Tuesday, 3 March 2015

Parlimen jadi kartun jika Anwar dibenar bersidang

Banduan teringin nak ke sidang Parlimen
  • Ketika banduan Anwar Ibrahim menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, isterinya Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong.
  • Tindakan yang dibuat pada saat-saat akhir itu telah mengejutkan ramai orang. Ia dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan banduan itu dari dilucutkan hak sebagai ahli parlimen mengikut Perkara 44(4)c Perlembagaan Persekutuan.
  • Sekarang, kedudukan banduan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan dan ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengistiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan.
  • Perkara ini telah disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Justeru, buat sementara ini tidak timbul soal pembabitan Suruhanjaya Pilihran Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
  • Bagi pejuang PKR, ia membawa maksud bahawa banduan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan perlu dibenarkan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
  • Mereka tertanya tanya sama ada banduan Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).
  • Mereka menyifatkan ia sebagai satu kes ujian sama ada seseorang ahli parlimen yang dipenjara tetapi sedang menunggu keputusan rayuan pengampunan, boleh dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.
  • Lebih pelik lagi, juak-juak PKR berpendapat banduan Anwar wajib dibenarkan hadir atas lima sebab iaitu peliwat itu seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
  • Mereka mendakwa, adalah tidak wajar jika hak rakyat sebagai pengundi dinafikan. Sekalipun banduan itu dihukum, ia tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah. Biarpun Anwar seorang peliwat, beliau masih seorang Ahli Parlimen yang sah.
  • Justeru itu, penyokong PKR mahu banduan itu dibenarkan hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab dan selepas itu dihantar semula ke penjara.
  • Penyokong PKR juga mahu banduan itu bersidang di Parlimen kerana tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
  • Dengan dungunya mereka beranggapan, secara tidak langsung, hal itu mengesahkan banduan Anwar masih ahli parlimen dan berhak hadir semasa parlimen bersidang.
  • Lebih dungu lagi apabila penyokong PKR mahu banduan itu menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang. Sebab tiada pemilihan ketua baru dibuat kerana mereka mahu banduan Anwar bersidang di Parlimen.
  • Kata mereka lagi, Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
  • Kedunguan PKR semakin terserlah apabila mereka juga mahu banduan itu berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat banduan dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
  • Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, puak pembangkang menganggap kedudukan banduan Anwar sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.
  • Dengan bodohnya mereka mendesak KDN supaya menimbang perkara ini dengan adil kerana ia satu peluang untuk membuktikan kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
  • Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada banduan Anwar hadir ke Parlimen.
  • Kebodohan semakin berpanjangan apabila pembangkang mendesak kerajaan supaya membenarkan banduan itu ke parlimen atas alasan ia adalah kemahuan rakyat. Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, banduan itu masih punya sokongan yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing. Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mahu banduan itu segera dibebaskan.
  • Jika kerajaan memenuhi kehendak luahan hati penyokong PKR, maka institusi Parlimen Malaysia akan menjadi kartun kerana membenarkan banduan menyertai sidang dewan. Belum pernah ada kes sedemikian berlaku di Malaysia dan negara berdekatan.
  • Sebelum ini puak pembangkang mendesak Yang DiPertuan Agong supaya memanggil banduan Anwar ke majlis minum petang untuk membincangkan soal pengampunan diraja. Astagfirullah, di manakah rasionalnya permintaan sebegini biadap dan bodoh.
  • PKR sepatutnya berhenti menjadi sebuah parti kartun kerana desakan mereka sejak dahulu sehingga ke hari ini ternyata tersasar, terbabas, tergelincir, tertiarap dan terkangkang. Rakyat yang menyokong parti itu semakin muak dan menyampah.

No comments:

Post a Comment