Ustaz Kazim Elias (DUKE) |
Pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) berpendapat hukum
hudud hanya boleh dilaksanakan jika seluruh rakyat Malaysia bersatu menerimanya.
Berikut adalah kenyataan beliau. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib
dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada
pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.
Jika hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada
dua jenis hukuman yang berbeza, orang Islam yang melakukan zina (bagi yang dah
berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pulak
mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.
Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu
adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam.
Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan
hukuman berat dan pasangannya pula yang beragama Islam akan direjam sampai mati
(jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas
hukuman yang sama. Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat
dua pencuri yang ditangkap dan didapati bersalah, seorang beragama Islam dan
seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong tangan dan pencuri
bukan Islam hanya dipenjarakan.
Cara untuk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah
kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan
dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan
dari segi hukuman.
Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet
serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan
pindaan ini? Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima
cadangan pindaan ini?
Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di
tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat
semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk
melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi
kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama. – Oleh Ustaz Kazim Elias