- Sumber dalaman PAS menyebut perlantikan Dato Dr Haron Din sebagai Musyidul Am Pas dijangka mempercepatkan proses kerjasama politik parti itu dengan Umno.
- Dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin Pas baru-baru ini Dr Haron Din dikatakan bersetuju dengan gabungan itu dan mahu proses penyatuan itu disegerakan.
- "Dr Haron mahukan proses itu (gabungan Umno Pas) dijalankan dengan segera dan jangan tunggu dekat pilihan raya (umum) kerana ia akan menimbulkan masalah di mana akan berlaku kekeliruan kepada ahli," kata sumber.
- Ramai pemimpin Pas menantikan saat penyatuan yang telah lama dirancang. Khabarnya rancangan itu disusun oleh pihak tertentu sejak 2012 yang turut membabitkan Dato Dr Hasan Ali yang masih menjadi ahli Pas pada masa itu. Bagaimanapun Dr Hasan dipecat daripada Pas dan kini bergerak dalan NGO yang dikenali sebagai JATI.
- Seorang lagi tokoh PAS yang membantu menyatukan kedua-dua parti itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau pernah beberapa kali bertemu Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada majlis tertentu dan enggan memberitahu pertemuan itu ada kaitan dengan penyatuan Umno Pas.
- Khabarnya perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am Pas telah melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu (penyatuan Umno Pas) disegerakan.
- Mengikut protocol Pas, tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir Mac dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.
- Apabila perlantikan Dr Haron itu disegerakan, ramai pihak melihat semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh tokoh ulamak Pas itu.
- Perlantikan Dr Haron diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan, bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.
- Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno tampak senang dan suka dengan perlantikan Dr Haron itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada pakar perubatan Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.
- Ada puak Pas yang tidak senang dengan senario yang ada sekarang, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Ada juga mendakwa pujian Najib itu akan membawa petaka.
- Bagaimana pun jika benar Dr Haron Din mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.
- Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas. - Sumber
Friday, 13 March 2015
Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno
Thursday, 12 March 2015
Akhirnya Azmin minta Najib selesai isu air Selangor
- Selepas membatalkan perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan Putrajaya baru-baru ini, Mohamed Azmin Ali dibelasah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atas tiga syarat yang gagal dipenuhi dari kerajaan DAP Selangor sendiri.
- Azmin dilihat gelabah apabila rakyat PKR Selangor yang kebanyakannya Melayu mula `muak’ dengan isu ini semata-mata untuk memenuhi nafsu DAP yang mahu melengkapkan penguasaan ekonomi dengan merampas satu-satunya industri yang dikuasai bangsa Melayu di Selangor.
- Kini Azmin meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.
- Menteri besar Selangor itu berkata, permintaan untuk Najib campur tangan menyelesaikan isu perjanjian air disampaikan pada pertemuan bersamanya pagi tadi di bangunan Parlimen.
- "Kita menyatakan kebimbangan utama kita mengenai perjanjian air kepada Najib dalam pertemuan pagi tadi. Kita minta tolong perdana menteri untuk memaklumkan kementerian ini supaya dapat diadakan satu perbincangan dan penyelesaian bersama," katanya kepada pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
- Azmin berkata, pertemuan tersebut berjalan dengan lancar dan Najib menunjukkan respons positif terhadap permintaan kerajaan negeri mengenai isu tersebut.
- "Saya berharap kami boleh bertemu dan duduk sama membincangkan isu ini. Saya beritahu perdana menteri, menteri perlu kekal mempertahankan semangat kefahaman yang tinggi dan perjanjian ini tidak terpisah daripada prinsip dan dasarnya.
- "Sekiranya anda kerap menukar matlamat, amat sukar untuk kerajaan negeri ikut," katanya merujuk kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
- Sebelum ini Azmin mengesahkan perjanjian penstrukturan air antara Selangor dan Putrajaya terlupus dan mendakwa keputusan tersebut ekoran tindakan kerajaan persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah negeri itu.
- Ongkili pula memberitahu The Star, pihaknya akan membawa isu itu ke mahkamah sekiranya tidak ada keputusan bersama yang dicapai berkenaan perjanjian tersebut.
- Mengulas kenyataan itu, Azmin berkata tindakan perundangan akan menjadi tindakan akhir kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tersebut. "Saya amat pasti kita boleh duduk dan berbincang," katanya.
- Sebelum ini, Ongkili menyifatkan Azmin cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Ongkli sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
- Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
- Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
- “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
- “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
- “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya.
GST mampu turunkan harga kecuali peniaga menipu
- Ramai penganalisis ekonomi yakin penguatkuasaan GST mulai 1 April ini mampu menurunkan harga barang dan meningkatkan kuasa membeli rakyat.
- Jika ini berlaku, spekulasi bahawa pelaksanaan cukai baharu itu membebankan rakyat akan membuktikan pembohongan yang dijaja oleh pembangkang bakal merendahkan martabat mereka di mata rakyat.
- Penganalisis juga bersetuju pengecualian GST ke atas beberapa dalam barangan keperluan asas seperti petrol dan diesel, ubat-ubatan serta peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
- Profesor ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata keinginan rakyat berbelanja meningkat berikutan harga barangan keperluan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST akan turun.
- "Ini memberikan satu nikmat yang besar kepada rakyat, terutama penduduk luar bandar, dan pada masa yang sama mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan," katanya kepada Bernama.
- Dalam ucapan pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Sistem percukaian baharu itu akan dilaksanakan mulai 1 April ini.
- Najib berkata daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam 'kumpulan barangan' Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus.
- Mengulas lanjut, Amir Hussin berkata pertumbuhan ekonomi negara akan terus berkembang pesat menerusi perbelanjaan oleh rakyat dalam pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran pendapatan negara.
- Beliau berkata inflasi tidak akan berlaku menerusi kutipan cukai baharu berkenaan sekiranya para peniaga tidak mengambil kesempatan.
- Sementara itu, Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Mohd. Fuad Mat Jali berkata GST akan berhasil jika semua industri bekerjasama melaksanakannya.
- Mohd Fuad berkata pakatan pembangkang juga tidak seharusnya menjadikan isu GST sebagai modal untuk menarik perhatian rakyat dengan memanipulasikan fakta sebenar sistem percukaian yang jelas bermanfaat untuk pembangunan negara.
- "Bagaimanapun, sebagai rakyat yang bijak, kita harus berfikir secara rasional dengan mengkaji terlebih dahulu sama ada benar atau tidak fakta yang diutarakan," katanya.
- Sementara itu, Timbalan Pengarah Unit Teknikal Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Mohd Rozlan Mohamed Ali berkata sistem percukaian baharu ini bersifat cukai kepenggunaan yang mampu mendorong kestabilan ekonomi negara.
- Mohd Rozlan berkata menerusi pelaksanaan GST pematuhan cukai daripada kalangan penggiat industri akan lebih tinggi, sekali gus menyokong peningkatan pendapatan kerajaan.
- "Justeru, hasil kutipan cukai ini nanti boleh disalurkan kepada rakyat, terutama dalam soal pembangunan, kesejahteraan dan kebajikan mereka," katanya.
- Mohd Rozlan berkata rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, tidak akan terbeban menerusi pelaksanaan sistem cukai baharu itu, namun ia tetap bergantung kepada sikap membeli rakyat sendiri berdasarkan kemampuan mereka.
- Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMI Malaysia) Michael Kang berkata perluasan skop barangan dikecualikan GST akan menjadikan aktiviti perniagaan IKS lebih aktif kerana dapat membantu pengusaha mendapatkan bekalan pada kadar yang lebih rendah.
- Dalam pada itu, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Mohamad Alayuddin Che Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap peniaga yang berkemungkinan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang tidak dikenakan GST.
- Katanya sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab bijak mencari pelbagai alasan seperti menjadikan kenaikan harga minyak sebagai faktor untuk menaikkan harga produk jualan mereka.
- Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme lebih efisien bagi memastikan hak pengguna dilindungi daripada penggiat industri yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati menerusi pelaksanaan GST.
- "Mekanisme itu termasuk mewujudkan 'pusat panggilan' bagi memudahkan pengguna membuat aduan sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GSt," katanya.
Malang pengguna kena galas beban GST
- Rakyat Malaysia khususnya warga pengguna `kelas tiga' semakin gelisah dengan kehadiran GST tidak lama lagi kerana golongan peniaga dan korporat akan memindahkan beban cukai itu kepada mereka.
- Hasrat kerajaan mahu memastikan semua peniaga membayar cukai sekaligus memerangi money laundering memang tidak salah tetapi kesannya ialah pengguna akan terbeban dengan percukaian ini.
- Sudahlah selama ini kita (pengguna) dibebani dengan cukai pendapatan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat percukaian GST.
- Walaupun kerajaan menasihati atau memberi amaran agar kartel perniagaan jangan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, namun apakah mereka mahu dengan cakap kerajaan? Pasti tidak.
- Awal-awal lagi beberapa entiti korporat sudah mengeluarkan notis dan pekeliling yang mahu menaikkan caj perkhidmatan berikutan perlaksanaan GST mulai 1 April.
- Malahan restoran dan kedai mamak sudah mengenakan caj GST 6 peratus bersama cukai-cukai lain dan semuanya tertera dalam bil makanan dan minuman pelanggan biarpun April belum muncul lagi.
- Dari kedai kopi hinggalah ke Parlimen, semua orang berdebat soal GST. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Gema protes semakin kuat di sejak kebelakangan ini berbanding tahun lalu ketika GST diperkenalkan kepada rakyat.
- Dalam debat-debat umum itu ramai yang bertanya jika harga barangan dan perkhidmatan naik samada mendadak atau perlahan-lahan, apa kita (pengguna) nak buat? Ada yang jawab mudah, "Kerajaan kena buat penguatkuasaan melarang kartel perniagaan menaikkan harga". Ada juga minta rakyat boikot mana-mana peniaga yang meletakkan harga melampau.
- Semakin rancak debat umum di kedai kopi apabila ada yang bertanya, jika GST dibatalkan selepas beberapa ketika dilaksanakan, apakah harga barangan dan perkhidmatan akan kembali turun? Jawapannya sudah tentu tidak. Lihat saja bagaimana harga petrol turun baru-baru ini dan kartel peniaga enggan menurunkan harga masing-masing.
- Justeru itu, sebelum menanti kehadiran 1 April yang semakin dekat, apakah sempat rakyat mendesak kerajaan supaya membatalkan perlaksanaan GST? Mungkin juga tidak sempat kerana kerajaan sudah banyak `berbelanja' untuk melaksanakannya.
- Jika GST diteruskan juga, maka rakyat Malaysia tidak dapat menghalang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan itu mungkin tidak terasa bagi mereka yang berpendapatan tinggi tetapi sangat terkesan kepada golongan berpendapatan rendah.
- Sebab itulah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed meluahkan kerisauan mengenai perlaksanaan GST.
- Katanya, rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti GST jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.
- Sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.
- “Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.
- Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan Canselor Perdana University juga tidak bersetuju dengan cadangan pengasingan pendispensan ubat (DS) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.
- Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi doktor di klinik swasta, sistem yang diguna pakai sekarang iaitu doktor sendiri memberikan ubat kepada pesakit perlu dikekalkan kerana selain lebih murah, ia juga memudahkan pesakit.
- “Orang sakit ini tak ikut masa. Tetapi farmasi kerja tempoh tertentu sahaja jadi kalau kita suruh dapatkan ubat daripada dispensari kadang-kadang susah sikit lah, menjadi masalah kepada pesakit. Saya dulu pun bawa beg dengan ubat, kalau ada sakit bagi (ubat) serta-merta,” katanya.
- Belum sempat lagi rakyat berguling-guling dengan GST, kini kerajaan mahu mengasingkan ubat daripada klinik. Lepas satu bala datang, kini bala yang baru sudah menunggu di tepi pintu. Sebab itu Tun Mahathir dengan selamba berpesan “Batalkan GST atau kerajaan akan hilang banyak undi”
Wednesday, 11 March 2015
Roh Melayu Azmin tipis sanggup musnah ekonomi Melayu
- Ramai mengatakan roh Melayu Menteri Besar Selangor yang baru lebih tipis berbanding pemimpin sebelumnya.
- Ini jelas dilihat apabila beliau batalkan perjanjian penstrukturan air yang sekaligus menamatkan penguasaan taikun Melayu Tan Sri Rozali Ismail dalam industri air di Selangor.
- Dek kerana teruja mahu mengagihkan projek konsesi air kepada kontraktor DAP yang selama ini memandikan PKR dengan wang ringgit, Mohamed Azmin Ali dikatakan sanggup meruntuhkan gagasan ekonomi Melayu.
- Ironinya beliau tidak menjentik pun sebarang usaha pengukuhan ekonomi bangsa Cina di bumi Selangor. Lihat saja bagaimana rakus beberapa taikun kartel DAP memonopoli semua industri tanpa memberi sedikit ruang untuk Melayu bertapak.
- Kini Azmin mahu memusnahkan satu-satunya taikun Melayu yang ada di Selangor. Demi memenuhi nafsu DAP, Azmin tergamak batalkan perjanjian penstrukturan air Selangor yang dimeterai Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kerajaan pusat.
- Malah pembatalan itu dikatakan dilakukan dengan cara mengelirukan rakyat. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyifatkan Azmin cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
- Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
- Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
- “Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
- “Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
- “Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) berhubung komitmen Pusat untuk menyelesaikan masalah air di ketiga-tiga negeri dalam Sidang Dewan Rakyat.
- Maximus berkata, Kerajaan Pusat bekerja keras memastikan penstrukturan semula bekalan air dapat dilaksanakan melalui 32 pertemuan dengan kerajaan negeri selain bersetuju menandatangani beberapa perjanjian termasuk melibatkan syarikat konsesi.
- Jelasnya, persetujuan juga diberikan untuk kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada Syabas, PSNB, Abass dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
- “Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga menyediakan peruntukan sejumlah RM2 bilion bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi tersebut,” katanya.
- Azmin kelihatan berdolak dalik ketika dikritik kerajaan pusat. Beliau terus mendakwa kerajaan pusat mahu tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dimasukkan sebagai aset yang akan diambil alih dalam perjanjian konsesi air.
- Dakwanya, Kerajaan Negeri hanya bersetuju untuk menyerahkan aset air yang sudah dinaiktaraf syarikat konsesi sahaja dan tidak akan menggadaikan kedaulatan tanah Selangor.
- “Antara perkara utama yang dilanggari Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyemak semula perjanjian yang sudah termeterai dalam perjanjian utama iaitu Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan aset air milik syarikat konsesi yang dinaiktaraf.
- “Tetapi dalam tempoh dua tiga bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak bukan sahaja aset yang sudah dinaiktaraf tetapi jajaran tanah yang dilalui aset itu mesti diserahkan sekali.
- “Apakah rakyat dan pengguna Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.
- Pergaduhan Azmin dengan kerajaan pusat seperti tidak berkesudahan dan rakyat pastinya akan terus menderita dengan perbekalan air yang tidak menentu sejak kebelakangan ini kerana perancangan yang mahu dilaksanakan itu tiba-tiba dibatalkan.
- Penyudahnya taikun Rozali juga yang terpaksa gulung tikar dan tertatih-tatih berjuang dalam dunia minyak dan gas asli.
Tuesday, 10 March 2015
Projek Langat 2 diteruskan selepas Azmin batalkan
- Penstrukturan semula perkhidmatan air Selangor boleh diteruskan jika dua isu membabitkan percanggahan status tanah di Semenyih dan Bukit Nenas serta aset pajakan tanah jajaran paip sepanjang 26,000 kilometer yang terkandung dalam perjanjian yang meterai sebelum ini disemak semula.
- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maksimus Ongkili berkata, semakan semula dengan Pesuruhjaya Tanah mendapati kedua-dua aset itu adalah milik Kerajaan Persekutuan, yang mana ia tidak sah untuk diguna pakai dalam perjanjian pajakan yang bakal ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (PASSB).
- "Percanggahan harus disemak semula dan dikeluarkan daripada perjanjian itu supaya tiada konflik sekiranya perjanjian utama bakal dibincang semula serta ditandatangani. Kerajaan mengaku tidak menyedari status kedua-dua aset itu sebelum perjanjian utama dimeterai pada 12 September 2014 kerana difahamkan ia milik kerajaan negeri pada mulanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.
- Mengenai status tanah jajaran paip sepanjang 26,000 kilometer, Ongkili berkata, tanah pajakan itu akan diambil oleh kerajaan Persekutuan selama 45 tahun sebelum diserahkan semula kepada kerajaan Negeri Selangor, selepas tempoh pajakan tamat.
- "Terma perundangan sendiri menyebut bahawa sebarang pajakan aset untuk tujuan pembangunan dan penyaluran dana antara dua pihak merangkumi tanah di kawasan itu juga. Lagi pun tempoh pajakan 45 tahun itu bertujuan menjana modal yang dilaburkan dalam penstrukturan semula bekalan air Selangor. Maka bagi menyelesaikan masalah ini kedua-dua pihak perlu meneliti semuala inti pati perjanjian utama dan mengemukakan sebarang ketidakpuasan pada perjumpaan selanjutnya," katanya.
- Terdahulu, Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta penangguhan buat kali ketiga.
- Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.
- “Kerajaan Pusat melanggar terma perjanjian ditandatangani September 2014 menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan. Ketika saya menjadi menteri besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian ini, namun Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh,” katanya di lobi Parlimen.
- Beliau berkata, Selangor tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain membatalkannya. “Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” katanya.
- Keputusan drastik itu dilihat bakal menjejaskan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2.
- Mengulas lanjut katanya, Kerajaan Persekutuan telah diberi dua kali tempoh lanjutan untuk menghormati perjanjian berkenaan iaitu pada 9 Januari dan 9 Februari tahun ini.
- “Kerajaan Persekutuan mahu melanjutkan lagi hari ini pada 9 Mac, tetapi saya telah berkata tidak,” katanya.
RTM kembali menyinar ASTRO dilanda mendung
- Zaman kegemilangan RTM akan kembali tidak lama lagi dengan program pendigitalan stesen penyiaran secara percuma menerusi kerjasama di antara syarikat MYTV Broadcasting dan TM.
- Terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary kerana menyediakan penyiaran yang dijangka setaraf dengan Astro. Usaha itu kini sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.
- Sebaik saja pendigitalan RTM dilaksanakan, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standard (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.
- Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Syed Mokhtar akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.
- Malah, sebagai memenuhi rasa tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar akan menghadiahkan dekoder percuma kepada 2 juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.
- Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
- Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.
- Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.
- Siapa sangka anak melayu seperti Syed Mokhtar mampu berfikir sebegini jauh untuk kepentingan rakyat Malaysia?
- Sudah tentu Astro akan melakukan sesuatu untuk memastikan 3 juta pelanggan mereka tidak akan lari ke siaran percuma.
- Selama ini Astro mengenakan caj yang terlampau mahal kepada pelanggan dan tidak memperduli langsung apa jua kritikan orang ramai yang mahukan harga pakej yang lebih berpatutan.
- Mungkin Astro beranggapan tiada siapa yang akan dapat menandingi kehebatan penyiarannya termasuk TM Unifi dan ABNXcess.
- Kini Astro sudah mula rimas dan mula mencari jalan pintas. Lalu mereka memperkenalkan talian fiber optic seperti TM Unifi yang boleh mengatasi masalah gangguan cuaca. Semua pelanggan Astro sudah dihubungi bagi program itu.
- Namun rakyat tidak nampak banyak perubahan harga. Hanya sedikit rendah berbanding full package TM Unifi. Mengenai slot HBO juga masih banyak dipertikaikan. Ceritanya masih berulang-ulang menyebabkan pelanggan semakin bosan.
- Apapun kritikan yang dilemparkan, Astro tetap ada jawapan untuk mengekalkan harga yang sedia ada. Nah selepas ini Astro akan bertarung dengan MYTV RTM yang ditawarkan secara percuma. Apakah langkah Astro seterusnya untuk kekal berada pada rating teratas?
- Ramai berpendapat Astro perlu menurunkan harga yang separas dengan ABNXcess iaitu di bawah RM100 sebulan bagi full package. Hanya itu saya yang dapat menentukan Astro terus bertahan dalam industri komunikasi di Malaysia. Kalau tidak memang nak kena bungkus macam nasi lemak.
Thursday, 5 March 2015
Benarkah Raja Arif cuba jerat Najib dalam Renaisans Anwar
- Malam Perpaduan Melayu pada 28 Februari dipatri indah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Malaysia sampai bila-bila.
- Namun di sebalik tabir majlis makan malam itu, ada desas desus mengatakan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Raja Ariff Raja Ali dikatakan mahu menjerat Perdana Menteri dalam kemelut perjuangan Renaisans yang dibawa oleh banduan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Mungkin juga Najib sudah tahu perkara itu, lalu tiba-tiba Malam Renaisans Melayu yang diilhamkan sebelum ini oleh Raja Arif sudah bertukar menjadi Malam Perpaduan Melayu.
- Mungkin juga Najib sudah tahu kemungkinan Raja Ariff merupakan pendokong atau pemuja Anwar, tapi tetap memberi laluan kepada majlis itu kerana ia merupakan platform bagi Perdana Menteri Melayu untuk bertemu dengan semua pemimpin NGO Melayu bagi memberi suntikan kepada mereka bahawa beliau bukannya Anwar.
- Kalangan pemerhati politik memberi reaksi berbeza mengenai Malam Perpaduan Melayu. Ada pihak menatakan Raja Ariff mahu memerangkan Najib dalam Renaisans Anwar.
- Namun tidak kurang juga yang menyifatkan Najib sedar dengan jerat itu dan tetap mahu meranduk lautan bergelombang bagi mengukur sepanjang mana mata kail Raja Ariff.
- Apa pun riwayat seorang blogger senja yang menempelak Malam Perpaduan Melayu itu wajar diguna sebagai penyukat bagi memikirkan apakah sebenarnya taktik Raja Ariff dalam menggunakan jentera BTN, samada untuk kepentingan Najib atau Anwar.
- Blogger berkenaan mendakwa perjuangan Melayu hari ini digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan. Kita susuri apa penjelasan blogger berkenaan.
- Inilah juga sebahagian daripada drama atas nama Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem Terbaik Tahun 2015 dan sebab itulah tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama tersebut.
- Demikianlah sedikit analogi ringkas berkaitan dengan program yang diberi promo bertaraf A+ melalui sebaran vedio klip yang menggunakan tokoh-tokoh bertujuan bagi menjemput orang Melayu berkumpul pada 28.2.2015 di Stadium Bukit Jalil itu,mungkin gagasan awal penganjur yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan Melayu bermaksud ingin menghimpunkan orang-orang Melayu adalah tepat dan kena pada masanya, cuma apabila program telah di "hijack" oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu, maka beginilah jadinya.
- Sebab itu sekarang nama program sudah tidak penting, pengisiannya juga tidak menjadi keutamaan, yang paling penting PM hadir dan Raja Arif boleh berlakon untuk dilihat penting dan releven supaya kontraknya sebagai KP BTN disambung. Sebenarnya matlamat " happy ending" itulah yang di inginkan drpd drama Malam Perpaduan Melayu pada 28. 2. 2015 ini.
- Sebab itulah ramai tercari-cari apa maksud dan tujuan program ini? Kenapa tarikh 28.2.2015 di pilih? Apa pengisian dan siapakah pula peserta yang dijemput hadir?
- Rasa simpati yang amat sangat kepada penganjur asal program ini yang niat luhurnya telah disalah gunakan oleh Raja Arif yang begitu angkuh dan hipokrit malah lebih tepat lagi tidak layak pun untuk berada bersama dalam program Malam Perpaduan Melayu kerana umum tahu bahawa ancaman terbesar Melayu pada masa ini ialah Institusi Kesultanan Melayu sedang dihina secara halus dan sistematik melalui pendekatan dengan menimbulkan konflik perundangan dan perlembagaan berhubung institusi kesultanan Melayu dan kedudukan Melayu dan Islam dalam perlembagaan. ini semua telah dirancang rapi oleh Anwar Ibrahim melalui DAP dan pelbagai gerakan "networking" mereka.
- Strategi yang diatur melalui pelbagai isu yang mereka timbulkan secara berpanjangan sseperti kes perlantikan MB Selangor, kes liwat 2, kes mohon pengampunan Agong dan pelbagai kes yang lain, dapat disimpulkan bahawa rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan demi menghakis serta menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dengan cara yang paling sistematik dengan menjadikan kes-kes yang dinnyatakan tersebut sebagai kayu ukur terhadap kekebalan Perlembagaan dan perundangan negara memelihara Rukunegara Ke 2, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang ada.
- Apakah Raja Arif sebagai pendokong dan pemuja Anwar layak duduk bersama setelah ancaman ini diwujudkan oleh SIFU beliau dan rakan karib beliau dalam PAKATAN? Apakah tidak ada unsur-unsur menyerap idea ANWAR dalam program ini setelah campurtangan Raja Arif?Bukankah Sanggah Tok Janggut telah memperingatkan sebelum ini bahawa istilah RENAISSANCE itu adalah istilah yang dipopularkan oleh Anwar? Nasib baiklah ada yang tidak sanggup memalukan PM dan akhirnya program telah ditukarkan menjadi Malam Perpaduan.
- Namun kita juga perlu bertanya kenapa 28.2.2015?Kenapa tidak sahaja kita tunggu tarikh yang lebih sesuai, yang ada nilai sejarah seperti sempena Melayu disatukan di Istana johor pada bulan Mei, atau sempena menghayati 100 tahun perjuangan Tok Janggut yang akan jatuh pada 24 Mei 2015? Tarikh yang dipilih 28.2.2015 adalah satu tarikh yang langsung tidak ada signifikan dengan nilai sejarah perjuangan Melayu melainkan hanya satu sahaja yang paling hampir dengan maksud program penting kepada Raja Arif ini, iaitu sejarah bulan Febuari 2003, idea asas penggabungan PKR dan PRM dibincangkan untuk membentuk PAKATAN RAKYAT atau tarikh yang lebih dekat dengan jiwa Raja Arif sepatutnya 29 Mac 1982 iaitu tarikh Anwar menyertai UMNO ataupun 6.8.1971 ABIM ditubuhkan.
- Selain daripada itu program ini terburu-buru setelah campur tangan Raja Arif ini dibuat pada tarikh tersebut semata-mata untuk memastikan PM nampak sumbangan Raja Arif yang kontraknya akan tamat pada bulan Mac 2015 dan sebab itulah perlu dilaksanakan sebelum tibanya Mac 2015.
- Sebab itulah juga tidak pernah sebelum ini,satu bentuk kerahan dibuat oleh Raja Arif kepada semua Pengarah BTN Negeri supaya memastikan setiap negeri menghantar 2 bas Tenaga Penggerak dan sahabat supaya WAJIB hadir ke Bukit Jalil,sesuatu yang tidak pernah dibuat sewaktu Melayu di serang dan Islam di hina. Pernahkah kita mendengar sebelum ini sahabat-sahabat BTN berkumpul membantah, membuat laporan polis malah menyertai himpunan gerakan mempertahankan Melayu Islam atas nama sahabat BTN dan penggerak BTN? Kenapa tiba-tiba untuk Malam Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, Raja Arif begitu bersungguh-sungguh dan boleh pula mengarahkan supaya berkumpul?
- Apakah tujuannya untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Melayu atau seolah-olah sokongan kepada Raja Arif supaya dilihat kononnya berjaya mengumpul orang-orang Melayu untuk dilihat oleh PM dan TPM? Kalau sekadar kumpul 20 ribu orang Melayu yang jumlahnya hanya mewakili 0.07 % daripada jumlah orang Melayu dalam negara,ianya masih belum layak lagi mendapat Guiness Books of Record kerana perhimpunan lain boleh menghimpunkan Melayu dengan jumlah yang lebih ramai.
- Jika ingin beri ruang kepada PM Najib bertemu dengan sejumlah orang-orang Melayu dan PM dapat lontarkan idea dan gagasan untuk orang Melayu, apakah tidak cukup penting dan bernilaikah Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung dan jutaan Melayu boleh mendengar suara dari sanubari PM yang sebahagian daripada arahan beliau sebelum ini ada yang masih tidak di laksanakan lagi oleh para pimpinan Melayu.
- Oleh sebab itulah kita perlu bertanya kepada Raja Arif apakah cukup satu pertemuan yang bermula daripada jam 5 petang dan berakhir 12 malam ini sebagai satu gerakan yang akan merubah bangsa Melayu atau sekadar retorik yang tersembunyi maksud peribadi ? Jika serius drama dan lakonanya biarlah plot dan skripnya benar-benar menarik dan menyakinkan.Susunlah agenda program yang ada nilai intelektual dan bukan sekadar "ceremony",susunlah dulu sesi `brainstorming'nya, buat sidang pleno, `action plan' kemudian serahlah kepada PM apa resolusinya.
- Janganlah terus hiburkan PM Najib dengan jumlah yang datang kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan.Manakala jemputannya pula janganlah main tangkap muat dan janganlah hanya dikalangan NGO dan orang-orang yang sudah jelas menyokong kerajaan sahaja. Kenapa atas nama perpaduan Melayu sanggup peralatkan pengurusan dan kerah pelajar UITM tetapi gagal pula mengajak Dyana Sofea yang lahir daripada kepincangan acuan UITM? Kenapa tidak dibawa bersama Melayu di dalam Bar Council, Melayu di dalam PAS, PKR dan berapa ramai Melayu yang tidak berparti seperti Melayu kelas pertengahan di Putrajaya, Kajang dan Bangi?
- Berapa ramai Raja Arif yang hebat ini dapat bawa Melayu intelek dan berjaya dari Persatuan Murid Tua Sek Men Alam Shah seperti Aziz Bari? Atau kita tanya berapa ramai ahli ABIM, PKPIM boleh dikumpulkan pada malam 28.2.2015 nanti? Kenapa hanya harapkan GPMS dan rakan-rakan sewaktu dengannya sahaja?
- Kasihan kepada pimpinan NGO Melayu yang ikhlas mewakili persatuan silat, persatuan ulama dan agamawan, pondok dan lain-laian daripada seluruh negara yang akan bergerak tinggalkan rumah dan keluarga dengan harapan dapat berjihad untuk gerakan Melayu tetapi akhirnya hanya jadi alat dan terpesong matlamat sebenar iaitu hanya untuk memberi nyawa kepada Raja Arif supaya disambung kontrak KP BTN semata mata.
- Malah lebih kasihan ialah kesungguhan badan-badan lain yg turut tertipu termasuklah tokoh-tokoh veteren, ahli akademik dengan lakonan Raja Arif yang sentiasa retorik secara tiba-tiba muncul seolah-olah dialah pejuang Melayu, sedangkan dalam masa yang sama dialah yang mengharamkan lagu Warisan dan menggelarkan pejuang Melayu lain sebagai assabiyyah dan sosialis termasuklah kpd Tan Seri Nordin Kardi dan Tan Seri Sanusi yang digunakan didalam vedio promo program tersebut.
- Oleh sebab itu, kepada semua yang sayangkan perjuangan Melayu yang sebenar-benarnya dan juga berniat untuk menyelamatkan Melayu dalam negara kita, mereka perlu menilai dan mengkaji apakah yang tersirat disebalik program yang nama asalnya Renaissace Melayu ini? Walaupun namanya telah ditukar kerana arahan, apakah maksud dan tujuan Raja Arif turut bertukar? Beliau sebenarnya tetap mengiktiraf malam tersebut sebagaimana asal iaitu RENAISSANCE sebab istilah yang dipinjam daripada perkataan Italy ini lebih dekat dengan tujuan dan matlamat beliau.
- Perkataan Renaissance membawa maksud kelahiran semula iaitu penyambungan semula kontrak sebagai KP BTN dan itulah yang di harap-harapkan melalui penganjuran program ini. Walaupun mungkin beliau agak kecewa dengan penukaran nama, tetapi setelah gagal menggunakan MB Terengganu, MB Perak, ahli-ahli politik lain yang beliau temui termasuklah pemimpin NGO supaya menyokong beliau untuk disambung kontrak, apa lagi jalan penyelamat yang di cari melainkan program 28.2.2015 dan inilah yang diharap dapat menjadi penyelamat tanpa mengambil kira apa kesan politik kepada PM Najib.
- Apakah drama arahan Raja Arif ini akan memberi kesan politik yang baik kepada PM Najib atau akan menjadi bom jangka dan peluru baru untuk membunuh 1Malaysia yang telah di semai oleh PM Najib?Bukan lagi persoalan penting kepada Raja Arif sebab sebagai orang yang diasuh oleh Anwar,beliau akan menggunakan apa sahaja peluang untuk diri sendiri walaupun perlu dikorbankan bangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang lain.
- Muncung yang penuh muslihat. Inilah sebenarnya yang perlu difikirkan dan ditanggani secara bersama bahkan dengan penuh bijaksana oleh PM Najib. apakah ingin mencari sedikit simpati daripada kelompok sendiri yang belum pasti 20 ribu akan hadir atau menghormati dan bertindak lebih bijak kepada sejumlah besar Melayu yang tidak berhimpun di Bukit Jalil dan tidak menjadi alat kepada kepentingan Raja Arif .
- PM Najib sepatutnya tidak boleh lagi mengguna pakai pemikiran orang-orang seperti Shahlan Ismail dan Raja Arif dalam menghadapi gelombang kebangkitan Melayu ini kerana mereka berdua sudah jelas terperangkap dengan strategi dan pemikiran Anwar Ibrahim dan menyanjungi Anwar lebih daripada PM Najib. PM Najib harus dilihat mempunyai `political will' dalam penyelesaian kemelut ini.
- PM Najib perlu menyerahkan urusan membina Melayu yang glokal dan progresif serta bersama dengan kerajaan ini kepada yang benar-benar pakar, yang menunggu-nunggu untuk bekerja dan membantu dan bukannya menyerahkan urusan kepada yang berlagak pandai lagi memandai mandai seperti Raja Arif dan Sahlan itu. Ingatlah kepada amaran Tuhan bahawa jika sesuatu urusan diserahkan kepada yg bukan ahli, tunggulah saat kehancurannya.
- Percayalah jika PM Najib terus menerus mengguna pakai dua makhluk perosak ini, PM sebenarnya sedang mengumpul jumlah musuh yang lebih ramai, bukan mereka tidak sayang PM Najib tetapi mereka lebih sayang kepada bangsa dan negara dan tidak sanggup berterusan melihat para pengkhianat terus diangkat dan diberikan tempat di sisi Najib.
Rakyat dipaksa akur peraturan pembangkang
- Biasanya mereka yang tahu undang-undang akan lebih menghormati peraturan. Perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak terpakai kepada barisan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
- Mereka hanya mahu pihak berkuasa yakni kerajaan menghormati hak mereka yang didakwa ‘rakyat’ sedangkan mereka pula bermaharajalela berbuat apa sahaja termasuk melanggar segala peraturan negara yang dibuat dan dilaksanakan demi aspek keselamatan jutaan penduduk.
- Bilamana Jabatan Penjara menolak permohonan banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, keputusan itu disifatkan peguam pembangkang sebagai menyalahi undang-undang malah didakwa dibuat secara sewenang-wenangnya.
- “Amat memeranjatkan kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan. Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat. Anwar Ibrahim adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” kata kenyataan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya.
- Hakikatnya, bukan mereka tidak sedar bahawa seorang banduan kehilangan segala hak yang dinikmati di luar dinding empat tembok batu tidak kira siapa dia mahupun jutaan pengikutnya.
- Sebagai pakar undang-undang, mereka tentu maklum bahawa Anwar tetap seorang banduan selagi Lembaga Pengampunan belum membuat sebarang keputusan.
- Bagaimana pula dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan di depan pusat beli-belah Sogo Sabtu, 7 Mac ini.
- Polis sudah mengisytiharkan ia perhimpunan haram kerana penganjur tidak “mengikut prosedur” dalam memohon permit untuk mengadakan perhimpunan.
- Penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman malah penganjur juga menolak cadangan memindahkan perhimpunan itu ke sebuah stadium.
- adam haramPolis terpaksa bertindak demikian susulan enam laporan berhubung perhimpunan #KitaLawan 28 Februari lalu yang mengganggu urusan perniagaan harian syarikat beli belah Sogo dan sebuah restoran segera mengenai bunyi bising yang dicetuskan.
- Nyatanya, penolakan itu dibuat kerana penganjur tidak mematuhi undang-undang serta kerana pihak berkuasa mahu urusan harian perniagaan lancar dan bukan kerana sebab lain.
- “Polis tidak ada hak untuk meminta supaya berpindah tempat dan kedua, tidak ada keperluan memohon permit. Tidak ada isu dengan polis dan perhimpunan itu dijangka diteruskan,” kata Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, sekaligus jelas bagaimana pembangkang langsung tidak menghormati udang-undang negara.
- Dalam erti kata mudah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu mereka harus dihormati dan dibenarkan berbuat apa sahaja kerana jika tidak, pembangkang akan memberitahu seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia telah mencabuli hak rakyat.
- Apa sahaja tindakan terhadap mereka akan dikatakan pencabulan hak asasi rakyat, sedangkan mereka pula secara sengaja melanggar undang-undang yang dibuat serta dilaksana untuk kemakmuran rakyat.
- Jadi di mana keadilan yang diperjuangkan peguam-peguam pakatan pembangkang, adakah semata-mata untuk penyokong pembangkang yang tidak seberapa kerat atau seluruh masyarakat Malaysia yang semakin muak tipu helah mereka. Penghormatan itu harus diperolehi bukannya dibeli mahupun dipaksakan. -- BNBBC
Tuesday, 3 March 2015
PAS pecah lepas muktamar
- Ramai menjangkakan PAS akan berpecah selepas muktamar pada 1 Jun depan. Antara pihak yang membuat ramalan itu ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
- Ramalannya itu dibuat selepas membuat kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.
- "Sebagai contoh, isu menteri besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam PAS sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.
- "Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baru iaitu PasMa," katanya.
- Mohd Zuhdi menyifatkan NGO PasMa sebagai "duri dalam daging" dalam PAS sementara golongan ulama dan profesional dalam parti itu bukan merupakan ancaman kepada perpecahan dalaman.
- Beliau juga mendakwa PasMa sedang berusaha menguasai PAS dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan ia akan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.
- Jika PasMa gagal merebut kuasa, kumpulan NGO itu menjadi parti politik bagi menggantikan PAS.
- "Mereka (PasMa) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding PAS dalam isu melibatkan soal agama kerana PasMa dilihat lebih bertolak ansur berbanding kami (PAS) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam.
- "Jika mereka (PasMa) tidak berjaya, saya jangka PasMa akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan," katanya lagi.
- Namun pada masa kini, kebanyakan kenyataan di antara Pas dan PasMa boleh dikatakan belum `membunuh’ di antara satu sama lain.
- Mereka cuba menyembunyikan perselisihan faham yang kritikal itu. Sedangkan di peringkat akar umbi, pergerakan PasMa dikatakan sangat hebat.
- Kebangkitan kuasa baru PasMa kebanyakannya dianggotai oleh anak muda dan golongan profesional.
- Anak muda pro PasMa menganggap cara perjuangan Pas terlalu lembut dan sudah tidak lagi relevan. Mereka tertarik dengan cara PasMa yang agak keras dan sanggup buat apa saja demi mengalahkan lawan mereka.
- Perselisihan antara Pas dan PasMa di peringkat akar umbi begitu ketara hingga bantuan kemanusiaan dari Pas negeri lain yang dihatar ke Kelantan untuk menangani banjir baru-baru ni, telah disekat oleh sekumpulan orang PasMa, kononnya mereka akan membantu Pas negeri berkenaan mengagihkan barang pada mangsa banjir.
- Memang PasMa mengagihkan barang bantuan tersebut pada mangsa banjir, namun mereka hanya memberikan barang bantuan tersebut pada kumpulan mereka sahaja dan mengakui barang bantuan tersebut kepunyaan PasMa.
- Ada satu kejadian di mana, kumpulan PasMa ini turun untuk menghantar barangan bantuan, tapi bila disedari kampung yang mereka singgah tiada kumpulan PasMa, mereka menyerahkan semua barangan tersebut kepada JKKKP.
- Mereka sanggup tidak memberikan barang bantuan pada ahli Pas pro Ulamak, dan menyerahkan semuanya pada JKKKP (sudah tentu orang UMNO).
- Begitu dahsyatnya perselisihan di antara dua kumpulan Pas yang kononnya di depan media mereka tiada masalah. Tapi dibelakang media, kebencian diantara mereka lebih dari mereka membenci UMNO.
- Jika dilihat pada kejadian itu, apakah kita masih boleh menganggap pemilihan dalam Muktamar Pas pada tahun ini, kerusi presiden Pas tidak akan dicabar oleh sesiapa dari PasMa?
17 pekara Melayu perlu tahu tentang DAP
Yahya Ismail menulis. Ini bukan fitnah tapi fakta. Orang
Melayu perlu tahu siapa kawan, siapa lawan dlm politik Malaysia. Jangan jadi
seperti kambing, lembu dan kerbau bodoh mengikut tiupan nafiri DAP yang cuba memperbodohkan
Melayu supaya menjadi kaldai mereka.
- DAP lahir dari PAP Singapura waktu PAP disepak dari Msia pada tahun 1965.
- Lim Kit Siang pernah jadi Setiausaha Agung PAP (Lee Kuan Yew) waktu Singapura dalam Malaysia. Lee Kuan Yew yang memberi idea kepada Lim Kit Siang untuk teruskan perjuangan PAP yang pro Cina di Malaysia melalui DAP.
- DAP ikut telunjuk PAP Singapura mengamalkan politik sosialis kononnya tapi pekat cauvinis Cina sebenarnya.
- Falsafah perjuangan Malaysian Malaysia yang dicetuskan PAP pra 1965 dan disambung oleh DAP sampai sekarang.
- Dasar utama Malaysian Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura yang memberi kuasa penuh kepada bangsa Cina.
- DAP tanam semangat anti Melayu, anti kuasa politik Melayu, anti hak keistimewaan Melayu, anti Raja-Raja Melayu, pluralisme dalam agama, dimana Islam bukan lagi agama rasmi negara yang tunggal, penggunaan berbagai bahasa dan hak sama rata dalam semua bidang kehidupan masyarakat dan kerajaan.
- Sebahagian besar ahli DAP, MCA, Gerakan dan MIC bukan Melayu lainnya yang berusia lebih dari 57 tahun (tarikh kemerdekaan negara) mendapat kerakyatan jus soli dengan mudah walaupun mereka tak tahu berbahasa Melayu, adat resam Melayu. Juga diberi kerakyatan secara percuma kepada Cina, India dan bangsa-bangsa asing termasuk para penjenayah juga. Inilah semangat toleransi pemimpin2 UMNO yang menyerahkan hak kerakyatan mudah kepada bangsa-bangsa pendatang.
- Beberapa orang pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang, pernah ditahan dibawah ISA dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Bayangkan, 12 tahun selepas mendapat kerakyatan dengan mudah, kaum Cina khasnya dan India amnya sudah menentang kuasa politik Melayu.
- Agenda DAP menguasai kerajaan-kerajaan negeri yang maju di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia kerana disini kebanyakan penduduk di bandar adalah orang Cina. Sasarannya menguasai P. Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. DAP berjaya tendang BN di P.Pinang pada PRU 12 dan berkuasa hingga sekarang. Perak jatuh ke tangan DAP malangnya tak ada adun Melayu dalam DAP. MB Perak mesti seorang Melayu beragama Islam. Maka adun Pas dipilih untuk jadi keldai DAP. Dalam masa singkat (10 bulan) MB Pas telah bermurah hati memberi hak milik tanah Kampung Baru yang didiami orang Cina selama 999 tahun - suatu tindakan paling bodoh dari pihak Pas. Walaupun MB dari Pas namun yang berkuasa dikatakan exco DAP yang dikatakan anti Melayu, anti Islam itu.
- DAP berjaya menguasai P.Pinang dan mendapat banyak kerusi Parlimen dan DUN di pelbagai negeri dalam PRU 12 dan PRU 13 kerana perpecahan di kalangan Melayu akibat mainan politik kotor Anwar Ibrahim. Perpecahan Melayu menyebabkan DAP naik tocang dan paling berkuasa sebagai pembangkang hari ini.
- DAP menjadikan P. Pinang sebagai kubu kuatnya seperti mana PAP menguasai Singapura. Majoriti penduduk kaum Cina dan mudah bagi DAP melaksanakan berbagai dasar politik-ekonomi-pendidikan- sosial-agama dan lain-lain yang mengutamakan kaum Cina. Apa yang dilakukan di Singapura akan diikuti oleh DAP di P. Pinang.
- Perlulah diingat sebahagian besar pimpinan DAP adalah Kristian. Barangkali ada agenda kristianisasi Malaysia melalui berbagai muslihat "dakwah" kristian di kalangan orang Melayu untuk memurtadkan Melayu dengan harapan pada suatu masa nanti Malaysia bukan lagi dikuasai oleh Melayu Islam.
- Memang ada rancangan sulit DAP, PAP Singapura dan beberapa NGO serta parti politik di Sabah dan Sarawak yang dikuasai bukan Islam untuk menolak kepimpinan Melayu Islam Malaysia. Ada agenda pihak anti Melayu Islam dari Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menjadikan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Singapura.
- DAP yakin ia boleh mengekalkan P. Pinang, menawan se mula Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada PRU 14. Sebahagian besar pengundi Cina akan berpihak kepada DAP dan menolak MCA serta Gerakan.
- DAP dengan kerjasama parti-parti politik bukan Islam dari Sabah dan Sarawak akan melancarkan kempen besar-besaran untuk merebut sebahagian besar kerusi DUN dan juga Parlimen. Mereka yakin kalau separuh kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak jatuh ke pembangkang pada PRU 14, BN akan tumbang.
- DAP tetap menolak hudud dan akan tentang gagasan "negara Islam" acuan Pas. Mereka sanggup menendang Pas kerana mereka yakin Anwarinas dalam Pas boleh menggugat golongan ulamak dan menyokong DAP serta PKR. Hanya Pas yang terhegeh-hegeh bergayut serban di bawah ketiak DAP dan PKR sekarang.
- Strategi DAP menghadapi PRU 14 ialah menguasai semua kerusi Parlimen bandar dari MCA dan Gerakan. Pembangkang akan memastikan BN kalah atau menang dengan majoriti kecil. Kalau ini berlaku, ada kemungkinan DAP berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran kelak sekiranya Najib masih menjadi PM. Banyak orang meramalkan MCA dan Gerakan akan ditendang pengundi-pengundi Cina kelak kerana mereka mahu memberi kemenangan besar kepada DAP sebagai mewakili suara orang Cina. Ingat, ini hanya sebahagian dari sendiwara politik wayang Cina DAP. Orang Melayu perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan slogan-slogan DAP yang mengamalkan politik telunjuk lurus kelingking berkait.
Parlimen jadi kartun jika Anwar dibenar bersidang
- Ketika banduan Anwar Ibrahim menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, isterinya Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong.
- Tindakan yang dibuat pada saat-saat akhir itu telah mengejutkan ramai orang. Ia dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan banduan itu dari dilucutkan hak sebagai ahli parlimen mengikut Perkara 44(4)c Perlembagaan Persekutuan.
- Sekarang, kedudukan banduan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan dan ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengistiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan.
- Perkara ini telah disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Justeru, buat sementara ini tidak timbul soal pembabitan Suruhanjaya Pilihran Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
- Bagi pejuang PKR, ia membawa maksud bahawa banduan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan perlu dibenarkan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
- Mereka tertanya tanya sama ada banduan Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).
- Mereka menyifatkan ia sebagai satu kes ujian sama ada seseorang ahli parlimen yang dipenjara tetapi sedang menunggu keputusan rayuan pengampunan, boleh dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.
- Lebih pelik lagi, juak-juak PKR berpendapat banduan Anwar wajib dibenarkan hadir atas lima sebab iaitu peliwat itu seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
- Mereka mendakwa, adalah tidak wajar jika hak rakyat sebagai pengundi dinafikan. Sekalipun banduan itu dihukum, ia tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah. Biarpun Anwar seorang peliwat, beliau masih seorang Ahli Parlimen yang sah.
- Justeru itu, penyokong PKR mahu banduan itu dibenarkan hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab dan selepas itu dihantar semula ke penjara.
- Penyokong PKR juga mahu banduan itu bersidang di Parlimen kerana tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
- Dengan dungunya mereka beranggapan, secara tidak langsung, hal itu mengesahkan banduan Anwar masih ahli parlimen dan berhak hadir semasa parlimen bersidang.
- Lebih dungu lagi apabila penyokong PKR mahu banduan itu menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang. Sebab tiada pemilihan ketua baru dibuat kerana mereka mahu banduan Anwar bersidang di Parlimen.
- Kata mereka lagi, Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
- Kedunguan PKR semakin terserlah apabila mereka juga mahu banduan itu berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat banduan dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
- Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, puak pembangkang menganggap kedudukan banduan Anwar sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.
- Dengan bodohnya mereka mendesak KDN supaya menimbang perkara ini dengan adil kerana ia satu peluang untuk membuktikan kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
- Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada banduan Anwar hadir ke Parlimen.
- Kebodohan semakin berpanjangan apabila pembangkang mendesak kerajaan supaya membenarkan banduan itu ke parlimen atas alasan ia adalah kemahuan rakyat. Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, banduan itu masih punya sokongan yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing. Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mahu banduan itu segera dibebaskan.
- Jika kerajaan memenuhi kehendak luahan hati penyokong PKR, maka institusi Parlimen Malaysia akan menjadi kartun kerana membenarkan banduan menyertai sidang dewan. Belum pernah ada kes sedemikian berlaku di Malaysia dan negara berdekatan.
- Sebelum ini puak pembangkang mendesak Yang DiPertuan Agong supaya memanggil banduan Anwar ke majlis minum petang untuk membincangkan soal pengampunan diraja. Astagfirullah, di manakah rasionalnya permintaan sebegini biadap dan bodoh.
- PKR sepatutnya berhenti menjadi sebuah parti kartun kerana desakan mereka sejak dahulu sehingga ke hari ini ternyata tersasar, terbabas, tergelincir, tertiarap dan terkangkang. Rakyat yang menyokong parti itu semakin muak dan menyampah.
Hanya Melayu DAP dan PKR tolak tujuh amanat PM
- Semua NGO Melayu Islam menyatakan sokongan padu terhadap tujuh amanat yang digariskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
- Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan amanat itu sebagai panduan untuk bangsa Melayu menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
- Antara lain amanat Najib menyentuh mengenai keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
- Lebih penting amanat beliau menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
- Jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
- Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.
- Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila.
- Lebih 1,000 NGO Melayu Islam di Malaysia yang mewakii 17 juta penduduk Melayu ternyata menyokong tujuh amanat Perdana Menteri itu. Malangnya Melayu DAP dan PKR menolak hak Melayu dan Islam dilindungi serta diperkukuh.
- Bagi DAP tiada Melayu dalam negara ini yang melebihi bangsa lain dan agama Islam pula tidak boleh melebihi kepentingan agama lain. Semuanya dilabel sebagai samarata, sama penting dan perlu mengetepikan hak agama sendiri bagi menghormati agama lain.
- Ambil saja contoh mudah, DAP tidak mahu surau dan masjid memanggil umat Islam bersolat melalui azan yang dilaungkan pembesar suara bagi menghormati penganut agama lain untuk menikmati kebebasan masing-masing.
- Jika panggilan bersolat tidak boleh dilaungkan di kawasan perumahan, lalu apakah maknanya azan. Apa ertinya azan berkumandang secara perlahan tetapi hanya kedengaran di dalam surau itu saja. Untuk siapa panggilan `hai ya ala solah’.
- Kini DAP sudah mula mengkritik teks khutbah solat Jumaat dan pemimpin Islam hanya mencemuh DAP melalui media arus perdana dan laman sosial tanpa ada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas parti chauvinis itu.
- Melayu dalam PKR juga serupa. Kebanyakan mereka menolak institusi istana yang selama ini telah menjaga dan memelihara Islam di Malaysia. Hak Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan pemilikan tanah juga mereka tolak kerana mementingkan kesamarataan bangsa.
- Peliknya pernahkah dalam kerajaan PKR di Selangor, ekonomi bangsa Melayu, Cina dan India disamaratakan? Dalam bahasa lebih mudah, apakah 90 peratus kek ekonomi yang dikuasai Cina diagih-agih kepada bangsa Melayu atau India? Jawapannya tidak. Bukan itu yang diperjuangkan. PKR hanya berjuang agar hak memiliki apa jua diberikan sama rata kepada semua bangsa mengikut kemampuan masing-masing. Kalau bangsa Melayu tak mampu memilikinya, biarlah mereka tertinggal dibelakang, biarlah mereka merempat, biarlah mereka papa kedana. Itu yang dinamakan kesamarataan hak. Itulah matlamat perjuangan PKR, selain melonjak-lonjak mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri secara revolusi sedangkan peluang yang disediakan ketika beliau berada dalam kerajaan kira-kira 20 tahun lalu disia-siakan.
- Bagaimana pula dengan PAS? Parti itu menganggap Melayu sebagai assobiyah. Tapi PAS tak menolak sistem kesultanan. Kerajaan PAS Kelantan menyanjung sultan. Hanya PASMA saja yang menolak sistem kesultanan seperti PKR dan DAP. Siapakah PASMA? Mereka adalah jentera PKR yang diserapkan dalam PAS kira-kira 15 tahun dahulu untuk menguasai dan mencengkap PAS dari dalam.
- Lalu siapakah yang akan meempertahankan bangsa Melayu di Malaysia? Kalaupun Melayu PAS dan PKR cukup benci mendengar nama UMNO, namun hakikatnya UMNO itulah satu-satunya parti yang memartabatkan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu sejak 1957.
- Mengapa segelintir Melayu benci menyebut UMNO? Sudah tentu dakyah itu dicetus dan diulangsiar oleh DAP sejak 1957 secara tidak henti-henti hingga ke hari ini. Sifat benci itu sudah menjadi sebati dalam jiwa ahli PKR dan PAS pada masa kini.
- Bagi mereka segala yang kotor dan jijik adalah UMNO, segala yang putih dan bersih adalah PKR, PAS dan DAP. Ingin saya tutup dengan persoalan, sejak DAP memerintah Pulau Pinang, berapa banyak masjid dan surau telah mereka bina untuk umat Islam? Sama juga dengan PKR yang telah memerintah Selangor sejak 2008. Berapa banyak surau dan masjid telah mereka bina?. Jangan beri alasan bahawa tanggungjawab bina masjid adalah tugas kerajaan pusat dan UMNO.
- Lalu pihak yang akan mendukung tujuh amanat Perdana Menteri Malaysia adalah 17 juta bangsa Melayu, bukannya 10 juta bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa. Maka pijaklah di bumi yang nyata dan jangan bermimpi di siang hari. Apakah maksud perumpamaan itu, tepuklah dada tanyalah selera.
Thursday, 12 February 2015
Perang antara Ismail Sabri dan Tiong Lai makin kronik
- Semakin kronik nampaknya perang siber di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) dan Datuk Seri LiowTiong Lai. Terkini mereka berdua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan peniaga Cina dan harga barang mahal.
- Berikut adalah kenyataan media berkenaan yang diviralkan dalam laman sosial.
- Polemik yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.
- Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di viral dan disalah-tafsirkan. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentiment perkauman.
- Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum
- Ia tidak ditujukan kepada kaum tertentu sahaja tetapi kepada peniaga dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun hakikatnya harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak tiga (3) kali.
- Hari ini saya telah membincangkan perkara ini semula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai sejajar dengan semangat muafakat Barisan Nasional. Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
- Kami bersetuju semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.
- Kuasa beli dari kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barangan. Manfaatnya akan dirasai oleh semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Dayak , Kadazan-Dusun dan lain-lain.
- Kami dengan ini, bersama-sama menyeru agar semua pengguna tanpa mengira kaum di negara ini bersatu untuk menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.
- (Kenyataan bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 12hb Februari 2015)
- Tak semena-mena Tiong Lai segera menafikan kenyataan media bersama itu menerusi Twitter beliau. Dakwanya, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat sedang beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.
- Apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua? Apakah sandiwara dalam media sosial itu palsu yang bertujuan mahu melaga-lagakan antara MCA dan UMNO? Ada spekulasi lain mendakwa fitnah itu dibuat bagi memporak perandakan hubungan Melayu dan Cina.
- Jika Melayu `naik darah’, maka akan tercetusnya keganasan yang dinanti-antikan oleh puak yang mahu memanggil Amerika dan PBB masuk untuk menjajah Malaysia semula atas nama kedamaian dan keamanan.
- Sementara itu beberapa NGO Melayu marah dengan hasrat Ismail Sabri yang mahu bertemu Tiong Lai di Wisma MCA bagi menjelaskan maksud sebenar berkaitan kenyataan sinisnya berkaitan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
- Ismail tidak perlu ke MCA menjelaskan apa-apa, sebaliknya jika MCA tidak faham dengan kenyataan akhbar itu, mereka boleh ke pejabat Ismail sendiri atau Tiong Lai membangkitkan isu itu di dalam mesyuarat kabinet.
- Manakala Ketua Pemuda MCA yang bertaraf senator perlu tutup mulut berkaitan isu panas itu atau beliau angkat kaki bersama MCA untuk bergabung dengan DAP dalam pilihanraya akan datang. UMNO sudah bersedia menghadapi risiko pengkhianatan MCA berdasarkan keputusan PRU13 yang mempamerkan undi Cina 100 peratus memihak kepada pembangkang.
- Namun tanpa rasa malu MCA menuntut beberapa kerusi menteri dan timbalan menteri daripada kerajaan. UMNO pun satu hal juga. Terlalu memberi muka kepada MCA dan Gerakan walaupun sedar mereka adalah musuh dalam selimut.
- Jika UMNO masih terus berlembut dengan MCA, jangan terkejut jika Putrajaya akan terlepas dari genggaman pada PRU14.
Haram anjur candlelight vigil depan penjara
- Upacara berhimpun dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.
- Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.
- Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.
- Fatwa Pengharaman Aktiviti Candlelight Vigil - Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 13 Julai 2010M/ 1 Syaaban 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara.
- Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
- Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
- Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
- Apa yang berlaku di perkarangan Penjara Sungai Buloh ternyata mirip candlelight vigil. Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kalangan pelbagai bangsa termasuk umat Islam berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada pemimpin mereka yang dipenjara.
- Sejak ia dimulakan jam 9 malam tadi, dianggarkan hanya kira-kira 200 penyokongnya termasuk kanak-kanak hadir memberi sokongan menyertai perhimpunan itu yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Beberapa pemimpin pembangkang turut sama hadir antaranya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
- Mereka turut membuat pengucapan awam yang antara lainnya mendakwa sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar yang juga ketua Umum PKR itu sebagai tidak adil dan zalim.
- Mereka yang hadir juga dilihat menyalakan lilin kononnya simbol bagi menerangi kezaliman yang didakwanya dilakukan terhadap ketua pembangkang itu.
- Bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit, anggota polis dilihat melakukan kawalan di lokasi bagi memastikan perhimpunan diadakan dengan aman tanpa sebarang kekacauan.
- Persoalannya ialah apakah umat Islam yang menyertai perhimpunan itu sedar perbuatan mereka melakukan candlelight vigil merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan walaupun pada dasarnya niat mereka sekadar mahu memperingati ketua mereka yang dipenjara.
- Fatwa telah menetapkan sedemikian dan tidak ada sebab bagi sesiapapun di kalangan umat Islam terkecuali daripada menanggung dosa kerana melakukannnya.
- Jika sekalipun puak PKR dan konco-konconya membenci dan menolak perundangan sivil Malaysia, bagi umat Islam tidak mengira parti apa sepatutnya akur dengan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana itu adalah sebahagian daripada sistem perundangan syariah.
- Jika umat Islam enggan mematuhi syariah yang ditetapkan, undang-unang apakah yang sesuai untuk mereka. Mungkinkah mereka mahu undang-undang rimba yang dicipta oleh PKR dan konco-konconya diguna pakai untuk semua rakyat Malaysia. Jangan bermimpi di siang hari.
Subscribe to:
Comments (Atom)













