- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terkedu apabila mendengar sahabatnya Lim Kit Siang memberi tazkirah soal hudud di pentas ceramah umum PAS.
- Pengasas dinasti DAP itu mengambil peluang itu sebaik mungkin di pentas ceramah yang disediakan di Padang Perdana untuk mengajar pemimpin serta kira-kira 1,000 penyokong setia PAS tentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
- Utusan Malaysia melaporkan, biarpun hudud menjadi dasar perjuangan PAS sejak sekian lama, Kit Siang tanpa rasa kekok menyangah pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini walaupun Mat Sabu turut berada di atas pentas bersamanya.
- Menurut Kit Siang, pelaksanaan hukum tersebut perlu difikir dengan lebih mendalam kerana negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk selain tidak bersesuaian dengan Perlembagaan Malaysia.
- “Baru-baru ini, saya dengan empat Ahli Parlimen DAP telah pergi ke Jordan dan Mesir untuk berjumpa dan bertukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di sana. Lebih kurang 2,000 orang pelajar kita di Jordan dan di Mesir lebih kurang 10,000 orang.
- “Dalam bertukar (fikiran) kita sama ada di Jordan atau Kaherah (Mesir), masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam tapi dalam Jordan dan Mesir mempunyai 92 peratus serta 95 peratus penduduk Islam (tetapi) tidak ada hudud.
- “Ada pandangan, pertikaian, debate (debat) sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak. Apabila saya pergi Jordan dan melawat Amman, Mafraq, Karak serta Irbid dan baca (mengenai hukum hudud) bahawa sarjana, ustaz dan ulamak-ulamak Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada Undang-undang Syariah dan ada syarat-syarat sebelum dilaksanakan,” katanya.
- Sebelum ini, PAS tetap bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana itu merupakan perjuangan parti berkenaan sejak dahulu serta hasrat rakyat negeri ini yang memberikan kemenangan kepada parti Islam itu sejak tahun 1990.
- Bagaimanapun, hasrat tersebut ditentang oleh DAP sehingga membuat keputusan pelik dengan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi tidak dengan parti itu.
- Kit Siang turut memetik pendapat Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, jika semua Undang-undang Syariah tidak boleh dijalankan maka belum sampai waktunya untuk hudud dilaksanakan.
- “Adakah masalah di Jordan dan Mesir masalah anti Islam? Bukan. Tetapi mengenai sama ada sesuai tak sesuai, khasnya dalam Malaysia, satu masyarakat majmuk... dan saya rasa mustahak, khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dilihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam. Saya rasa mengikut Perlembagaan tak sesuai ada pelaksanaan hudud,” ujar Kit Siang.
- Katanya, tempoh sebulan ini sangat kritikal dan peluang yang baik bagi pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang sedang menghadapi pelbagai masalah.
- Beliau seolah-olah menyindir PAS dengan berkata, pakatan pembangkang boleh menumbangkan BN sekiranya ketiga-tiga parti yang bergabung jujur dan ikhlas dalam mengotakan janji yang dibuat pada tahun 2008.
- “Itu masalah. Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, kita tak boleh pegang kepada apa yang kita sudah janji bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai,” katanya.
- Tambahnya, perkara lebih mustahak pada masa sekarang menumpukan usaha menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO dan BN kerana mengikut Perlembagaan hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
- Maka jelaslah bahawa tujuan DAP bukannya mahu membantu PAS menegakkan syiar Islam tetapi memaksa parti Islam itu bersekutu dengannya untuk mengambil alih teraju pentadbiran negara yang kini dipegang oleh UMNO. Itu saja.
- Jika DAP berkuasa di peringkat nasional, maka dapatlah mereka membangunkan Malaysia sehebat Singapura, manakala bangsa Melayu akan terjerumus ke lembah kesengsaraan yang sama seperti Melayu di Singapura. Mudah untuk membaca hati nurani DAP.
Tuesday, 12 May 2015
Mat Sabu terkedu DAP tarbiah hudud kepada PAS
Benarkah sokongan Najib palsu
- Selepas Perdana Menteri `menembak’ Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka di Sabah, kini giliran anak buah Mahathir pula membalas serangan itu.
- Sebagai bunga silatnya, Tan Sri Zainuddin Maidin memberitahu dunia khususnya ahli majlis tertinggi UMNO supaya berani ke depan untuk mendedahkan kebenaran bahawa sokongan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selama ini adalah PALSU.
- Dalam blognya, bekas Menteri Penerangan yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, apabila perbincangan pemulihan UMNO berlaku dalam MKT, ia merupakan petanda bahawa presiden UMNO sudah tidak memiliki sokongan padu.
- Sekonyong-konyong Najib mengistiharkan bahawa dia tidak akan meletak jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan hujah bahawa keseluruhan rakyat menyokong kepimpinannya.
- Sambil itu Najib menuduh Mahathir juga tidak mahu berundur dari kerusi Perdana Menteri pada suatu masa dahulu walaupun jika ditakdirkan menang satu undi sekalipun.
- Memang benar Mahathir tidak mahu berundur walaupun sokongan UMNO kepadanya ketika itu 50 peratus saja, tetapi perlu diingat sokongan rakyat di luar UMNO telah dibuktikan amat kuat.
- Walaupun UMNO berpecah belah pada masa itu, tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat terutama bangsa Cina dan India terbukti sangat kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen begitu teguh.
- Namun pada masa sekarang ini orang hampir semua masyarakat Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali menzahirkan slogan "I Love You Palsu."
- Zam juga membidas Najib yang berbohong mengatakan sokongan kepada Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987.
- Wal hal Najib sebenarnya menyokong Tengku Razaleigh pada peringkat awal, sehingga didesak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri.
- “Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim, Najib takkan sokong Mahathir.
- “Dalam ucapan di Tawau, perdana menteri mendakwa sokong Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO.
- "Dia bohong sokong Mahathir pada 1987. Dia mula sokong Tengku Razaleigh, saya masih ingat lagi. Anwar tekan dia supaya sokong Mahathir, banyak saksi yang masih hidup. He is really desperate . Mahathir menang dengan 44 undi. He (Najib) didn't campaign at all. He is playing safe,” kata Zam lagi.
- Dalam pada itu transformasi yang dibawa oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama.
- Ini dapat dilihat dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing, kesepian majlis penasihat, krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh Tabung Haji.
- Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari Tabung Haji.
- Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia. Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka.
- Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji.
- Zam juga membidas Najib yang dikatakan `melalut’ dengan membanggakan keturunan Bugisnya. Najib berpantun dalam irama Bugis untuk menunjukkan kejantanan tidak mahu tunduk kepada desakan sesiapa.
- Kata Zam lagi, walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu.
- Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.
- “Selama ini Mahathir membanggakan identiti Melayu, tetapi `bangang’ manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai pemimpin berketurunan Bugis di sana sini,” tempelak Zam lagi.
- Untuk itu Zam menggesa anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya berani memberitahu presiden parti secara berdepan bahawa sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu.
- Perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membuktikan keruntuhan di akar umbi MKT. Jika tidak kenapa semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.
- Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti di kalangan rakyat mesti berani bersuara di hadapan Najib demi bangsa, agama dan negara.
- “Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut di dalam. Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” selar Zam.
- Kesimpulannya, jika benar sokongan terhadap kepimpinan Najib itu palsu, beliau perlu berusaha memperkukuh sokongan. Tak mungkin beliau akan letak jawatan kerana keengganan itu sudah diumumkan walaupun didesak hebat.
- Seandainya BN tewas pada PRU14, apakah Najib akan mempersalahkan Mahathir dan kroni kerana menghentam beliau terlalu kuat, atau menuduh MKT UMNO kerana memberi sokongan palsu, atau menuduh komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerana menderhaka kepada perdana menteri dan UMNO.
- Semua alasan yang diberikan ketika itu sudah TERLAMBAT. Negara telah jatuh ke tangan puak pembangkang dan tidak mungkin dapat diambil semula walaupun dalam tempoh 100 tahun.
- Pada ketika itu juga, mungkinkah Najib dan isterinya akan terus menikmati sisa kemewahan di luar negara, sedangkan rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu terus menderita bertarung dengan dominasi Cina DAP yang bermaharajalela.
- Atau mungkin juga Najib anak beranak sanggup bersama-sama bangsa Melayu UMNO berusaha keras merampas semula kerajaan yang hilang.
- Mimpi ngeri seumpama itu boleh dihindarkan jika bangsa Melayu Islam bersatu padu menyokong UMNO tak kiralah siapa pemimpinnya, asalkan negara tidak tergadai keseluruhannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)