- Selepas membatalkan perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan Putrajaya baru-baru ini, Mohamed Azmin Ali dibelasah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atas tiga syarat yang gagal dipenuhi dari kerajaan DAP Selangor sendiri.
- Azmin dilihat gelabah apabila rakyat PKR Selangor yang kebanyakannya Melayu mula `muak’ dengan isu ini semata-mata untuk memenuhi nafsu DAP yang mahu melengkapkan penguasaan ekonomi dengan merampas satu-satunya industri yang dikuasai bangsa Melayu di Selangor.
- Kini Azmin meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.
- Menteri besar Selangor itu berkata, permintaan untuk Najib campur tangan menyelesaikan isu perjanjian air disampaikan pada pertemuan bersamanya pagi tadi di bangunan Parlimen.
- "Kita menyatakan kebimbangan utama kita mengenai perjanjian air kepada Najib dalam pertemuan pagi tadi. Kita minta tolong perdana menteri untuk memaklumkan kementerian ini supaya dapat diadakan satu perbincangan dan penyelesaian bersama," katanya kepada pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
- Azmin berkata, pertemuan tersebut berjalan dengan lancar dan Najib menunjukkan respons positif terhadap permintaan kerajaan negeri mengenai isu tersebut.
- "Saya berharap kami boleh bertemu dan duduk sama membincangkan isu ini. Saya beritahu perdana menteri, menteri perlu kekal mempertahankan semangat kefahaman yang tinggi dan perjanjian ini tidak terpisah daripada prinsip dan dasarnya.
- "Sekiranya anda kerap menukar matlamat, amat sukar untuk kerajaan negeri ikut," katanya merujuk kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
- Sebelum ini Azmin mengesahkan perjanjian penstrukturan air antara Selangor dan Putrajaya terlupus dan mendakwa keputusan tersebut ekoran tindakan kerajaan persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah negeri itu.
- Ongkili pula memberitahu The Star, pihaknya akan membawa isu itu ke mahkamah sekiranya tidak ada keputusan bersama yang dicapai berkenaan perjanjian tersebut.
- Mengulas kenyataan itu, Azmin berkata tindakan perundangan akan menjadi tindakan akhir kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tersebut. "Saya amat pasti kita boleh duduk dan berbincang," katanya.
- Sebelum ini, Ongkili menyifatkan Azmin cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Ongkli sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
- Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
- Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
- “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
- “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
- “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya.
Thursday, 12 March 2015
Akhirnya Azmin minta Najib selesai isu air Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment