cronies, nothing more. If Islam were the real reason for disallowing the Malays from taking part, then there should be an outright ban.
  • When the Government scrapped the Social Welfare Lottery, I told the Finance Minister at the time that it was a mistake to privatise the lottery. Other countries used the proceeds for public use and public projects, so why shouldn’t we? At that time the Government used the lottery’s proceeds to help the poor, repair dilapidated homes, etc. Now it’s the tycoons who make money from the business but they give only to selected charities helmed by selected personalities.
  • I told whoever was prepared to listen that the monopoly over the multibillion ringgit gaming industry was in the hands of a few non-Malay tycoons, so why not keep the social welfare lottery for the rakyat? I was told the Government could not engage in such sinful business. In the Dewan Rakyat I raised the matter again. If indeed gaming was such a big sin then permitting non-Muslim tycoons to monopolise the business would surely double the original sin. The act of issuing the licence must be a sin as well, and since the Malays now got nothing and the public received little by way of charity from these tycoons, then God would punish these leaders with more severity. God knows who the hypocrites are.
  • Is the Najib administration less hypocritical and more willing to empower the Malays? The gaming industry coupled with the entertainment industry has an annual turnover in excess of RM3 billion. That’s not taking into account the gaming business that exists online and underground. Why should the Government deny the Malays such an opportunity if they are prepared to bear the sin themselves? These Malay entrepreneurs could also donate handsomely and may even do more to help the economic life of the Muslim community.
  • Now there is talk we are going to have a second casino in Iskandar. If the PM is disposed to having another casino, I hope he will offer the Malays this opportunity to make some easy money. Iskandar  business model  of high end property development, high technology companies may not be suitable for the Malays; they have small capital and their skills are limited, thanks to our education system. Its time the government give back to the Malays  something tangible in Iskandar. Give them a casino.
  • The NEP promised us all that race/ethnicity would no longer be synonymous with specific occupations and business identifications. We were also instructed to stop thinking of the Chinese as the towkay and the Malays as workers. This is something I have always agreed with wholeheartedly. However, Malay hypocrites decided to curb the Malays by limiting the businesses they could participate in. In the name of religion, they are stopped from engaging in business that is deemed to be even remotely sinful. If I apply for a transport licence to carry crates of beer for Carlsberg, chances are it will not be approved. If I want to open a fully licensed restaurant, that too will likely not be approved because I am a Muslim. The policy is to prohibit Muslims from selling liquor, yet it is these same Muslim policymakers who are drinking in London, Vegas and elsewhere.
  • Gaming and entertainment licences are given out to friendly parties or cronies, who in turn use the huge profits from these activities to buy up properties to built resorts here, in Singapore and elsewhere. The cronies also buy football clubs and promote Malaysia to appease the unsuspecting Malays. The Malays ultimately find themselves unable to afford properties in the city, never realising the connection between gaming money and skyrocketing properties prices.
  • The PM talks of economic liberalisation but we cannot just look at the ways we can open up the country to foreigners. Liberalisation should not just benefit them. The PM must look at his people, the Malays. Why are they being discriminated against by their own leaders, who take such lucrative business opportunities away from them? It’s unnecessary for the Government to make things difficult for Malay business people by insisting that they only participate in halal ventures.
  • It does not mean that all halal business is sanctioned by God. If I were a JAKIM top dog and ruled that all imported turkeys must be certified halal, only to make sure my company would be the sole bearer of this Halal certificate, do you think this halal business would be sanctioned by Allah? Allah is all knowing. Businesses are  not halal by certificate alone; if by  conduct  they cause hardships to the public; or the policy makers enriched  themselves  using religious rules;  or resort to cheating people, then its not halal. We must be concerned with having halal values, not with halal business label. Heaven is only for those who live by halal conduct, not for those who have halal labels on their business premises.
  • Anyway if there are Malays who are keen to lobby for the second Casino licence please do not be embarrassed or shy. – Zaid Ibrahim