RAMAI yang cemburu apabila PAS menyatakan
kesediaan untuk memaafkan UMNO dan mahu melupakan sengketa lama demi perpaduan ummah.
Apa yang mustahak ialah hala tuju pemerintahan negara yang
diterajui UMNO serta komponen BN dengan mengambilkira sokongan dan kerjasama
PAS nanti mesti berlandaskan Al Quran dan Hadith.
Namun DAP dan segelintir PKR kelihatan cemas dan rimas dengan fenomena politik muktahir yang bertujuan memperkasa semula bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Lalu dihantar beberapa pemimpin tertentu untuk mengkritik niat UMNO dan PAS.
Atas dasar cemburu, DAP telah menghantar `kuda tua’ terkuat iaitu Lim Kit Siang untuk mengkritik kerajaan UMNO / BN.
Katanya, sebelum bercerita soal maaf, parti kerajaan perlu bebaskan Anwar Ibrahim dari penjara, gugurkan tuduhan terhadap beberapa pemimpin pembangkang, mansuhkan GST, tarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara, bertanggungjawab dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 billion.
Begini kata Kit Siang: “Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala ‘dosa’ yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.
Kit Siang bercakap seolah-olah beliau sedang memimpin PAS. Beliau mendakwa, tindakan parti Islam memaafkan UMNO dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70an dan 80an yang selama ini didakwa dizalimi kerajaan UMNO.
Memetik kenyataan dalam Roketkini, Kit Siang berkata: “Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.
“Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini.
“Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?” katanya.
Meneliti kepada kenyataan itu, mungkinkah Kit Siang mahu membayangkan bahawa partinya DAP mahu ikut serta dalam gagasan kerajaan BN, sekiranya UMNO mengaku kesalahan yang dilakukan sebelum ini.
Bererti DAP mahu menyertai BN secara bersyarat. Mungkin juga kerana DAP sudah hilang sokongan PAS dalam barisan pembangkang. Jadi masuk BN adalah lebih baik daripada menjadi pembangkang bersendirian.
Atau Kit Siang berkata demikian sebagai mewakili PAS yang berada di barisan pembangkang. Bererti Kit Siang meletakkan syarat yang ditetapkan oleh DAP untuk PAS. Bererti DAP membuktikan bahawa parti itu masih mahu mengongkong PAS.
Selepas dua tahun DAP memaki hamun PAS dalam pelbagai hal, Kit Siang tiba-tiba meletakkan syarat PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.
Walhal seluruh umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia sudah dimaklumkan bahawa persaudaraan politik antara PAS dan UMNO boleh disatukan semula atas landasan agama iaitu berpaksikan Al Quran dan Hadith.
Kit Siang sememangnya tak tahu malu kerana cuba meletak syarat untuk PAS kepada UMNO tetapi pada masa yang sama memaki hamun PAS, agama Islam dan bangsa Melayu.
Beliau cuba meletakkan syarat sedemikian bagi menghalang PAS dari bekerjasama dengan UMNO yang mana penyudahnya nanti akan merugikan DAP dan bangsa Cina.
PKR juga bakal senasib dengan DAP. Parti itu akan terkena tempias akibat fenomena kerjasama PAS dan UMNO. Malah ramai meramalkan PKR akan `bungkus’ pada PRU14 dan mungkin hilang dari peta beberapa tahun berikutnya.
Sebelum senario malang itu berlaku, maka barisan tertinggi PKR mengarahkan secara senyap kepada beberapa pemimpin dan gurkha untuk mengkritik kerjasama PAS dan UMNO.
Mudah saja kritikan mereka. Menganggap kerjasama UMNO dan PAS sebagai “satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun”, bekas veteran UMNO yakin ahli PAS akan menolak Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti ahli Umno menolak Datuk Seri Mohd Najib Razak.
“Masanya akan tiba ahli-ahli akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli-ahli Umno akan tolak Najib,” tegas Tamrin Tun Ghafar yang juga pernah menjadi ahli PAS itu.
Menurutnya, kedua-dua presiden parti politik Melayu itu dilihat memiliki persamaan sikap apabila dilihat menyalahgunakan konsep ketaatan kepada pemimpin.
“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun,” dakwa Tamrin.
Bibit kerjasama Umno-PAS itu dilihat semakin ketara ketika Najib dan Hadi mesra duduk sepentas pada persidangan Multaqa Serantau Al-Azhar Malaysia baru-baru ini serta terbaharu reaksi Datuk Takiyuddin yang menyatakan partinya bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesalahan Umno.
Semakin pelik dakwaan Tamrin, katanya: “…berkemungkinan besar Hadi dan Najib tidak memahami isi kandungan al-Quran dan Hadis.
“Seolah-olah mereka (ahli Umno dan PAS) akan terus ‘membabi buta’ dan seperti ‘lembu dicucuk hidung’, akur apa sahaja pemimpin mereka kata.
“Allah dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quraan dan Hadis,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tamrin juga mendakwa ada ahli PAS tidak menyenangi tindakan Presiden parti Islam itu turut sama seperti reaksi ahli Umno terhadap Najib.
Namun ada juga bersikap tunggu dan lihat di dalam isu kerjasama PAS-UMNO walaupun Presiden PAS dah pun berpakaian sedondon dengan Presiden UMNO.
Selain Tamrin, ramai blogger upahan PKR dan DAP juga turut mengkritik kerjasama PAS dan UMNO dengan mendakwa kedua-dua parti itu sudah keliru.
Blogger yang dikenali sebagai Greenboc mendakwa apa yang ketara sejak PAS ditinggalkan golongan progresif yang menyertai PAN, parti induk semacam sudah tak karuan, semacam orang gila talak. Dari atas sampai ke bawah, pemimpin PAS dan para ahlinya kuat memaki hamun malah mencarut juga.
Greenboc menggambarkan betapa ramai ahli PAS kini `sakit jiwa’. Malah ada yang bertindak agresif seperti serangan yang dilakukan oleh orang-orang PAS ke atas pemimpin AMANAH negeri Terengganu, Ustaz Miqdad Zakaria.
“Namanya parti Islam, rupa-rupanya PAS hanya Islam di zahir. Hanya apada pakaian, hanya pada gelaran seperti ulama dan ustaz. Tetapi belum beriman.
“Kita kasihan dan bersimpati dengan orang-orang PAS yang pe'elnya serupa dengan golongan tidak beriman itu. Ada perbedaan di antara orang Islam dengan orang beriman. Orang beriman tidak akan berakhlak semacam orang-orang PAS sekarang yang ada sekarang ini.
“Memang layaklah PAS berkawan bak dengan UMNO. Yang satu penyamun, yang satu lagi kuat memaki hamun. Mereka Islam, tetapi jiwanya masih kotor. Itu sebab mengapa jiwanya sakit dan kini sdang meluahkan "sakit jiwa" itu.
Begitulah kritikan liar Greenboc yang diselitkan dengan keratan hadith sebagai panduan, sedangkan jiwa pada tulisan Greenboc tidak mencerminkan langsung ciri-ciri akhlak yang dituntut Al Quran dan Hadith. Jiwa dan tulisan Greenboc ternyata kosong melainkan berkemungkinan diisi dengan sedikit wang saku dari PKR atau DAP.

Masih banyak kritikan liar dipapar dalam media sosial akibat perasaan cemburu dan dendam kesumat. Kepada mereka yang bukan Islam, eloklah ditarbiyahkan supaya berhenti berdendam. Kepada umat Islam yang mencaci maki PAS dan UMNO dengan bersandarkan ayat Al Quran, eloklah beristighfar banyak-banyak dan berdoa agar kerjasama kedua-dua parti itu akan mewujudkan masyarakat Islam yang lebih perkasa dan dihormati. – Oleh Old Newspaper.
No comments:
Post a Comment