- Seorang blogger telah mem`viral’kan maklumat yang dia rasakan perlu dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia.
- Katanya, dia ditemui seorang yang pernah menjadi `think tank’ kepada pentadbiran kerajaan yang terdahulu.
- Sambil ngeteh, lelaki ini mendedahkan satu maklumat yang perlu di`viral’kan. Ia membabitkan soal sempadan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baru namun ia perlu diwar-warkan sebelum `nasi menjadi bubur’.
- Pakatan Rakyat bukan lagi `selekeh’ macam dulu. Kini mereka sudah berduit. Mereka ada dua negeri yang amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
- Kali ini mereka ada formula baru untuk menakluki Malaysia pada PRU14. Tindak tanduk mereka cukup sistematik, konsisten dan sentiasa di luar ramalan BN.
- Secara senyap-senyap DAP dan pakatannya sedang memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.
- Mereka mengalihkan pengundi dari kawasan yang mereka menang dengan majoriti besar ke kawasan `grey area’ (kawasan 50/50) bagi membolehkan pakatan mereka menang pada PRU14.
- Pengundi tidak berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu.
- Misalnya, di Parlimen Seputeh yang majoriti DAP melebihi 50,000 undi, kempen dilakukan secara sistematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yang BN menang tipis di bawah 1,000 undi.
- Pada PRU13, ramai pengundi Kedah dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu. Begitu juga perpindahan besar-besaran pernah terjadi di Selangor bagi memastikan mereka kekal berkuasa.
- Mungkin BN menyedari komplot itu kerana mereka memiliki rangkaian special branch (SB) yang sentiasa memerhati pergerakan pembangkang setiap masa. Sayangnya BN tidak mahu mencantas pelan itu. Kesannya BN menang tipis akibat pengkhianatan bangsa Cina dan India.
- Tiada siapa tahu pelan BN untuk PRU14 melainkan bercakaran sesama sendiri di antara kem Najib dan Dr Mahathir yang bakal merugikan bangsa Melayu, Umno dan BN.
- Walaupun komponen BN memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib tetapi itu bukan jaminan bahawa kerusi MCA, MIC dan Gerakan akan bertambah pada PRU14. Silap gaya satu kerusi pun tiada.
- Semuanya bergantung kepada strategi perang. Siapa bijak mengatur strategi dialah yang menang. Siapa lambat dialah yang kena pancung.
Thursday, 9 April 2015
Misi DAP takluk Malaysia pada PRU14
TPM rayu Dr M beri laluan pada Najib terus tadbir negara
- Berilah peluang kepada Datuk Seri Najib Razak mentadbir kerajaan dengan caranya tersendiri demi kepentingan rakyat.
- Mungkin apa yang dilakukan kerajaan hari ini tidak dipersetujui Tun Dr Mahathir Mohamed. Begitu juga semasa zaman Dr M memerintah, ada juga keputusan dibuat tidak dipersetujui semua orang.
- Untuk itu biarlah pimpinan kerajaan hari ini laksanakan perkara yang boleh beri impak kepada pembangunan negara menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya.
- Itulah penjelasan ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melerai semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr M di media sejak kebelakangan ini.
- Soal 1MDB dan peribadi Perdana Menteri, Muhyidin setuju Najib perlu jawab soalan Dr M tetapi mereka kena bersemuka. Muhyiddin berpesan kepada Najib, “Jumpalah Tun, kalau dah jumpa dahulu, mungkin perlu jumpa lagi, elok jumpa lagi sebagai bapa dan anak, saya percaya Tun Mahathir pasti akan menerima dan Datuk Seri Najib tidak akan berasa janggal. Janggal makna anda tahu, anda berasa seperti anda tahu bukan (sesuatu yang) luar biasa,” kata Muhyiddin.
- Jika bersemuka dan saling memahami, maka Najib boleh bertanya dan berbincang secara ikhlas dan mungkin isu yang dibangkitkan itu tidak berterusan serta tidak menjadikan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan serba salah.
- Muhyiddin menghormati kedua-dua pemimpin dan tidak mahu membuat kenyataan yang berat sebelah kerana apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan kebenaran dan parti akan menghadapi pilihan raya.
- “Kita kena berlaku adil kepada rakyat, untuk berlaku adil kepada rakyat ialah dengan memberitahu perkara sebenar. Apa yang rakyat mahu ialah kebenaran, apa yang rakyat mahu ialah cerita yang benar.
- “Kalau mereka mendengar daripada pihak lain, (akan timbul) pelbagai cerita, tetapi tidak dapat disahkan (sama ada) benar (atau) tak benar, jadi (akan) timbul banyak tanda soal dalam kepala dan benak rakyat dan pasti itu tidak baik untuk kita,” katanya.
- Muhyiddin berkata, kabinet pernah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat bahawa dalam hal seperti itu terutama yang menyentuh peribadi perdana menteri atau keluarganya dan 1MDB, Perdana Menteri lebih tahu daripada orang lain.
- “Saya tidak fikir Tun (Dr Mahathir) berniat tidak baik sebab dia kata dia ahli UMNO dan sebagai ahli UMNO dia berhak untuk bersuara dan kita tidak menyekat beliau bersuara, menulis sesuatu.
- “Kita hadapi masa mencabar, kita nak Umno dan BN kuat, tak apalah pembangkang kuat tak kuat itu soal dia tetapi yang penting di peringkat UMNO kita mesti bersatu sebab kita akan hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
- Katanya, isu-isu itu harus diselesaikan cepat, jangan berlarutan sampai hampir pilihan raya dan sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau risau dengan apa yang berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)