Thursday, 19 March 2015

Benarkah Syed Hamid guna SPAD untuk sabotaj Najib

  • Ketika rakyat sedang bergelut dengan isu GST, tiba-tiba Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres.
  • Kenaikan di antara 25 peratus hingga 67 peratus itu terpaksa dilakukan ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus.
  • Kadar tambang baharu tersebut berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan dan hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
  • Soalnya, mengapa kenaikan berlaku sedangkan harga petrol dan gas masih rendah berbanding tahun lalu.
  • Lalu timbul pula spekulasi kencang mengatakan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berniat mahu sabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Apa motif anak Singa Umno itu? (untuk makluman bapa Syed Hamid penah digelar Singa Umno atas kelantangan bersuara. Apakah tindakannya itu ada kaitan dengan beberapa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap Najib?
  • Apakah Syed Hamid tergolong dalam kem Tun Daim Zainuddin yang dikatakan berkomplot dengan Datuk A Kadir Jasin untuk menghentam Najib dan Rosmah sebelum PRU14?
  • Apakah Syed Hamid bersama kem Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang mengkritik Najib di Parlimen mengenai pelbagai projek mega kerajaan? Spekulasi itu tersebar deras dari kedai kopi, masjid, surau hingga ke lobi Parlimen.
  • Lebih penting lagi ialah apakah Syed Hamid akan menafikan semua spekulasi ini dan menjelaskan mengapa mebuat pengumuman di saat-saat rakyat sedang bergelut dengan pelbagai isu nasional yang kronik.
  • Memang benar alasan kenaikan ialah meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan bas ekspres tetapi orang ramai mempersoalkan “timing” pengumuman itu.
  • Kenaikan ini mungkin membantu pemandu teksi menambah pendapatan memandangkan kadar sedia ada dianggap masih murah dan menyebabkan ramai pemandu teksi berada dalam paras kemiskinan. Demikian juga kenaikan tambang bas ekspres dijangka meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan yang lebih baik.
  • Lebih menyedihkan lagi susulan daripada pengumuman SPAD itu, KTM Berhad pula mengumumkan kenaikan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.
  • KTM dalam satu kenyataan berkata perbezaan kadar tambang sehala yang baru berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada satu stesen ke stesen yang lain.
  • Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20 peratus bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18 peratus hingga 26 peratus kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19 peratus hingga 35 peratus bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.
  • Berita mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam itu menyebabkan rakyat marahkan Syed Hamid, bukannya Perdana Menteri. Ini kerana pengumuman itu dikatakan dibuat tanpa mendapat `lampu hijau' kabinet. Apa ertinya semua ini?


Kelantan lulus hudud, Pakatan Rakyat mula berkecai

  • Tongkang haram Pakatan Rakyat bakal berkecai dan tenggelam sedikit masa lagi berikutan keputusan sidang DUN Kelantan yang sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.
  • Semua 44 ADUN termasuk 12 dari Umno dan seorang dari PKR telah menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.
  • Ekoran kelulusan perundangan hudud itu semua komponen Pakatan Rakyat terutama DAP dan PKR `naik angin’ dan menyerang PAS serta bersiap sedia untuk membubarkan pakatan haram itu.
  • Paling melalut ialah Naib Pengerusi DAP Sabah yang meminta Kelantan keluar dari Malaysia dan meminta Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan hudud Kelantan dibincangkan di Parlimen sambil mendakwa wujudnya  `pakatan sulit’ antara Kelantan dan Kerajaan Persekutuan yang kononnya akan melebarkan kuasa Kelantan dengan melindungi sistem keadilan jenayah di bawah Perkara 76A.
  • DAP Sabah juga mendakwa `pakatan sulit’ itu telah menafikan kuasa 57 Ahli Parlimen dari Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak dan gabenor di Sabah dan Sarawak daripada mempunyai kuasa berkata apa-apa dalam membuat keputusan mengenainya.
  • Lebih `tongong' lagi DAP memberi surat terbuka kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia bahawa `pakatan sulit' itu merupakan satu rampasan kuasa perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak.
  • Pada masa yang sama kekalutan juga berlaku di Pulau Pinang apabila DAP meminta semua komponen Pakatan Rakyat memutuskan semua kerjasama melibatkan Pas memandangkan parti itu disifatkan sebagai pengkhianat apabila membawa usul berkenaan hudud ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
  • DAP Jelutong berkata kerjasama itu boleh dihentikan di negeri ini terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke negeri-negeri lain termasuk di peringkat Pusat.
  • “Kerajaan negeri Pulau Pinang harus membakar semua jambatan yang menghubungkan Pas dengan mereka dan kita tidak boleh percaya dengan Pas lagi,” katanya kepada pemberita.
  • Kenyataan bangang itu dibalas semula oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang menyifatkan DAP tidak mengenang budi walhal DAP memerintah negeri ini sejak 2008 bukan disebabkan kekuatan parti itu semata- mata tetapi dengan bantuan Pas.
  • Sementara itu di Kuala Lumpur, DAP turut kecoh dan menuduh Pas sebagai `musuh dalam selimut’ kerana cuba ‘menikam dari belakang’ dan tidak hirau amaran DAP mengenai perundangan hudud.
  • Tindakan kerajaan Pas Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di DUN Kelantan adalah satu keputusan yang melanggari dasar bersama pakatan pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan pakatan pembangkang.
  • Untuk itu DAP juga akan mengadakan mesyuarat tertinggi pada 23 Mac ini bagi memutuskan hala tuju parti itu dalam pakatan pembangkang.
  • Dalam perkembangan yang sama PKR juga membelasah PAS kerana tidak menghormati muafakat PR. Kritikan itu disampaikan sendiri oleh Presiden PKR yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  • PKR mendakwa Pas memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu mengenai rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993.
  • Namun, draf pindaan itu sehingga minggu lalu ‎tidak diterima PKR, malah ‎draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen.
  • PKR juga dijangka akan mengambil tindakan tata tertib ke atas ADUNnya di Kelantan yang menyokong enakmen hudud.
  • ADUN Guchil dari PKR, Roslan Puteh pula menyerahkan kepada orang ramai bagi menilai sokongannya terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Beliau akui PKR telah mengarahkan beliau untuk tidak mengeluarkan sebarang komen.
  • Sementara itu PasMa yang dikatakan `duri dalam daging’ Pas juga bimbang dengan pindaan hudud itu yang akan memecahkan Pakatan Rakyat.
  • Presidennya berkata, jurang di antara PAS dan rakan komponen DAP adalah terlalu besar ketika ini dan pada masa ini beliau hanya nampak berlakunya perpecahan.
  • Nampaknya sikap opportunis PasMa terserlah apabila masih belum mahu menyatakan pendirian terhadap pindaan hudud itu dengan alasan pihaknya akan tentukan apabila tiba masanya.
  • “Kami di PasMa menyokong Pakatan Rakyat dan berharap mereka menyelesaikan isu ini kerana jika tidak Barisan Nasional menjadi terlalu kuat,” kata presiden NGO itu. Desas desus mengatakan NGO itu tidak mahu komen panjang soal pindaan hudud kerana bimbang kehilangan sumbangan DAP sebanyak setengah juta ringgit setiap tiga bulan bagi pengurusan operasi PasMa.
  • Apapun yang berlaku di antara DAP, Pas dan PKR, ternyata tongkang haram yang mereka naiki bersama itu bakal pecah dan berkecai sedikit masa lagi. Besar kemungkinan MCA dan Gerakan akan mengisi tempat yang akan dikosongkan oleh Pas. – Oleh Lani Ahmad.


Kenapa DAP mahu guna nama Allah tapi tolak hukum Hudud

  • Umat Islam tertanya-tanya mengapa DAP beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang hudud Allah.
  • Walhal undang-undang Islam itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1993 dan pembentangan bersabit hudud dalam DUN Kelantan semalam adalah berkisar pada pindaan enakmennya semata-mata.
  • DAP sebelum ini mahu menggunakan kalimah Allah selepas dibangkitkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 2012. Ternyata jawapannya mudah diduga.
  • Penganalisis politik berpendapat DAP mahu Gereja Katholik dibenar menggunakan kalimah Allah untuk terjemahan Bible dalam versi Bahasa Melayu. Dengan itu mudah bagi mubaligh Kristian memurtadkan Melayu yang lemah iman.
  • Hal itu sudah lama berlaku di Indonesia yang mana semua paderi Kristian berucap kepada penganut agama itu dengan menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Jesus sebagai Tuhan mereka.
  • Bangunan gereja juga sudah ditulis dengan nama `Rumah Allah’ bagi mengelirukan umat Islam antara gereja dengan masjid. Bayangkan jika umat Islam masuk ke gereja dan mendengar `sermon’ yang dianggap sebagai tazkirah.
  • Inilah antara hal-hal yang mungkin dirancang oleh Gereja Khatolik bersama DAP yang diterajui oleh Lim Guan Eng. Mula-mula dapatkan perintah mahkamah untuk menggunakan kalimah Allah dalam terbitan majalah.
  • Jika diluluskan, mereka akan meluaskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible terjemahan versi Bahasa Melayu. Selepas itu mungkin akan meletakkan nama Rumah Allah di pintu depan gereja.
  • Mujurlah Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terbitan The Herald, sekaligus tidak membenarkan ia digunakan dalam terjemahan Bible dan lain-lain kegunaan yang berkaitan.
  • Lihatlah betapa liciknya permainan DAP untuk memusnahkan Islam di bumi Melayu. Kini mereka menggunakan MCA dan Gerakan untuk menyerang hudud di Kelantan dan menyekat perundang itu mendapat kelulusan Parlimen.
  • Kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak mempedulikan bantahan itu dan tetap meneruskan agenda mereka Islam untuk umat Islam.
  • Umno Kelantan sudah membantu sekadar termampu untuk memartabatkan undang-undang Islam itu dan selebihnya bergantung kepada PAS untuk memujuk rakan sekutunya menyokong usul itu di Parlimen kelak.
  • Terdapat seramai 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 132 daripada mereka beragama Islam. Sebahagian besar merupakan Ahli Parlimen Umno dan selebihnya PAS dan PKR. Untuk itu PAS perlu memujuk rakan sekongkol mereka dari PKR untuk menyokong usul itu di Parlimen kelak.
  • Kalau gagal mendapat PKR dan kalangan PAS sendiri, mohonlah jangan salahkan Umno. Bagi Umno Kelantan, sokongan pindaan itu perlua bagi menjernihkan lagi pemahaman rakyat terhadap undang-undang sedia ada.
  • Persetujuan Umno atas empat pekara iaitu zina, qazaf, arak dan murtad. Kemudian, akan dibawa ke Majlis Raja-raja, kemudian akan dibawa ke Parlimen untuk meminda pekara 355. Selepas dipinda maka, undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan di seluruh Mahkamah Syariah Islam untuk Muslim sahaja.
  • Yang itu tidak termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa kebangsaan dan tidak di dalam `roadmap’ ditambah dua lagi iaitu qisah, mencuri dan merompak yang mana itu memerlukan 2/3 majoriti sokongan.
  • Apabila Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, DAP, PKR, MCA dan Gerakan pasti akan serang Umno lagi.
  • Mungkin parti-parti Cina itu akan mem`viral’kan spekulasi bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi arahan kepada semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu Islam supaya menyokong enakmen itu.
  • Kalau tak percaya, tunggulah bagaimana bentuk tulisan dalam Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today dan lain-lain portal pro Pakatan Rakyat.
  • Malah ada kalangan editor sudah menyusun PAGE LEAD masing-masing yang antara lain berbunyi “Umno paksa Ahli Parlimen sokong hudud”; “Najib arah Ahli Parlimen Melayu sokong hudud” atau “Hudud lulus kerana terpaksa”.
  • Namun kalangan umat Islam Malaysia sebenarnya ingin melihat semua ahli parlimen beragama Islam, menggunakan kebebasan untuk membuat pendirian sendiri jika ia melibatkan hal-hal agama dan kepercayaan.
  • Apa yang pasti ialah akan berlakunya tidak semua ahli parlimen PAS dan Melayu PKR menyokong enakmen berkenaan jika ia dibentangkan di Dewan Rakyat kelak.
  • Ahli Parlimen Pasma sudah tentu mahu menjaga hubungan dengan DAP dan mungkin mereka akan menolak usul hudud itu di Parlimen.
  • Begitu juga dengan ahli parlimen PKR yang mesti sedondon sokongan dengan MB Selangor yang menganggap hudud tidak perlu disegerakan dan ia bukan agenda dalam Pakatan Rakyat.
  • Ahli Parlimen Melayu DAP tak usah ceritalah. Mereka sanggup potong jari untuk membantah perlaksanaan hudud di Kelantan atau di mana-mana di bumi Malaysia ini. Mereka akan guna alasan demokrasi, kemanusiaan, berbilang kaum dan lain-lain alasan untuk menolak hudud.
  • Ini bererti walaupun pindaan perundangan hudud boleh melepasi DUN Kelantan namun ia belum tentu dapat melepasi tangga Parlimen. Sama-samalah kita berdoa agar hudud dapat dilaksanakan dengan tenang dan aman. – Oleh: Lani Ahmad.


MCA dan Gerakan kini sekongkol serang Islam Kelantan

  • Umno Kelantan menyatakan sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 kerana Allah, bukannya kerana politik semata-mata.
  • Namun disebalik ikrar itu ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berpesan bahawa kerajaan dan umat Islam di Kelantan akan berdepan dengan dugaan yang berat selepas ini.
  • Lalu beliau mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.
  • "Kita akan hadapi masalah yang besar, percayalah. YAB Menteri Besar akan hadapi masalah yang besar. Orang Islam akan hadapi masalah yang besar. Mereka (bukan Islam) akan bepakat. Mereka akan datang dengan berbagai kumpulan dan cara untuk menghalang apa jua yang kita buat,” katanya di sidang DUN Kelantan.
  • Telahan Md Alwi ternyata benar. Di luar sidang DUN, parti Gerakan sudah memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan kerana membentangkan pindaan perundangan hudud sambil mendakwa ia bertentangan denan Perlembagaan Malaysia.
  • Beberapa jam kemudian peguam MCA pula muncul dengan kenyataan akhbar dengan mengecam Umno sambil menyatakan kesediaan untuk membantu Gerakan dalam perjuangan di mahkamah sivil bagi memastikan saman itu bebas daripada masalah teknikal.
  • Dengan sombongnya seorang pemimpin MCA, Gan Peng Sieu berkata, partinya mesti memutuskan hubungan dengan Umno jika parti itu menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
  • Katanya, jika Umno menyokong rang undang-undang itu di peringkat persekutuan atau Parlimen, maka ia telah melanggar asas fundamental negara, pembinaan bangsa dan kontrak sosial.
  • Gan  yang merupakan pengerusi pasukan petugas khas MCA mengenai pelaksanaan dasar dan undang-undang syariah, berkata senario itu akan memaksa MCA untuk bertindak.
  • Tanpa segan silu, Gan berkata jika perlu beliau akan menggesa parti-parti komponen lain dalam BN untuk juga berpisah daripada Umno.
  • Begitulah kesombongan bangsa Cina yang dipamerkan oleh MCA dan Gerakan. Mereka mencari peluang untuk bersatu tenaga dengan DAP dan inilah masa yang dinanti-nanti. Isu hudud merupakan peluang terbaik untuk mereka menyatakan bantahan secara terbuka.
  • Inilah juga peluang untuk mereka keluar dari BN. Mereka juga mengharapkan MIC, PPP dan lain-lain parti komponen keluar dari BN atau sekurang-kurangnya memutuskan hubungan dengan Umno.
  • Jika MCA, Gerakan dan DAP gagal dalam perjuangan mereka menentang hudud di mahkamah sivil, sudah pasti mereka akan merancang untuk mendapat simpati antarabangsa seperti yang DAP dan PKR lakukan berkaitan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Peluang untuk mendapat simpati dunia lebih cerah kerana Brunei yang mengamalkan hudud kini sedang mengalami kesulitan kerana masyarakat Barat telah diarah supaya memboikot hotel-hotel dan ditegah membeli minyak mentah negara itu.
  • Kita hendak lihat apakah bangsa Cina akan memboikot produk dan perkhidmatan Melayu Islam di Malaysia semata-mata kerana Kelantan melaksanakan perundangan hudud, manakala PAS akan bekerjasama dengan Umno secara lebih menyeluruh.
  • Sementara itu, kebanyakan bangsa Melayu Malaysia sudah mula muak dengan tindak tanduk bangsa Cina terutama penokong tegar DAP, MCA dan Gerakan. Bangsa Melayu sudah mula `ringan tangan’ dan sudi untuk bermandi darah demi membela agama Islam.