Monday, 6 April 2015

Hotel, restoran mesti batal service charge

Service charge dibatalkan di seluruh Malaysia
  • Berkuat kuasa serta merta KPDNKK mengarahkan semua hotel dan restoran di seluruh Malaysia supaya membatalkan `service charge’ atau caj perkhidmatan kepada pengguna.
  • Langkah itu perlu bagi mengurangkan pelbagai beban yang ditanggung oleh rakyat selepas kehadiran GST yang dilaksanakan dalam kerumitan, kelam kabut dan kekeliruan di kalangan peniaga dan pengguna.
  • Jika premis yang disebutkan itu engkar arahan, pengguna perlu laporkan kepada KPDNKK dan mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan atau Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna.
  • Namun jika pengusaha hotel dan pemilik restoran masih tetap mahu mengenakan `service charge' itu atas dasar kebebasan hak berniaga, mereka mesti pamerkan notis kepada pelanggan. Ini membolehkan pengguna membuat pilihan untuk berkunjung ke hotel atau restoran berkenaan atau tidak.
  • Keputusan ini dibuat di peringkat kementerian dan akan dilaksanakan sehingga satu polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan itu diambil berikutan tiada badan khusus mengawal selia pelaksanaan cukai perkhidmatan di Malaysia sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
  • Sebelum ini pengguna terasa tertekan apabila hotel dan restoran mengenakan beberapa caj sekaligus iaitu `service charge', `government tax' dan GST. Amat mengejutkan apabila mendapati kesemua caj itu melebihi 20 peratus daripada kos yang perlu dibayar oleh pengguna.
  • Apabila ditanya, pengusaha hotel dan restoran berkata mereka berhak mengenakan beberapa caj yang difikirkan perlu kerana tiada perundangan menyekatnya. Isu ini sudah lama berlaku dan ia semakin dibebankan dengan kehadiran GST.
  • Lantaran itu KPDNKK membuat pengumuman mengenai larangan hotel dan kedai makan mengenakan caj berkenaan sehingga satu peraturan digubal dan dilaksanakan kelak.
  • Namun hakikatnya hotel dan restoran tidak menghiraukan mana-mana arahan KPDNKK yang masih belum digubal sebagai perundangan. Malahan ada premis secara sengaja mempamerkan notis kecil di penjuru kaunter yang mana pelanggan tidak dapat melihatnya.
  • Inilah sebenarnya yang berlaku apabila arahan kerajaan tidak dipedulikan oleh golongan peniaga. Keuntungan maksima menjadi keutamaan tanpa mengambil kira bebanan ke atas pengguna.

Aidana penumpang helikopter terhempas Semenyih

Aidana Baizieva
  • Identiti penumpang ke-enam helikopter VVIP terhempas di Semenyih terjawab apabila Cempaka Air memberitahu media bahawa pekerjanya Aidana Baizieva merupakan salah seorang mangsa nahas itu.
  • Syarikat itu juga menyebut wanita itu bukan pembantu juruterbang. Mengikut laporan awal Kementerian Pengangkutan, Aidana adalah pembantu juruterbang namun laporan itu diperbetulkan dengan kenyataan bahawa helikopter AS3655NA tidak perlu pembantu juruterbang.
  • Mereka yang disahkan maut dalam insiden pada 4 April 2015 ialah Clifford William Fournier, Aidana Baizieva, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin Alias,  Razakan Seran dan Datuk Tan Huat Seang.
  • Semua mangsa nahas helikopter itu dikatakan baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.
  • Identiti mangsa nahas ke-enam helikopter itu mula dipersoal apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkifli dari Eagle Air Charter berkata gambar selfienya bersama Kapten Clifford yang dimuatnaik di laman Facebook telah dianggap umum sebagai Aidana.
  • Sejak itu orang ramai tertanya-tanya identiti mayat ke-enam itu. Akhirnya mayat Aidana telah dituntut hari ini oleh adiknya yang datang dari Kyrgystan. Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan. Wanita itu enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.
  • Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika. Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun. 
  • Sementara itu, kes salam identiti mangsa nahas helikopter juga berlaku kepada Pengarah Urusan IGB Corporation Berhad, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng.
  • Beliau tidak putus-putus dihujani panggilan telefon sebaik sahaja dikatakan sebagai salah seorang mangsa nahas. Kesilapan itu timbul apabila maklumat awal mengenai insiden itu memaklumkan bahawa helikopter tersebut dimiliki IGB Corp dan Datuk Robert Tan dikatakan antara yang terkorban.
  • Wartawan yang menghubungi keluarga dan rakannya sebaik sahaja menerima berita tersebut kemudiannya menyedari Robert Tan tidak berada di dalam helikopter tersebut. Ketika dihubungi pada Ahad, Robert Tan, 63, memberitahu beliau berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen.

Nahas helikopter Semenyih terus jadi misteri

Kotak hitam dibawa ke United Kingdom untuk siasatan lanjut
  • Kementerian Pengangkutan mengesahkan tiada panggilan `mayday’ dari juruterbang helikopter yang membawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain, menyebabkan nahas udara di Semenyih terus menjadi misteri.
  • Bagaimanapun kotak hitam yang ditemui bakal menjawab segalanya, cuma perlu menunggu kira-kira seminggu untuk mendapatkan laporan kerana kotak itu kini dihantar ke Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, United Kingdom untuk analisis secara terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi.
  • Tiga hari diperlukan untuk mengeluarkan data dalam kotak hitam itu manakala tiga hari lagi untuk menganalisa kandungannnya. Selepas itu laporan akan disediakan untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia untuk diumumkan kepada orang ramai.
  • Pekara itu disahkan oleh Menteri Pengangkutan sambil menjelaskan bahawa Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah amalan normal.
  • Laluan penerbangan yang diluluskan bagi helikopter itu meliputi Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Klawang, The Mines, Petaling Jaya dan berakhir di Subang.
  • Juruterbang helikopter Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) itu, Clifford William Fournier Jr., mempunyai lesen sah bagi pemanduan pesawat jenis itu sejak 2012.
  • Clifford telah menerbangkan pesawat sejak 2002 dengan hampir 13 tahun pengalaman terbang. Helikopter itu mempunyai perakuan layak terbang di bawah kategori Persendirian, yang kali terakhir diperbaharui pada 13 Februari tahun ini dan sah sehingga 8 Feb tahun depan.
  • Dikeluarkan oleh Airbus Helicopter, dan dahulunya dikenali sebagai Eurocopter France, pesawat itu dikeluarkan pada 1990 dan jangka hayatnya berusia 25 tahun setakat April tahun ini.
  • Penyenggaraan pesawat dijalankan oleh Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd dan pemeriksaan terakhir dibuat pada 29 Jan tahun ini manakala ujian penerbangan dijalankan pada 9 Februari. Dalam ertikata lain helikopter ini disahkan mempunyai tahap keselamatan yang diluluskan.
  • Berikutan insiden itu, Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan pasukan penyiasat yang diketuai Datuk Yahya Abdul Rahman, seorang penyiasat dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam siasatan kemalangan helikopter.
  • Pasukan itu mengandungi empat anggota manakala wakil yang bertauliah dari Perancis juga akan dijemput memandangkan negara itu mereka bentuk dan mengeluar pesawat dan enjin.
  • Helikopter itu membawa enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor, pada 4.55 petang. Mereka yang terkorban ialah ahli parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.
  • Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis tempatan meminta PDRM menyiasat insiden itu dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan ada elemen jenayah dan sabotaj.
  • Memetik laporan beberapa media perdana, mereka (aktivis) dikatakan mahu PDRM merungkai pelbagai persoalan termasuk aspek keselamatan pemimpin memandangkan Jamaludin dan Azlin merupakan watak penting kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Kebelakangan ini ramai pihak yang menyerang Perdana Menteri, seolah-olah ada agenda daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau. Harus diingat, Jamaludin dan Azlin merupakan `tangan kanan dan kiri’ Perdana Menteri, mereka memainkan peranan penting kepada politik Perdana Menteri dan juga negara.
  • Perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana sejarah membuktikan perbuatan sabotaj politik pernah berlaku di beberapa buah negara seperti di Myanmar, Jepun, Syria dan sebagainya.
  • Polis perlu mengambil kira segala aspek dalam siasatan ini. Jika benar wujud unsur sabotaj, maka rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu yang telah menyebabkan kematian dua individu yang menjadi pendukung kuat Perdana Menteri.
  • Dalam perkembangan yang sama, sebuah pusat operasi diaktifkan di kawasan lokasi nahas helikopter yang terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih.
  • Pusat operasi berkenaan ditempatkan di tiga buah khemah di mana satu khemah dikhaskan untuk sidang media dan dilengkapi dengan papan putih bertuliskan carta penugasan anggota penyelamat.
  • Khemah kedua dilengkapi dengan sofa dan meja kopi untuk orang kenamaan yang melawat selain komputer dan mesin pencetak untuk kerja-kerja pentadbiran sementara khemah ketiga digunakan untuk meletakkan bekalan makanan dan minuman anggota penyelamat serta tempat untuk anggota media berteduh.
  • Seramai 121 anggota dari pelbagai pasukan keselamatan bertugas termasuk anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM dan Pejabat Daerah Hulu Langat.
  • Hari ini petugas media dibenarkan membawa masuk kenderaan ke jalan masuk sehingga berhampiran pusat operasi berkenaan berbanding pada hari kejadian semalam di mana petugas media tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan dan terpaksa berjalan lebih satu kilometer dari jalan besar. Keadaan itu menyebabkan ada petugas media yang terpaksa membonceng motosikal penduduk kampung.


Sunday, 5 April 2015

Tun M serang bertali arus, memadailah Najib bagi kiasan

  • Ramai di kalangan ahli dan penyokong Umno kebingungan dengan serangan bertali arus ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa terlalu banyak skandal.
  • Ada juga yang kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Najib bagaikan kena `histeria’. Lebih kecewa lagi apabila Najib dilihat `membisu seribu bahasa’, melainkan sesekali membuat penjelasan pendek untuk menjaring kesamaran.
  • Datuk Mustapha Yaakub dari Veteran Umno cuba membawa sekelumit kegelisahan orang ramai mengenai serangan Tun M yang bertali arus itu.
  • Katanya, walaupun Dr M ada alasan mengkritik tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.
  • Mustapa melihat Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung. Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah.
  • Sambil itu Mustapha menyindr Dr M dengan berkata jika Najib perlu dijatuhkan sekalipun, Dr M perlu menggunakan 'saluran' yang betul iaitu membawa persoalan itu melalui pemilihan Umno.
  • Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M. Najib hanya alat Umno. Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli.
  • Bagi menenangkan keadaan Mustapha merayu Dr M supaya menghentikan serangan kerana natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.
  • Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Dr M bertindak sebagai negarawan yang rasional kerana bagi memastikan bekas Perdana Menteri itu dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman.
  • Kegelisahan Umno semakin terasa apabila Dr M semakin kerap menyerang Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.
  • Namun ramai juga pemimpin dan ahli Umno menyifatkan kritikan Dr M adalah untuk kepentingan masa depan Umno.
  • Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan Dr M yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri adalah demi menyelamatkan Umno.
  • Katanya, Dr M mahu Najib memberi jawapan terhadap setiap dakwaan terhadapnya yang dibuat pemimpin pembangkang dalam beberapa isu.
  • Antara isu tersebut adalah kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang belum terungkai, projek mega 1MDB dan pembelian pesawat peribadi yang telah menjejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN.
  • Jawapan itu bukan untuk Dr M sendiri tetapi Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil `Ku Li’ mahu setiap tuduhan yang dibuat dijawab oleh Najib kepada rakyat.
  • Ku Li, Dr M serta lain-lain pemimpin dan ahli Umno mahu ketelusan dan kebenaran dalam isu yang menyelubungi Najib. Sudah tiba masanya jawapan sebenar diberikan dan kebenaran dibongkar.
  • “Saya yakin Dr M pasti mempunyai alasan kukuh untuk mempersoal perkara demikian. Dr M merupakan bekas pemimpin yang berpengalaman baik dari segi parti mahu pun pentadbiran negara,” kata Ku Li.
  • Dr M sentiasa mengikuti perkembangan semasa Umno serta BN. Dia mengetahui keadaan semasa politik BN menjelang PRU14 dan risau dengan keadaan semasa yang ada sekarang.
  • Sekiranya segala persoalan yang dibangkitkan tidak dijawab, keadaan akan bertambah sukar terhadap pemimpin BN untuk meraih sokongan rakyat dan tidak mampu memerintah negara lagi.
  • Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (KuNan) mengadakan pertemuan dengan Dr M bagi melegakan perasaan marah Ku Nan itu.
  • Dr M membawa isu yang perlu dilerai bagi kepentingan Umno dan BN tetapi Ku Nan pula membidas secara membuta tuli dengan berkata era pemerintahan Dr M sudah berlalu dan jangan ganggu era Najib pula.
  • Kenyataan itu mengingatkan kita kepada keceluparan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) ketika berkuasa di tingkat 4 Putrajaya suatu ketika dahulu yang mana anak hingusan itu pernah menyifatkan Dr M sebagai `beruk’ kerana mengkritik bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi..
  • Dr M tak kisah dengan cemuhan KJ dan kroni ketika itu sebaliknya terus mengkritik sehingga bapa mertua KJ turun daripada kerusi PM.
  • Kini Dr M juga tidak akan jemu mengkritik Najib walaupun sudah menjangkakan akan dicemuh lagi oleh konco-konco Najib pula.
  • Setakat ini Perdana Menteri masih belum mahu memberi respon berkaitan pelbagai isu yang diwar-warkan oleh pembangkang setiap hari terutama `salesmen’ pakatan haram seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Mahfuz Omar dan banyak lagi.
  • PM juga memilih untuk tidak menjawab hal yang sama dibangkitkan oleh Dr M secara bertali arus itu. Najib tidak mahu memberitahu rakyat mengapa beliau bersikap demikian.
  • Namun beliau memberi bayangan kepada semua umat Melayu dalam Umno bahawa parti terunggul itu mungkin tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang jika  bersengketa dan berpecah-belah.
  • Sebaliknya beliau mengajak semua Melayu Umno mengamalkan solidariti, persepakatan dan bekerjasama sesama mereka.
  • Untuk itu Umno perlu mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada  mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.
  •  "Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan Umno terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati," katanya dalam tulisan menerusi blognya NajibRazak.com.
  • Kata-kata itu sudah jelas menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr M, Ku Li dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam kelompok Umno.
  • Najib tidak perlu membazir waktu menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kerana setiap apa yang dijawab pasti ada serangan susulan yang tidak aka nada penyudahnya. Najib mahu Melayu Baru menyambut tangannya dan Umno dalam semua bidang terutama perniagaan, sosial dan usaha memupuk semangat kemelayuan itu sendiri. Namun berapa ramaikah umat Umno menyedarinya. Entahlah.


Benarkah helikopter bawa JJ dan pegawai kanan PM disabotaj

Helikopter AS3655NA Dauphin meletup dan terhempas di Semenyih
  • Helikopter yang membawa enam VVIP termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua pegawai kanan PM disyakki disabotaj pihak tertentu sehingga mengakibatkan ia terhempas di sekitar Semenyih.
  • Elemen sabotaj dikatakan dikesan apabila helikopter itu dikatakan `rosak' secara tiba-tiba sebelum terhempas, walhal pemeriksaan yang dilakukan sebelum berlepas dari Pekan, Pahang mendapati ia berada dalam keadaan baik.
  • Seorang juruterbang helikopter yang mahu dikenali sebagai Kapten Lee memberitahu media bahawa dia telah menyaksikan dengan jelas nahas udara itu ketika dia sedang terbang dari Johor ke Subang.
  • "Ketika itu, kami terbang dari Johor menuju ke Subang dan pada masa yang sama ada satu helikopter lagi yang difahamkan terbang dari Kuantan ke Subang. Apabila sampai di Kajang, saya nampak helikopter IGB dari Kuala Kelawang ke Kajang sedang turun.
  • “Cuaca cerah tetapi ada hujan, maknanya hujan panas dan bukannya ribut. Jadi, pada pandangan saya helikopter jatuh bukan disebabkan cuaca dan terpulang kepada siasatan nanti,” katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani.
  • Mengulas lanjut, Lee berkata, beliau menolak kemungkinan helikopter terbabit terbakar di udara kerana tidak kelihatan asap kebakaran sebelum pesawat itu terhempas.
  • “Saya nampak helikopter itu sudah menjunam apabila muncungnya ke bawah, dan saya perhati sampai helikopter itu jatuh ke tanah barulah asap keluar. Bagaimanapun, semasa di udara tak ada nampak api atau asap keluar,” jelasnya.
  • Bagaimanapun, seorang penganalisis TUDM memberi pandangan yang berbeza dengan Kapten Lee. Dia menjangkakan helikopter AS3655NA Dauphin itu mungkin terlanggar kabel pencawang elektrik sewaktu terbang rendah sebelum terhempas.
  • Kapten (B) Rahmat Omar berkata, helikopter itu mungkin terpaksa terbang rendah akibat cuaca buruk.
  • “Saya tidak pasti bagaimana cuaca ketika itu, kalau cuaca buruk, ada kemungkinan juruterbang akan terbang dengan lebih rendah, daripada gambar yang tersiar di laman sosial, kita tidak dapat pastikan helikopter jatuh terkena pokok dan terhempas ke tanah ataupun terhempas di udara lagi.
  • "Ruang udara helikopter tersebut terjatuh merupakan tempat latihan TUDM Sungai Besi dan juga dipanggil (simpang), ia merupakan laluan biasa untuk pesawat ringan seperti helikopter. Laluan selatan iaitu di sempadan Banting sahaja merupakan kawasan tanah tinggi dan tempat helikopter tersebut terhempas merupakan kawasan yang tidak begitu tanah tinggi,” katanya.
  • Sementara itu, lain pula cerita mengenai insiden trajis itu daripada penduduk kampung di kawasan lokasi nahas.
  • Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit.
  • Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan.
  • "Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu. "Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas.
  • Sementara itu, siasatan awal Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menolak kemungkinan nahas helikopter yang dinaiki Tan Sri Jamaludin bersama-sama lima mangsa lain di Semenyih semalam adalah akibat melanggar kabel pencawang elektrik sewaktu terbang rendah sebelum terhempas.
  • Pengarah Operasi Penerbangan DCA, Datuk Yahya Abdul Rahman berkata, hasil pemerhatian beliau dari udara hari ini mendapati tiada pencawang elektrik berhampiran lokasi nahas itu.
  • Malah menurut beliau, helikopter jenis AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terbang tinggi iaitu pada aras 1,500 meter ketika nahas itu berlaku.
  • Ekoran perbezaan cerita yang diterima, pihak polis memberi jaminan sedang menyiasat punca nahas helikopter itu secara terperinci meliputi pelbagai elemen termasuk kemalangan, jenayah dan kecuaian.
  • Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka siasatan dan kini sedang menunggu laporan bedah siasat kesemua mangsa, di samping mengumpul bahan bukti yang terdapat di lokasi kejadian.
  • “Siasatan sudah dimulakan selepas nahas berlaku dan untuk permulaan kita membuka kertas siasatan di bawah kematian mengejut (SDR). Kita masih meneruskan penyiasatan di tempat kejadian termasuk punca kematian dengan pihak forensik,“ katanya.
  • Menurut Noor Rashid, siasatan dari segi teknikal akan dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
  • “Lokasi nahas juga telah ditutup dan dikawal daripada dimasuki oleh orang awam dan kini sedang mencari saksi di tempat kejadian untuk ditemubual. “Setakat ini kita telah merakam percakapan daripada tiga saksi,“ katanya.
  • Berikutan insiden itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergegas ke lokasi semalam telah mengarahkan semua pihak yang berkaitan supaya segera menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca tragedi itu.
  • PM dan kabinetnya juga menziarah keluarga semua mangsa nahas helikopter itu pada majlis pengkebumian yang diadakan secara berasing di kawasan masing-masing sambil menyifatkan tragedi Semenyih sebagai kehilangan beberapa tokoh politik dan ahli perniagaan tersohor negara.
  • Enam penumpang dalam nahas helikopter jenis AS365 Dauphin yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih berjaya ditemui oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor. Lima penumpang dijumpai dalam satu kumpulan manakala seorang lagi ditemui terhempap di bawah rangka helikopter. Kesemua mayat yang dijumpai dalam keadaan sempurna tetapi terbakar.
  • Helikopter tersebut dalam perjalanan dari Pekan, Pahang menuju ke Subang, melalui kawasan Semenyih sebelum terputus hubungan. Ia dipercayai meletup di udara dan punca sedang dikenal pasti. Kesemua mayat mangsa nahas dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
  • Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan mengesahkan enam identiti mangsa nahas helikopter adalah seperti berikut: Kapten Clifford William Fournier (juruterbang), Aidana Baizieva (pembantu juruterbang), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin), Razakan Seran (pengiring Tan Sri Jamaluddin), Datuk Sri Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri) dan Datuk Tan Huat Seang.

Saturday, 4 April 2015

JJ maut selepas hadir perkahwinan anak PM

Serpihan helikopter terhempas di Sungai Lalang Semenyih
  • Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah antara enam terkorban selepas helikopter mereka naiki terhempas di Semenyih, petang tadi, manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan semua mayat sudah ditemui.
  • Beberapa media perdana melaporkan, selain Jamaluddin terdapat lima lagi penumpang antaranya ahli perniagaan Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
  • Turut terbunuh juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.
  • Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaludin terbunuh dalam nahas udara itu.
  • Sumber mengatakan helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB), dikatakan terbakar sebelum terhempas.
  • Semua mangsa nahas itu dikatakan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang. Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.
  • Manakala jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
  • Berikutan itu, sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
  • Sementara itu jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu. - Laporan Crime Team

Rukun Negara pupus jika Pakatan Rakyat memerintah


  • Jika Pakatan Rakyat memerintah, yang hampir pasti menghadapi perubahan, jika tidak kepupusan, ialah Rukun Negara. Ini kerana belum pun berkuasa barisan pembangkang itu sudahpun mempamerkan sikap tidak hormat pada lima prinsip asas membina bangsa Malaysia yang  bersatu.
  • Dalam kemaruk untuk menegur, mengkritik dan menyerang kerajaan Barisan Nasional hari ini, secara wewenang dan atas pertimbangan politik semata-mata pembangkang nampaknya kerap bertindak menggugat prinsip-prinsip luhur rukun itu.
  • Perlakuan dan tindakan yang bertentangan dengan semangat Rukun Negara itu dipamerkan dengan galak tidak kira di dalam persidangan Dewan Rakyat dan dewan-dewan undangan negeri mahupun di khalayak ramai.
  • Malah kegiatan melepaskan dendam politik  yang terbuku di hati tanpa tapisan nilai-nilai murni yang dimaktubkan Rukun Negara ala Pakatan Rakyat ini semakin meluas dihamburkan dalam medan media sosial.
  • Rukun Negara yang seharusnya menjadi pengikat rasa muhibbah di kalangan rakyat dan merentasi perbezaan budaya, agama dan bangsa mutakhir seolah-olah diinjak oleh kegilaan berpolitik.
  • Mukadimah Rukun Negara disusun begitu sopan dan rapi dan bermula dengan pernyataan “Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita:

  1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  2. Memelihara satu cara hidup demokratik;
  3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
“Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • Rukun yang mula-mula tumpas pada kegelojohan berpolitik oleh pembangkang ini ialah prinsip kesopanan dan kesusilaan. Malah turut tercemar ialah Rukun Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  • Gejala ini dapat disaksikan pada pembukaan persidangan Dewan Undangan Perak Selasa lalu. Wakil-wakil rakyat pembangkang sengaja memakai serba hitam untuk menzahirkan protes politik mereka.
  • Mereka marah terhadap cara kerajaan Barisan Nasional mengurus negara. Radang tercetus kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan kegagalan mereka menghalang penguatkuasaan sistem percukaian GST.
  • Pembangkang dalam Dewan Undangan Perak juga sengaja melanggar istiadat Dewan dengan berpakaian serba hitam kerana memprotes penahanan dua Adun Perak yang terbabit dalam tunjuk perasaan #Kitalawan di Kuala Lumpur.
  • Mereka juga membantah keputusan mahkamah yang memenjarakan ahli-ahli PAS yang cuba menghalang upacara angkat sumpah Dr Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak pada 2009.
  • Bagaimanapun yang jelas tercela ialah Sultan Nazrin Muizuddin Shah. Ini adalah pertama kali baginda menyarung persalinan diraja untuk memuliakan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • Sultan Nazrin memang masyhur sebagai seorang cendekiawan berhemah dan sopan berinteraksi dengan rakyat. Bagaimanapun secara langsung atau tidak, kedudukan baginda sebagai Sultan Perak dicela oleh wakil-wakil rakyat pembangkang dengan “berkabung” dalam majlis baginda.
  • Sewajarnya apa jua perbezaan pandangan di antara ahli-ahli politik seharusnya diselesaikan di kalangan mereka secara beradab dan bukan cuba mencuri publisiti politik dalam istiadat yang membabitkan Sultan.
  • Dengan sengaja melanggar etika dan protokol di raja, ahli-ahli pembangkang itu mengguris kemuliaan Sultan dan menyinggung Rukun Negara yang dilakar dan dipersetujui sebagai salah satu sendi penting pembentukan bangsa Malaysia.
  • Lantaran taksub pada tuntutan politik mereka, soal kesopanan dan susila sebagai pemimpin langsung dilempar ke sisi. Tindakan itu menunjukkan tiada sekelumitpun rasa hormat pada institusi Raja yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.
  • Natijahnya, Sultan Perak yang jelas tersinggung, terus meninggalkan dewan sebaik sahaja selesai menyampaikan titah baginda tanpa menghadiri majlis bergambar dengan wakil-wakil rakyat dan menyertai santapan di raja.
  • Negara Malaysia berdiri di atas tonggak tiga institusi utama – eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini membentuk, memperkasa dan langsung mendaulatkan undang-undang negara.
  • Bagaimanapun dirangsang persepsi negatif terhadap wibawa dan integriti badan kehakiman yang dirasuk oleh kepentingan politik meluap-luap, ada pemimpin pembangkang tergamak membawa usul supaya Dewan Rakyat mencela badan kehakiman secara rasmi.
  • Sesungguhnya ini adalah pemikiran dan amalan politik yang biadap. Sekaligus ia meremeh dan menghina sistem kenegaraan Malaysia. Lantas tidak hairanlah jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, Rukun Negara yang dilembagakan sebagai pengikat muhibah di antara rakyat akan terlerai.
  • Tanpa rasa hormat dan pemikiran santun mengatur pembentukan bangsa Malaysia berpekerti tinggi seperti yang dipandu oleh Rukun Negara tidak mustahil Malaysia porak peranda dan liar kerana pemikiran biadap Pakatan Rakyat. – Oleh: Lokman Ramlee


Harga gas masak naik, banyak lagi `on standby’

  • Khabarnya harga gas memasak telah dinaikkan gara-gara GST walaupun ia disahkan bebas cukai. Banyak lagi barangan keperluan harian `on standby’ untuk dinaikkan oleh peniaga nakal menerusi pakatan licik dan terancang.
  • KPDNKK pasti dapat mengesan kegiatan itu kerana banyak aduan sudah dibuat terutama di selatan Semenanjung. Laman Twitter dan FB juga sudah dimaklumkan, hanya menunggu pihak berkuasa memburu peniaga terbabit.
  • Entah bila golongan peniaga nakal ini akan dikenakan tindakan tak tahulah kerana 25,000 aduan diterima KPDNKK pada hari pertama pun belum banyak yang sempat ditinjau. Mungkin aduan awam pada hari kedua, ketiga dan seterusnya belum sempat dibuka untuk semakan.
  • Jelasnya kebanyakan peniaga dilihat tidak peduli dengan GST. Bertindak seperti pasaran saham dan komoditi, mereka akan menaikkan harga berdasarkan pengumuman kerajaan, perubahan situasi ekonomi, mata wang dan spekulasi.
  • Berbeza dengan bursa yang sentiasa mengalami turun naik harga, masyarakat peniaga mengamalkan dasar TIDAK BOLEH TURUN harga. Contohnya, pada tarikh kenaikan harga petrol, peniaga sudah siap menampal stiker harga baru barangan masing-masing.
  • Namun apabila harga petrol turun mengikut pasaran global, selepas didesak kerajaan dan persatuan pengguna lebih dua bulan, tak sampai LIMA PERATUS daripada hampir SATU JUTA peniaga bertindak menurunkan harga barangan dan perkhidmatan masing-masing.
  • Kini GST muncul dengan penuh bergaya pada 1 April 2015. Pada hari pertama saja lebih 25,000 aduan telah dibuat dan kelambatan menyelesaikannya telah mengakibatkan Timbalan Perdana Menteri menegur KPDNKK supaya mempercepatkannya.
  • Maka KPDNKK dan Jabatan Kastam Diraja mula mencari helah untuk melepaskan diri daripada dibelasah orang ramai sambil memberi jaminan awam bahawa kekusutan GST akan diatasi dalam tempoh enam bulan.
  • Aduhai, luluh hati rakyat apabila mendengar alasan menyiksakan itu tapi rakyat tetap rasional dan tabah meranduk kehidupan yang serba sulit dan maha kelam kabut.
  • Peniaga ketawa besar dengan suasana kelam kabut sebegini. Lagi banyak mereka menekan harga. Ada yang mendakwa harga barangan tinggi sedikit kerana GST sudah diserapkan di dalamnya.
  • Ada peniaga yang tidak daftar dengan Jabatan Kastam tetapi mahu kenakan GST juga. Ada juga peniaga yang mencatat GST dengan tulisan tangan pada resit yang dibeli di supermarket kerana kedainya tak ada komputer.
  • Kalangan syarikat Telco pula mula `temberang’ dengan berkata harga akan kekal tinggi tetapi mereka akan memberi tambahan masa berbual, sms dan sebagainya yang sekadar dengan GST.
  • Terbaru, harga gas masak pun dinaikkan di beberapa kawasan di seluruh Malaysia. Peniaga tidak peduli amaran KPDNKK dan aduan pengguna. Mereka kata kedai mereka kena bayar GST dan untuk itu harga gas masak mesti naik juga.
  • Tinjauan persatuan pengguna mendapati, gas memasak dinaikkan kepada RM29 hingga RM31 berbanding harga sebelum ini iaitu RM26.60 satu tong.
  • Peniaga kedai runcit lagi caca marba. Semua harga di dalam kedai mereka dinaikkan tanpa diketahui pengguna kerana urusan jual beli tidak mengunakan resit. Pengguna juga tidak larat bertanya harga bawang, sayur, tempe, ikan, pecal dan lain-lain setiap kali mereka membeli di kedai berkenaan atau setiap kali pekedai membuat timbangan.
  • Akhirnya pengguna melenting dan menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan dasar baru yang menyusahkan mereka, hingga ada yang sanggup memangkah parti DAP pada PRU14 semata-mata kerana GST.


Rundingan air Selangor dijangka gagal hingga 2020


  • Benarkah rundingan air Selangor sengaja digagalkan hingga 2020 bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil semula 31 loji rawatan air (LRA) yang diswastakan, termasuk 29 loji milik Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) tanpa perlu membayar satu sen pun.
  • Ini kerana hampir semua LRA kendalian PNSB akan tamat tempoh pada 2020. Syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail itu memegang lima konsesi air dengan kerajaan Selangor, mengurus dan mengendalikan 29 LRA dengan kapasiti penghasilan air bersih sebanyak 1,930 juta liter sehari.
  • Penganalisa ekonomi melihat jika perjanjian air yang dimeterai pada September 2014 ditunaikan, kerajaan Selangor terpaksa berbelanja RM9.65 bilion ringgit untuk membayar imbuhan kepada PNSB, Splash dan Konsortium Abbas.
  • Lalu bagaimanakah cara untuk tidak membayar satu sen pun kepada mereka? Beberapa penganalisa ekonomi berpendapat MB Selangor, Mohamed Azmin Ali dikatakan sengaja menangguh perlaksanaan perjanjian itu dengan memberi tujuh alasan teknikal yang telah disepakati oleh pemimpin tertinggi PR.
  • Ini penting kerana jika perjanjian itu tertangguh sehingga 2020, hampir semua loji rawatan air di seluruh Selangor dapat diambil balik secara PERCUMA kerana loji-loji itu sudah tamat tempoh konsesi. Mudahkan?
  • Dalam situasi lain, jika rundingan itu terus ditangguh seberapa lama yang boleh, nilai belian pasti menurun dari semasa ke semasa.
  • Sebaik saja Azmin menjadi MB, dia telah menggunakan kuasanya untuk membatalkan perjanjian itu. Tak sampai 24 jam kemudian dia memperbetulkan kenyataan dengan memberitahu bahawa kerajaan negeri akan meneruskan rundingan.
  • Namun keadaan semakin terbelit, dan menyedari kekusutan itu Sultan Selangor bertitah agar isu penstrukturan air MESTI segera dimuktamadkan.
  • Namun Azmin tetap berdegil dan rundingan baru selalu ditangguh dengan pelbagai alasan termasuk beliau sibuk berbahas di sidang DUN.
  • Pada masa yang sama jentera dan tentera berbayar PR berhujah dengan melontar pelbagai alasan di dalam media sosial bagi menutup keseriusan krisis air di Selangor akibat kecuaian pemimpin mereka melewatkan usaha penambahbaikan kemudahan perbekalan air.
  • Maka orang ramai semakin percaya bahawa kerajaan PR mahu menghalau semua syarikat konsesi air di Selangor tanpa mahu membayar satu sen pun kepada mereka? Kesannya, krisis air meruncing dan rakyat tersiksa dengan peperangan korporat di Selangor.
  • Krisis air Selangor bukan isu baru. Ramalan mengenai krisis air sudah dibuat sejak 2006 lagi dan ketika itu BN telah mengadakan pelan penyelesaian menyeluruh mengelakkan krisis ini.
  • Apabila PR mentadbir kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.
  • Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
  • Ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu melaksanakan segera kerana beliau mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.
  • Lalu kerajaan PR Selangor memutuskan tidak memberi kebenaran merancang dan membina Loji Langat 2. Loji itu penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan diproses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.
  • Beliau telah melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan BN. Khalid secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. Beliau mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.
  • Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka.
  • Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Khalid melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.
  • Khalid tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.
  • Lantaran tindakan tidak cermat Khalid itu akhirnya krisis air menjadi kenyataan. Selangor terpaksa mencatu air, manakala kerajaan Persekutuan terpaksa membantu rakyat Selangor dengan membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.
  • Menyedari kemarahan rakyat akan memuncak, Khalid bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula “pemain industri air Selangor”.
  • Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.
  • Malangnya kerajaan PR Selangor enggan membantu menyelesaikan krisis itu sebaliknya sibuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan Persekutuan yang kononya hampir bengkrap, mahu merampas tanah kerajaan negeri.
  • Sambil itu Azmin `melalut’ dengan mendakwa disebabkan hutang 1MDB yang kononnya mencecah RM45 bilion, Putrajaya kini tidak ada wang untuk menyelesaikan perjanjian dan mahu aset tanah Selangor dijadikan sumber kewangan mereka.
  • Nasib baik, BN Permatang sempat menjelaskan kepada rakyat bahawa Azmin menganggap Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan LRA Semenyih adalah milik Selangor walhal kedua-duanya terletak di atas tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih itu hak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Mengikut undang-undang siapa punya tanah maka aset yang ada padanya adalah miliknya. Sebab itu diminta dua aset ini dikeluarkan daripada senarai aset yang dikatakan hak kerajaan Selangor.
  • Apapun alasan Azmin, pemerhati ekonomi melihat penangguhan perjanjian air Selangor 2014 itu dikatakan ada kaitan dengan elemen `sabotaj’ yang sengaja dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.


Thursday, 2 April 2015

Terkejut Dr M ramal UMNO tumbang PRU14

  • Ketika negara kelam kabut dengan karenah peniaga memperolok-olok GST, rakyat dikejutkan pula dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang meramalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU14.
  • Sebelum ini ramalan seumpama itu pernah dilontarkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kehidupannya tidak pernah lekang dari bergelumang dengan pelbagai isu kontroversi sejak 30 tahun lalu.
  • Manakala puak pembangkang pula percaya UMNO dan BN akan tersungkur seawal PRU12 lagi walaupun ia sekadar khayalan. Dan menjelang PRU13 yang lalu mereka tetap yakin dapat menawan Putrajaya.
  • Malahan ramai penaja bertaraf bilionair muncul di khalayak ramai untuk menyatakan sokongan kerana terlampau yakin gerombongan pakatan itu akan memenangi pilihan raya umum yang mereka sifatkan paling berprestij.
  • Malangnya sokongan dollar mereka tidak mampu mengatasi kehendak Allah yang meletakkan kemenangan tipis kepada UMNO dan BN pada 2013.
  • Rentetan itu, blok Pakatan Rakyat meraung seperti orang gila. Merayau ke seluruh Malaysia merai kekalahan mereka menerusi apa disebut `kemenangan undi popular’ (purata 51 peratus PR dan 49 peratus BN). Wal hal sejak merdeka, kemudi pentadbiran negara ditentukan melalui majoriti kerusi Parlimen.
  • Kini gelombang baru PRU14 sudah mula muncul dengan analogi yang sama iaitu UMNO dan BN akan tumbang di tangan Pakatan Rakyat. Banyak isu telah diketengahkan bagi melemahkan UMNO dan BN termasuk menyerang Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
  • Tapi kali ini gelombang itu agak berbeza sedikit. Ia dimulakan dengan serangan dari dalam kemah UMNO sendiri. Paling menyedihkan ialah serangan itu datang dari bekas Perdana Menteri yang sebelum ini mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengganti selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang semusim.
  • Serangan Tun Mahathir pada kali ini agak luar biasa dan menyeramkan. Dalam blog muktahir, beliau menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak nyanyuk ketika menu;is sebegitu rupa. Berikut adalah kenyataannya.
  • Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah PRU14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
  • Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
  • Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
  • Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
  • Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
  • Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
  • Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
  • Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
  • Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
  • US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
  • Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
  • Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
  • Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
  • Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
  • Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
  • Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
  • Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
  • Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
  • Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
  • Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
  • Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
  • Sesungguhnya kenyataan blog Tun Mahathir itu sememangnya menggerunkan ramai umat Melayu di negara ini. Ramai kebingungan dan terfikir apakah Mahathir begitu kejam sehingga tergamak `membelasah' Najib sebegitu rupa.
  • Lemah sangatkah Najib di mata Mahathir? Mengapa tak dibimbing jika mendapati Perdana Menteri itu tersasar dari landasan?  Benarkah Najib tutup pintu untuk berbincang dengan Mahathir? Miskin sangatkah Malaysia di bawah pemerintahan kabinet Najib?
  • Seribu pertanyaan berlegar dalam kotak pemikiran rakyat, semuanya tertumpu kepada Najib yang semakin hari semakin diam seribu bahasa. Apakah diamnya Najib seperti resmi padi yang `semakin tunduk semakin berisi'?


GST jadi `satey' puak haluan kiri

  • Perlaksanaan GST pada peringkat awal dilihat sedikit kelam kabut ramai peniaga mengenakan GST kepada pengguna bagi barangan yang dikecualikan cukai dengan alasan tidak faham dengan sistem itu.
  • Rangkaian kedai runcit 7 Eleven sudah minta maaf atas kesilapan sistem mesin jualan yang mengenakan GST kepada beberapa barangan termasuk nilai tambah (topup) prabayar dan surat khabar.
  • Bagi Mydin pula, walaupun ada tertulis GST di atas resit pembayaran, kadarnya sudah diserap dalam diskaun barangan. GST tidak boleh dipadam daripada resit kerana ia merupakan Standard Operating Prosedur (SOP) syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Lain-lain peniaga mengatakan mereka masih tidak faham GST. Ada juga peniaga yang tidak berdaftar tetapi mengenakan GST sesuka hati kepada pengguna. Kes sebegini cukup lucu, mereka beri alasan satu masa nanti kedai mereka akan dikenakan cukai, jadi mereka perlu kutip GST dahulu untuk buat modal bayar cukai kerajaan.
  • Walaupun KPDNKK hanya menerima 419 aduan pada hari pertama, ia tidak bermakna jumlah itu sedikit. Ia merupakan `tips of iceberg' situasi yang berlaku di semua rangkaian kedai, mini market, pasaraya dan hypermarket di seluruh Malaysia.
  • Malahan ia berlaku di kedai runcit, pasar basah dan pasar borong membabitkan pelbagai jenis barangan antaranya sotong, ikan, air mineral dan gula. Di pasaraya dan stesen petrol dilihat GST dikenakan ke atas kad nilai prabayar dan surat khabar.
  • Daripada jumlah itu, sebanyak 118 aduan dilihat mempunyai elemen menunjukkan peniaga cuba mengambil keuntungan berlebihan yang boleh disabitkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  • Sementara itu, di portal dan media sosial pula, aktivis dan tokoh politik haluan kiri tidak kenal penat menuduh kerajaan cuai kerana melaksanakan GST sehingga menyusahkan peniaga dan pengguna.
  • Lebih lucu lagi mereka mendakwa insiden kelam kabut yang berlaku pada hari pertama perlaksanaan GST adalah disebabkan sistem pentadbiran kerajaan tidak betul, malah dikatakan mengenakan cukai itu kerana kerajaan sudah bengkrap.
  • Lalu kisah jet peribadi Perdana Menteri dan projek mega 1MDB muncul dan diikat selonggok bersama-sama GST untuk memastikan semua rakyat percaya dengan cerita mereka. Sudah tentu penghujungnya mereka meminta rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada dan memilih parti mereka sebagai pentadbir yang kononnya jauh lebih baik.
  • Wal hal dalam kes GST, beberapa kesilapan dilakukan oleh peniaga itu sendiri yang cuai dalam melaksanakan sistem itu samada secara sengaja atau ada masalah teknikal. Ia tidak ada kena mengena dengan projek 1MDB dan jet peribadi.
  • Tak cukup dengan itu isu GST menjadi `satey’ yang dibakar politik apabila dipertikai halal haramnya. Video klip bertaburan di laman sosial mendakwa GST merupakan satu bentuk percukaian haram di sisi Islam.  
  • Lalu Perdana Menteri terpaksa muncul untuk menangkis tohmahan itu dengan berkata perlaksanaan GST di negara ini adalah halal, mengikut fatwa dan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh lebih 35 tahun.
  • Kata Perdana Menteri, GST Malaysia berbeza dengan negara lain, di sini kerajaan mengecualikan cukai bagi banyak barangan dan perkhidmatan seperti air dan barangan asas makanan, semuanya ada dalam senarai.
  • Kepada mereka yang bencikan kerajaan dan GSTnya, silalah semak antara 40 negara di dunia yang tidak mengenakan GST, kemungkinan boleh berpindah ke sana pada masa depan. Untuk penjelasan lanjut sila tanya blogger tersohor Rocky Bru (Dato Ahiruddin Atan)
  • Bagi yang rajin, cuba semak 160 negara yang berjaya melaksanakan GST dalam struktur baru percukaian. Jika sistem itu tidak baik atau gagal, mengapa lebih 80 peratus negara di dunia melaksanakan GST?
  • Persoalan ini perlu difikirkan secara matang oleh rakyat dengan melihat sejauhmana fakta GST yang dibawa oleh puak penentang kerajaan.
  • Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan kerajaan walaupun terpaksa menghasut dan menipu rakyat.
  • Penulis suka memetik blog Rocky Bru yang menjelaskan, “dalam apa keadaan pun jika anda memilih untuk mempercayai ahli politik pembangkang, ini adalah berita baik untuk anda. Ada 40 negara lagi yang belum melaksanakan GST.
  • “Di Asia Tenggara hanya tinggal Brunei dan Myanmar. Lebih jauh sedikit ialah Korea Utara. Banyak negara Afrika belum lagi melaksanakan GST, Angola, Eritrea, Somalia dan sebagainya, mungkin membuatkan anda sukar memilih.
  • “Jadi, jika anda benar-benar yakin bahawa GST merupakan pengakhiran bagi semua kebaikkan dan kesenangan hidup anda di Malaysia, semak negara yang tidak mengenakan GST kemungkinan anda boleh berpindah ke sana pada masa depan.”
  • Penulis membuat kesimpulan di sini bahawa rakyat perlu bijak bertindak bagi menangani kegiatan penipuan yang dilakukan oleh segelinir peniaga berkaitan perlaksanaan GST.
  • Jika ada peniaga menipu, segera laporkan kepada pihak berkaitan atau sekurang-kurangnya jangan beli barangan di situ. Waktu inilah kita perlu menggunakan kuasa beli pengguna secara bijak.
  • Selagi banyak alasan kita untuk tidak memboikot mereka, selagi itulah mereka (peniaga tidak beretika) akan terus menipu kita. `Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar’. Jangan manjakan diri dengan menyalahkan kerajaan sedangkan peniaga sudah terang-terang menipu kita samada dalam keadaan sedar (perasan) atau sebaliknya.


Wednesday, 1 April 2015

Jom boikot peniaga salahguna GST

  • GST dimulakan dengan langkah kiri apabila hampir semua peniaga kecil, sederhana dan besar sudah menyalahgunakannya.
  • FB dihujani pelbagai resit yang menyatakan GST dikenakan pada barangan bebas cukai. Bila ditanya bagaimana ini boleh terjadi, pengusaha mendakwa keseluruhan premis perniagaan mereka terpaksa menanggung cukai. Lalu mereka berhak memindahkan GST itu kepada pengguna pada setiap belian walaupun RM1.
  • Contoh paling ketara, pengguna mengisi petrol di mana-mana stesen akan mendapati GST enam peratus dikenakan walaupun kerajaan mengecualikan petrol dikenakan cukai. Pengusaha berkata cukai itu bukan atas petrol tetapi premis mereka yang dikenakan GST.
  • Ada pengguna keliru mereka dikenakan cukai GST atas keseluruhan barangan yang dibeli dan pada masa yang sama setiap barangan itu sudah dinaikkan 6 peratus daripada harga asal. Hal ini menyebabkan ramai tidak puas hati dengan sikap peniaga sebegitu.
  • Bila ditanya lebih, pekedai mudah menjawab “tak nak beli tak apa, orang lain mahu beli”. Ini menyebabkan pengguna marah dan kembali menghentam kerajaan kerana menguatkuasakan GST tanpa terlebih dahulu mendidik peniaga.
  • GST sepatutnya memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia termasuk peniaga, ia sepatutnya mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.
  • Hal itu diakui Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berkata pelaksanaan GST bertujuan mengembangkan ekonomi negara dalam jangka panjang.
  • Jika dilaksanakan dengan betul, GST dapat mengurangkan beban rakyat menerusi penurunan harga barang dan menjadikan sistem percukaian negara lebih telus. GST Malaysia pada kadar enam peratus merupakan antara yang paling rendah di dunia berbanding negara lain.
  • Untuk itu peniaga perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan mereka dengan tidak menaikkan harga sesuka hati, dengan alasan mereka dikenakan GST.
  • Golongan tersebut tidak boleh menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga tanpa memahami konsep sebenar sistem percukaian itu.
  • Mana-mana peniaga yang dikesan menaikkan harga barang sesuka hati perlu dikenakan tindakan tegas oleh pihak penguat kuasa.
  • Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan pengguna agar menggunakan kuasa beli dengan memboikot peniaga yang memanipulasi harga barang atau perkhidmatan selepas GST dilaksanakan.
  • Tindakan itu perlu bagi memberi pengajaran berguna kepada semua peniaga serta menyekat kerakusan kapitalis yang mengaut keuntungan berlipat ganda daripada pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.
  • Sekiranya terdapat peniaga atau usahawan yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST dengan menaikkan harga barang, pendekatan secara menyeluruh menerusi boikot perlu dilakukan pengguna.
  • Jika tindakan tersebut tidak berkesan, tindakan lebih radikal boleh diambil bagi memperjuangkan hak-hak pengguna. Kita mahu suara pengguna negara ini dide­ngari dan mereka juga perlu berilmu dan bijak.
  • Dalam perkembangan yang sama, beberapa syarikat di Malaysia telah mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan masing-masing.
  • Bagi pasaraya Mydin yang dimiliki peniaga Islam, pihaknya menyerap enam peratus GST ke dalam syarikat sebagai langkah untuk tidak membebankan pengguna.
  • Bagaimanapun pasaraya lain yang kebanyakannya dimonopoli bangsa Cina, mereka tidak berminat untuk menigkut jejak Mydin dan kebanyakan mereka tidak mahu mengulas langsung mengenainya.
  • Apa yang berlaku ialah mereka akur dengan peraturan dan mengenakan GST ke atas barangan yang diarahkan.
  • Manakala syarikat otomobil seperti Proton, Honda, Toyota sudah mula menurunkan harga kenderaan masing-masing seiring dengan pelaksananaan GST.
  • Honda Malaysia menurunka harga antara RM500 sehingga RM2,500 sebuah bagi model-model pemasangan tempatan (CKD) manakala UMW Toyota pula menurunkan sehingga RM4,000 mengikut model.
  • Proton turut mengumumkan pengurangan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus ke atas model-model keluarannya.
  • Rakyat masih menunggu dengan penuh minat siapakah lagi yang akan menurunkan barangan dan perkhidmatan mereka sering dengan GST.
  • Orang ramai juga tak sabar menanti pengumuman pasaraya seperti Giant, Tesco, NSK, Econsave dan lain-lain lagi untuk menyerapkan GST sepertimana yang dilakukan oleh Mydin. Kita tunggu dan lihat sejauhmana keikhlasan mereka.

Tuesday, 31 March 2015

Lapan perkara Lee Kuan Yew lakukan jika perintah Malaysia

Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”
“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).

Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP. Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan. Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu. Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’. Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.
Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.
Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.
Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.
Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998. Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.


Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu.