Selepas dihujani pelbagai tohmahan mengenai isu perundangan
Hudud, akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menulis surat terbuka
khusus untuk umat Islam Malaysia bagi memastikan mereka memahami isu yang
sedang diputarbelitkan dan dikelirukan oleh pihak tertentu. Berikut teks penuh
ucapan beliau.
ADA dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi
menolak usul persendirian berkaitan undangundang jenayah dengan menggunakan beberapa
perkataan yang berkaitan hukum Islam. Antaranya menyebut perkataanperkataan
seperti 'Siyasah Syari’yyah', 'Maqasid Syari’ah', 'Fiqh Aulawiyyat', 'Maslahah'
dan lain-lain.
Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka
tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana `burung kakak tua' yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap
berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada
perkataan yang diucap. Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan
al Quran dan as Sunnah adalah sangat penting.
Hudud adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum
jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang
difikirkan bagi menolak syari’at. Mereka menganggap Hudud paling sesuai
dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara
detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undangundang ciptaan
manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno: menjerut
tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa
tanpa kesan mendidik masyarakat.
Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa
dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama
sendiri, serta tanpa peduli terhadap batasbatas iman dan kufur yang wajib
diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.
Dr Yusuf alQardawi dalam kitabnya المعاصر للمسلم
الفقه تيسير [Memudahkan kefahaman
(terhadap agama) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan: Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi
masalah semasa:
1. Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir
secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah
Syariyyah, Usul dan Maqasid.
2. Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul
dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata.
3. Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting
dalam ilmu Islam.
Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau
ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma’sum. Adapun yang lain dari nas yang nyata
adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi
melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat
Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undangundang ciptaan
manusia yang dianggap lebih baik.
1. Siyasah Syari’yyah
Perkataan “siyasah” daripada bahasa Arab yang bermaksud
mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan
perkataan politik atau pentadbiran atau panduan. Dicampur dengan perkataan
Syara’ dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan
melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti
dengan yang lain. (Sila lihat huraian secara khusus dalam kitab-kitab Ahkam
Sultaniyyah karangan al Mawardi dan Ghiath karangan Imam Haramain daripada
Mazhab Syafei; alSair alKabir daripada Mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu
Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim daripada Mazhab Hambali dan Muqaddimah
Ibnu Khaldun daripada Mazhab Maliki).
Tegasnya ialah melaksanakan syariat dengan betul, bukannya
meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain.
2 Maqasid Syari’ah
'Maqasid' bermakna tujuantujuan, maksudnya ialah tujuan
pelaksanaan syariat. Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat
kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan
menolak kemudaratan. Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syarak
dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut
kemampuan akal dan ilmu manusia. (Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua
tokoh ilmu Maqasi: Al Syatibi: Al Muwafaqat: J:2, muka surat 391. Ibnu ‘Asyur:
muka surat 19).
Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan
pencuri pada tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan
bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan
hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan
jenayah secara terdesak. Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram
dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W: “Hukuman Hudud ditolak (kerana)
adanya syubhat”.
Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas
begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk
dalam ruang Syariat Islam. Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak
memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan. Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih
besar. Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu
dihukumkan.
Maqasid Syari’ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan
undang-undang Hudud. Maqasid Syari’ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh
dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat.
Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana
tidak mencapai matlamatnya. Meninggalkan syariat secara total menghilangkan
segala maqasidnya.
Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan
penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut
penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut
Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak
menghalangnya . Mengikut Qaedah بمقاصدها
الأمور (semua perkara
dilihat juga kepada tujuannya).
3 Fiqh Aulawiyyat
Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut
panduan Syariat). Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi
manusia ialah memelihara (1) Aqidah agama, (2) Nyawa, (3) Akal, (4) Keturunan
dan (5) Harta.
Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri
kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan
daripada memelihara harta. Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana
menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara
diutamakan. Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada
hukuman takzir.
Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam
konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat.
Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan
hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah
didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah
diganti tanah itu secara yang adil pula.
“Aulawiyyat” itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum
syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat.
Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas
maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas. Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang
banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama
dengan undangundang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat
Islam. (Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman
284297)
4 Maslahah
'Maslahah' dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada
mendapat faedah atau menolak kemudaratan. Para ulama membahagikan maslahat itu
kepada tiga kedudukan:
1 Maslahah Mu’atabarah
Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha
Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya. Maka ada yang diwajibkan dan ada
pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap
membawa kebaikan dunia dan akhirat. Perkara yang diharamkan tetap mendatang
mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa
kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.
2 Maslahah Mulghah
Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar
atau manfaatnya tidak ada. Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau
mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah
keluarga. Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga
menimbus segala kebaikannya.
3 Maslahah mursalah atau Masoleh mursalah
Dalam perkara yang didiamkan oleh alQuran dan Hadis maka
ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman.
Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan
oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya.
Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariat (KJS) Negeri Kelantan
Isu undangundang jenayah Syariat menjadi hangat sejak
kedatangan penjajah apabila mereka menghapuskannya. Seterusnya menjadi hangat di
kalangan umat Islam sendiri kerana kejahilan agama dan pendekatan, sehingga
berlakunya isu kafir mengafir dalam masyarakat sendiri kerana kejahilan hukum
dan kejahilan cara pendekatan berdakwah.
Apabila keadaan dapat diredakan, maka PAS mengambil langkah
ke depan melalui kemenangannya di Kelantan, kemudiannya di Terengganu secara
ilmu dan demokratik.
Langkah pertama ialah menubuhkan pasukan daripada parti dan
kerajaan. Pasukan ini melibatkan Ketua Dewan Ulamak dan kalangan ahli Majlis
Syura Ulama, Tun Saleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara), alMarhum Prof Ahmad
Ibrahim salah seorang pengasas UIA (mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tahun
lima puluhan dari Singapura dan mantan Peguam Negara Singapura yang pertama),
alMarhum Dr Mahmud Saedon Awang Osman dari UIA dan Pakar Syariah Negara Brunei
Darussalam, almarhum Datuk Abdul Halim Muhammad mantan Penasihat Undangundang
Negeri Kelantan dan Exco kerajaan negeri, dan Datuk Daud Mohamad Kadi Besar
Negeri Kelantan.
Sebelum enakmen ini dibawa kepada Dun Negeri Kelantan, ianya
terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum, seminar dan dialog.
Akhirnya enakmen berkenaan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun
1993 dan Dun Terengganu pada tahun 2000. Manakala Kelantan pula
memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara
tahunan.
Kini setelah lebih dari 20 tahun (dua puluh tahun) PAS
memperkenalkan enakmen ini, di samping melaksanakan proses pendidikan mengenai KJS
dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka PAS ingin bergerak setapak lagi
dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukumhakam syariat Islam yang
menyeluruh. Hasilnya kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari
menjadi terpencil.
Maka dengan sedikit ruang yang ada ini, Enakmen KJS ini
mengalami beberapa pindaan pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira
cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang
Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab
dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.
Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan
dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang
hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang
bagi membolehkan satudua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut
Islam sahaja.
Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang.
Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan
bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.
Firman Allah:
َوأَِن اْحُكْم بَْينَُهْم بَِما
أَْنَزَل اََُّوَلا تَتَّبِْع أَْهَواَءُهْمَواْحذَْرُهْم
أَْن يَْفتِنُوَكَعْن بَْعِضَما أَْنَزَل اَُّ
إِلَْيَك فَإِْن تََولَّْوا فَاْعلَْم
أَنََّما يُِريدُ اَُّ أَْن
يُِصيبَُهْم بِبَْعِض ذُنُوبِِهْمَوإَِّنَكثِيًراِمَن النَّاِس .لَفَاِسقُوَن
(49) أَفَُحْكَم اْلَجاِهِليَِّة يَْبغُوَنَوَمْن أَْحَسُنِمَن اَُِّحْكًماِلقَْوٍم يُوقِنُوَن (50) المائدة
(Dan hendaklah kamu melaksanakan kalangan mereka hukum yang
telah diturunkan oleh Allah,dan jangan sekalikali engkau mengikut hawa nafsu
mereka (meninggalkan hukum Allah) sehingga engkau meninggalkan sebahagian
daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Maka jika sekiranya
mereka berpaling (enggan) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hendak
mengenakan mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan
sesungguhnya sebahagian daripada maknusia itu adalah orang-orang yang jahat).
Adakah mereka mahukan hukum jahiliyyah, padahal siapakan lagi yang paling baik
hukumnya daripada Allah kepada orang-orang yang percaya dengan yakin).