Tuesday, 31 December 2013

Kompas tidak relevan, kutub sudah berubah

 
Benarkah kompas sudah tidak berguna sebab arah kutub sudah berubah?
  • KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.
  • Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.
  • Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun. Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.
  • Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini. Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.
  • Medan magnet bumi berganjak. Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.
  • Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.
  • Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.
  • Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.
  • Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan. Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan. Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.
  • Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu. “Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.
  • "Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi. Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.
  • Waktu lebih singkat. Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.
  • “Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.
  • Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.
  • Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

Musim salji di Malaysia mulai 2015 akibat paksi bumi menyongsang

Malaysia bakal menerima musim salji menjelang 2015?
  • KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
  • Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
  • Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
  • Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
  • Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
  • Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
  • Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
  • Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
  • Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
  • Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
  • Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
  • Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
  • Kiamat menurut Islam. Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
  • 1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
  • 2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
  • 3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
  • 4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
  • 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. -- (Hadis Riwayat Bukhari)
  • Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
  • Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)
  • Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Monday, 30 December 2013

Rocky brewing bout Malaysians' most expensive homes

 
Riza Aziz's condo worth RM110 million, so what?
 
  • Famous blogger Rocky has recently brewing the Sarawak Report about a RM110 million condo in New York purchased by a 36-year old Malaysian that has been picked up by not only Malaysiakini but also by influential pro-establishment bloggers like Big Dog (Movie of the Week pick), The Scribe (Kesian Tun Abdul Razak) and Outside The Box (Umno Bloggers, Sekarang Kita Mampus).
  • The story about Riza Aziz has gone viral because he happens to be Rosmah Mansor's son from an earlier marriage; therefore, Najib Razak's stepson. Potent ingredients for an explosive expose! If the story's true, Riza's property is just the latest in the list of hot homes overseas owned by Malaysians which have been covered in the Malaysian socio-political blogosphere.
  • Just last month, Malaysians were reading about a home supposedly owned by Opposition politician Saifuddin Nasution (Bernarkah rumah Saifudin di Australia RM73.3 juta?). The PKR sec-gen had denied the story and purportedly told someone that it belonged to one Rahim Ghouse (Saifudin kata banglo di Australia milik Rahim Ghouse?). Not many of today's young Malaysians know who Mr Ghouse is. Ask Anwar Ibrahim, he'd probably remember who Ghouse is and how/where he got all that money.

  •  
  • Back in March 2009, a blog posted From Perth to Ottawa about one of the most expensive homes in Ottawa belonging to a Jamilah, the daughter of Sarawak Chief Minister Taib Mahmud, and her Canadian husband.
  • And then there's the famous home in Mosman Park overlooking the unforgettable bay in Perth. First thought to belong to former Prime Minister Abdullah Badawi, it was later revealed by a close relative that the house, which was said to cost some A$10 million, actually belonged to Kamaluddin Abdullah, the son.
  • PKR's Tian Chua wants MACC to investigate Riza's condo in New York. It is not certain whether MACC could, should or would do that, but a politician half as sleek as Tian Chua would know that the call itself is enough to build the perception that corruption is somehow involved in the purchase of the apartment. Never mind if Riza is not Najib's son; he is Rosmah's and that's more than enough to end 2013 on a juicy note for some people!
  • Riza's condo had actually been exposed in December last year by celebrity photographer Kee Hua Chee, who even explained how Riza Aziz made his money. Nobody paid too much attention back then, for some reason.
  • Kee Hua Chee even throws in an interview with Riza and his business partner Joey McFarland on the making of the US$100 million Wolf of Wall Street starring Leonardo DiCaprio and the duo's company Red Granite.
  • Rocky’s blog received few interesting comments. Some said, the only issue that Riza faces is that a movie he helped finance was rated lower that X, and Rosmah said that Malaysian school children should see it. If not for that, Riza would be hailed as a Bumiputra businessman who made good in the U.S., without the benefit of affirmative action.
  • What proof do they have that he (Riza) was able to buy that house with the proceeds of corruption in Malaysia. It's not that such things cannot and do not happen but where's the proof that Riza is guilty of such misdeed. So this is the gutter into which Malaysian politics has descended.
  • Another reader said “ Yang sebenarnya orang Melayu tak boleh tengok orang Melayu kaya dan berjaya. Riza Aziz berusaha dangan daya usaha sendiri. Filemnya naik bukan kerana Najib dan Rosmah, tetapi diterima oleh masyarakat dunia. Industri filem di Amerika tidak ada ada kena mengena dengan politik Malaysia. Biarlah seorang anak Melayu menempah nama di persada antarabangsa.

Pemborong kemaruk naikkan harga tanpa rasa bersalah

Rakyat semakin gelisah apabila semua pihak mahu naikkan harga barangan dan perkhidmatan

  • Bagi mereka yang kerap ke pasar membeli keperluan dapur, perubahan harga pasti dapat dirasakan. Biarpun KPDNKK menyatakan harga tidak banyak berubah, hakikatnya pengguna terpaksa berbelanja lebih dengan nilai wang semakin kecil.
  • Secara mudah, pengguna boleh menyalahkan kerajaan kerana masalah berkenaan. Namun bagi mereka yang berfikiran waras dan sedar bahawa kerajaan bukannya penentu harga, pasti akan melihat masalah sebenar berakar umbi daripada golongan pemborong.
  • Mereka antara golongan yang tidak tersentuh dek undang-undang, begitu berkuasa dalam menentukan harga dan memberi tekanan ke atas rakyat namun mereka tidak pernah dipersalahkan.
  • Beberapa bulan kebelakangan ini, kita melihat sendiri bagaimana persatuan pemborong, termasuk mereka yang menyediakan perkhidmatan seperti persatuan pengusaha bas sekolah, melakukan tekanan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran.
  • Sekalipun kerajaan memberi amaran akan bertindak tegas, mereka langsung tidak takut. Malah mewujudkan persepsi umum bahawa kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memberi amaran kosong.
  • Persatuan perniagaan yang berasaskan makanan juga turut menggunakan alasan pertambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Malah antara alasan yang digunakan ialah, negeri China sedang dilanda banjir dan negara berkenaan telah mengurangkan eksport gandum. Semuanya semata-mata untuk mewajarkan kenaikan harga dilakukan oleh mereka.
  • Sekalipun industri perikanan di bawah kuasa LKIM namun kegiatan pemborong seolah-olah tidak tertakluk di bawah Kementerian Pertanian, LKIM dan KPDNKK. Seringkali kegiatan menaikkan harga dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan kotak bercip.
  • Penghujung 2013 menyaksikan pemborong terus menaikkan harga berasaskan makanan tanpa sebarang rasa bersalah. Yang menjadi mangsa adalah pengguna. Apabila ditanya, para pekedai dan peruncit menyatakan pemborong telah menaikkan harga.
  • Menariknya, apabila ditanya pemborong, mereka menuding jari ke arah kerajaan. Kononnya, kerajaan yang menaikkan harga dan ramai percaya dengan tohmahan pemborong yang kebanyakannya bermata sepet.
  • Kerajaan dipersalah kerana membuat keputusan berhubung tarif elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi selain membuat penentuan harga terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan sebagainya.
  • Seringkali keputusan kerajaan tertakluk kepada tekanan daripada para pemborong. Bagi mengelak kekurangan barangan di pasaran, kerajaan akhirnya terpaksa berlembut hati dan menaikkan harga. Selain itu terdapat juga faktor perjanjian seperti dalam kes tarif elektrik yang menyebabkan kerajaan terpaksa akur.
  • Kebanyakan rakyat, khususnya yang terpengaruh dengan perangkap pemborong yang berselindung di belakang parti-parti politik tertentu. Yang jelas DAP yang mendukung perjuangan bangsa Cina segera menyalahkan kerajaan bagi sebarang kenaikan harga.
  • Mereka melihat Kerajaan Malaysia seperti kerajaan komunis dan kerajaan sosialis yang membuat penentuan bagi segala harga, kawalan bekalan dan pengedaran. Kekurangan barangan segera dipersalahkan kepada kerajaan walaupun pemborong sebenarnya yang menyorok barangan bagi membolehkan tekanan kepada permintaan dan harga dinaikkan.
  • Itu yang sedang berlaku di Malaysia. Kuasa sebenar di Malaysia bukanlah kerajaan sebaliknya pemborong. Pemborong melakukan tekanan  dan pemborong membiayai sekumpulan orang untuk mempercepatkan tekanan menerusi demonstrasi dan kerja huru-hara yang lain, tetapi sebahagian rakyat tetap melihat Kerajaan yang bersalah. Pemborong mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan.
  • Ramai berkata, pemecahan monopoli merupakan satu-satunya jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pemecahan monopoli seperti yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri gula dan tepung serta minyak masak, tetap tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan pasaran terus huru-hara apabila pihak yang monopolinya telah dipecahkan, bertindak membiayai pembangkang dan menyalahkan kerajaan selain mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.
  • Amat malang bagi sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya seringkali berfikiran secara singkat dan gagal mempraktikkan ilmu pengetahuan asas yang mereka pelajari dari bangku persekolahan, sebaliknya menganggap jalan termudah untuk mengatasi segala masalah kenaikan harga di dalam negara adalah dengan menukar kerajaan atau berdemonstrasi di jalanraya.
  • Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas lain terjejas kerana permainan politik para pemborong. -- MyKMU

Petronas being hit again and again

Petronas in hot soup
  • There are about 500 companies involved in Oil and Gas (OGA) industries in Malaysia. It is TRUE that few companies did not received projects from Petronas. Does it make Petronas a culprit? Why someone must use a non-governmental organization (NGO) who is not familiar with OGA to conclude the prestigious GLC neglecting the Malays? Lets check it out.
  • BERNAMA writes, the Malaysian Oil and Gas Services Council (MOGSC) says accusations that Bumiputera companies are neglected by Petronas are baseless, describing them as provocation from those who do not understand the industry.
  • MOGSC president Sofiyan Yahya said such a perception was insulting, as it downplayed Bumiputera participation in one of the largest contributors to the nation's revenue.
  • He said Petronas had stated that a company had to meet Bumiputera stakeholding standards before any licence was approved. The stakeholding varies among the fields of work, with a minimum of 30 per cent Bumiputera participation.
  • "The Bumiputera community has a healthy participation in the oil and gas (OG) industry. It is insulting to downplay Bumiputeras' contribution. There is no OG industry in Malaysia without Bumiputera players."
  • Sofiyan said MOGSC, being the largest representative of OG players in the country, was called upon to be the voice of the industry, in light of negative reports that Bumiputera companies were being deprived of projects by Petronas.
  • "MOGSC has 450 members, with 90 per cent being Bumiputera companies. All have contracts."
  • He said apart from Bumiputera participation, companies applying for licences from Petronas must possess an understanding of the OG industry, skills, integrity, professionalism and competency.
  • "Even after obtaining licences, companies seeking contracts from Petronas must enter the bidding process. There are some companies that do not want to bid, as they feel that securing licences is their right to contracts. They do not understand the process. Petronas is transparent with it."
  • Sofiyan said for those interested in venturing into the industry, Petronas' "vendor development programme" platform helped Bumiputera companies gain expertise in their desired areas.
  • "The council has received complaints from companies, which have licences from Petronas, that they were not invited to the bidding process, apart from those who did so and lost, although to other Bumiputera companies. But, when Petronas initiates the tender process, it considers the capabilities of the companies. So, sometimes, a company is not put on the vendor list as it is incapable."
  • Commenting on the Refinery and Petrochemical Integrated Development in Pengerang, Johor, Sofiyan said there was no issue over contract distribution, as it was yet to be finalised by Petronas.
  • He said the final investment decision was expected to be made at the end of March next year and Petronas was now doing preparatory works, such as channelling water to the work site. He said Bumiputera companies that were interested in being involved needed to prepare themselves as once the project was rolled out, Petronas planned to allocate portions to Bumiputera companies and Johor-based entities.
  • Sofiyan said the construction of the main plants required billions of ringgit in investment and high technology, and that even non-Bumiputeras could not compete against foreign companies.
  • "Bumiputera companies must look to maintenance and inspection projects and many more supporting jobs over the next 50 years."

Malaysian employees work too much too long

Malaysia employees work too much too long
  • MANY did not realise they have been working days and nights till their health deriorated or even died. In the name of survival of the fittest, employees are forced to wok too much and too long.
  • Cost of urban livings climbed gradually but not their salaries. Barking to the government won't help them much as life must go on and children need to be fed. Its time to do extra works for extra monies either in the same company or different.
  • Some go OT, double jobs, sidelines and any names as long as it can generate extra cash for them. In some poor countries, lecturers get extra cash after office hours as taxi drivers. Lower scale employees did double or triple jobs and they worked 18 hours a day including weekends. Sorry to say that some even part timely prostitute themselves to survive among the fittest.
  • Those situations happened in Malaysia even though we are no longer in the group of poor countries. We are slightly better than the Africans, Indonesians and the Mongolians. But we are far from USA, Europe, UK, Australia and other 1st world countries.   
  • A recent survey in Malaysia found 70 per cent of employees spend between two and five hours working beyond their official work hours every day, with 63 per cent admitting to not spending enough time with their family due to long working hours.
  • Jobstreet.com surveyed 954 employees across various industries in Malaysia two months ago, shockingly revealed that nearly 54 per cent of the respondents don't even get the chance to finish their annual leave entitlement.
  • "More and more executives are staying back late in the office, due to the increasing demands of their work, particularly meetings. Many are forced to attend evening discussions, or clear their work after office hours because of meetings, crises or other interruptions during the day," said Corporate Coach Academy chief executive officer Michael Heah.
  • "It's a critical time for both employers and employees to do something about this before they suffer burnout, develop health problems or put a strain on their relationships.
  • "Although many employees are aware that they're spending too much time working, most are afraid to convey their unhappiness to their bosses.
  • "Unfortunately, it's not in our culture to tell our superiors how we feel or what we want," he said.
  • Nearly 75 per cent of the survey respondents stay late at the office to complete their heavy workload, with a majority stating that they're not paid for the extra hours they put in.
  • Only 25 per cent of respondents don't get any interruptions from work during their holidays, while 78 per cent ensure their handphones are contactable by their bosses at all times. Almost all respondents get emergency texts from their bosses.
  • Heah commented that Asian employers tend to be more demanding than Westerners because they themselves are workaholics.
  • "The reasoning that 'If I can do it, why not you?" causes many employers to force these expectations and feelings of guilt onto their employees. Just like how they are afraid to tell their immediate bosses how they feel or what they want, these people inculcate the same behaviour in their subordinates. Hence, this syndrome perpetuates in the workplace like an ingrained work culture for all to follow.
  • "Having said that, most organisations are doing a lot of 'fire-fighting' because business has become more challenging. This gives rise to many unnecessary activities, which affect lives, in and out of the workplace."
  • The work-life balance survey also revealed that the top reasons respondents gave for working overtime were unreasonable deadlines and an overloading of work.
  • The majority of respondents felt companies needed to provide flexi working hours, allowing them the option of choosing from a range of start and end times.
  • Another suggestion was for companies to have a policy encouraging employees to work less than 40 hours a week, rather than making it compulsory to work from 9am to 6pm daily.
  • About 60 per cent indicated that their company did not carry out any initiatives to promote work-life balance at all.
  •  

Friday, 27 December 2013

Rakyat berdepan tekanan ekonomi politik

Keadaan hidup masa kini semakin perit akibat pelbagai kenaikan harga
 
  • MENGURUS ekonomi sesebuah negara tidak semudah yang disangka. Jalan populis melampau, menempah sengsara generasi akan datang. Harus diakui, majoriti rakyat sangat terbelenggu dengan beban kos sara hidup yang semakin meninggi.
  • Kelmarin, penulis menghabiskan masa yang agak lama mendengar rungutan, keluhan, kerisauan rakyat terbanyak mengenai kenaikan kos sara hidup mereka seharian. Mereka yang selesa untuk berkongsi keluhan, tidak segan silu menceritakan mengenai kesan kos sara hidup kepada diri mereka dan keluarga.
  • Masing-masing mempunyai cerita dan keluh kesah sendiri. Anak yang ada di institusi pengajian tinggi memerlukan belanja tambahan. Anak kurang upaya memerlukan perhatian. Seorang anak remaja yang berminat mendaftar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) juga perlukan tindakan dan respons. Semua ini perlu didengari dengan rasa yang cukup rendah diri, bahawa besarnya amanah seorang wakil rakyat untuk mengisi kehendak rakyat.
  • Itu hanya tugasan sebagai pemimpin kecil di kawasan Kepala Batas. Bagaimana agaknya dengan Perdana Menteri yang terpaksa memikirkan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sudah tentu bebannya jauh lebih besar dan menguji.
  • Gema Politik 2013. Dalam menelusuri suasana politik sepanjang 2013, penulis boleh membuat kesimpulan bahawa pilihan raya umum adalah kemuncak kepada segala-galanya. Persaingan populariti kepimpinan, pertandingan keutuhan parti, perseteruan mendapat mandat dan kepercayaan rakyat menjadi latar belakang yang sangat menduga. Media sosial menjadi saksi, bagaimana fitnah menjadi modus-operandi politik yang bersifat lepas bebas.
  • Segalanya dijual dan dihidangkan kepada rakyat. Atas nama kesejahteraan rakyat kononnya, janji-janji manis dibiarkan bertebaran. Harga minyak, elektrik dan kereta turun. Pendidikan diberikan percuma. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan. Ironinya, dengan janji yang semuluk itupun, mereka tidak mampu mendapat mandat dan kepercayaan rakyat.
  • Sudah barang tentu, ada angkubah lain yang menjadi impian dan kemahuan rakyat. Nyata, secara strategik dan bulat tekad, rakyat mahukan kepimpinan yang lebih dipercayai. Rakyat mahukan kenderaan politik yang lebih berhemah dalam mengimbangi cabaran ekonomi dan politik semasa. Rakyat menghargai barisan yang mampu menyediakan polisi tuntas dan khusus, sekali gus menyedia Malaysia ke pentas ekonomi yang lebih meyakinkan.
  • Hari ini, mereka kembali menyalakan amarah rakyat dengan menggunakan alasan yang sama. Kos sara hidup dijadikan alasan mereka untuk melakukan usaha menggugat kestabilan politik. Suara minoriti mahu dibangkitkan untuk mendapat tarikan politik. Rakyat pastinya boleh melihat trend politik sama mahu dibangkitkan dalam banyak siri politik jalanan sebelum ini.
  • Apakah pembangkang sudah hilang keyakinan untuk bersaing membentang hujah di dalam Parlimen? Apakah ini sahaja jalan pintas politik yang mereka mahukan? Apakah tiada noktah kepada usaha merosak fabrik perpaduan dan kestabilan politik negara? Mungkin pembangkang cukup naik angin apabila melihat laporan Economist Intelligence Unit: Risk of Social Unrest in 2014', yang meletakkan Malaysia di dalam kumpulan low risk seperti yang dibahaskan oleh artikel, Ripe for rebellion?: Where protests is likeliest to break out yang dibentangkan The Economist baru-baru ini.
  • Malaysia diletakkan dalam kalangan 31 buah negara yang berada di dalam kategori risiko sangat rendah/berisiko rendah (very low risk/low risk) di dalam kajian tersebut. Ini sekali gus memberi makna, bahawa ada kebijakan pengurusan ekonomi dan politik yang dilaksanakan kerajaan yang mendapat pengiktirafan media antarabangsa.
  • 2014: Masih Dengan Gendang Perang? Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan rentak politik pasca PRU13 dengan keperluan kita menjejak jalan national reconciliation yang disambut dingin oleh pembangkang. Berdasarkan untung-rugi politik, mereka merasakan ia tindakan yang mungkin merugikan. Politik mesti diatur dengan kaedah ugut, dendam, protes, ketidakstabilan dan huru hara. Ini agaknya jenama politik yang mereka mahukan.
  • Gerak politik yang lebih non-partisan di peringkat domestik diperlukan dalam mengurus ekonomi dunia yang semakin mencengkam. Persaingan antara negara jadi lebih kompetitif. Kehilangan niche dan kelebihan boleh berlaku dalam sekelip mata.
  • Menurut banyak kajian ekonomi antarabangsa, antara negara yang dijangka mencatat peratusan pertumbuhan ekonomi luar biasa adalah: Sudan Selatan (35.0 %), Macau (13.5 %), Sierra Leone (11.2 %), Turkmenistan (9.2 %), Bhutan (8.8 %) dan Libya (8.8 %). Ini di atas kertas. Apa yang berlaku di Sudan Selatan pada ketika ini, mungkin menjadikan peratusan pertumbuhan kembali merosot.
  • Kita harus menerima hakikat, bahawa kita sudah melangkaui zaman pembangunan yang sedemikian sifatnya. Cabaran kita adalah mencari rentak pertumbuhan ekonomi baru yang lebih tinggi rantaian nilainya. Tanpa sabotaj pihak tertentu, sudah pasti pelaburan berbilion ringgit dapat kita realisasika. Malangnya, di atas jalur kepentingan politik, ia disabotaj kumpulan yang berkepentingan.
  • Rakyat perlu tahu bahawa dosa mensabotaj ekonomi negara sendiri ini hanya boleh dilakukan kumpulan yang tidak bertanggungjawab - dan tidak wajar kita ampunkan sampai bila-bila. Apabila kepentingan politik mendahului rasional dan hemah yang sewajarnya, kita kembali kepada amalan politik jahiliyah dan jahat sifatnya.
  • Menangani Kesenjangan Ekonomi-Politik. Dalam sidang Parlimen yang lalu, sewaktu bangkit berbahas di Parlimen, seringkali penulis mengingatkan bahawa kita perlu sama-sama melihat sempadan ekonomi yang lebih menjanjikan pertumbuhan kepada negara secara keseluruhannya. Beban ini tidak seharusnya menjadi beban kerajaan semata-mata.
  • Pembangkang juga perlu memainkan peranan. Pada pandangan penulis, ada empat (4) jurang yang perlu kita utamakan dalam pada kita menyusun langkah pemerkasaan ekonomi tahun 2014 dan seterusnya.
  • “1. Kesenjangan pendapatan Bumiputera berbanding kaum lain;
  • 2.Kesenjangan pendapatan intra-etnik (menangani jurang antara Bumiputera kaya dan miskin);
  • 3. Kesenjangan pendapatan bandar-luar bandar;
  • 4. “Kesenjangan pendapatan kumpulan berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi (tanpa mengira kaum);
  • Kerajaan pada hakikatnya sedang melihat kepada garis-garis besar kesenjangan ekonomi-politik yang dinyatakan di atas. Yang menjadi masalah, adalah kelemahan pelaksanaan dan elemen pertanggungjawaban semua pihak dalam memastikan ia dapat dilaksana secara berkesan dan tuntas.
  • Dalam menyusun ritma ekonomi yang tepat, sudah pasti kita perlu melakukan beberapa usaha koreksi yang agak menyakitkan. Namun, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional (BN) juga tidak akan berhenti memikirkan inisiatif untuk membantu rakyat. Komitmen akujanji perlu dilihat dalam konteks satu penggal/5 tahun - dan bukannya beberapa bulan selepas PRU.
  • Selamat tahun baru 2014 - dan semoga kita mampu menjadi ahli politik dan rakyat yang lebih bertanggungjawab. – Dato Seri Reezal Merican Naina Merican

Tuesday, 24 December 2013

Lega kadar tol belum lagi dinaikkan

LEGA.... kdar tol belum dinaikkan lagi
  • Pengguna lebuh raya, khususnya di Lembah Klang boleh menarik nafas lega, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, apabila kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan tol yang menimbulkan kekecohan sejak dua minggu lalu, masih pada peringkat kajian sebelum dilaksanakan tahun depan.
  • Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, kelmarin menegaskan, kerajaan belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya.
  • Dalam kenyataan terbaharunya, beliau berkata kerajaan masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Ia termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula, melalui laman Facebooknya, berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat, terutama mengenai kenaikan kos sara hidup. Justeru, makmal PEMANDU itu akan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup.
  • Akhbar New Straits Times kelmarin melaporkan, hanya sembilan daripada 15 syarikat konsesi yang menghantar cadangan menaikkan kadar tol, mungkin dibenarkan berbuat demikian, bergantung kepada aliran tunai dan data trafik di lebuh raya masing-masing.
  • Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, kita yakin kenaikan tol tidak berlaku serentak dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari ini. Sekurang-kurangnya ia melegakan puluhan ribu keluarga terutama di Lembah Klang ketika mereka terpaksa berbelanja untuk tahun baru persekolahan anak nanti.
  • Jejas belanja bulanan. Keresahan rakyat, khususnya di Lembah Klang yang mempunyai 24 lebuh raya bertol, jika kadarnya dinaikkan, tidak sukar untuk difahami. Bagi mereka tol sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan setiap isi rumah membelanjakan antara RM100 hingga RM500 sebulan untuk bayaran tol.
  • Dengan kenaikan kos hidup di bandar yang semakin meningkat sekarang, kenaikan tol walaupun serendah 50 sen, pastinya menjejaskan belanja bulanan mereka terutama yang berpendapatan rendah. Apa lagi jika ia membabitkan kenaikan sehingga RM1 atau RM2. Separuh daripada pendapatan bulanan mereka terpaksa dibelanjakan untuk kereta, minyak, tol dan tempat meletak kereta.
  • Lebih membengangkan mereka ialah membayar tol pada kadar tinggi pun tidak mempercepatkan perjalanan ke tempat kerja atau mengurangkan penggunaan petrol kerana kesesakan pada waktu puncak sudah menjadi ciri utama lebuh raya di Lembah Klang.
  • Justeru, kajian yang bakal dilaksanakan nanti tidak seharusnya menjurus kepada kesan kenaikan sara hidup termasuk kenaikan kadar tol semata-mata tetapi perlu mencari jalan bagaimana memberikan nilai kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih.
  • Sementara kenaikan kadar tol seperti termaktub dalam perjanjian konsesi tidak dapat dielakkan, pemegang konsesi juga harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan matlamat murni pembinaan lebuh raya itu tercapai iaitu memendekkan tempoh perjalanan dan memberi keselesaan kepada pengguna.
  • Atasi kesesakan. Kecuali beberapa lebuh raya yang dilihat berbuat sesuatu untuk membantu mengatasi kesesakan waktu puncak dan berkomunikasi dengan pengguna, kebanyakan lebuh raya lain seolah-olah melepas tangan terutama sebaik melepasi tol konsesi mereka.
  • Pada peringkat kerajaan pula, galakan/insentif harus diberikan kepada majikan, terutama dalam industri bersesuaian, untuk memperkenalkan waktu kerja anjal atau membenarkan kakitangan masing-masing menyiapkan tugas secara dalam talian dari rumah. Ini membolehkan kakitangan mereka datang ke pejabat di luar waktu puncak, menggunakan jalan alternatif.
  • Akhir sekali makmal itu juga perlu mengkaji bagaimana untuk berkomunikasi dengan rakyat secara berkesan sebelum mengumumkan sesuatu perkara yang secara langsung mempengaruhi kehidupan mereka. Aspek ini penting kerana kegagalan berkomunikasi bukan saja menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan, malah meningkatkan kemarahan rakyat. Menyuruh pengguna menggunakan jalan alternatif jika enggan membayar tol mahal, bukanlah contoh komunikasi berkesan. -- Dato Manja Ismail

Ridhuan Tee beri nasihat kerdil…

 
Najib dan Muhyiddin menggalas pentadbiran negara
 
  • KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.
  • Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.
  • Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.
  • Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.
  • Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.
  • Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.
  • Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.
  • Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.
  • Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.
  • Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.
  • Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.
  • Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.
  • Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.
  • Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.
  • Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.
  • Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.
  • Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.
  • Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam. -- Dr Ridhuan Tee Abdullah

Syed Mokhtar to take over The Malaysian Reserve

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
  • After months of talk, I hear that reserved tycoon Syed Mokhtar al-Bukhary has finally struck a deal with owners of the Malaysian Reserve, which will see him control 91% in the only local business daily affiliated with the International New York Times.
  • I didn't hear how much Syed Mokhtar paid for the stake but he's not known for making bad investments. The newspaper industry in Malaysia is death-defying; while dailies in most other countries suffer from dwindling sales (many have had to close shop, citing the Internet challenge), the local industry has actually grown in spite (or because) of the new/social media.
  • This year alone, several new titles have debuted, including the Weekend Runner, business weekly Focus, and of course The Heat, which was last week suspended indefinitely for offending the conditions attached to its KDN (publishing permit). Knowing Syed Mokhtar, I don't think he will stop with the Reserve. And why should he? -- From: Rocky BRU
 

Pelik tapi benar, `Mat Motor' berdemonstrasi membantah kenaikan kadar tol?

 
Tunggang motosikal tapi bantah cadangan kenaikan kadar tol, pelik kan?
 
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan (MD), Pengurus Besar (GM) dan Pengurus Kanan (SM) kebanyakannya gunakan kenderaan syarikat. Pemaju, kontraktor, arkitek dan konsultan pun guna kenderaan syarikat. Peniaga, pengusaha, pemborong, peraih dan pemilik gedung di darat atau kapal di laut semuanya mampu berkenderaan mewah. Mereka mampu bayar tol mahal.
  • Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, 85 peratus golongan elit yang disebutkan itu merupakan bangsa Cina yang menguasai ekonomi. Usahawan Melayu pun ada tetapi sekerat dua. Paling ramai Melayu adalah penjawat awam, seramai 1.4 juta setakat ini.
  • Realitinya, ramai enjawat awam Melayu menggunakan motosikal kerana mereka masih digenang kesusahan. Lagi pula motosikal jimat sedikit dan bagi mereka yang tinggal di ibu kota, tidak timbul soal sesak atau jam kerana mereka mudah menyusup di celahan ribuan kenderaan di jalanraya.
  • Tup-tup apabila kadar tol hendak dinaikkan, ramai Melayu turun padang berdemonstrasi sambil memaki hamun kerajaan yang disifatkan tidak berhati perut, zalim dan sebagainya. Ironinya CEO, MD, GM, SM, pemaju, kontraktor, arkitek dan konsultan yang paling kerap menggunakan lebuhraya tidak mahu turun padang untuk berdemonstrasi.
  • Yang terkinja-kinja berdemonstrasi kebanyakannya ialah pemilik motosikal yang tidak langsung terbabit dengan kenaikan kadar tol. Mereka yang beriya-iya memberontak. Berontak untuk siapa? Kalau untuk diri sendiri tak mungkin sebab mereka penunggang motosikal dan tidak membayar satu sen pun untuk tol.
  • Memberontak untuk mewakili pemilik kenderaan mewah? Mengapa? Atau mereka sebenarnya tidak sedar emberontak untuk siapa, atau sekadar menerima arahan dari pihak atasan kumpulan mereka. Memberontak apa saja yang kerajaan lakukan walaupun tak ada kena mengena dengan diri mereka.
  • Atau memberontak kerana dendam? Dendam atas penderitaan dan kemiskinan yang mereka tanggung selama ini di bawah pentadbiran kerajaan Melayu?. Dendam atas kesempitan hidup di ibu kota sehingga ada yang terpaksa menjadi perompak, peragut dan pengemis?
  • Jom kita imbau sedikit soal kemiskinan dan penderitaan Melayu. Semua orang maklum kek ekonomi sudah lama dibolot dan kini terus dibolot oleh bangsa Cina. Pernahkah kita soal, apakah selama ini mereka memberi kek itu kepada bangsa Melayu? Jawapannya tiada. Paling tinggipun mereka memberi peluang kerja bergaji rendah kepada kita. Beri peluang berniaga, jauh sekali. Itu realiti yang tidak boleh dinafikan.
  • Jadi siapa yang beri peluang niaga kepada bangsa Melayu kalau bukan kerajaan dan agensinya?. Bila ramai tak dapat berniaga, kerajaan buta-buta dipersalahkan dan dituduh memberi projek mega kepada kroni, zalim dan sebagainya. Pabila agensi kerajaan memberi peluang mereka berniaga dan mereka gagal separuh jalan atau di hujung jalan, mereka kata kerajaan tidak ikhlas membantu.
  • Melayu bermotosikal yang berdemonstrasi cuba sesekali soal diri sendiri “Pernahkah memohon petujuk untuk berniaga daripada mana-mana agensi kerajaan atau sekadar menadah tangan, menunggu kerajaan curahkan bantuan?” Ada yang telan cakap orang “Ahhh tak guna jumpa MARA, mesti pemohonan kewangan tidak diluluskan”. Kalau tak pernah cuba memohon, dinasihatkan jangan turun ke padang untuk berdemonstrasi. Duduk rumah lebih baik.
  • Melayu yang sudah berusaha memohon bantuan agensi kerajaan dalam perniagaan, juga tidak perlu turun berdemonstrasi kerana dalam perniagaan ada “check and balance”. Mereka kena kaji di mana kesilapan diri dan baiki kelemahan.
  • Peniaga Cina ada yang gagal, tapi mereka tidak pernah putus asa. Ada yang cuba lebih 10 kali dan gagal juga. Mereka tetap tidak putus asa. Mereka terus mencuba dan akhirnya sukses. Tapi Melayu baru gagal sekali dua sudah turun ke jalanraya menyertai demonstrasi itu dan ini.
  • Ada juga Melayu yang tidak mengharapkan apa-apa dari kerajaan. Mereka percaya pada diri sendiri dan boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa sambil terlupa masuk universiti kerajaan secara percuma atau separa percuma. Alhamdulillah. Mereka pun tak perlu berdemonstrasi menentang kenaikan kadar tol, elektrik, tambang bas, teksi dan sebagainya sebab mereka mampu menanggung kenaikan itu.
  • Bagi mereka yang tidak mampu menanggung kenaikan yang disebutkan, juga jangan berdemonstrasi sebab kerajaan sudah gariskan bentuk caj tambahan yang tidak memerlukan mereka membayarnya. Sila baca kadar tarif elektrik betul-betul. Soal kadar tol pula toksah ceritalah kerana mereka kebanyakannya menggunakan motosikal.
  • Peliknya, Melayu bermotosikal tetap mahu berdemonstrasi di sana sini semata-mata kerana geram. Siapa sebenarnya yang membuatkan mereka geram? Rupanya mereka terpesona dengan jutaan  risalah anti-kerajaan yang disebar melalui internet dan sms, mengutuk kerajaan mengenai itu dan ini.
  • Mereka lemas dengan semua risalah itu kerana mereka hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan. Mungkin jika dapat gulingkan kerajaan, mereka bermimpi untuk menjadi senang atau kaya raya kerana kerajaan baru akan lebih prihatin. Benarkah begitu? Jangan berangan-angan. Lihat sekeliling kita khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.
  • Jika demonstrasi Melayu marhaen sekadar untuk melepaskan geram, hentikanlah. Cuba siasat siapa yang membuatkan Melayu geram? Bukankah risalah dan kempen yang diterajui oleh bangsa Cina menerusi wakil-wakil mereka.
  • Bangsa Cina cerdik dalam segala hal. Mereka menggunakan wakil dan jurucakap dari kalangan bangsa Melayu sendiri. Tapi mereka pakai pegangan dan falsafah seperti yang tercatat dalam Buku Jingga dan bermacam-macam buku lain yang ada.
  • Buku yang kelihatan cantik kerana dihiasi perkataan yang cantik-cantik. Mereka mahu undi Melayu dan undi itu sudah diperolehi tapi tak cukup untuk merampas Negara. Kini mereka mahu rampas melalui demonstrasi. Mereka racun semua orang termasuk bangsa Melayu.
  • Bangsa Cina sudah tak perlu diracun lagi sebab mereka sudah mantap bersama puak yang mahu menggulingkan kerajaan. Kini hanya bangsa Melayu saja yang masih berbelah bahagi. Lalu perhimpunan demi perhimpunan dilakukan.
  • Perhimpunan boleh jadi biasa-biasa dan boleh bertukar menjadi demonstrasi, ikut pada cuaca dan arahan semasa. Pokoknya, perhimpunan ibarat “gula yang akan memikat semut-semut dari seluruh penjuru Malaysia”. Apabila sudah biasa berhimpun, mereka tidak lagi risau soal perjuangan itu untuk faedah siapa. Yang penting turun padang.
  • Penyudahnya pemilik motosikal berdemonstrasi mengenai kenaikan kadar tol untuk melindungi peniaga-peniaga Cina yang kaya raya supaya dapat menggunakan lebuh raya dengan selesa dan tidak membebankan. Mereka berdemonstrasi tanpa periksa garispanduan kadar tol yang baru. Mereka main sondol saja asalkan puas dapat menghentam dan memaki hamun kerajaan.
  • Penyudahnya Melayu marhaen yang tiada kena mengena dengan kenaikan tarif elektrik berdemonstrasi bagi menjaga kepentingan orang Cina yang memiliki gedung di darat dan kapal di laut. Mereka demonstrasi sesuka hati tanpa baca kadar tarif elektrik yang disiarkan dalam akhbar. Mereka main sondol saja asalkan puas hati.
  • Pernah kita lihat demonstrasi TOL dan ELEKTRIK disertai oleh CEO, MD, GM, tokoh korporat, syarikat disenarai dalam Bursa Malaysia dan lebih SEJUTA pengusaha industri berbangsa Cina yang memonopoli ekonomi Negara ini sama-sama turun padang menentang kenaikan kadar TOL dan tarif ELEKTRIK?
  • Sudah pasti mereka menjawab, “Tak perlu”. Pernahkah kita tanya mereka apakah wajar penentangan kenaikan itu? Sudah tentu mereka akan jawap “Ya”. Apa ertinya jika mereka setuju menolak kenaikan tarif tetapi tidak mahu turun padang menentang polisi kerajaan? Sudah tentu mereka jawab “Kita ada periuk nasi mau jaga beb”.
  • Penyudahnya, Melayu marhaen dikerah turun padang berdemonstrasi memaki hamun kerajaan sedangkan mereka (peniaga yang menguasai ekonomi Malaysia) sekadar menonton TV sambil minum kopi mahal dan tersenyum lebar melihat karenah kuli-kuli murahan bercakaran. Itu realiti dan bukannya mimpi. -- YANG BENAR

Monday, 23 December 2013

Jangan hentam tak tentu hala, dengarlah penjelasan TNB

Jangan melatah dengan kenaikan tarif elektrik. Soal siasat dulu.
 
  • Pemodal, pengusaha, peniaga tak kisah dengan kenaikan tarif elektrik kerana mereka akan memindahkan bebannya kepada pengguna. Peniaga sudah set kadar keuntungan (profit margin). Mereka mahu menikmati kemudahan asas semurah-murahnya bagi mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.
  • Jika kita berdemonstrasi untuk tidak mengizinkan kenaikan tarif elektrik, kita sebenarnya mengizinkan peniaga besar (85% dikuasai bangsa Cina) terus berniaga dengan kos yang murah tapi untung berlipat kali ganda.
  • Sebenarnya kerajaan segan nak memberitahu hakikat ini kepada masyarakat Melayu Malaysia yang rata-rata makan gaji dan hidup dalam keadaan sederhana. Sebab itu kerajaan menggariskankan kenaikan tarif elektrik mengikut penggunaan.
  • Mereka yang biasa membayar bil letrik yang rendah tidak akan dikenakan caj tambahan. Tapi mereka yang membayar bil beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit sebulan, mereka inilah yang dikenakan membayar caj tambahan. Masih tak wajarkah itu?
  • Namun peniaga cukup bijak. Mereka sudah siap sedia mahu memindahkan beban caj itu kepada orang ramai. Sebentar lagi kita akan saksikan karenah peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
  • Kita baru saja dilambung kenaikan harga ikan, sayur, telur, bawang, gula, beras, garam, minyak dan sebagainya akibat kenaikan petrol RON95. Kini gelombang kenaikan harga barangan akan berlaku lagi akibat kerja bijak peniaga.
  • Mengapa kita nak hentam kerajaan kerana menaikkan tarif elektrik tetapi tak mahu hentam peniaga yang kaya raya yang membuat onar tanpa ada rasa belas kasihan terhadap pengguna miskin.
  • “Engkau tak mampu beli beras dan minyak bukan aku punya pasal. Aku kena naikkan harga barang kerana bil elektrik naik. Kau pegilah hentam kerajaan yang buat susah peniaga dan orang-orang (kaya) seperti aku”. Begitulah kenyataan yakan bakal kita dengar dalam tempoh beberapa bulan lagi.
  • Untuk itu, kita jangan mudah kelam kabut. Dengar dulu penjelasan TNB. Kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari 2014 sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan syarikat penjana elektrik.
  • TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.
  • Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh.
  • Sebab itu TNB bersusah payah membuat sesi penerangan mengenai penetapan tarif elektrik kerana orang ramai kelihatannya sudah termakan racun pihak tertentu mengenai isu berkenaan.
  • TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.
  • Setiap bulan, TNB perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga berhubung prestasi kualiti perkhidmatan, kos-kos yang terbabit. Tahun depan pula, Suruhanjaya Tenaga akan lebih rapi memantau kos-kos yang dibiayai oleh TNB dan akan pastikan hanya kos-kos yang efisien atau cekap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tarif. Kos-kos yang tidak efisien, tidak dibenarkan masuk ke dalam tarif.
  • Berkuatkuasa 1 Januari depan, purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj daripada 33.54 sen/kwj pada masa ini. Dalam bahasa ekonomi, kenaikan kadar tarif itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk mengukuhkan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara.
  • Pada masa yang sama Perdana Menteri berulang kali menjelaskan kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielak lagi demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.
  • Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan. Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya.
  • Susulan kenaikan tol nanti kerajaan akan menyediakan satu mekanisme bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit. Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim dan yang guna tiap-tiap hari, mungkin kerajaan beri kadar lebih rendah dan murah.
  • Lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat. Hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. -- Yang Benar.

Mengapa Sadam Hussein bunuh rakyat sendiri?

 
Allahyarham Sadam Hussein
  • TIDAK ramai mengetahui mengapa bekas Presiden Iraq Allahyarham Saddam Hussein membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri pada sekitar tahun 80an dan 90an. Berjuta orang mengecam dan menyumpah Saddam dan menyifatkannya sebagai pembunuh kejam.
  • Baru-baru ini, terbongkarlah rahsia bahawa orang-orang yang dibunuh oleh Saddam adalah penganut mazhab Syiah. Selama lebih dari dua dekad, hakikat itu disembunyikan oleh media Barat.
  • Sejak sekian lama Saddam sedar bahaya Syiah. Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke Iraq. Jika hanya sekadar tinggal, mungkin Saddam tidak akan begitu peduli. Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan membawa konsep kahwin mut’ah – yang memang tak ada bezanya dengan pelacuran.
  • Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung menyokong kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme kenegaraan.
  • Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam kepada pengikut Syiah. Di rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam – memerintah hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain.
  • Sejarah menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang mendesak PBB memerangi Saddam. Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah. (sebahagian sumber Islam Pos)
  • Dalam konteks Malaysia, mengapa kita perlu tolak ajaran dan fahaman Syiah? Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran di Iran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.
  • Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.
  • Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng. 
  • Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.
  • Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah). Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini. Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.
  • Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.
  • Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan). Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.
  • Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW. Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.
  • Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba'. Dia merupakan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda'.
  • Setelah Abdullah bin Saba' memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.
  • Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini. Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.
  • Syiah dan al-Quran. Bahaya Syiah jelas apabila melihat kepada pandangan mereka terhadap kitab suci al-Quran. Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.
  • Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: "Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat".
  • Pegangan golongan Syiah ini jelas menunjukkan bahawa mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.
  • Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran. Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
  • Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
  • Syiah dan Hadis. Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.
  • Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum. Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.
  • Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda. Secara tidak langsungnya, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.
  • Golongan Syiah juga sangat biadab terhadap para isteri Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir. Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.
  • Syiah dan Taqiyah. Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura. Namun, konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.
  • Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.
  • Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah". – sumber JAKIM