Aidana penumpang helikopter terhempas Semenyih
|
Aidana Baizieva |
- Identiti penumpang ke-enam helikopter VVIP terhempas di Semenyih terjawab apabila Cempaka Air memberitahu media bahawa pekerjanya Aidana Baizieva merupakan salah seorang mangsa nahas itu.
- Syarikat itu juga menyebut wanita itu bukan pembantu juruterbang. Mengikut laporan awal Kementerian Pengangkutan, Aidana adalah pembantu juruterbang namun laporan itu diperbetulkan dengan kenyataan bahawa helikopter AS3655NA tidak perlu pembantu juruterbang.
- Mereka yang disahkan maut dalam insiden pada 4 April 2015 ialah Clifford William
Fournier, Aidana Baizieva,
Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin
Alias, Razakan Seran dan Datuk
Tan Huat Seang.
- Semua mangsa nahas helikopter itu dikatakan baru pulang dari
menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri Dato Najib Razak di Pekan,
Kuantan, Pahang.
- Identiti mangsa nahas ke-enam helikopter itu mula dipersoal apabila seorang wanita yang
dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkifli dari Eagle Air Charter berkata gambar selfienya
bersama Kapten Clifford yang dimuatnaik di laman Facebook telah dianggap umum
sebagai Aidana.
- Sejak itu orang ramai tertanya-tanya identiti mayat ke-enam itu. Akhirnya mayat Aidana telah dituntut hari ini oleh adiknya yang datang dari Kyrgystan. Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan
ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan. Wanita itu enggan bercakap dengan media yang dilarang
daripada memasuki perkarangan bilik mayat.
- Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana
merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika. Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang
selama setahun.
- Sementara itu, kes salam identiti mangsa nahas helikopter juga berlaku kepada Pengarah Urusan IGB Corporation Berhad, Datuk
Seri Robert Tan Chung Meng.
- Beliau tidak putus-putus dihujani
panggilan telefon sebaik sahaja dikatakan sebagai salah seorang mangsa nahas. Kesilapan itu timbul apabila maklumat awal mengenai insiden
itu memaklumkan bahawa helikopter tersebut dimiliki IGB Corp dan Datuk Robert
Tan dikatakan antara yang terkorban.
- Wartawan yang menghubungi keluarga dan rakannya sebaik
sahaja menerima berita tersebut kemudiannya menyedari Robert Tan tidak berada
di dalam helikopter tersebut. Ketika dihubungi pada Ahad, Robert Tan, 63, memberitahu
beliau berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen.
No comments:
Post a Comment