- Upacara berhimpun dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.
- Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.
- Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.
- Fatwa Pengharaman Aktiviti Candlelight Vigil - Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 13 Julai 2010M/ 1 Syaaban 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara.
- Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
- Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
- Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
- Apa yang berlaku di perkarangan Penjara Sungai Buloh ternyata mirip candlelight vigil. Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kalangan pelbagai bangsa termasuk umat Islam berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada pemimpin mereka yang dipenjara.
- Sejak ia dimulakan jam 9 malam tadi, dianggarkan hanya kira-kira 200 penyokongnya termasuk kanak-kanak hadir memberi sokongan menyertai perhimpunan itu yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Beberapa pemimpin pembangkang turut sama hadir antaranya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
- Mereka turut membuat pengucapan awam yang antara lainnya mendakwa sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar yang juga ketua Umum PKR itu sebagai tidak adil dan zalim.
- Mereka yang hadir juga dilihat menyalakan lilin kononnya simbol bagi menerangi kezaliman yang didakwanya dilakukan terhadap ketua pembangkang itu.
- Bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit, anggota polis dilihat melakukan kawalan di lokasi bagi memastikan perhimpunan diadakan dengan aman tanpa sebarang kekacauan.
- Persoalannya ialah apakah umat Islam yang menyertai perhimpunan itu sedar perbuatan mereka melakukan candlelight vigil merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan walaupun pada dasarnya niat mereka sekadar mahu memperingati ketua mereka yang dipenjara.
- Fatwa telah menetapkan sedemikian dan tidak ada sebab bagi sesiapapun di kalangan umat Islam terkecuali daripada menanggung dosa kerana melakukannnya.
- Jika sekalipun puak PKR dan konco-konconya membenci dan menolak perundangan sivil Malaysia, bagi umat Islam tidak mengira parti apa sepatutnya akur dengan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana itu adalah sebahagian daripada sistem perundangan syariah.
- Jika umat Islam enggan mematuhi syariah yang ditetapkan, undang-unang apakah yang sesuai untuk mereka. Mungkinkah mereka mahu undang-undang rimba yang dicipta oleh PKR dan konco-konconya diguna pakai untuk semua rakyat Malaysia. Jangan bermimpi di siang hari.
Thursday, 12 February 2015
Haram anjur candlelight vigil depan penjara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment