- Semakin kronik nampaknya perang siber di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) dan Datuk Seri LiowTiong Lai. Terkini mereka berdua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan peniaga Cina dan harga barang mahal.
- Berikut adalah kenyataan media berkenaan yang diviralkan dalam laman sosial.
- Polemik yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.
- Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di viral dan disalah-tafsirkan. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentiment perkauman.
- Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum
- Ia tidak ditujukan kepada kaum tertentu sahaja tetapi kepada peniaga dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun hakikatnya harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak tiga (3) kali.
- Hari ini saya telah membincangkan perkara ini semula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai sejajar dengan semangat muafakat Barisan Nasional. Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
- Kami bersetuju semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.
- Kuasa beli dari kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barangan. Manfaatnya akan dirasai oleh semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Dayak , Kadazan-Dusun dan lain-lain.
- Kami dengan ini, bersama-sama menyeru agar semua pengguna tanpa mengira kaum di negara ini bersatu untuk menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.
- (Kenyataan bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 12hb Februari 2015)
- Tak semena-mena Tiong Lai segera menafikan kenyataan media bersama itu menerusi Twitter beliau. Dakwanya, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat sedang beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.
- Apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua? Apakah sandiwara dalam media sosial itu palsu yang bertujuan mahu melaga-lagakan antara MCA dan UMNO? Ada spekulasi lain mendakwa fitnah itu dibuat bagi memporak perandakan hubungan Melayu dan Cina.
- Jika Melayu `naik darah’, maka akan tercetusnya keganasan yang dinanti-antikan oleh puak yang mahu memanggil Amerika dan PBB masuk untuk menjajah Malaysia semula atas nama kedamaian dan keamanan.
- Sementara itu beberapa NGO Melayu marah dengan hasrat Ismail Sabri yang mahu bertemu Tiong Lai di Wisma MCA bagi menjelaskan maksud sebenar berkaitan kenyataan sinisnya berkaitan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
- Ismail tidak perlu ke MCA menjelaskan apa-apa, sebaliknya jika MCA tidak faham dengan kenyataan akhbar itu, mereka boleh ke pejabat Ismail sendiri atau Tiong Lai membangkitkan isu itu di dalam mesyuarat kabinet.
- Manakala Ketua Pemuda MCA yang bertaraf senator perlu tutup mulut berkaitan isu panas itu atau beliau angkat kaki bersama MCA untuk bergabung dengan DAP dalam pilihanraya akan datang. UMNO sudah bersedia menghadapi risiko pengkhianatan MCA berdasarkan keputusan PRU13 yang mempamerkan undi Cina 100 peratus memihak kepada pembangkang.
- Namun tanpa rasa malu MCA menuntut beberapa kerusi menteri dan timbalan menteri daripada kerajaan. UMNO pun satu hal juga. Terlalu memberi muka kepada MCA dan Gerakan walaupun sedar mereka adalah musuh dalam selimut.
- Jika UMNO masih terus berlembut dengan MCA, jangan terkejut jika Putrajaya akan terlepas dari genggaman pada PRU14.
Thursday, 12 February 2015
Perang antara Ismail Sabri dan Tiong Lai makin kronik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment