- Umat Islam di Malaysia hari ini perlu mengambil iktibar dalam kes rusuhan berkaitan kes gadis Belanda, Natrah pada Disember 1950 dalam memperjuang dan mempertahan kesucian Islam yang menjadi sasaran kebencian pada masa kini.
- Penulis buku "Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata", Datin Seri Fatini Yaacob berkata, rusuhan yang berlaku di Singapura sebelum negara mencapai kemerdekaan itu bukanlah kerana gadis bernama Natrah atau Maria Hertogh semata-mata tetapi kerana maruah Islam dihina.
- "Ramai yang sesat mengenai Natrah. Soalan paling banyak saya terima kenapa Natrah berkhawin dengan Mansor Adabi di Singapura. Apa khabar beliau sekarang? Kesimpulan saya, persoalan yang ditanya oleh kebanyakan orang kepada saya tidak penting. Apa yang penting bahawa isu Natrah adalah isu maruah orang Melayu-Islam bukan mengenai Natrah," kata Fatini.
- Fatini berkata demikian dalam dalam 'Wacana Natrah' anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
- Dalam pembentangan bertajuk "Rusuhan Natrah: Impak Terhadap Kebangkitan dan Perpaduan Ummah di Malaysia", Fatini menegaskan, umat Islam tidak tewas dalam peristiwa berkenaan kerana mereka bangkit bersatu mempertahanlan maruah Islam.
- "Penjajah sama sekali tidak sangka orang Islam bangkit menentang. Kini golongan liberal berusaha dengan agenda untuk melemahkan umat Islam.
- "Kita sendiri tidak ada agenda. Ini perjuangan untuk kita semua. Perjuangan kita terhadap kumpulan liberal lebih berat dari dulu. Mereka menyelinap dalam fakulti undang-undang dan pengajian Islam. Mereka secara halus dan melunturkan kasih sayang kepada Rasullulah dan Islam," tegas Fatini.
- Turut menjadi ahli panel pada wacana tersebut adalah Presiden Alumni Pengajian Islam UM, Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Adli.
- Beliau yang melakukan pembentangan bertajuk "Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan: Refeksi Isu Natrah" bersetuju dengan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan.
- "Akta Hasutan adalah senjata. UMNO belajar daripada kesilapan dengan memansuhkan ISA. UMNO terikut rentak dengan politik sana.
- "Saya sokong penuh ISA. Begitu juga Akta Hasutan. Ia akta baik untuk selamatkan keadaan," kata Dr. Mohamad Azam.
- Tegas beliau, umat Islam yang kini berpecah belah dan tidak bersatu perlu kembali merapatkan saf dan mempertahankan akidah serta maruah Islam seperti yang ditunjukan dalam kes Natrah.
- “Melayu tidak bersatu. Mengenai kalimah Allah, ulama berpecah belah. Ada yang kata boleh dan tidak. Saya tidak faham kenapa ada ulama yang bersetuju dengan tuntutan kalimah Allah. Saya tak puas hati dengan keputusan 4 hakim menyokong dan 3 tidak. Patutnya 5:2. Kerana lima hakim terlibat adalah Islam.
- “Di Selangor, MAIS terpaksa mengalah dan memberi semula bible terjemahan kepada orang Kristian. Ini kekalahan kepada orang Islam. Perlaksanaan undang-undang Islam juga melihatkam umat Islam bertelingkahan,” katanya.
- Tambah beliau lagi, hudud di Brunei merupakan batu loncatan untuk pelaksanaan undang-undang Islam. UMNO dan Pas kini bersetuju untuk melaksanakan beberapa perkara. Untuk itu, katanya UMNO dan Pas mesti bersatu dalam menjaga kepentingan Islam. Perlukah kita tunggu munculnya seorang lagi korban Natrah untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam?.
Wednesday, 3 December 2014
Perlukah seorang lagi Natrah untuk satukan Melayu
Agenda Cina memuliakan perjuangan Chin Peng
- Parti Komunis Malaya (PKM) kini muncul semula dan secara terbuka mendedahkan identiti kepada orang ramai menerusi majlis makan malam anjuran kaum Cina pro-DAP di Dewan Orang Ramai Chai Leng Park di Perai.
- Hanya DAP dan parti sekongkolnya saja menyifatkan PKM sebagai perajurit kemerdekaan sedangkan seluruh masyarakat Malaysia menolaknya. Betapa sedihnya pejuang menentang komunis apabila melihat masih ada generasi hari ini menyokong PKM.
- Petualang negara seperti Lim Kit Siang pernah menempuh zaman dharurat tetapi beliau mungkin menyokong PKM. Jika tidak, beliau pasti menolak PKM dahulu dan hari ini, serta menghalang kebangkitan semula PKM.
- Mengimbau sejarah PKM, ia ditubuhkan pada 1930 oleh Mokhtaruddin Lasso, seorang komunis Indonesia yang tidak pernah berhajat mahu membebaskan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan Jepun, sebaliknya bercita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebahagian daripada Empayar Komunis Mao Tze Tung.
- Cita-cita pelebaran Empayar Komunis Mao Tze Tung terbatal pada tahun 1974 menerusi hubungan diplomatik dan lawatan pertama yang dibuat oleh Allahyarham Tun Abdul Razak ke negara China. Mao Tze Tung kemudiannya mengikrarkan bahawa Parti Komunis Malaya tidak lagi dilindungi oleh Parti Komunis China dan Kerajaan Malaysia bebas untuk mengambil sebarang tindakan perlu bagi melindungi Malaysia dan rakyatnya daripada kekacauan yang ditimbulkan oleh pengganas-pengganas PKM.
- Selepas itu, PKM terumbang-ambing dan terpaksa bertindak sebagai kumpulan perompak dan penjarah setelah sumber kewangan, senjata, taktikal dan teknikal mereka diputuskan oleh Republik Rakyat China.
- Komunis Malaya dan Kalimantan akhirnya tersepit dan terhimpit. Sebahagian besar daripada pemimpin utamanya telah melarikan diri ke China tetapi kemudian dihalau keluar dari negara itu termasuklah Chin Peng. Sebahagian yang lain pula menyerah diri kepada Kerajaan Malaysia dan Thailand. Manakala sebahagian yang lain, mengambil keputusan untuk menetap di sempadan Malaysia-Thailand.
- Saki-baki komunis masih lagi berusaha mewujudkan persepsi bahawa mereka adalah pejuang negara. Dibantu oleh DAP dan Pakatan Rakyat, kini Kerajaan Malaysia didesak agar mengiktiraf PKM dan Chin Peng pula perlu diiktiraf sebagai pejuang negara.
- Pada 29 November lalu, PKM dan bekas-bekas anggotanya telah mengadakan satu majlis makan malam di Dewan Orang Ramai Chai Leng Park, Perai. Majlis makan malam tersebut turut menghimpunkan bekas anggota, penyokong dan ahli keluarga bekas anggota-anggota pengganas PKM.
- Sebanyak 24 laporan polis telah dibuat berhubung majlis makan malam tersebut. Bagaimanapun, di sebalik laporan yang dibuat, majlis makan tersebut tetap diadakan. Malah walaupun Ahli Jawatankuasa Dewan Orang Ramai Chai Leng Park cuba menafikan kewujudan majlis makan membabitkan PKM di dewan berkenaan, ia bukanlah rahsia lagi kerana seramai hampir 900 orang bekas anggota, penyokong dan ahli keluarga bekas anggota pengganas PKM muncul.
- Menariknya, majlis makan malam tersebut berakhir dengan resolusi yang mendesak dan meminta Kerajaan Malaysia membenarkan kemasukan abu mayat Chin Peng untuk disemadikan di negara yang pernah diperanginya. Majlis makan malam itu telah dianjurkan oleh Persatuan Setiakawan Malaysia Abad Ke-21.
- Bagi yang sering membaca pelbagai sumber tentang sejarah PKM, majlis makan malam seperti itu bukanlah taktik baru untuk mengembangkan pengaruh dan kekuatan untuk PKM sebelum mereka melakukan taktik perang gerila untuk menimbulkan ketakutan dan ancaman sekaligus tidak memberi pilihan kepada rakyat kecuali menyokong mereka.
- PKM sepatutnya sudah lama berkubur namun disebabkan kebanyakan anggotanya pada zaman moden tidak lagi berada atau berselindung di dalam hutan serta menggalas senjata dan memerangi pasukan keselamatan Malaysia secara terbuka, mereka telah menggunakan kekuatan ekonomi yang dibina oleh kelompok mereka selain penguasaan ke atas politik untuk merealisasikan perjuangan mereka dari tahun 1930.
- Ditambah pula dengan kebencian sebilangan Melayu kepada kerajaan yang memerintah dan akan menyokong sesiapa atau apa-apa sahaja yang akan menentang kerajaan, PKM kembali mendapatkan kekuatannya yang telah lama hilang.
- Justeru, keputusan Polis Pulau Pinang untuk menyiasat majlis makan malam tersebut, disambut baik. Walaupun sudah terlewat dan dilihat lebih kepada retorik, tetapi yang pastinya masih ada harapan bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang mencintai keamanan untuk tidak mengambil pusing tentang Parti Komunis Malaya yang disokong kuat oleh DAP dan Pakatan Rakyat. – MyKMU.net
Di mana silap Melayu
- UMNO telah selesai bersidang. Semua sudah pulang ke lubuk masing-masing. Tahun hadapan, insya-Allah bertemu semula.
- Agenda akan berulang. Berulang dan berulang. Jika ada pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza. Lebih panas, mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata bunga-bunga pemilihan sudah berputik.
- Namun semalam saya menerima satu WhatsApp yang membuatkan saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?
- Begini bunyinya. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Datang dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah saya siarkan namanya.
- Katanya. UMNO telah memerintah Malaysia selama 57 tahun dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.
- Beliau bertanya: Selama 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya Malaysia dan Islam berada di bawah ancaman?
- Beliau berkata faktanya ialah:
- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Melayu.
- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.
- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.
- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.
- Majoriti Menteri Persekutuan adalah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.
- Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih daripada 50 peratus adalah Melayu.
- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
- DEB dirangka untuk orang Melayu.
- Sebanyak 80 peratus kuota universiti diperuntukkan kepada Melayu.
- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.
- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.
- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.
- Beliau berkata, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta untuk terus hidup di bumi bertuah ini.
- Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu? – Zaini Hassan
Bumi Melayu Johor ditelan China
- Beberapa bulan lalu sebuah syarikat gergasi dari tanah besar China telah membeli hartanah di Johor Baru dan mengiklankannya di media.
- R&F Properties mahu membina bangunan ikonik pencakar langit bernilai billion ringgit. Syarikat itu memang hebat kerana telah memecah rekod jualan hartanah dengan pungutan RM21.1 bilion sewaktu upacara perasmian Hotel R&F Ritz-Carlton, Chengou pada tahun 2013.
- Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1994, ia telah diiktiraf sebagai pemaju tersohor di China, dengan menyiapkan 6 siri projek ikonik, lebih 14 hotel 5 bintang bertaraf antarabangsa, termasuk Ritz-Carlton, Grand Hyatt dan Marriott, dan 26 menara pejabat ikonik di Tianjin dan Guangdong – yang merupakan salah satu bangunan tertinggi di China.
- Bagi pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, khususnya di Danga Bay, Johor Bahru, aktiviti penjualan hartanah oleh pelbagai pihak (pemilik hartanah tempatan) kepada pelabur asing didapati berleluasa. Antara hartanah yang telah dijual itu adalah 116 ekar tanah di Danga Bay yang telah dijual kepada syarikat R&F Properties ini dengan harga RM4.5 billion.
- Dalam iklan 19 Jun lalu, ada dinyatakan bahawa di atas tanah seluas 116 ekar yang telah dibeli oleh R&F Properties inilah nanti satu “mercu tanda global” akan dibangunkan, dan bakal dinamakan “R&F Tanjung Puteri”.
- Akibatnya, Tanjung Puteri yang berasaskan citarasa anak Johor akan luput dari pandangan kerana ia “ditransformasi” menjadi Tanjung Puteri mengikut selera syarikat gergasi dari China.
- Walaupun ada syarikat pelabur dari Cina yang lain yang datang ke sini dan membeli hartanah di Johor sebelum ini, misalnya Country Garden Holdings Co (dari Foshan, selatan Cina), Agile Property Holdings Ltd, dan Greenland Group, syarikat R&F Properties merupakan pembeli hartanah yang paling bernilai sekali, dan lokasi yang paling prestij sekali.
- Mengikut pakar hartanah tempatan, ada tiga lokasi di Iskandar Malaysia yang menjadi tumpuan pelabur asing, iaitu Vantage Bay, Danga Bay and Medini. Lokasi pertama (Vantage Bay) sedang dibangunkan oleh pelabur dari Singapura, manakala lokasi kedua (Danga Bay) menjadi tumpuan utama pelabur dari negara Cina, seperti yang disebutkan di atas tadi. Lokasi ketiga (Medini) menjadi tumpuan pelabur Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, juga dari negara Cina.
- Mengikut Datuk Syed Mohamed Ibrahim, CEO Iskandar Investment Bhd, penglibatan Qingdao merupakan pelaburan hartanah besar-besaran pertama di Medini oleh sebuah syarikat asing, bernilai RM2.5 bilion.
- Country Garden, yang merupakan syarikat hartanah ke-7 terbesar di China, memuktamadkan pelaburannya di Danga Bay pada tahun lalu bila syarikat itu membelanjakan lebih RM800 juta membeli 28 hektar tanah di lokasi itu dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH). Pelaburan ini dianggar akan membuahkan hasil bernilai RM18 bilion.
- Greenland Group dari Shanghai juga menumpukan perhatiannya ke Danga Bay, setelah berjaya membeli 13.96 ekar tanah dari IWH dengan harta RM600 juta. Pelaburan ini dianggar akan membuahkan pulangan bernilai RM2.2 bilion. Ini merupakan pelabuaran pertama bagi syarikat hartanah China itu di negara ini.
- IWH merupakan pemaju utama (master developer) kawasan tepian seluas 1,620 hektar di sebelah timur dan barat Tambak Johor, dengan Danga Bay terletak dalam Flagship Zone A Iskandar Malaysia. Flagship Zone A terdiri satu kawasan kewangan yang baru, satu kawasan perniagaan, bandaraya tepian pantai Danga Bay, pembangunan bercampur di Tebrau Plentong and Tambak Johor.
- Mengikut sebuah portal, www.forbes.com, IWH dimiliki bersama oleh seorang jutawan tempatan Lim Kang Hoo (60% ekuiti), selebihnya (40%) oleh Kumpulan Praserana Rakyat Johor (KPRJ). Mengikut portal yang sama Lim miliki 4,000 ekar dalam wilayah Iskandar.
- Andainya hartanah di Johor Baru terus menerus dijual dengan begitu mudah sekali kepada pelabur asing, akhirnya nanti bila anak cucu kita tanya “Tok, Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”. – Prof Salleh Buang.
Pemilihan Majlis Peguam `tak bersih’
- "Majlis Peguam dikatakan memperjuangkan hak dan kebebasan akhbar. Peliknya, pada pemilihan pucuk pimpinan majlis itu sendiri, mereka tidak membenarkan media membuat liputan." – Rapera, peguam dan blogger
- Susulan insiden memalukan itu ketua blogger Malaysia, Rocky Bru mengulas “It's no secret that the Bar Council is a major force behind Bersih, the pro-Opposition movement that insists that the national electoral process is flawed, dirty, unfair despite the huge gains made by the political parties that it backs in the last two general elections.”
- Benar kata Rocky. Ini disebabkan Ambiga yang pernah menerajui Majlis Peguam merupakan tokoh utama menggerakkan pelbagai demonstrasi bersama Anwar Ibrahim dan kroninya. Malahan poster Anbiga merupakan antara yang paling popular digunakan Pakatan Rakyat ketika berkempen walaupun wanita itu mendakwa beliau adalah `non-partisan’.
- Ternyata Majlis Peguam, Ambiga dan parti pembangkang kini malu besar apabila ada di kalangan ahli majlis itu berteriak tidak puas hati dengan proses pemilihan ahli majlis yang diadakan semalam.
- Hakikatnya, mana-mana media tidak dibenarkan membuat liputan. Hal itu menyebabkan beberapa blog termasuk The Mole hari ini membelasah Majlis Peguam.
- Bar Council election not transparent, say contenders
- A few contenders said the Bar Council's election was not transparent as candidates were prevented from watching the vote-counting process. The Bar Council’s election for the 2015 – 2016 term ended with controversy when running candidates were prevented from witnessing the entire vote-counting process.
- Contender Mohamad Reza Abu Hassan told The Mole that candidates were only allowed to see the process through a live video streaming if they signed a letter of undertaking (LOU).
- “I refused to sign it because the election committee could not tell me why we have to sign it. They said although it is not stated in the law, that is an internal procedure that we have to oblige,” said Reza, adding that he doubted the transparency of the election.
- “Candidates were not allowed to see the live counting process. They only showed us the video streaming where I can only see a pair of hands and ballot boxes,” he added. Reza said he was subsequently barred from watching the live streaming for refusing to sign the LOU. It was learnt that the media was also prevented from covering the election.
- The election, which saw 23 candidates vying for the council’s top 12 positions, saw Hendon Mohamed received the highest votes of 1,948, followed by Datuk Haji Sulaiman Abdullah (1,788) and Brendan Navin Siva (1,638). Reza, who ended on the 17th spot, claimed he was not surprised with the result as majority of the 12 were “of the same clique.”
- Lawyer Datuk Mohd Haaziq Pillay said the council should prove its transparency by allowing members to witness the counting process.
- “Besides scrutinisers, the members should be able to be part of the election. The counting process should be made public so that the contenders or other members can ask for a recount if they are not satisfied,” he said.
- Mohd Haaziq however agreed that the media should not be allowed to cover the election process. “It’s a private body…But members may turn to the media if they witness any wrongdoing in the process.”
- Mohd Haaziq felt Hendon deserved to win. “She has proven to be a gem because she always supports the council and attends every function it organises. She is very vocal in her opinions and the council could benefit from her quality.”
- Another contender Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos also told The Mole that he heard about candidates being prevented from watching the vote-counting.
- “The council has been talking about freedom of press but it’s funny that no media coverage is allowed,” he said. However, freshly-elected committee member Ravi Nekoo said the election was conforming to democratic process.
- “I did not hear any complaint regarding the election. Everyone has the rights to vote for the candidate they support so we should all respect and accept the results,” said Ravi, who ended up at the ninth spot.
Umno didakwa rasis, DAP bagaimana
- Ketika Umno berusaha keras memahatkan pengaruh di hati pengundi Melayu dengan melakar gerak kerja politik yang lebih tersusun dan berkesan, DAP pula gigih mencuri kesempatan dengan melancarkan pelbagai cabaran tersusun bagi meruntuhkan Umno dan parti Melayu yang lain.
- Sebagai pembuka tirai, veteran DAP, Lim Kit Siang mewar-warkan betapa Umno sedang melalui fasa paling mencabar dalam sejarahnya. Malah beliau menyifatkan Perhimpunan kali ini sebagai “peluang terakhir” bagi Umno membuktikan ia sebuah parti moderat dan bukan ekstremis.
- Sesungguhnya strategi pembangkang memang mahu mengkalungkan Umno dengan istilah negatif seperti ekstremis dan rasis.
- Veteran DAP itu berkata, setelah memerintah Malaysia hampir 60 tahun, Umno kini semakin bersikap ekslusif (untuk Melayu sahaja?) dan tidak memperjuangkan hak semua golongan rakyat.
- Lim menggunakan seruan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya para perwakilan tampil menegur pimpinan parti demi memastikan parti sentiasa di atas landasan perjuangan yang betul, sebagai dalil hujahnya.
- Beliau cuba menampilkan isu seperti kontroversi pelaburan 1MDB, kemerosotan sistem pendidikan dan jurang pendapatan rakyat supaya dibawa oleh para perwakilan ke dalam perhimpunan.
- Sifirnya mudah. Jika banyak suara perwakilan menjurus kepada debat isu-isu yang sebenarnya menjadi modal pembangkang, lebih kuat tergoncangnya pasak kekuatan Umno. Justeru semakin lunturlah wibawa Umno kerana dipersoalkan oleh para perwakilan.
- “Isu yang akan mendominasi perhimpunan agung kali ini ialah soal perkauman dan retorik agama,” Lim dilaporkan berkata.
- “Bilakah kali terakhir Perhimpunan Agung Umno membawa khabar gembira bagi rakyat bukan Melayu? Adakah ia sesuatu berita baik jika Perhimpunan Umno tidak merumuskan sesuatu yang negatif bagi kaum bukan Melayu?” sindir Lim.
- Strategi DAP mahu mensudutkan Umno sebagai sebuah parti rasis memang jelas. Sebaik sahaja perhimpunan bermula, anak Kit Siang, Lim Guan Eng sudah menunggu dengan data-data betapa Umno tidak amanah dan rasis.
- Beliau menyerang Umno dengan menebarkan rasa kecewa terhadap salah seorang pemimpin muda Umno, Khairy Jamaluddin yang dianggapnya berpendirian “sederhana” tetapi kini terikut-ikut dengan amalan rasis Umno.
- Beliau membuat komen berkenaan apabila Khairy mengingatkan rakyat bukan Melayu supaya jangan mempertikaikan “hak istimewa” orang Melayu seperti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara.
- “Khairy memilih jalan gelap yang diambil oleh ekstremis seperti Perkasa dan Ibrahim Ali apabila beliau menyalahkan rakyat bukan Melayu mempersoalkan kedudukan Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
- “Tuduhan Khairy ini tidak adil dan politik serong kerana ia adalah palsu sebab tiada bukan Melayu yang mempertikaikan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
- Malah sebaliknya, Guan Eng berkata, Khairy seharusnya menumpukan perhatian memperbaiki kedudukan orang Melayu sendiri yang ternyata mundur di segi ekonomi.
- Laporan Pembangunan Sumber Manusia Malaysia 2013 menunjukkan 53 peratus isi rumah Malaysia tidak memiliki aset kewangan dan hanya seorang daripada tiga rakyat Malaysia memiliki akaun kewangan.
- Menurut Guan Eng, laporan itu menyebut 63 peratus penduduk luar bandar tidak memiliki aset kewangan berbanding 45 peratus penduduk bandar.
- Sementara menurut golongan etnik pula, kira-kira 57 peratus Bumiputera bukan Melayu dan 55 peratus Melayu; Cina 45 peratus, dan India 54 peratus tidak memilik aset kewangan.
- Beliau memetik Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang menyebut hampir 90 peratus penduduk luar bandar dan 86 peratus penduduk bandar tidak mempunyai sebarang simpanan kewangan.
- Beliau menyelar Khairy kerana tidak berusaha merungkai masalah hasil kajian HIS yang disokong Jabatan Perdana Menteri walhal ia mempunyai kesan langsung terhadap masa depan ekonomi rakyat Malaysia, terutama belia Melayu dan Bumiputera.
- “Adalah jelas bahawa Khairy mengambil jalan mudah dengan memainkan isu perkauman kerana beliau tiada jawapannya. Ini kerana Khairy sendiri tahu bahawa Umno bukan sebahagian daripada penyelesaian isu tetapi ia adalah sebahagian daripada masalah,” kata Guan Eng.
- Dengan menuduh Khairy dan Umno gagal memperjuangkan soal nasib ekonomi Melayu Guan Eng nampaknya mahu “lempar batu sorok tangan” demi menghindar kemungkinan DAP sendiri dituduh mempermainkan isu perkauman.
- Selepas itu Umno akan diasak dengan label ia parti rasis yang tidak henti-henti bercakap soal kepentingan ekonomi walhal pelbagai skim, kempen dan dasar pro-Melayu sudah dirangka dan dilaksanakan.
- Semua itu dituduh adalah kerana kelemahan dan kegagalan Umno sendiri. Agenda Melayu akan disinonimkan sebagai agenda pemimpin Umno. Ini mungkin ada kebenarannya.
- Bagaimanapun mengapakah ekonomi bukan Melayu semakin mencanak meningkat? Bagaimana ini boleh berlaku? Tidakkah ini menunjukkan bahawa dasar pro-Melayu Umno juga memberi manfaat besar kepada bukan Melayu?
- Jerangkapnya ialah untuk meletakkan Umno dalam dilema bagaimana mahu memperjuangkan nasib dan kepentingan Melayu jika awal-awal lagi dipasung tangannya dengan tuduhan ia bersikap rasis.
- "Sudah sampai satu tahap kita sudah tidak boleh cakap apa pun mengenai agenda Melayu. Bila kita cakap mengenai agenda Melayu, kita dituduh rasis.
- "Saya tidak pernah minta supaya sekolah vernakular ditutup, kami terima sekolah vernakular, tetapi kita hanya minta komitmen semua pihak mengenai simbol perpaduan," ujar Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno.
- Begitu jerangkap politik DAP. Matlamatnya ialah supaya Umno sendiri lemas dan berasa rendah diri dalam membicarakan isu agenda Melayu. Senjata yang digunakan ialah dasar-dasar Umno bercanggah dengan soal hak asasi rakyat bersuara dan beragama.
- Jika Umno masih enggan bersikap lunak dalam memperjuangkan isu-isu agenda Melayu maka natijahnya ialah ia akan dituduh menginjak hak orang bukan Melayu.
- Akhirnya serangan halus ini terdorong menjadi isu kehakiman sepertimana berlaku terhadap pendirian Islam sendiri dalam isu transgender hingga diheret dan dibicarakan dalam mahkamah sivil.
- Jika Umno tidak menentang gerakan ini, ada tukang karut Melayu dan Islam di kalangan pembangkang menuduh Umno tidak dayus. Bagaimanapun jika Umno bersuara, ia dilabel ekstremis dan rasis.
The dilemma of Malay privileges and Seditious Act
- Education is still staying on the biggest and continuous problem in Malaysia. The existence of vernacular schools since Independence makes the policy makers fickle minded, especially in making decision pertaining to teaching and educational aids at the third level.
- Comprises of the three biggest races, Malay, Chinese and Indian, Malaysian policy for educational aids is a bit disbelieving. The Chinese and Indian claimed that ‘The Bumiputras’ are given extra rights and privileges as stated in the constitution of Malaysia. For this reason other races are getting less opportunity to continue their training at the third level.
- They said the government is biased towards other races and claim that scholarship and spots in public universities have been awarded not only on merit but along the racial line.
- The Chinese extremist have been making vicious attack in all aspect of the government policy and claiming that if the government is acting in a discriminatory manner at the remainder of the day the country will lose the potential renters.
- However, in Rebutting this particular subject’ Minister in The Prime Minister Departmenent, Datuk Seri Shahidan Kassim says, “The numbers don’t lie.” He explained, in 2008, a total of 2,000 scholarships for overseas studies were awarded by the Public Services Department (JPA). Of these, 1,000 or 55% went to bumiputras and 900 (45%) to non-bumiputras.
- By 2012, the ratio had changed to 60:40 in favour of bumiputras. Shahidan had argued that given the racial makeup of the Malaysian population, of which 67.9% are bumiputras, 24% are Chinese, 7.2% are Indians and 0.9% others, it was more than fair that non-bumiputras made up at least 40% of scholarship recipients.
- On the issue of getting placed in the public university again, they accused the government of being biased by pointing out that of the more than 50,000 students who secured places in local public universities, only 20% of them are Chinese and less than 5% are Indians. Up till 2002 when there was a quota, bumiputras accounted for 55% of new intakes at public universities.
- “The entire university intake issue in Malaysia has nothing to do with race,” The deputy minister of education and higher learning II, MIC’s P. Kamalanathan said.
- He stressed that the result this year is proof that the system was based on merit instead, pointing out that 76 per cent of Chinese applicants were successful, compared to 72 per cent from Bumiputera. Of the Indians, 69 per cent succeeded.
- “The success rate of the Chinese community in university is the highest in this country,” Kamalanathan told the BBC.
- According to Kamalanathan, the reason why some Chinese and Indian applicants failed to gain places is because of intense competition for a limited number of places on courses popular with the community.
- There were also applicants with perfect scores who refused to accept intakes in programmes that they had not applied for, he added.
- Constitutional rights versus Merit
- Education is not only the issue of contention, another issue such as individual freedom become agenda of public discussion in the social media. It worries the government because social media might be used by the irresponsible person to create social tension in the country. Still looking at the scenario, the Chinese and Indians may press out their prospects with full of stable but on the government side all decisions regarding the wealth of it citizens, including the Chinese and the Indian are distributed equally and all races in the country is always having ample opportunities to enhance their progress in the country.
- For instance, regarding the scholarships and getting placement in the university, there are Chinese and Indian accusing the government is racist, so whatever decision made is based along the racial line, however facts do not plump for such accusation, knowing the fact that, the government comprises of three major races, Malay, Chinese and Indian and including Sarawakian and Sabahan. Unless the Chinese and Indian ministers are “dumb”, racial discrimination might occur.
- Although “merit” system as insisted by the some non-bumi is goodwill, intangible and not prejudice, it is the government discretion not to implement meritocracy system because the Constitution protects the indigenous people who are among the poors and the disadvantage who need training. The clause (153) of the Federal Constitution has given sole rights to the Bumiputras. Unless the article is read out, not a single soul is experiencing a greater advantage of the others.
- Alluding to the history, the first Prime Minister of Malaysia, Tuanku Abdul Rahman had initiated to materialized the 153 Federal Constitution as to recognize the special position of the Malays but the article did dot defines “the Bumiputras, it defines only Malay as the indigenous people. When Sarawak and Sabah entered Malaysia, the definition of Bumiputras included those native people of Sarawak and Sabah which was written in the article (160 (2)) for the indigenous people, (161A (6) (a) for the native people of Sarawak and 161 A (6) (b) for the native people of Sabah.
- In the1970s, The government took affirmative actions in developing the Bumiputras’ standard of living by opening up the opportunities for the Malays to pursue their education at the highest level and encouraging them to participate in the business sectors. The government had introduced the New Economic Policy emphasizing in the eradication of poverty of the rural people which is mostly Malays. Remarkably, the policy has been expended, not only the government was helping the Malays by providing quotes for granting scholarships, position in the civil service, business licenses and the preservation of land, but the rubric of the New Economic Policy includes subsidies for real estate purchases, the quota for equity shares, and general subsidies for bumiputras business.
- Mahathir administration marked the booming of the Malay economy and education. The positive effects of the plan are remarkable, it bore a strong Malay community, Malay economics, social and politics are excellent comparing to 50 years ago, but on the contrary, the policy also had engaged in an unremarkable attitude of the Malays- lean on the government and charging the government if things do not satisfy them, the Malay become unproductive and myopic, prejudicial mind and racist. Whether the government likes it or not, it has to carry and maintain a bunch of myopic, prejudicial attitude of the majority, fearing that it could have been lost the majority backing in the general election.
- The Chinese and Indians are also benefited through the economic expansion of the country. Some of them becomes a billionaire. Chinese and Indian are Malay’s business partners, they lent the service and business expertise to the Malays and the big chunk of the winnings belonged to the non bumi. The term “Ali Baba” spurred at that moment. Upon taking a serious revision, the government had succeeded in its plan to expense Malays knowledge and experience in business and other professional spheres.
- During the ten to twenty years, the process of eradication of poverty under the New Economic Policy had been so favorable to all races. Presumably, all races held up the sound policy of its form. This can be seen of how formidable the ruling party was. The three dominant parties, namely, The UMNO, the MIC and MCA could work together to purge the land from abject poverty.
- Given the scenario of what had happened today, we may say that our new generation is in the state of forgotten the history. They challenge the constitution. They demand the equitable rights, accusing the government is racist and corrupt. They humiliate the King and the Sultan and the official religion of the country. They protest on the street and demand to repeal the law forgeting that the government had putting their previous generation at the pedestal of economic success and make them economically sound as what they were today. There is no a true answer to the accusation for this nation was run by the component party, the UMNO, the MCA and the MIC which is representing the interest of the all races in Malaysia. The Malay, the Indian, the Chinese, The Sabahan and Sarawakian all are having their representative in the parliament. The Malay privilege which is noted in the constitution can be fixed unless the bulk of people in Malaysia agrees upon writing of the article 153 of the Federal constitution.
- The non- Bumis, under some circumstance, they are the victim of history. On the other hand the privileges, the Malays, have advantages over other races because they are the earliest settlers of the land. Still, all races the Malay, Indian and the Chinese live happily before and economically prosper under the administration of the Malay power. So the question is what has gone wrong?
- When there is no need to recall about the basic needs such food, clothing and shelter, people begin to think something besides the basic human requirement. One starts to think his aspiration, ambition and more often than not one’s identity in society. Often times, the value that they inherited will be used as a weapon to call upon other people of the same value to go against what they see as incongruent with their belief system.
- In the modern times Malaysia, There are a myriad of problems arise out of the desires of the young non-Bumis to ignore the fundamental law which they feel unfair to the extent of humiliating what has been composed in the fundamental laws regarding the Malay and bumitputra’s rights, the King and the Sultan, the Islamic religion, the national nomenclature, the Malay reserve land, and pushing the government to the wall. The problem has become worse when the opposition parties the DAP and PAS fueling the sentiment, utilizing the media and particularly the social media , incite the masses to protest against the government whereas none of the parties acting opposing the fundamental law in the parliament.
- Should the government, condone behavior of those who humiliate the law? Just because some “few bad guys” deterred the process of democracy, the whole democratic set up of the multiracial system that historically proven benefits to all races will be abolished. Or just simply the Federal Law states the priority should be given to the Bumis because they were the early settlers of the country and other non-bums should be afforded the same rights, In fact, they have already been getting so much benefit out of the system for instance, freedom to practice their own religion, possessing their own schools and their terminology under the vernacular school system, they have freedom to accumulate riches of the state to identify a few. Even then, if the law is obsolete or outdated, it is the obligation of the parliament to reconsider mending it, depending on whose having the 2/3 majority that dominated the state. But this does not happen in Malaysia in which the 2/3 majority belonged to the Barisan Nasional which is made up of many races who do not want the establishment to be repaired. The resistance to demand for equal rights is simply a mere desperate voice of a few who against the will of the government.
- Given any country in the world any resistance against the law that is not benefiting the masses or disrupt civil order and stability, any government won’t hesitate to use appropriate force or law against their behavior.
- In the case of Malaysia, it appears, the desperation come from a few people who dissatify with the government policy. It is just mere individual fueling the rhetorical sentiments who want to be in power or the people who without no reason feel threatened with the existing system, not so much the loss of one’s rights but it is more worrying about political believe. To be more specific, they against the Islamic legal philosophy of the country, in which the Federal law stated, although Islam is the main faith of the country, other religious belief than Islam will be protected. They can hold their own sanctity. They also against the national language as an official language in Malaysia whereas the law, not prohibit other races to use their own language in schools and in any sector.. They can put up an establishment of racial based to protect their interest. The Federal constitution does not deprive individual freedom. They should bear in mind that the constitution is existed upon the understanding of the three major races during Independence. If the jurisprudence does not deprive the freedom of individual rights or victimized other races should we allow the “desperados” to destroy the democracy.
- Is seditious acts is applicable, why it is applicable in Malaysia.
- It is rather alarming when there are people daringly mocking and ridicule the power of the King and the Sultan, belittle the national language and Islam and accusing the government as racist. What more there are people using social media to advocate hatred and animosity against the ruler and the government. The national flag was burnt and the national anthem was distorted by derogatory words disrespecting the Malay power and the government through the social media.
- A Malaysian student Wee Meng Chee was mocking “the Negara Ku” where he published a video using social media, creating hatred towards the government which sparked the racial sentiment. Teressa Kok published the most offending video that touches the security of the country. However, Kok maintained that the video doesn’t offend anybody. The late Karpal Singh (for saying that the Sultan can be sued), Lim Guan Eng (for saying that the AG used double standards in a rape case of a 15 year old malay girl), and Dr Ooi Kee Saik (for commenting that Malays dominated the civil service). With the expansion of the sharia law, some Chinese and Indian contemptuously criticizes the government that could lead to seditious statements. And Many more seditious charges against the opposition had been brought to court.
- In the recent event, Malaysia’s legal practitioners protested against the Sedition Act in the “Walk For Peace and Freedom” outside Parliament on the 16 at Padang Merbok car park.
- Organized by the Bar Council, it saw mostly lawyers and members of the Bar turning up to oppose the Sedition Act, which they say has oppressed freedom in Malaysia since its time of inception.
- Bar Council President Christopher Leong said that this struggle, is not merely for the Malaysian Bar or their families. But “We do this for the future generation of Malaysia!” This kind of a loose statement again and again becomes the opposition’s weapon of political statement as to full fill their personal agenda and biased opinions towards the Malay dominant party and the government and the constitution. Could he thinks otherwise, the repercussion of his statement could constitute the legal age of the Malays stands up against the Chinese race. The bar Council could call for other peaceful measure by negotiating as to obtain the objective of repairing or amending the law. There are non-bumis, for example the MCA and the MIC have taken a friendlier approach go hand in hand with the Malays for the betterment of the nation since the Independence. . Driving “the powerful ” would only create imbalance, disharmony and social ferment that would result in the conflict of races in Malaysia as what we experiencing in the 13th May 1968.
- Malaysia is one of the multi racial and multi religious countries, one of its kind in the world that has existed for so long under the texture of diverse culture and faith. Perhaps, Malaysian law, for example, the Internal Secuiorty Acts (which had been abolished) and the seditious act, especially as a useful mechanism to reduce racial tension, suppress individual’s vested interest and extremism. If there is no law, such as seditious act, the people might have existed in the specter of hate. What we are witnessing today, there are crowds of extreme views and behavior who want this nation to be torn asunder. Under the flagship of “freedom” they need the government to repeal seditious acts. And then that they can freely defame others with derogatory words, publish unethical material so that the people will detest the regime. This alleged “propaganda of hatred is the most unethical and barbaric behavior of humans.
- The social media are the most effective vehicle to disseminate rumors, defamatory and libelous news and seditious statements. The public is using them, without conscience, they are hurting other people and unconsciously they are creating the feeling of hatred among people. In Canada, disseminating information of hatred will be punishing:
- “Hate speech is, outside the law, speech that attacks a person or group on the basis of attributes such as gender, ethnic origin, religion, race, disability, or sexual orientation.
- In law, hate speech is any speech, gesture or conduct, writing, or display which is forbidden because it may incite violence or prejudicial action against or by a protected individual or group, or because it disparages or intimidates a protected individual or group. The law may identify a protected individual or a protected group by certain characteristics. In some countries, a victim of hate speech may seek redress under civil law, criminal law, or both. A website that uses hate speech is called a hate site. Most of these sites contain Internet forums and news briefs that emphasize a particular viewpoint. There has been debate over how freedom of speech applies to the Internet.”
- Malaysia is among the highest index of the social media users. In such country that populated with different group of race hate speech becomes too coarse. Political leaders, professionals and other leaders in the organizations who represent the pursuit of each race and religion spat out their dissatisfaction with full of hatred. Without respecting laws, others’ values and belief system, the whole democratic system in Malaysia will fall apart. Thus, the non Malay should stop initiating the hatred against the Malays and vice versa. The government on the other hand should strengthen its seditious acts and creates the hate acts to control the irresponsible users of the social media. – Merdeka Online
Meyakini agenda Melayu tidak rasis
- KEBANYAKAN masyarakat Melayu berpolitik atau sekurang-kurangnya terbabit dengan badan bukan kerajaan (NGO) bukanlah kerana kepentingan parti tertentu atau taksub dengan segelintir pemimpin, tetapi mereka sebenarnya teingin sama-sama sebagai satu kumpulan atau ukwah untuk menegakkan agama Allah.
- Sesungguhnya perjuangan memartabatkan agenda Melayu Islam itu tidak bersifat perkauman dan tidak perlu malu untuk memperjuangkannya dalam apa cara sekalipun, biarpun bangsa lain mencemburuinya dan mendakwa Melayu sebagai rasis.
- Sejak 800 tahun tamadun Melayu Islam dibina, pernahkan kita dengar tokong dan kuil dibakar oleh orang Melayu? Pernahkah kita dengar orang Cina dan India dibunuh dan dirogol beramai-ramai kerana mereka bukan berbangsa Melayu? Pernahkah kita dengar perniagaan bangsa Cina dan India dirampas hanya kerana mereka bukan berbangsa Melayu? Pernahkah mualaf dicemuh Melayu kerana mereka bukan Melayu? Pernahkah kita mencemuh Baba Nyonya dan Chetti? Pernahkah Melayu menindas bangsa-bangsa lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak?
- Jadi apakah orang Melayu itu rasis dan tidak bertolak ansur? Walaupun asal usul Malaysia datang daripada perkataan "Malay”, bangsa Melayu sudi merelakan memberi ruang kepada pemimpin bukan Melayu bersama-sama mentadbir negara, demi membina negara bangsa baru, demi negara Malaysia.
- Walaupun Melayu mengutamakan tulisan Jawi pada suatu ketika dahulu, tetapi demi menghormati bangsa lain, pemimpin Melayu menggantikannya dengan tulisan Rumi, demi menghormati bangsa-bangsa lain.
- Semua sekolah pondok dan sekolah agama digantikan dengan Sekolah Kebangsaan kerana mahu memberi laluan kepada bangsa lain menyertainya. Walaupun undang-undang hudud wajib bagi umat Islam tetapi orang Melayu memilih pemimpin yang tidak menguatkuasakan hudud kerana mahu menghormati perasaan bangsa lain.
- Bangsa lain tidak mahu Malaysia menjadi negara Islam walaupun Malaysia wujud hasil daripada tamadun Melayu Islam yang menguasai Nusantara lebih 800 tahun lalu. Jadi siapa yang tidak toleran dalam pelbagai pekara di bumi Melayu?
- Bangsa-bangsa bukan Melayu menuduh Melayu rasis atau perkauman apabila bercakap mengenai agenda memartabatkan bangsa. Sedangkan bangsa lain yang berjuang menegakkan hak dan kepentingan bangsa mereka tidak pula dianggap rasis.
- Tuduhan sebeginilah menyebabkan segelintir orang Melayu kadangkala malu, bahkan rasa bersalah atau apologetik apabila nak bercakap mengenai hak dan kepentingan mereka.
- Sebelum menelusuri lebih lanjut isu ini, adalah lebih baik untuk difahami terlebih dahulu makna rasis yang sebenar. Jika dirujuk Kamus Oxford antarabangsa, rasis ialah satu kefahaman bahawa sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding bangsa lain hingga menebal nilai prejudis yang membawa kepada perlakuan diskriminasi, menafikan hak bangsa lain kerana dianggap lebih rendah martabatnya berbanding mereka.
- Persoalannya benarkah pejuang Melayu bersikap rasis sebagaimana definisi ini? Apakah agenda memartabatkan bangsa Melayu ini bertentangan dengan prinsip Islam?
- Hakikatnya mereka yang sering memperjuang agenda Melayu dan Bumiputera tidak pernah mendakwa Melayu itu lebih mulia berbanding bangsa lain. Mereka juga tidak sesekali mendesak agar kerajaan melakukan dasar diskriminasi hingga menafikan hak dan kepentingan bangsa lain sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.
- Jika difahami konteks perjuangan memartabatkan agenda Melayu ia hanyalah menegaskan agar dasar afirmatif yang menzahirkan semangat dan aspirasi Perlembagaan Persekutuan dipertahankan. Desakan sedemikian lahir atas rasa khuatir dengan sikap segelintir ekstremis kaum yang mulai berani mencabar Perlembagaan.
- Apa yang pasti agenda Melayu bukanlah seperti faham nasionalisme sekular Barat yang terpisah daripada prinsip dan aturan agama hingga menggejala budaya rasis atau perkauman sempit yang membinasakan.
- Sebaliknya agenda Melayu mencangkup makna kebangsaan yang luas dan subur dengan nilai-nilai keislaman sejati yang hakikatnya begitu kental. Dalam upaya menyuburkan semangat kebangsaan dan patriotisme, bekas pimpinan tertinggi Pas yang juga tokoh agamawan nasionalis terkenal, Dr Burhanuddin al-Hilmy dalam makalahnya - Perjuangan Kita, secara jelas merungkaikan makna perjuangan nasionalisme Melayu yang harus berpaksikan nilai-nilai keislaman sejati yang bersifat akomodatif, menjunjung prinsip keadilan, rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat.
- Menurut beliau, dengan menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran sahajalah mampu menjelmakan semangat kebangsaan luhur dan tidak mudah terjerat dalam kerangka asabiyyah jahiliyah atau fanatik kesukuan melulu.
- Pemikiran beliau ini seiring dengan firasat ahli falsafah Islam tersohor Ibn Khaldun yang lahir pada zaman kegemilangan kerajaan Islam Andalusia. Melalui kitabnya yang masyhur Muqaddimah, Ibn Khaldun menyingkap faham kebangsaan berteraskan dua dimensi asabiyyah yang menurutnya boleh jadi positif atau negatif.
- Beliau mentakrifkan asabiyyah positif ialah semangat permuafakatan dan persefahaman yang terbentuk dalam struktur sosial masyarakat hingga membudaya sikap tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain.
- Sebaliknya sesebuah tamadun akan terdedah kepada kebinasaan sekiranya asabiyyah jahiliyah berlandaskan sentimen perkauman sempit lebih mendominasi sesuatu bangsa.
- Pandangan Ibn Khaldun ini berasaskan hadis berkenaan seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi SAW: “Apakah yang dimaksudkan asabiyah itu?
- Apakah kecintaan seseorang terhadap bangsanya dikatakan asabiyah? Rasulullah SAW menjawab, “Tidak! Yang dimaksudkan asabiyah ialah apabila seseorang menolong bangsanya dalam melakukan kezaliman.” (Riwayat Ibn Majah).
- Sememangnya pandangan Ibn Khaldun mengenai kedua-dua dimensi asabiyyah ini amat penting untuk dihayati bagi meletakkan asas kefahaman kebangsaan di tempatnya. Justeru, tidak timbul isu rasis bagi sebuah perjuangan memartabatkan agenda bangsa kiranya yang diperjuangkan itu selaras prinsip keadilan Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)