1) GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis Florida yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu yang membawa demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.
2) Perbutan itu akan memburukkan lagi ketegangan sedia ada. Demonstrasi dua hari berturut-turut (semalam) di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB menyebabkan 20 orang terbunuh. Pastor Terry Jones berkata matlamatnya ialah untuk memberitahu dunia mengenai elemen radikal Islam. Paderi gila itu mendakwa bila ada yang terkorban, itu menandakan elemen radikal Islam.
3) Jones mendakwa akan meneruskan usaha membakar al Quran pada 22 April ini di depan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan. Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones. Beberapa pemimpin Kristian dan Islam Amerika juga mengecam Jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai 30 ahli.
4) Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.
5) 20 Mac lalu Jones membakar Al Quran di hadapan 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam. Video menunjukkan naskhah Al Quran direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.
Nota: Kempen membakar Al Quran mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia. Demonstrasi berdarah di Afghanistan dan Pakistan sehingga mengorbankan lebih 20 nyawa. Di Malaysia NGO dan kerajaan juga mengutuk perbuatan itu. Namun kutukan dan laungan tidak membawa apa-apa makna buat kuasa Barat. Mereka juga mengutuk pembakaran Quran tetapi pada masa yang sama mengizinkan penyembelihan manusia di Asia Barat, rampasan telaga minyak umat Islam atas nama keamanan sejagat, tragedi penyiksaan umat Islam di Penjara Guatanamo, kekejaman umat Islam di Palestin dan bermacam-macam lagi. Semuanya dilakukan atas perjuangan salib (crusade) yang mereka bawa sejak zaman berzaman untuk menghancurkan Islam dari muka bumi.